Ada yang bagitahu apa yang kita hadapi sekarang adalah pandemik dan juga plandemik, yang mana satu benarnya Allah jua yang tahu. Kita sebagai HambaNYA dikala waktu begini banyakkan amalan benteng diri dan keluarga dan juga remedi keluarga wajib tersedia kerana bab sihat sakit ni datangnya tak terjangka. Ujian sihat dan sakit ni semua orang lalui, takde orang yang tak sakit atas muka bumi ni kecuali Firaun, so kita manusia biasa ni sihat dan sakit datang bersilih ganti. Namun dalam menghadapi hari-hari yang tidak ketahuan mendatang, kita juga harus bersedia tak kira dari segi fizikal mental dan emosi.
Samalah juga dikala pandemik ni, ada orang prepare ubat-ubatan dan juga remedi semulajadi kat rumah untuk persediaan jika ada ahli keluarga yang tak sihat. Tak sihat tu biasanya demam, selsema batuk dan sebagainya. Bukankah kita pun selalu di ingatkan mencegah lebih baik daripada mengubati, begitulah tubuh badan kita ni, nak cegah dari sakit kena jaga perut. Ika kalau bab prepare ni, sejak dari ada anak memang dah belajar, ambil tahu dan cakna apa yang nak di bagi kat anak-anak. Macam mana nak buat bila anak-anak start batuk, selsema dan demam, sebab tiga benda ni benda yang selalu kita hadapi even sebelum pandemik berlaku pun. Ika bahagikan beberapa bahagian part remedi ni sebab terlalu banyak pilihan yang kita dapat sediakan untuk kegunaan seluruh ahli keluarga.
1. Bahan dari dapur
So the best remedi semulajadi yang wajib ada dari dapur adalah bawang merah, lemon, kunyit. Bagi Ika tiga benda ni sangat powerful untuk membantu anak dikala selsema batuk even demam sekalipun. Selain tu, rempah ratus lain ada gunanya juga tapi yang tiga tulah yang paling banyak membantu. Dr Suri Rowi banyak share setiap kelebihan dan manfaat dari makanan real food, malah bagus untuk tingkatkan tahap kesihatan diri.
2. Makanan Sunnah
Minyak zaiton, habbatussauda, kurma, madu, Al-manna sangat-sangat bagus untuk amalan harian bukan suap masa sakit dah, masa sihat wajib amal. Zaman sekarang selamba saja perlekehkan bab pemakanan sunnah, takpe biarkan, asalkan kita jangan dibuat perangai begitu. Tak suka sekalipun, benci sekalipun jangan dilekeh-lekehkan okay. Biasa yang benci ni mungkin sebab ada certain golongan yang buat untung sampai rosakkan original source makanan sunnah tu sendiri contoh paling common madu, tapi disebabkan depa ni tak bolehlah kita pukul rata semua sehingga benci makanan sunnah, sampai tahap menghina tu, moga yang buat benda ni Allah laknat terus.
3. Suplemen
Haa ni pun satu ramai juga yang benci dan anti, suplemen memang bagus pun tapi tengok brand lah. Ada yang suplemen sintetik dan semulajadi, tinggal kita jelah pilih yang mana selamat dan berkesan. Suplemen yang bagus dikala pandemik ni adalah yang tinggi kandungan antioksidan. Ni Ika share antara cadangan suplemen yang ahli farmasi recommended. Segalanya mudah dihujung jari dengan iherb
4. Essential oil
Selain suplemen, Ika rasa nak wajibkan semua orang buat essential oil ni sebagai keperluan, sebab farmasi dari bauan ni memang power untuk bantu tingkatkan kesihatan diri dari segi mental dan emosi, maklumlah kita semua sekarang ni terlalu banyak isu yang menekan diri, tak kira dari dalam atau luar. Essential oil sememangnya salah satu keperluan dan remedi semulajadi untuk semua ahli keluarga dan sangat banyak membantu. Sediakan yang paling basic pun dah okay, pelaburan untuk kesihatan tak pernah tak berbaloi.
5. Homeopathi
Antara pilihan alternatif untuk remedi.
6. Ubatan moden
Biasa panadollah yang ada sedia kat rumah kalau ada yang pening ke, rasa nak demam ke. Ada juga yang ambil ubat demam kat farmasi je, bagi Ika tak okay sebab ada risk untuk ubat expired atau tercemar, sebaiknya jika anak tak sihat baru ambil ubat yang di prescribed oleh doktor, lebih terjamin keselamatannya berbanding yang ambil kat farmasi berbayar dan di simpan.
Kalau datang sanctuary penyu, terus teringat sanctuary penyu kat Cherating, Rantau Abang dan Melaka, tapi tetap paling melekat dihati Sanctuary penyu kat Cherating. Yang Rantau Abang tu ingat-ingat lupa dah sebab lama sangat dah kenangannya. So lama betul tunggu renovation kat Segari Sanctuary ni siap, tapi alhamdulillah boleh juga masuk tengok akhirnya. Kalau nak datang Segari Turtle Sanctuary ni, jalannya atas sikit dari simpang masuk ke Teluk Senangin. Masuk tu pula akan confuse la sebab hutan kiri kanan, tak habis dengan hutan, sambung pula kawasan skala besar tempat ternak ayam. Kalau tak kena timing, datang masa musim lalat, memang nasib ler, geli geleman tengok lalat terlampau-lampau banyaknya, bunyi buzzing depa terbang pun dah boleh buat uols rasa nak balik terus, biasa depa banyak masa bulan 9 10, kebiasaannyalah. So kalau datang niat nak berkelah sekali kat tepi pantai dan bawa makanan tu faham-faham sendirilah.
Ku punya projek dengan anak-anak pun tak berjalan lagi, nak start tour pantai favourite dan ajak anak kutip sampah, tu pun dalam wishlist nak buat, sayang tengok pantai cantik-cantik dicemarkan manusia yang bermentaliti kotor dan sampah, datang pantai tambah sampah. Yang sedia kotor lagi bertambah kotor hasil dari sampah bawahan ombak. Eh, dah terbebel dah. So setiap kali datang Segari kami anak beranak memang niat anak main pasir pantai je, buat terapi depa grounding.
Alang-alang turtle sanctuary ni dah siap, kita buat lawatan sambil belajar untuk anak-anak sekali, memandangkan depa dah dalam fasa nak tahu banyak benda, bolehlah terangkan sikit jenis penyu, apa dia makan, kenapa duduk dua alam, kenapa penyu tinggalkan anak dia. Yang ni paling win soalan dari Hajjar, ibu penyu tak sayang anak dia ke mama, kenapa tak tunggu anak dia lahir dulu? Kenapa tak besarkan dulu? Comel je soalan budak-budak ni. Part paling depa suka tentulah bagi makanan kat penyu. Apapun anak-anak penyu memang comel sangat, ku masa nak kahwin dulu pernah mi tak hadiah nak anak kura-kura pasalnya depa comel sangat. Sekarang anak-anak pula ada keinginan yang sama nak membela binatang.
Sebut pasal penyu dulukala ku pernah makan nasi Sumatera berlauk kan ayam kampung goreng, taugeh goreng, dengan kuah campur siap ada telur penyu, masa tu pelik sangat sebab tak pernah makan telur penyu, sebab bentuknya macam bola ping pong, bila rasa rasa pelik dan unik serta masin-masin berlendir bahagian putih dan telur kuning sedikit pejal, tu pertama kali merasa dan sikit pun tak jatuh cinta dengan rasa telur penyu, lagipun memang tak layak untuk di makan kot, tapi kat terengganu memang banyak telur penyu dijual untuk dimakan. Katanya memang khas dari penyu bertelur untuk buat makan, bukan penyu liar, entahlah betul ke tidak.
Tapi mengandung anak kedua atau ketiga kalau tak silap Ika mengidam nak makan telur penyu ni, kes setiap kali mengidam nak makan benda eksotik, sabor jelah. Tu pun seingatnya jumpa kat restoren Hover adalah menu telur penyu, beli lah sebiji buat lepas rasa mengidam. Lepas bersalin geli geleman mikirnya macam mana ku boleh telan makan, dengan isi telur cemtu rupa, hadoii muntah hijau ingat balik.
Memandangkan nak bela binatang ni ada komited, macam daku bela cacing yang tak perlu perhatian sangat pun dah fail, apatah lagi nak harap anak bela binatang lain, tak pasal jadi kejam plak, mati dipelihara anak beranakku, hahaha. Kes lupa bagi makan. Cacing ku lupa letak air lama sangat last depa mati dan hancur bersama tanah, tambah plak balik kampung seminggu lupa nak bekalan depa lebih makanan dan minuman, sadis sungguh kisah cacing daku. Rasa bersalah pun tak habis lagi,huhu.
So datang Turtle Sanctuary ni pun anak santai-santai lepas main pasir dan air pantai, siap mandi apa semua singgah sekejap buat lawatan, habis lah sepetang kami di Segari di hujung minggu, biasa memang hujung minggu kami tak lekat kat rumah, boleh kira berapa kali je duduk rumah bila hujung minggu, sampai jiran pun pelik kalau ada kat rumah bila hujung minggu, hahha.
Masih ingat gadget dapur dan rumah yang dah pernah masuk dah digunakan sepenuhnya oleh Ika, alhamdulillah slow juicer sampai sekarang masih setia berkhidmat, termasuk vacuum kecil untuk sedut hama kecuali, vacuum besar untuk living hall dah mula tunjuk belang, seingatnya tahun 2019 atau 2020 kita orang beli, 3 tahun guna nak kata kerap tu takdelah. Kadang lagi elok dan berguna beli mop spray tu yang harga 20 ringgit, sebab yang tu lagi banyak guna, so memandangkan trending sekarang guna vacuum berbatang atau dengan kata lain handheld tu, rasa datang memikirnya membazir sebab dari segi penggunaan lebih banyak guna batang penyapu, habit pun mungkin ye, ku ni jenis old school dan klasik sikit, bab barang moden ni mikir banyak kali takut beli jadi tukun.
So setakat pemerhatian sendiri, smart Appliciences yang paling kerap guna dalam rumah ni adalah cloth dryer, pressure cooker, slow juicer. Paling kurang digunakan oven dan bread maker noxxa juga mixer, tu pun bukan beli sendiri, dapat hadiah dari yang tersayang, bukan suamilah. Yang pasti laki ku memang bukan jenis membeli barang-barang gadget ni melainkan ku propose dan tanya pendapat. Disebabkan tak terguna barang-barang tersebut memang rasa bersalah lah, sebab barang ada depan mata tapi tak di manfaatkan.
Sama juga sekarang trending smart cooker thermomix, memang menjejes air liur nak memiliki, tapi itulah mahal sangat dan rasa takde keperluan lagi buat masa sekarang, soon tak tahula kan, tapi smartcooker gadget like a thermomix dah ada dalam wishlist. Biasalah orang perempuan, ada je alasan, benda biar ada dulu, nanti gunalah, kata mereka. Adoii, sama jugalah daku, hahaha. Nanti kita buat post special plak untuk smart cooker comparison yang buat Ika trigger jugak nak miliki one of that gadget. Bab duit keluar ni kena mikir jangka panjang. Orang banyak duit bertaburan takde kisah, kita yang cukup-cukup ni, kena bijak buat decision tanpa di pengaruhi orang lain. Tambah lagi prinsip ku laki bini memang no hutang riba dah untuk ditambah, cukup selesaikan apa yang dah terlepas. Moga Allah ampuni kami, so niat ya nak beli on cash smartcooker in wishlist nanti. Insyaallah amin, moga Allah murahkan rezeki.
Antara wishlist nak penuhkan 'nafsu' ni, ku harap boleh tambah waffle maker, multiple cooker, smart cooker dan upgrade ke Breville Slow juicer memandangkan gadget ni paling kerap digunakan almost setiap hari lerr bila kat dapur. Orang kata elok lagi simpan beli emas dari membazir beli gadget ni, ermm takpelah preference masing-masing, lagi bagus boleh buat dua-dua, gadget pun boleh, emas pun boleh. Haiilah bab berangan, kahhh. Sekarang nak fokus ilmu retort dulu, nak saving makanan dalam tempoh yang lama lagi pula dapat kurangkan isu pembaziran makanan. Retort dan membalang, nampak mudah tapi kalau tak berguru memang fail lah nak buat.
Berangan itu free dan best, ahaha. Mohlerr kita, mana tau, tahu-tahu dah di tangan dok guna nanti, niat tu kena ada, tak gitu? Cemnilah feeling mak-mak kita lalui agaknya, too much in wishlist, tapi banyak kekangan sebab biasa utamakan keperluan anak-anak dulu. So takpe, ku pun bukan jenis terburu-buru nak memiliki sesuatu benda. Benda boleh relax, kita chill saja. Yang pasti Allah akan bagi apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu, kerana apa yang kita mahu belum tentu baik untuk kita. Begitulah, ayat pujuk hati, hihihi.
Siapa tak kenal sayur bayam ni kan? Biasa kalau sebut daun bayam mesti terbayang sayur yang daun nya warna merah, tapi yang paling di gemari biasanya yang hijau dan yang jenis campur. Sayur bayam termasuk dalam kategori superfood menurut buku SuperFood Rx (2004) karena mengandung banyak gizi yang bermanfaat bagi tubuh. Meski manfaatnya hampir sama, ternyata ada beberapa jenis bayam yang populer, seperti bayam batik, bayam hijau, dan bayam merah.
Selain rendah lemak, rendah kalori, kaya serat, dan padat nutrisi, bayam juga mudah diolah untuk masakan sehari-hari. Walau mudah untuk di sediakan jangan memasak bayam dengan sembarangan. Mengutip Medical News Today, satu mangkuk bayam mentah mengandung:
- 7 kalori
- 0,86 gram (g) protein
- 30 miligram (mg) kalsium
- 0,81 gram besi
- 24 mg magnesium
- 167 mg kalium
- 2.813 unit interasional (IU)
- Vitamin A
- 58 mikrogram folat
- Bayam juga mengandung vitamin K, serat, fosfor, dan tiamin. Sebagian besar kalori dalam bayam berasal dari protein dan karbohidrat.
Walau memiliki kandungan gizi yang lengkap, namun kita harus berhati-hati dalam menyediakan masakan bayam, kerana silap-silap ianya boleh menjadi racun. Ada banyak jenis pokok bayam ni, tapi kat Malaysia yang paling famous, bayam merah, bayam hijau dan bayam batik dan terbaru bayam Brazil. Antara bayam tersebut pelbagai jenis masakan boleh dimasak dengan bayam kerana manfaat kesihatan. Namun nak masak bayam ni pun kena ada caranya. Sebelum tu kita kenal dulu daun bayamnya.
1. Bayam Merah
Sesuai namanya, jenis bayam ini memiliki warna merah. Bayam merah ini dikenal memiliki kandungan betakaroten cukup lebih tinggi. Dalam menyediakannya, bayam merah tidak di galakkan makanan kuah, walaupun boleh saja dilakukan. Kenapa? Kuah sayur bayam ini akan berwarna merah kerana kuahnya membuat nafsu makan hilang. Dulu masa mula-mula makan bayam merah berkuah, nenek buat bayam masak air bening, ku tertanya-tanya kuah apalah warna merah cemtu, nak gaul dengan nasi pun confuse tak tahu rasa tu camne, boleh telan ke tak? Bila makan memang menambah-nambah jadinya. Tapi tak selalu la makan, ada 3,6 bulan sekali jumpa menu sayur bayam merah ni, kadang buat masak lemak letak ubi keledek atau labu.
Jenis bayam merah banyak mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, rutin, purin serta vitamin A, B dan C. Bayam merah mengandung betasianin dan antosianin-pigmen alami yang lebih tinggi daripada bayam hijau
Pada umumnya, bayam merah lebih banyak mengandung kalsium dan vitamin B3 dibandingkan bayam hijau. Dalam 100 gr bayam merah mengandung energi sebesar 41,2 kkal, 2,2 gr protein, 0,8 gr lemak, 6,3 gr karbohidrat, 520 mg kalsium, serat 2,2 gr, 7 mg zat besi dan 62 mg vitamin C.
2. Bayam Hijau
Jenis bayam berwarna hijau disebabkan kandungan klorofil dan betakaroten lebih tinggi daripada bayam merah. Sebagai sayuran berwarna hijau, bayam tetap mengandung karoten. Pigmen warna oranye betakaroten ditutup oleh klorofil pada daun bayam. Berdaun hijau dan memiliki lebar daun yang besar dengan batang tidak begitu tinggi, tanaman ini berbunga tahunan dan memiliki bunga berwarna hijau gelap. Tanaman jenis ini dapat tumbuh sekitar 2-3 kaki.
Bayam ini memiliki dua jenis, yakni jenis caudatus dan varietas paniculatus. Jenis caudatus memiliki daun agak panjang, hujung daun runcing, dan berwarna hijau atau merah tua. Bunga daun merangkai panjang di hujung-hujung batang. Yang hijau ni favourite Ika, biasa buat goreng campur dengan fishball ataupun goreng kicap pedas, memang sedap. Bayam termasuk salah satu sayur berwarna hijau yang memiliki kandungan karotenoid tertinggi. Karoten dan vitamin C yang terkandung pada bayam bekerja sama dalam tubuh untuk mencegah teroksidasinya kolesterol yang dapat menyumbat pembuluh darah, sehingga dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. Dalam 100 gram bayam hijau mengandung energi sebesar 16 Kkal, protein 0,9 gr, lemak 0,4 gr, karbohidrat 2,9 gr, kalsium 166 mg, serat 0,7 gr, zat besi 3,5 mg dan 41 mg vitamin C.
3. Bayam Batik
Jenis bayam batik merupakan persilangan antara bayam hijau dan bayam merah, bayam ini juga sering disebut bayam belang. Yang ni jarang nak jumpa kat pasar, sedap juga rasanya. Bentuk batang tumbuhan ini tunggal dan batang tidak berserat, bentuk daun bulat nan lebar, lambat berbunga. Hal ini menjadi keunggulan tanaman ini kerana jika tanaman sayuran sudah berbunga, setelah itu tanaman akan mati.Dalam pertumbuhan pola daun akan seragam, sesuai di tanam di dataran rendah. Bayam batik dapat di tuai pada umur 25 hari setelah tanam.
Jenis bayam batik yang merupakan persilangan antara bayam hijau dan bayam merah ini menjadikan bayam batik memiliki kandungan zat besi yang tinggi, seperti bayam hijau, dan sekaligus mengandung zat pembentuk sel darah merah, seperti bayam merah. Bayam kaya akan zat besi yang memiliki peranan penting dalam proses memberi oksigen dalam darah tubuh manusia. Zat besi juga berfungsi dalam proses menghasilkan haemoglobin. Namun dalam penyediaan masakan yang menggunakan sayur bayam mesti lah berhati-hati kerana ianya boleh menjadi racun.
Untuk itu, ketahuilah langkah pengolahan bayam yang sebaiknya sebagai berikut:
Pilihlah bayam yang hijau segar dan lebih baik yang melalui proses penanaman organik (tanpa pestisida). Lebih baik bayam diproses masak setelah segar dipetik. Karena paparan oksigen yang terlampau lama membuat kandungan zat besi berupa ferro (Fe2+) menjadi teroksidasi menjadi racun zat besi (ferri, Fe3+). Hindari memanaskan kembali masakan sayur bayam yang sudah melalui proses pemasakan. Hindari mengambil bayam yang sudah 6 jam setelah proses pemasakan. Racun yang ada bertambah dengan hadirnya zat nitrat (NO3) yang jika teroksidasi dengan udara juga akan menjadi NO2 (nitrit) yang bersifat senyawa tidak berwarna, tidak berbau dan bersifat racun.
Complicated betul tubuh manusia ni. Perihal oxalate. 75% peratus batu karang dari jenis calcium oxalate. Oxalate memang suka bercantum dengan calcium. Oxalate ni selalu tinggi pada setengah sayuran hijau, ubi kentang dan juga kacang soya. Ada lagi yang lain. Paling tinggi kat daun bayam. Jadi isu yang ditengok sebab boleh bercantum dengan calcium dan membentuk calcium oxalate. Dan 75 peratus dari batu karang adalah dari jenis calcium oxalates. Nasib baik tok nenek kita belajar sains jadi depa pun tahu yang kebanyakkan sayuran berdaun hijau perlu direbus/masak air untuk kurangkan kandungan oxalate dari 30 peratus hingga 90 peratus oxalate boleh larut yang senang diserap. Jadi yang ada pernah ada sejarah batu karang, masak bening janganlah dihirup airnya. Oxalate pada daun ni akan ke air rebusan tu. Agakanya sebab itu orang lama dapat idea rebus pucuk daun ubi, dibuang airnya dan dimakan cecah sambal belacan.
okay ada dua bentuk oxalate ni.
Yang larut dalam air dan tidak. Yang extra tercerna dalam usus , ALLAH bagi la pulak tersedia bacteria baik dalam tu. Banyak species tapi yang terkenal ni Enterococcus faecalis
Bifidobacterium infantis
Oxalobacter formigenes
Depa pi guna oxalate ni dan hasilkan format dan CO2 dan ini boleh kurangkan banyak kandungan oxalate kalau kita makan raw veges macam ulam-ulaman. Ulam ni raw veges dan memang sejak dari dulu, tak de la kita makan banyak sangat at one time. Jangan kacau sangat normal flora usus kita ni sebab terkandung berbillion bacteria yang terlibat dengan sistem penghadaman,
So yang pernah ada batu karang kat buang pinggang. Bila nak makan sayur carilah sayur yang direbus. Mungkin minum air soya banyak masa berbuka di bulan ramadhan nanti tak sesuai untuk anda. Nak makan bayam pun boleh tapi kena rebus dulu. Ini membuktikan orang dulu pun belajar sains makanan. Sampai kat kita semua nak kena goreng aje. Goreng hanya akan hilangkan 3% sahaja oxalate ni. Saya tahu sikit-sikit tapi kita kongsi ajelah. Pelik-pelik betul sains makanan ni. Cuma jangan berfikir secara binari sangat Kredit kepada Dr. Suhaimi yang share pasal oxalate ni.
Apapun kesimpulannya ambillah daun bayam sebaiknya masak sekejap, ada yang suka makan mentah tapi bersederhanalah dalam semua segi, ambil sederhana, makan sederhana.
Apapun selamat menikmati sayur bayam, sama ada dibuat ulam atau di masak air bening atau masak lemak, nikmati saja.
Ada anak picky Eater? Adakah nak perlu bimbang? Nak risau sepanjang masa? Punca anak picky eater? So sebagai mak anak lima bermacam ragam anak Ika hadapi dan belajar macam part picky eater ni, of course kebanyakan anak-anak picky eater ni adalah anak sulung. Betul tak? Agak-agak anda kenapa ye? Kenapa jadi macam tu? Percaya atau tak berpunca dari kita as mom sendiri, sebab benda ni sedar dalam tak sedar gitu. Biasa anak sulung ni kita insecure lebih, nak jaga serba serbi lebih-lebih last-last dalam tak sedar anak tu sendiri jadi eksperiment kita, yelah nama lagi anak sulung, dah tak pernah ada anak, kadang kita too much dependent on mainstream guidelines hingga tak perasan keperluan sebenar anak kita, pasalnya terlalu pembaris, semua nak follow tanpa adjustments yelah takut anak tak boleh itu, tak boleh ini termasuklah bab telan makanan ni. Last-last sumbat anak pulun bagi susu formula je manjang, yelah makan pun tak nak.
Actually mak-mak kalau ada anak picky eater jangan menggelabah, chill relax, jangan gelojoh nak settle, cari punca dulu tengok rutin kita kasi anak apa, encourages kita kat anak macam mana, picky eater ni nak melayan karenah makan depa dah satu hal, apa lagi nak tahan sabar tunggu dia nak makan. Sekali dua nak menyuap pun dah boleh keluar api kat kepala tunggu selera anak datang, tak lagi bab masak macam-macam, tapi sudahnya tersadai tak di sentuh sikit pun, lagi angin, sudahnya malas dah nak masak, kasi jelah telan susu formula tu kalau dah itu kenyangkan atau jajan ke whatever makan yang biasanya zero nutrisi. Kita pun jimat masa, tapi jangka masa panjang, anak merana. Jangan di sangka anak makan ayam je, tak nak makanan lain kita terus cop, "oo anak aku suka makan ayam je, makanan lain dia tak suka", big no! Jangan bina setting macam tu kat anak, kat kita sendiri sebagai mak. Tugas kita ajar dan didik anak pelbagaikan makanan, jangan biar anak memilih bab makan, besar tanggungjawab tu. Eh, asal kenyang dah ler, gitu kalau nak senang belah maknya, tapi untuk anak kesian sangat sebab badan tak dapat pelbagai jenis nutrisi yang sepatutnya anak dapat untuk tumbesaran mereka, terutamanya lagi untuk perkembangan otak mereka.
Daku alhamdulillah Allah kasi kesedaran awal-awal bila tengok selera Harraz tak normal, sebab tak nak makan nasi, geli kat telur, geli dekat mee,muntah bila makan ayam, lauk lain-lain lagilah tak makan, yang dia hanya makan waktu umur 1 tahun setengah hingga ke umur 3 tahun hanyalah spaggeti dan pasta saja kuah sup atau sos tomato je. Mana tak kecewa sebagai mak wehh, so mula ku cari gali apa puncanya, kebetulan jumpa post Dr.Suriyakatun bercerita susu formula yang penuh dengan gula tambahan yang mana impaknya sangat besar kat usus anak-anak juga tubuh badan mereka, so masa tu lepas baca, sedih, kesal pasal bodoh menonong tak ambil tahu ilmu macam tu, mula pasang niat nak ceraikan susu formula Harraz minum secepat mungkin, alhamdulillah dalam dua bulan lebih lepas baca artikel ku campur minyak zaiton atau minyak ikan dalam susu formula Harraz yang buat dia mula kurang menyusu, harraz masa tu tak dapat bercakap lagi, totally takdak bunyi kecuali ma, ayah, bunyi hujung-hujung je. Risau sebab ada tanda macam budak-budak autisme, so ku malas nak fikir banyak even tanda tu ketara juga macam tak boleh dengar bunyi bising, termasuk bab picky eaterlah, risau gak jadi speech delay ke apa, yelah penyakit budak sekarang salah satu asbab maksum terlebih heavy metal suntik masuk masa baby dulukala.
Alhamdulillah sekarang masalah makan takde dah, depa pulun makan semua makanan tanpa memilih , even ubi keledek rebus depa bantai licin.
Apapun cuba positif teruskan kasi Harraz makan minyak ikan, minyak zaiton, kadang ku campur Arabic gum dalam minuman Harraz, budak picky eater ni fokus mula-mula baiki usus perutlah kasi balance makhluk-makhluk yang dok betapa kat usus tu supaya mereka dapat nutrisi baik untuk buat kerja terbaik di usus. 70 peratus sistem imun tubuh badan pun ada kat usus perut, sebab tu pesan Nabi bukan sebarang pesan supaya jaga perut. Kalau dah dari baby lagi dah rosak, tak mustahil bila dah makin membesar, lagi teruk impaknya, so teruskan cerita cerewet Harraz ni memang boleh buat stress, memang stress pun la nak layan picky eater ni, lapar lepas tu tak nak makan, lepas tantrum tak kira masa, mana tak stress uii.
Alhamdulillah, Allah kurnia sabar dan pertolongan je ku takde daya pun, kalau tak buntu jua. Yang pasti dalam tempoh baiki apa yang tak okey, ku rajin lah sikit masak menu untuk anak-anak, macam-macam resepi nak tarik selera anak makan, I mean Harraz lah, anak kedua takde hal, dia pulun je apa yang boleh makan, dia makan je, asal bersuap. Bukan sekejap masak nak tune selera anak sulung, sampai umur 6 tahun Harraz barulah mula makan macam-macam makanan, takde pilih-pilih dah, asal lapar, apa yang ada dia makan, alhamdulillah semua atas izin Allah jua. Dari suka spaggeti je dah boleh makan pelbagai jenis masakan dan siap ada masakan favourite lagi, cuma bila cemtu, kesian kat tuan punya badan la pula, tak semua makanan dia boleh pulun makan, budu pun tak boleh pasal alergik, terus kena serang resdung atau udang, seafood tak segar, memang on the spot mata terus merah, kadang berbalam-balam jadi merah badan kes alergik makanan. Yang penting makanan bergluten Harraz kena control makan.
So mak-mak ada anak picky eater, cuba cari main cause dulu, macam Harraz memang nampak salah satu puncanya dari susu formula. Impak susu formula ni malas nak elaborate lebih, sebab ramai dok berpegang dengan mainstream punya didikan, so nak tahu lebih cari gali sendirilah, boleh follow Dr.Mizam Baha, Dr. Suriyaktun dan fews doctors yang lain dari majoriti, worth to follow sebab daku anak beranak banyak upgrade bab kesihatan hasil perkongsian depa yang banyak mind blowing, membuka minda and more knowledge. Yang penting tak sama terus dengan majoriti, apapun bahagia dengan apa yang berlaku, syukur Alhamdulillah. Banyak sangat hikmahnya. So ada anak picky eater jangan bimbang, yang perlu bimbang bila anak masuk 7-10 tahun susu formula tak boleh nak berhenti lagi.
Dari telegram DrMizamBaha:
Protocol flcc baru untuk mereka yang dapat kesan sampingan v.
Hal pertama di sebut puasa .
Kita dah sebut panjang lebar kenapa puasa dalam facebook kan .. autophagy mechanism .
Cell kena spike ke .. kena gerapin ke .. cell tetap mati .. jadi kita focus pada new cell dan enhances detox mechanism .
Habbatus sauda kekal disebut sejak dari flcc protocol pertama lagi . Jadi kita tetap promosi pati habbatussauda. Kerana sifatnya pergi kepada semua organ sama perangai spike protein.
Ada Lagi Yang Tak Kenal FLCC protocol
Rawatan Awal Kobis dan Rawatan Pencegahan Nyakit Kobis Goreng Ni .
Creative Geng FLCC Ni .
Badan Kita Strong Kalau Support Nutrition Strong.
Jadi Kreatif Mustahak Untuk Defense.
Improvised.
Penat kan takut sana sini
Happiness Is Medicine
Ramai doctors non mainstream share the best prevention dan rawatan. Yang nak dapat manfaat terbaik followlah doktor doktor yang sudi share ilmu mereka bukan yang merapu-rapu dan sebar naratif palsu juga giat buat promosi tak tentu hala.
Notes: Funny thing happens, majoriti hilang 'yakin' kat natural immunity. Sedih tapi tulah hakikat yang di lalui.
2 bulan lepas anak-anak semua terkena demam batuk selsema yang agak teruk hingga rasa susah nak bernafas, nasib baik dah follow otai-otai remedi yang share cara nak hadap tanpa pergi hospital. Alhamdulillah within two weeks semua anak sihat sejahtera, even terkena demam batuk selsema, depa tetap aktif, demam pun alhamdulillah semua amik syarat demam hanya sehari sorang dan ikut turn bermula dari Hajjar, Haniy, Haddad, Harraz dan Hawa last person mendapat. Lepas tu hadap pula batuk selsema, terus on remedi dengan madu kelulut, air bunga lawang, vitamin C, NAC, zinc, kapsul bawang putih, minyak kelapa dara, every night pula potong bawang merah letak dekat tempat tidur anak, dan sapu minyak peppermint oil belakang cuping telinga dan hujung hidung serta dada dan lumut minyak mustajab nona Roguy kat tapak kaki depa setiap kali nak tidur. Alhamdulillah itu hanya ikhtiar kami, yang menyembuhkan Allah jua, even take times juga nak sembuh syukur depa sembuh dengan remedi alami tak perlu libatkan yang punya kandungan drug. Yang penting konsisten buat. Paling best memang wajib adalah peppermint oil untuk remedi sesak nafas, juga suplemen untuk tingkatkan kesihatan paru-paru seperti NAC.
Peppermint oil ni antara favourite Ika juga, tak nanti masa tak sihat je guna, waktu mengantuk, drive dan travel jauh wajib bawa sekali untuk segarkan mental dan tubuh. Bau pun sedap sangat, dan jenama pilihan of course Dottera sebab bau chewing gum dan segar, tak puas sedut baunya. Daun peppermint terkenal karena manfaatnya sebagai penyegar mulut dan mencegah bau nafas tak sedap. Tak heran jika kita sering kandungan produk ubat gigi, cecair kumur macam listerine tu ada rasa peppermint. Ternyata manfaat daun anak beranak watermint dan spearmint ini bukan kaleng-kaleng. Baik dalam versi daun segar, suplemen herbal, mahupun minyak essential , peppermint memang banyak guna. Antara manfaat peppermint jarang orang nak cakna dan guna, melainkan tahu kebaikannya adalah:-
1. Meredakan gangguan pencernaan
Peppermint dapat membantu memperbaiki masalah pencernaan, terutama irritable bowel syndrome (IBS). IBS adalah gangguan usus yang menyebabkan perut kembung, kram perut, dan proses membuang tak teratur. Kajian menunjukkan bahawa suplemen herbal yang mengandungi minyak peppermint dapat meredakan gejala IBS yang teruk. Peppermint mengaktifkan saluran antinyeri di usus besar, yang dapat mengurangi rasa nyeri yang disebabkan peradangan usus.
Manfaat peppermint lainnya untuk pencernaan adalah meredakan mual, termasuk gejala morning sickness bila hamil. Menurut University of Maryland Medical Center (UMM), peppermint dapat menenangkan otot perut dan memperbaiki aliran hempedu, yang digunakan tubuh untuk mencerna lemak.
Selain suplemen herbal, jika gejala mual datang, sedut bau aromaterapi peppermint atau kunyah daun peppermint kering untuk menenangkan saluran pencernaan. Namun, jika gangguan pencernaan Anda terkait dengan refluks asam lambung atau GERD, sebaiknya jangan menggunakan peppermint.
2. Meredakan gatal akibat gigitan serangga
Daun peppermint bersifat dingin dan sangat menyejukkan. Rasa berangin-angin gitu, so minyak essential peppermint oil biasanya digunakan untuk meredakan kemerahan dan gatal-gatal pada kulit akibat gigitan serangga atau tanaman beracun. Cukup sapukan minyak peppermint tempat gatal dan merah tu dan tunggu beberapa saat sampai kesan dinginnya meredakan masalah kulit, insyaallah.
3. Meredakan batuk dan selsema
Mentol yang terkandung dalam peppermint boleh membantu dan membuat saluran hidung terasa lebih lega. Peppermint oil merangsang reseptor sensori di hidung yang mengesan suhu sejuk sehingga kita rasa seolah-olah bernapas lebih bebas. Tapi memang ye pun, anak-anak Ika kalau sapu peppermint oil depa akan rasa lega jika hidung tersumbat, nak bernafas pun susah. Biasa lepas sapu diorang bersin beberapa kali hingga kahak pekat keluar, lepas dah keluar yang tu legal ah nak lelap tidur.
4. Menyembuhkan sakit kepala dan migrain
Peppermint bersifat menenangkan dan membuat kebas. Sifat-sifat ini dipercaya bermanfaat bagi orang-orang yang mengalami migrain dan sakit kepala tension akibat stress. Biasa kalau sakit kepala datang remedi yang Ika guna peppermint oil, zinc, magnesium oil dan suplemen magnesium juga B Complex. Alhamdulillah memang settle sakit kepala.
Meskipun tidak banyak penelitian medik yang dapat membuktikan manfaat minyak peppermint, beberapa pengkaji mendapati bahawa peppermint membantu mengawal aliran darah di dalam tubuh dan membuka saluran sinus untuk memudahkan aliran oksigen yang lebih lancar ke otak. Menurut salah satu penelitian melaporkan bahwa minyak peppermint memiliki manfaat yang sama dengan tylenol atau paracetamol untuk menghilangkan rasa sakit. Boleh sapu area dahi ketika sakit kepala dan belakang leher, memang rasa lega.
Selain itu, banyak lagi manfaat peppermint oil ni, kalau tak cuba tak tahu kan? So explore dan rasa sendiri manfaatnya, kalau takat baca, dengar tu boleh, tapi bila dah rasa sendiri baru boleh percaya, betul tak? Since bercampur dengan mak-mak minyak, banyak juga lah ilmu dapat, even kita tak guna semua jenis, jangan tolak semua, pasti ada manfaat minyak essential yang serasi dengan kita. Sikit pun tak rugi bila tahu remedi alami ni, kesan sampingan pun jarang dan tak pernah lagi anak-anak mendapat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social