Tips Jimat Beli & Perihal Mahalnya Barang Baby

6.28.2012

First time experience membeli barang-barang baby memang buat diri blurr..walaupun mata rambang melihat segala kecomelan barangan baby, namun tak boleh mengatasi rasa tak tahu nak beli yang mana satu bila berhadapan dengan objek-objek comel tersebut..rasa nak sebat semua sekali angkut masuk bonet kereta..hihi=p. Kan best kalau dibolehkan buat macam tu>_<, rasa comel sangat!haha..okess, buang tabiat. So sepertinya kali pertama membeli barang-barang kecil cinonet, berupa kain yang semacam digunting bentuk seluar dan baju secara kecil-kecil dan cute, dan melihatkan harga yang terpampang di tag price, buat mata berpinau!!rasa nak ambil mikrofon, nak cakap kuat-kuat "asal baju kecik-kecik, harga mahal nak mam..kalah baju orang dewasa ni!!"..adeii (itu sekadar imaginasi!kalau boleh buat betul kan, ramai yang setuju dengan persoalan tu..muahaha). Kesimpulan tetapnya, barang-barang baby memang mahal-_-". 


Walaupun bukanlah kedekut nak keluarkan duit untuk beli baju anak-anak eh? ai mean baju anak, disebabkan teruja pegang baju baby semacam magnet, maka kena beli jugaklah, tak kanlah anak asyik nak berbogel aje (walaupun baby comel dalam keadaan macam tu..hihi) atau dibalut kain napkin semata kan-_-". Memandangkan bajet untuk anak sekadar yang ada cuma, (eh berbunga plak ayat, kahkah)..maka nak share sikit tips berjimat bila membeli barang-barang baby..supaya mommies to be tak membazir atau terlebih bajet atau mengada-mengada nak shopping lebih bila kita dah target mula shopping barang baby ne...muahaha (sejak bila plak haku pandai berjimat neh?!hmm, itulah penangan jadi isteri dan bakal mak, kena sayang duit suami, nanti kita jugak yang untung..hihi=p)...mm, termelencong pulak..meh sambung balik..


Tips pertama - Checklist. Memang penting checklist ne, sebab nak guide kita beli apa yang perlu apa yang tidak. Buat research dulu..ceehh, ambil dan rujuk sebanyak mana checklist yang ada (google), combine dan pilih apa yang sebetul-betul perlu je barang-barang baby yang nak dimasukkan dalam checklist.  Kurangkan atau tambahkan kuantiti bagi selected item contohnya wet wipes, disposable coth diapers, disposable nappy liner dan lain-lain barangan yang dikira boleh ditopup bila perlu. Tak perlu nak borong sekaligus takut nanti berlaku pembaziran. Lastly, jangan lupa bawak checklist bila nak shopping atau beranikan diri terjah bahagian baby tanpa checklist, pengsan nanti geram terlampau nengoknya  ..hehe orait!next..


Tips Kedua- Bajet. Ohh, yang neh memang terlampau penting, kalau setakat checklist dah lengkap, elok, cantik, tapi takde bajet...memang pergi senyum-senyum jelah kat shopping kompleks tu..hihi=p. Kalau nak cakap bab bajet ne mungkin boleh di detail sikit, maybe next entri, tapi bajet depends masing-masinglah..Ada yang tak kisah berapa bajet untuk bakal anak tambah lagi yang sulung dan ada yang berkira-kira beringat-ingat supaya tak melebihi perancangan dan perbelanjaan bulanan. 


Tips Ketiga- Tempat shopping. Sama pentingnya dengan tips diatas, tempat shopping nak diterjah, kalau nak jimat dan senang sebab dekat atau cawangan kedai yang banyak pergi jelah Jusco, Manjaku Baby dan tempat shopping lain yang memudahkan korang. Jusco dan Manjaku baby memang tempat best nak shopping barang baby secara pukal sebabnya murah sikit berbanding tempat lain seperti butik-butik barang baby. 


Tips Ke-empat- Masa Shopping. Yang neh, kena bijaklah pilih masa, kalau yang berduit lebih, tak kisah bila-bila je boleh pergi shopping. So, memandangkan ne tips jimat, maka masa yang paling sesuai tentulah masa SALE! diulangi SALE! shopping masa SALE! Walaupun ada sesetengah yang mengaut keuntungan ketika SALE! kita sebagai pengguna pun kena pandai memilih supaya tidak tertipu jugak masa SALE!  Atau cuba sebanyak mungkin mencari maklumat tentang clearance sale/warehouse sale yang bakal berlangsung. Sedikit sebanyak dah boleh jimat kat situ.


Tips kelima (terakhir)- Branding Product. Ne salah satu jugak termasuk dalam tips nak berjimat. Cari brand barang-barang baby dalam kategory sederhana seperti Fiffy, Tolljoy kalau nak dibandingkan dengan brand anakku, pureen, disney dan sebagainya. Memang berbeza sikitlah dari segi harga dan kualiti. Tapi jika kena pada waktunya, yang branding pun boleh jadi murah dan yang penting jangan cari sehelai-sehelai terutamanya baju baby, cari yang jenis sepasang macam tu. Boleh jimat. Barang-barang lain, cuba cari offer twin packs dan sebagainya. 

Done!...hepi ending, selamat bershopping sakan dan control nafsu membeli barang-barang baby yang teramat-amat comel..wee^_^

Bila Sesuai Shopping Barang Baby

6.25.2012

Topik masa sesuai beli barang baby hot jugak ye...for me, takde masalah bila-bila je boleh shopping barang baby asalkan poket berduit dan sememangnya u're mommy to be.. Kalau setakat tengah bercinta tapi takleh tahan tengok cute mute barang baby, terus dibelinya,nikah tak lagi..tu buang tabiat!hehe=p... tapi tak digalakkan terlalu teruja seawal kandungan dah mula shopping, bukan apa takut kita terlalu mengharap kita jugak yang kecewa nanti..actually orang tua kita sendiri pun mungkin ada yang berpesan bila dah masuk 7bulan baru boleh nak mencari barang-barang baby, sebabnya seperti diatas..Siapapun kalau anak sulung memang akan teruja kan? tak sabar-sabar...macam penulis jugak..hihi>_<
pic source: boston.cbslocal.com
Tapi belum start shopping secara bersungguh-sungguh, faktornya tak tahu jantina baby, still 50-50, so nak cari barang kena universal lah, dua-dua boleh pakai, karang shopping barang-barang pink cute mute tu kang, tak memasal baby boy kena pakai gaun..hehe, kes macam sepupu, dah dua doktor confirm baby perempuan, alih-alih keluarnya baby lelaki..terpaksa shopping baju lain.. faktor lain tentulah bab kewangan dan tenaga yang ada. Sekarang ne memang takleh jalan banyak sangat, takleh diri lama-lama sangat kalau tak kena solat duduk, pasal tapak kaki sakit yang teramat sangat sampai nak berjalan tak rasa kaki berpijak, mungkin terlampau overweight (ke haku je ada masalah macam tu?huhu-_-"). Nak tidur beralih arah pun sakit yang amat belakang pinggang..so bila sesuai shopping barang baby, depends masing-masing..ada yang dah plan beli sikit-sikit, sebab tak nak terasa duit mengalir..ada yang beli secara pukal terus, settle tak nak fikir-fikir dah..yang mana-mana tak kisah, as long as beringat semasa berbelanja orait?..ee, geram jek tengok barang-barang baby kan??^_^

Indahnya Hidup Dengan Dugaan#IV

6.22.2012

Kadang-kadang kita tak sangka realiti kita lalui lebih teruk dari lakonan drama tv kita tengok...Yup, selagi kita didunia ne, bermacam dugaan dan ujian yang Allah bagi untuk melihat kesabaran, ketabahan hambaNya dalam menghadapi dan menyelesaikan segala masalah..Segala yang kita buat tak semuanya menyenangkan hati orang, pandangan A kita okei, pandangan B kita tak okei, pandangan C kita KO..sejauh mana pandangan orang terhadap kita bukan persoalannya...tapi sejauh mana bersihnya hati kita untuk menilai seseorang..jika lihat dengan positif, maka positiflah dan sebaliknya.. Dalam dunia ne, bermacam ragam manusia, yang baik kita jadikan panduan...yang tak elok kita buat peringatan..Kita niat nak menolong, tapi dari asal nak menolong diambil kesempatan..sebab itu wujud pepatah buat baik berpada-pada..sebabnya kita tahu rambut sama hitam, tapi hati hanya tuhan yang tahu..betul tak? 

Kadang-kadang kenal pun tidak tapi dibenci-benci, ada juga yang terlalu kenal sampai luar dalam tapi di tikam belakang..sebab itu rahsia kita apa jua sulit atau tidak tidak perlu dikongsi..kadang-kadang penafsiran orang lain-lain, jika dikongsi dikata menunjuk-nunjuk..jika tidak dikongsi dikatanya konon nak berahsia..tapi itulah selagi kita bergelar manusia kita takkan berpuas hati, takkan bersenang hati, serba tak kena dipandangan..disebabkan mulut badan binasa..nak mengawal mulut dari berbicara perkara yang sia-sia bukan mudah..kita hamba yang lemah hanya mampu berusaha memperbaiki kekurangan diri..Indahnya hidup dengan dugaan kan? di dalamnya penuh hikmah, hikmah yang hanya kita tahu harganya..Sentiasalah berdoa agar Allah tidak memberati kita dengan ujian yang tidak mampu kita tanggunginya..cukuplah yang lite lite saja..Dalam kehidupan seharian kita, kita tak pasti ada manusia yang sentiasa menunggu saat kita jatuh tersungkur dan bertepuk tangan, ada juga yang sentiasa menunggu peluang untuk menjadi penghalang dalam kita mencapai keredhaan Allah..Ada yang sentiasa turut sama berdoa baik-baik buat kita tapi berapa kerat je kan? Sama sama kita cermin diri dan bermuhasabah^_^

p/s: sekadar peringatan diri


Kenalpasti Jantina Anak

6.20.2012

Seronok baca mommy to be yang berkongsi pengalaman nak tahu gender baby ne..Kalau ikutkan hati nak je pergi scan perut ne sekarang jugak, takpun kalau boleh guna scanner printer tu tiap-tiap hari nak scan tengok baby kat dalam buat apa...haha(merepek plak daku).. uhukuhuk-_-'. Sekarang memang tak banyak free even hujung minggu pun..hehe, entah apa dibuatnya tak tahu lah. Bila umur baby dah masuk 6 bulan ne memang ramailah yang bertanya gender baby dalam perut ne..uuhh, tak sabar betul nak pergi scan. Tapi nampak gayanya kalau tak scan pun takpe sebab macam dah tau yang dalam perut ne baby girl..hehe, instinct suami dengan diri sendiri masa awal-awal tahu positif mengandung kitaorang dah tercakap pasal baby gender..spontan je dua-dua cakap baby girl, dah siap-siap bahasakan nama dah dari awal..haha, excited tak?. Bila baca tips-tips nak tahu jantina dari  mommy to be pun kebanyakan tanda mengarah ke baby girl. Menguatkan lagi instinct ramai yang cakap baby girl bila tengok rupa perut ne. Orang-orang dulu cakap kalau pokok berbunga subur kat halaman rumah, tandanya anak perempuan..tak tahulah betul ke tak tapi yang perasannya pokok lada depan rumah memang tak henti-henti beri hasil, bunga pun asal layu je ada je yang baru mekar berbunga..
p/s: dua hari lepas petik..^_^
So, tak kisahlah yang mana-mana jantina baby, girl ke, boy ke asalkan sihat sempurna..alhamdulillah^_^. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita, yang penting anugerah Allah kena jagalah sebaik mungkin. Moga anak mama terus membesar dengan sihat dan aktif. Satu je yang geram je sampai ketap-ketap gigi bila baby kat dalam perut ne malas nak gerak, asyik kena tepuk-tepuk dulu, goncang-goncang dulu..baru mengada nak bergerak, comel jek camtu kan...hehe. En.azham cakap tu maksudnya baby asyik tidur je, ikut pe'el mama dia..sentap betul!kahkah..kalau yang time aktif tu pe'el ikut abinya..apa-apa jelah-_-". Yang penting jangan ikut perangai mamanya yang tak comel sudah, ambil perangai yang comel-comel jek anak mama ye, hihi=p..

p/s: mm..bila nak shopping ne, takut kaki dah start bengkak makin malas nak berjalan

Wishlist!! Baking & Sewing Mode

6.17.2012

Entah apa kena perasaan nak buat kek dan menjahit membuak-buak sejak akhir-akhir ne..walaupun mesin jahit takde, oven & mixer pun takde, perasaan nak buat tu tak tertahan-tahan rasa. Sepatutnya masa ne, mood nak hunting barang-barang babylah yang paling nak, tapi mode nak buat kek dan menjahit tu lagi kuat. Apakah petanda ini?-__-". Petanda yang bakal memkempiskan poket bapak budak dalam perut ne tak boleh diikutkan sangat. Banyak mengada dari yang tak mengada...kahkah. Since en.azham dah terlepas cakap nak belikan sewing machine for mummy to be ne even tak tahu bila nak dibelikan..so i'll wait until for that time..haha=p. Itulah orang cakap "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terpaksa ditunaikan". So untuk menyenangkan hati my lil'bun supaya tak ikut jejak langkah maknya, selalu je cakap kat dia "anak mama kena pandai jimat cermat tau, grow up as a smart kid, sian abi susah payah cari duit untuk kita berdua" (tetiba jek sabit ngan anak perabis kan duit jugak, padahal mak dia yang lebih-lebih)hehe=p. Well kena pegang apa UAI cakap "Memang tugas suami cari duit, tugas isteri habiskan duit", cantekk pepatah tu hehe..kita sendiri jelah kena pandai-pandai nak berhemah ke tidak cara perabis tu..kihkih=P
P/s:^_^

Pesanan Ayah Buat Anak Menantu & Bakal Cucu

6.15.2012

Alhamdulillah, walaupun sekejap saja balik kampung hujung minggu baru-baru ne, terasa ada kepuasan dan terubat kerinduan yang mendalam. Walaupun perancangan balik yang tiba-tiba segala urusan dipermudahkan Allah..Alhamdulillah^_^. Kesempatan untuk solat sunat berjemaah dan berbincang dengan ayahanda sebelum subuh memang jarang diamalkan, namun Allah bagi peluang untuk saya dan en.azham untuk mendengar nasihat dari ayahanda buat panduan untuk kehidupan yang baru bermula. Terlalu ceteknya pengetahuan dan ilmu yang ada, terlalu singkatnya terasa masa untuk mempelajari segala yang ada, terlalu banyaknya perkara yang perlu dipelajari..walaupun pendeknya nasihat ayahanda, penuh berhikmah, terasa padat dan mendalam. Moga menjadi amalan dan panduan buat kami suami isteri untuk sampai bila-bila..Semoga dengan doa dan restu mak ayah, kehidupan kami penuh keredhaan, penuh nikmat dan dilimpahi rahmat olehNYA..amin^_^. 

Terima kasih ayahanda kerana sentiasa mengingatkan kami yang masih muda dalam melayari bahtera kehidupan supaya tidak terlalai dek penangan dunia. Walaupun amanah telah bertukar tangan, tanggungjawab menegur dan bimbingan tak pernah dilupakan buat anak menantu. My ayahanda really the best person, i'm glad to have one, semoga sentiasa dalam perlindungan Allah dan mendapat ganjaran syurga atas pengorbanan yang tidak ternilai....dan buat en.azham, terima kasih sentiasa jadi imam saya selepas ayahanda tercinta..eh, sebak pulak dah-_-". Okei, meh nak kongsi sikit apa nasihat buat kami, yang baik jadi panduan, yang buruk kita buang-buangkan..semoga sama-sama jadi amalan.
pic source: aizudinmn teringat dulu-dulu, tak sangka kitaran tu akan bermula balik dengan kita...insyallah^_^

-Jaga solat jemaah 
-Al-Quran jangan tinggal
-Bila dah jadi suami isteri kena banyak tolak ansur
-Isteri kena jaga 'dua jenis lapar suami' Perut & keinginan batinnya
-Sentiasa berdoa jangan diberi ujian yang berat sehingga tak mampu ditanggungi
-Sebab tengah mengandung, ayah pesan supaya bakal cucu tak diberi nama-nama yang terlalu panjang (trend sekarang) sehingga menyukarkan anak dimasa depan, simple tapi ada makna, macam nama kami..*baik, kami menurut perintah*hehe..

Itu jelah sedikit sebanyak boleh kongsi, yang lain tentu lebih kurang je dengan ibu bapa lain yang sentiasa bagi nasihat kat anak kan? nanti kongsi-kongsilah, boleh kita amalkan apa yang baik..^_^.

p/s: owhh, tak sempat makan kuih-kuih kelate..

Pengalaman Pelik, Normal & Buat-buat Sengaja

6.13.2012

Sepanjang mengandung ne segala macam perangai yang tak wujud melenggang kangkung menghiasi rutin harian..Boleh senyum sensorang bila teringat kembali perangai yang memalukan diri sendiri setelah bergelar dewasa ne..really childish!!owhh, termalu sendiri-_-". Sebelum tahu diri dah berkongsi badan dengan my lil'bun memang tak perasan apa yang pelik tentang diri sendiri. Masa tu nak pergi honeymoon CH, bila pakai seluar jeans semua dah ketat, memang tak syak apa-apa, biasalah orang kata orang baru kawen naik berat badan bam-bam tu normallah (ke haku jek macam tu, kahkah), hati tengah berbunga bahagia kan. So memang tak perasan yang masa tu selera makan bertambah-tambah dari biasa (pasal yang biasa pun dah kuat makanT_T)

Nak dijadikan cerita, kebetulan lepas honeymoon period tak datang-datang jugak. So kebetulan masa tu ada kerja yang masih belum settle terus singgah klinik tanpa bagitahu pun en.azham untuk sahkan kata hati. Memang tak sangka ++ve UPT, sampaikan panik, nak nangis, tapi tak nangis, macam-macam feeling. So balik je rumah sabar tunggu en.azham balik kerja biarpun macam nak pecah hati menahan sabar untuk kongsi kegembiraan. Malam tu bagitahu en.azham "emm, awak ada baby dalam perut baby ne" suami bluurrr. Tak paham!Nampak gaya kena tukar kata ganti diri untuk elakkan kekeliruan..punyalah gembira punya berita suami boleh tak pahamT_T. So cubaan kali ke-2 berjaya dengan ayat "awak, baby junior dah 4minggu dalam perut ne", walaupun masa bagitahu tu dah nak menangis sebak, respon suami lepas tu tak payah bagitahu la kan^_^

Keesokkannya terus mengidam (wahh, nampak sangat aku sengaja mengidam) nak makan jejari ubi (sampai sekarang tak tertunai lagi). Sakit belakang masa awal mengandung, sakit tulang pinggang, sakit tulang celah kangkang memang normal la kan sebab body nak support baby, tu pasal semua mengembang. Paling tak tahan, bila tetiba jadik pemalas sangat (okei, tu memang bukan diri sebenar). Malas basuh baju, jemur kain, lipat kain, kemas rumah, sapu sampah, even kemas katil pun malas!adeii hudohh bebeno, sampaikan ada sekali tu baju yg dah basuh terperap dalam mesin basuh selama 3hari tak berjemur dan rumah tak bersapu selama seminggu-_-". Tapi paling tak tahan, masak rajin pulak..yang tu tak jejas. Siap buat nasi minyaklah, tomatolah, berianilah (okei fine memang buang tabiat terlebih rajin bab masak)

Peliknya, masa awal-awal tu memang perasaan sensitif sangat. Sampaikan ada sekali tu, haku menangis beria-ria pasal jeles gileerr ngan anak saudara sendiri  yang umur tak masuk sekolah lagi (suami memang rapat ngan anak sedara, jeles tengok suami layan anak sedara sampai rasa diri tersisih) adeii-_-" sanggup tak makan sampai malam, sambung ke subuh haku nangis...argghh, tensen ingat balik... Suami makan tak tambah haku nangis, suami tak bagi ikut pergi basuh kereta ngan isi minyak walaupun jarak sekilo meter je dari rumah haku nangis, suami kadang-kadang tak buat apa-apa pun aku nangis time rasa nak nangis. Apakah jenisan ibu mengandung ini??!T_T

So far, bila dah masuk pertengahan trimester kedua ni mostly perangai yang pelik tu dah back to normal..dan kalau cakap part mengidam makan, boleh bagi award dekat en.azham sebab layan aje mak buyung nak apa, sampaikan overweight mak buyung ni..huhu. Apapun alhamdulillah walaupun perut kecik, punggung besar, dah takmau kisah dah asal mak baby dengan baby sihat walafiat aje sepanjang masa, hehe.Terima kasih teman sebantal sebab sabar melayan pelbagai karenah pelik dan comel kita ne, harap bersabar lagi sampai bila-bila ye..^_^. 

p/s: senyum lagi, bila pikir balik banyak jugak yg sengaja buat-buat mengada mintak bukan-bukan ngan suami masa pregnant ne, attention seekers!!oo yeeahh..haha=p

22 Weeks Baby Not Kicking So Much

6.10.2012

Tak sangka pejam celik, pejam celik dah masuk 23++ minggu anak dalam perut ne membesar.Kalau ikutkan perkembangan bayi, sepanjang minggu 21 ke 22 minggu bayi dah boleh mendengar baik. So masa neh kena guna peluang betul-betul perdengarkan anak dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci al-quran (konsisten setiap pagi atau sebelum tidur). Walaupun diawal kehamilan sudah mula mengamalkan alunan sedemikian sekurang-kurangnya pada tempoh ni, bayi dah boleh mengingati alunan sehingga dilahirkan dan ia menjadi salah satu kesukaan bayi. Sweet je.
pic source: Pregnancyhealthtips.info
Tapi perasan jugak since dah 22weeks ne baby tak bergerak banyak sangat. Risau okei. Saya lebih suka baby terlebih aktif menyepak menendang sana sini, at least i know she/he happy and healthy in my womb..-_-". Lagipun aktiviti 'kicking' baby tu bagi kepuasan buat insan yang bakal bergelar ibu kan?. So blessed, with soft kicking  memang membahagiakan^_^ dan sukar ditafsirkan. Walaupun certain mommies rasa rimas sebab aktiviti baby membuat pundi kencing tak tertahan-tahan, i think this is the best time to mommies take 'me time' with baby.Masa untuk memahami gerakan comel baby yang abstrak penuh misteri. Till then macam mana nak control berat tika mengandung? walaupun perut macam tu jek, ai mean kecik, tapi berat still naik..stress okei, kemana perginya berat badan yang naik tu? takkan makan-makan pergi ke punggung?dah macam tertukar pulak yang mana perut yang mana punggung?wondering okei dengan ibu mengandung yang punggung kecik, nampak sangat haku asyik dok perati punggung orang...muahaha=P, Jangan marahh arr, pasal perempuan yang mengandung perut montel dari punggung lebih comel, berbanding perempuan mengandung punggung montel dari perut macam hakuu ne!!!-_-". Stress!! 

p/s: sunyi..

Review Baby Expo PWTC 2012

6.06.2012

Secara terus terangnya tak boleh nak buat review pasal diri sendiri tak terpergi ke expo tu disebabkan memenuhi nafsu serakah makan 2hari berturut-turut dihujung minggu..tu pasallah weight gain melebih-lebih-_-". Dari puchong ke shah alam mencari ayam kampung di tempat makan feberet, sudahnya dua-dua tutup sebab kenduri kendara kotT_T. Pasal Baby expo kat PWTC tu nasib baik jugaklah tak pergi pasal sebab baca review dari  kebanyakan pengunjung expo rata-ratanya mengatakan kekecewaan akibat indah iklan dari rupa sebenar..fuuhh!!kira selamat mulut ne dari berkata-kata nista..muahaha=p. Ramai yang cakap hall expo tu jauh nak jalan, tempat parking payah, mahal lah, banyak yang tak okey lah kan, dan yang penting harga kebanyakkan barang takde yang murah sangat, certain barang saje dan limited choice. Itu kata oranglah, sebab kita tak pergi, so memang tak tahu keadaan sebenar, eheheh..so maybe betullah detikan hati supaya shopping kat jusco time sale je, kihkih..disebabkan sekarang ni tak boleh nak jalan lama-lama sangat, macam nak patah tulang pinggang, sakit tak payah cakapnya tapak kaki, makanya tempat macam jusco just nice! Satu tempat je nak merembat barang-barang baby, kan senang..

Tak abis fikir barang-barang baby, nak pikir pulak pasal baju raya mamanya..hehe, puasa belum lagi, dah sibuk fikir pasal raya..owhh, banyak sungguh bajetton yang bakal hangus. Habis raya lagi kena fikir pasal bab bersalin, kos suami nak ulang alik balik kg jenguk isteri pulak, tak masuk akikah lagi..wuhuu...duit!duit!duit!Semoga Allah sentiasa melimpahkan ruahkan rezeki untuk rumahtangga kami dan bakal family kecil kami...amin^_^

p/s: emosi tak stabil seminggu dua ne, cian my lil'bun asek dengar orang nangis ajeT_T