Bila sebut hashtag ni semua orang tahu, tanda pagar. Ye tanda pagar, bukan Bill pagar eh, hehe. Bila belek-belek hashtag sendiri kat laman instagram, puas hati tengok bab masak. Tak sangka dalam malas-malas ada rajinnya, wakaka. Kalau bab malas masak takde orang lain, bila datang mood malas masak, seminggu tapau. Tapi kalau dah datang angin nak masak, roti makan pagi pun rajin ku uli. So kira sekarang dikira dalam mood average, time anak minta makan kita masak. Bila dah jadi mak-mak ni baru faham kenapa lah ma, mak kat kampung bila anak-anak balik takkan sekali makan kat luar, sebab nak anak makan masakan dari air tangan sendiri. Puas hati, dan itulah yang akan dirindui anak-anak. Pernah kan tengok iklan Thai yang maknya asyik berbekal kan makan kat anak even anak dah kahwin, sebijik plak dengan mak mertua kekdahnya. Good thing to implement kat anak-anak, sambil ajar anak masak sekali lah kalau tak jenuhh haku dah tua-tua nanti nak kena masak bebanyak, wakaka. Ajar resepi-resepi favourite supaya anak pun pandai sama copy paste buat menu maknya. Takdelah mengharap kita buat 100% nanti.
Konon hari tu nak share resepi step by step kat blog, step entah kemana dah, gambar masak entah kemana dah. Kehkeh, hangat-hangat taik ayam betul. Tapi bila belek hashtag #Ikamasukdapur kat dapur dah lebih dari 500, semangat plak nengoknya.
Banyak jugak resepi detox sempena program detox, everymonth. Detox Shaklee nampak macam extreme, tapi tak rupanya sebab cover semua vitamin, mineral yang badan perlukan, so takdelah penat dan lemau sepanjang melakukan detox. Kebanyakan yang share dapat deep sleep, kurang kan tahap stress yang melampau, ada yang dapat kurang kan inci, dan yang paling ramai dapat kurang kan berat badan. Sempena raya haji ni, ramai lah yang balik makan daging tak ingat diri, so detox program #jomdetoxjutawan akan mula balik 5 Ogos ni. Badan kita ni macam kereta jugaklah, kena servis bila sampai masa, tak reti-reti nak servis memang lama tak lama akan meragam buat hal, samalah badan kita, organ-organ yang buat kerja setiap kali kita makan, terdedah dengan udara dan radiasi, lama kelamaan akan terbeban dan menjejaskan sistem detox badan kita. Mula kurang berpeluh, atau berpeluh yang berbau tengik, busuk, kurang dan mula mengalami sembelit, muka berjerawat teruk, badan lesu dan letih melampau tu semua antara tanda yang badan bagi supaya cleansing/servis balik beban yang membuat badan mula bersimptom toksin da asid dalam badan tinggi.
Nak tahu badan berasid senang je bila kita sendiri rasa ada something somewrong somewhere kat badan sendiri, mula ada masalah tidur, rasa kerap pening, mudah stress dan marah-marah, emosi tak stabil, berat badan tak terkawal, mudah naik, suka diturunkan, kepenatan melampau, mula sakit-sakit sendi dan sebagainya. So dah ada tanda sebegitu jangan bertangguh lagi, detox lah segera sebelum yang kronik datang.
Instagram personal tu Ika dah private untuk family sahaja, boleh follow another second account kat instagram mommy_dw, insyaallah banyak juga resepi will update soon, tapi resepi detox dan Greenjuicelah ye, hehhe.
Akibat terlalu banyak negatif vibes at medsos terutama Facebook, secara rasminya ku deactivekan Facebook buat sementara atau sampai bila-bila pun tak tahulah. Yang penting walaupun banyak jugak post bermanfaat dan baik, tapi yang negatif pun sama banyak, toksik dimana-mana, kita jadi toksik untuk orang lain pun boleh jadi juga. Asyik nampak orang lain je bertoksik tak sedar diri sendiri sebenarnya pun toksik penat jugak ek, so bawak-bawak muhasabah diri sudah lah, hehe so better shut off dan avoid buat seketika sebab negative vibes macam tu boleh kacau kita punya inner, fokus dan lari dari on track sebenar. Apapun nasib baik ada blog medium yang satu ni, akhirnya 2020 memaksa daku kembali ke blog untuk menulis dan menulis, kind of therapy to me sebab tu kena tulis. Tulis hal sendiri sajalah sebab tak kuasa dan takde masa nak tulis ambil cara hal orang lain. Hidup ni jangan sulit-sulitkan, hidup pun bukan lama sangat, sampai masa kembali juga pada-NYA bila-bila masa. Tidur malam semalam belum tentu pagi ni dapat bangun, tambah akhir zaman kematian mengejut dimana-mana, kind of reminder to me too. Hidup pun tak selamanya mendongak dan menunduk ke bawah, always route here and there. Yang penting kita sebagai hambaNYA jangan pernah hilang pergantungan pada-Nya semata-mata, yelah kot dalam mulut berkata-kata harap dan bergantung pada Allah semata, tapi perbuatan bertentangan dari iktikad dihati dan mulut, zaman fitnah disana sini, semua keliru yang hak dan batil, yang haram jadi halal, yang halal jadi haram, begitulah. Semua boleh jadi di zaman fitnah ni, guna media pun memadailah, pun dah teruk panik dan huru hara dibuat nya masyarakat. Nak hidup tenang kurang-kurangkan atau tak payah tengok berita, fokus bangunkan diri dan tambah nilai aktiviti Ibadah. Moga-moga husnul khatimah hendaknya.
So beralih kepada medium blog pun orait sangatlah, lagi pun dah lama dan banyak sangat cerita-cerita sendiri yang terperam dan terperap, harapkan memori masih bagus, ada jugaklah tang yang dah lupa, tapi boleh lah buat modal mengarang, hihi. Dalam pda tu sekarang pun dok survey kedai online yang buat cuci gambar harga murah, menyesal plak tak buat jadi habit cuci gambar macam mak-mak kita buat dulu. Yang kat alam maya ni kalau buat tak nasib baik telefon rosak pun gambar dah hilang tak boleh tengok terus. Kalau cuci gambar buat album tu lain cerita plak.
Tadi pun kebetulan anak-anak tertengok album kahwin, belek punya belek, dengar dengusan kekecewaan anak sulung "kalaulah abang Harraz dan adik-adik semua ada masa mama ayah kahwin meriah, lagi seronok, boleh potong kek sama-sama", hahha mampu gelak je bila anak-anak sesama diorang berborak. Lagi pun bila dihitung-hitung banyaknya masa habis depan phone selama hidup ni, banyak dah living moment tertinggal. Baru dengan phone dah banyak tipu daya dan keasyikan kita terikut-ikut, maka berigat-Ingatlah jua. Baru seketul phone, lepas ni kalau Dajjal offer kehidupan kita pun sama tertipu, huu takut, tak boleh imagine. Banyak-banyak kan dengar ceramah akhir zaman, tadabbur dan amal surah al-Kahfi sama. Hati-hatiah yang kita nampak hero tak semestinya hero, yang kita nampak musuh tak semestinya musuh, Banyak-banyak lah mengkaji, carigali, jangan dapat maklumat hanya dari satu hala, moga Allah pandu kita dalam menilai apa yang baik dan buruk untuk harungi kehidupan mendatang.
Apapun welcome thank you my reader, macam kan ada reader blog daku nih, hahaha, pepun tak kisah lah ada ke takdak, yang penting ku boleh tulis coret kisah ku sendiri, kisah plak hal orang lain kan. Moga yang tercatat yang baik-baik, bagi info yang baik, InsyaAllah amin.
Being a mother is the best moment untuk suami isteri. Samalah kami laki bini. Once disahkan hamil anak sulung gembira tak terkata dalam masa yang sama ada perasaan takut juga. Yelah first time, memacam memikirnya bila bawa somebody dalam rahim sendiri. Harraz adalah anugerah dari Allah untuk mendidik, mengajar kami menjadi manusia yang lebih baik. Anak sebenarnya datang untuk membetulkan perjalanan hidup kita menuju dan kembali pada Allah. Bila lahirnya Harraz banyak sangat perkara yang kami suami isteri dapat terutamanya dari segi pengajaran. Datangnya Harraz antara kami suami isteri banyak buang ego yang bersarang kat kami suami isteri, belajar terima kelebihan dan kurangnya kami. Allahu, tak ternilai, tak terkarang ayat yang setepatnya apa yang kami nikmati dari anugerah Allah yang satu ni. Apapun alhamdulillah dan syukur atas 8 Tahun kurniaan dan pinjaman Allah ni.
Jauh lagi perjalanan kami sebagai mama ayah kepada anak-anak. Kekurangan ketika membesarkan, mendidik Harraz dan Haddad kami upgrade to be better bila anak makin bertambah. Allah jua yang memudah menguruskan anak kami sepanjang mereka membesar, kerana tiada daya upaya kami melainkan semuanya pertolongan dari Allah. Alhamdulillah sepanjang mendidik anak-anak, the chaos situation wajib ada, tu memang tak boleh nafilah, sebab setiap anak-anak ada keunikan tersendiri. Apapun untuk Harraz mama berterima kasih dan minta maaf sangat sejak dari kecil lagi Harraz banyak berkorban(menangis), sebab anak sulung banyak mengalah, beralah dengan adik-adik. Harraz kalau setiap kali ada something adik-adik yang against his will, dia akan remind "Harraz adalah orang pertama yang duduk kat dalam rahim mama, Jadi kena dengar cakap abang Harraz, kena...bla bla", his point memang win dan adik-adiknya memang akan gamam tak mampu balas, hahaha.
Ika dulu masih ingat selepas kejadian hitam, pernah tercatat dalam blog ni, memang ingat tu dah last time tengok Harraz tapi Allah jua yang Maha melindungi, Harraz selamat tapi the progress after that sangat menyedihkan, Harraz tak banyak bunyi, poor eye contact banyak tenung kipas bergerak, sangat-sangat sensitif dengan bunyi-bunyi yang kuat, bunyi enjin motor, bunyi drill semua tak boleh, akan buat Harraz menangis, sedih sangat sebab ciri-ciri yang Harraz tunjukkan tak normal, seperti sindrom budak-budak autism tu, paling tak keruan picky eater yang teruk, dan Harraz di diagnosis ada asma selepas kejadian tu, so waktu malam ketika Harraz tak sihat seperti selsema dan batuk sangat horror, nak tidur pun takut, takut sedar-sedar Harraz dah semput atau tiada, punya trauma teruk lepas kejadian hitam tu. Harraz punya body macam budak tak cukup zat. Sedih amat. Tapi mama kuat kan hati, sentiasa positif kan diri even though nak positive tu sangat payah sebab my health masa tu pun mencabar. Tapi mama percaya Harraz bukan seperti yang terlintas kat fikiran, cuba lawan that thoughts. Allah je tahu struggle masa tu, struggle pulihkan diri sendiri, struggle dengan keadaan anak.
Harraz umur 3 tahun lebih baru keluar perkataan dari mulut, alhamdulillah walaupun lambat terus dapat sebut dengan jelas tanpa bunyi 'telor', syukur sangat dari hasil konsisten bagi minyak ikan kat Harraz, his condition sangat memberangsangkan terutama bab bernafas banyak progress yang positif. Dalam masa tu jugaklah banyak effort mama try dan adjust untuk improve masalah picky eater yang teruk. Dari hanya makan pasta sahaja, Harraz mula makan bihun dan mee, dan akhir sekali nasi. Tu pun masuk umur 5 tahun baru start makan nasi even sekali sekala tu pun satu progress yang sangat besar buat kita yang bergelar mama apatah lagi Harraz mula start melompat dengan gerakan yang betul.
Apapun pengajaran dan pengalaman termahal mama dapat dari anakanda sulung start dari mengandung melahirkan, dan membesarkanmu. Selamat Hari Lahir Harraz yang ke 8 Tahun, mama doakan Harraz terus berani lawan segala ketakutan yang bersarang dalam diri Harraz dan hilang kan trauma Harraz moment dengan mama ketika mama hilang kewarasan dulu dan hanya mengingat moment yang indah dengan mama sahaja. I love you to the moon, mama ayah doakan Allah kurniakan kesihatan yang terbaik, kehidupan yang diberkati, dipermudahkan, di rahmati selalu, Jadi anak soleh penyejuk hati mama ayah, Jadi hamba Allah yang diri kan solat, patuh melaksanakan perintah-NYA dan ikut sunnah Rasul, hiasi peribadi yang baik mulia . Insyaallah amin.
P/s: korang kalau anak ada masalah speech delay, autism, sawan, developmental issues etc boleh cuba NEMECHECK PROTOCOL. Ada group khas kat facebook yang guide parent macam mana nak buat protocol, hanya guna 3 benda FISH OIL, OLIVE OIL dan INULIN (3 tu pun ada brand terpilih yang berkualiti tinggi). Nak tahu lebih lanjut korang boleh request join private group tu. Tak salah mencuba kan, lagi pun dah banyak hasil positif yang ahli group tu dapat hasil amalkan protokol konsisten dan disiplin.
Bila diajak bercuti keluarga, berkumpul bersama ramai-ramai memang tang ni tak mampu tolak. Bila lagi kan dapat berkumpul-kumpul ramai-ramai kan? Kena appreciate bila ada peluang cemtu, kerana di lain masa kita tidak tahu kekangan yang ada kan? So masa cuti sekolah adalah masa emas untuk semua berkumpul, dapat cuti bersambung tu kira heaven dah.
Nak di jadikan cerita planning asalnya memang lakiku tak boleh nak jamin la boleh join sama, kerja kilang cemtulah, kena standby everytime, tapi memikirkan hati orang tua, ambil cuti dan tanpa fikir panjang berkemas last minit bag baju, macam biasa lah. Bab last minit decision tu dah biasa, so mode kemas baju sebelum bertolak pepagi lagi sebab planning nak panjat bukit genting. Kononnya lintas sajalah cepat sikit sampai gambang naik karak tu. Singgah breakfast, bekal tengahari pun dah settle. Nak dijadikan cerita kat tengah-tengah bukit jalan melantun-lantun kes banyak area jalan mendap, sekali rasa macam bonet dan tempat duduk belakang turun. Teruskan perjalanan hingga sampai lah kat karak, tak sedap hati sebab dah rasa macam something wrong somewhere dengan kereta. Suami bertahan je drive dari genting sempah terus masuk ke Bentong sebelum decide teruskan perjalanan ke Gambang. Masa tu memang tengahari pacak matahari, dah nak masuk waktu solat jumaat. So sebelum nak ke tempat bengkel suami selesaikan urusan solat dulu. Siap tu terus ke bengkel proton kat Bentong, lega sungguh bengkel masih buka.
Terus semua kami turun, tengok apabenda yang dah jadi, nak dijadikan tayar berbunyi kes dah bengkok dah bahagian pegang tayar tu. Staff bengkel tu ingat suami modify tayar kereta kasi bengkok cemtu, aduhaii. Tanya berapa lama boleh settle, harap janganlah sampai lewat petang sangat nak settlekan, so dalam 3jam gak estimate siap baiki. So berhuhuu la kami dalam bengkel tempat menunggu, nasib baik tu sentiasa ada sebab makanan tengahari dah ku siapkan sebagai bekalan. So sambil menunggu tu sempatlah kenyang kan perut anak-anak dan kami laki bini. Alhamdulillah sedang elok pukul 4 lebih, bengkel pun dah nak tutup, staff pun kebanyakan dah nak balik, kereta kami siap baiki. Terus bertolak ke Gambang petang tu dan berharap sampai sana sebelum maghrib. Anak-anak pun dah tak sabar, hampir pukul 6 petang kami sampai sana, semua family pun dah sampai masa tu.
Sampai ke Everia Villa Resort tu kagum jugaklah tengok tempatnya cantik sangat, if datang dengan keluarga besar memang recommended sangat tempat ni. Selesa dan kemas dan memang macam hotel. Cuma dalam bentuk homestay jelah. Setiap bilik dalam rumah tu memang hotel version, setiap rumah ada 3 bilik. So nak muatkan kami semua ambil 2 rumah resort tu. Muatlah satu keluarga besar. Malam esok tu kami planning nak buat berbeku, petang tu sempat lah ronda-ronda sekejap kawasan Bukit Gambang tu. Honestly untuk kami anak ramai ni memang tempat macam tu tak masuk list sebab renyah nak bawa anak panjat bukit, nak mandi pun tak berapa sebab kawasan macam tu. Jauh nak pergi ke satu dari satu tempat. Tapi syukurlah dapat merasa juga sampai dan rasai suasana, kalau tak bila lagi nak sampai sana, hihi.
Lepas pada pusing-pusing tengok tempat, siap makan malam kat Nasi Ayam Kukus Mama kat Bandar Gambang kami balik semula ke homestay selepas cari sikit barang-barang tambahan nak buat berbeku malam esok, ingatkan nak bersteamboat, apa boleh buat rancangan kadang-kadang jadi lain dari yang dirancang, tambah pula barang makanan untuk buat steamboat tiada lepas tu korum tak cukup lagi sebab ada yang belum sampai. So decide bakar ayam jelah malam esok tu dan buat sedikit pasta untuk makan malam. Yang penting boleh berkumpul makan ramai-ramai. Tu pun dah suka hati dah tambah-tambah orang tua. Suasana berkumpul duduk ramai-ramai tu memang buat mak ayah suka, senang hati bila adik beradik, anak beranak semua ada, kan? Rasanya semua macam tu lah nanti bila umur dah senja, nak anak-anak semua ada berkumpul sama-sama, berborak, makan sesama, hihi.
So lepas pada makan malam, dah kenyang pagi esoknya kami terus ke Bukit Gambang Resort City pergi ke Zoo. Ingat nak mandi kolam tapi kami tangguh dulu bab mandi kolam. Pagi tu selepas breakfast kami semua bersiap keluar ke Zoo Safari tengok binatang, naik tram dalam tu. Seronok bukan main anak-anak dapat naik tram, tengok binatang dari dekat. Tapi Zoo Melaka dan Taiping tetap paling terbaik, tak boleh challenge dengan haiwan yang ada dalam tu sebab kat Gambang tengok singa pun rasa sedih kes dah tua sangat lepas lonely. Yang paling scary bila masuk area dubuk lah, dengan rupa dan bunyinya confirm ngeri.
Siap pusing satu zoo safari kita orang jejalan pergi kawasan burung dan haiwan lain pulak. Bila tengok kan keadaan dan kawasan zoo untuk binatang lain yang diletakkan bertingkat-tingkat memang awal-awal lagi kami laki bini surrender tak nak pusing. Mati selera tengok bertingkat-tingkat dengan bawak budak-budak keciknya, dengan orang tua. Uii yang muda ni pun rasa nak tercabut kepala lutut, patah pinggang nak berjalan datang ke tempat tu, apatah lagi nak naik turun tengok haiwan kat tingkat-tingkat berlainan, wakaka. So hanya lepak tengok sekeliling dan settlekan solat je kat bangunan binatang tu. Selepas tu semua dah start bunyi kelaparan, apalagi balik semula ke tempat pendaftaran dan berkumpul cari tempat makan kat Bandar Gambang. Memandangkan masa tu waktu cuti memang ramai jugaklah orang kat tempat makan. Singgah makan kat Restoran Hijau. Siap makan kami pusing-pusing Bandar jap sambil cari bahan makanan untuk tambah apa yang tak cukup nak berbeku malam tu. Petang tu balik, anak-anak pergi zoo safari sekali lagi dengan bapa saudara mereka yang baru sampai, second time pergi dapatlah tengok persembahan binatang dan orang main api kat sana. Kami yang kat homestay ni standby untuk berbeku dah, so takde lah lewat sangat makannya nanti. Yang balik dari zoo terus boleh mengadap makan malam. Puas hati lah semuanya malam tu.
Esok pagi nak tak nak anak-anak kena kasi can celup air kolam, mana lengkap kalau bercuti tak mandi kolam kan? So pusing punya pusing kes tak nak main air kat Gambang Resort City tu sebab terlampau crowded, kami pergi mandi kolam kat resort yang Burung Sarawak tu, apa dia dah namanya lupa. Mandi kat situ lah puas hati semua dapat mandinya. Siap mandi kami semua bersiap-siap untuk bertolak balik dah. Apapun percutian kadang-kadang takleh nak plan betul-betul sebab tak jadi, unplanned version belah mak mertua biasanya memang akan jadi, Kiki. So the unplanned version family day kami berakhir dengan gembira bila ma dapat bersteamboat ramai-ramai sebelum semua berpisah ke tempat masing-masing. Kes malam berbeku sepatutnya buat steamboat, tapi tak nak kecewa kan keinginan mak mertua dapat jugalah kami tuna ikan hajat ma nak bersteamboat dengan anak beranak kat Hotel Shahzan Inn Kuantan. Till then insyaallah ada rezeki kita berkumpul lagi, amin.
Sreettt....sretttt, bunyi meja ditarik sana sini. Sekali sekala bunyi guli bergolek. Dumm, sekali, dumm!sretttt,
Aii, boleh tahan bilik sebelah ni. Tak pernah masuk hotel meriah cemni pukul 3pagi plak tu. Ada sejam scene dok galak bunyi cemtu. Aku punya seriau jangan cakapla.
Budak dua orang ni plak menyusu punya lamalah plak tengah pagi ni. Adoii, saborr je lerr. Tiba-tiba bunyi galak tadi bertukar sunyi sepi, kedengaran hanya surah Al-Baqarah dari phone.
Cuba lelapkan mata, tak lelap jugak. Sretttt!! Aaa sudah..bunyi pulak. Sambil mulut terkumat-kamit, ku tengok semua dok lena tidur. Tolonglah mata! Sekali terlelap. Tak lama, tersedar balik, tapi surah Al-Baqarah tak habis lagi baca, means sedar dalam jam yang sama. Srett! Sreettt! Bunyi meja ditarik makin mendekat kat dinding sebelah.
"ish, ish dia ni tahu ka aku dok dengar ni? Aku tak takut! Yang aku takut ni kat Allah ni, dah bangun tapi tak solat tahajud. Ya Allah, ampunilah dosaku, dah bangun tapi tak ringankan tubuh gi solat". Ku dok ketar nak bangun pergi bilik, kang bukak bilik air tercongok depan pintu, naya.
Tolonglah! Aku tak nak tengok pun ko, baik kutenung lakiku, dapat gak pahala. Orang kata kalau bunyi macam tu kat sebelah ke, kat atas ke sebenarnya benda tu dah ada dekat kita atau dah ada dalam bilik kita pun, cuma macam trick depa konon dok bunyi jauh dari kita, betul ke?
Sambil hati dok baca doa gitu gini, "Ya Allah, aku nak solat tahajjud ni", "Ya Allah aku takut terlelap balik ni, kang sedar lewat subuh pulak, aku nak solat awal waktu", boleh tahan kelakar jugak hati bermonolog sendiri, dan disambung berjela-jela lagi dengan doa lain.
Terlelap lagi. Sedar kes sayup-sayup keluar suara jantan dari phone.
I am the architect of my life; I build its foundation and choose its contents.
Today, I am brimming with energy and overflowing with joy.
My body is healthy; my mind is brilliant; my soul is tranquil.
I am superior to negative thoughts and low actions.
Berjela-jela lagilah suara dalam phone dok buat affirm.
Eh, eh buat aku cuak je, terus tengok jam dah pukul 5.30 pagi. Bangun ambik wudhu, terus solat taubat. Dramatik betul nak bangun awal pagi pun. Ika tak pernah lalui pengalaman seram duduk kat Hotel, kecuali first time merasa bila masa tu balik dari ziarah arwah mak saudara yang sakit kanser, dari hospital Klang, kita orang decide bermalam kat Shah Alam je sebab dah lewat. So memandangkan takde aktiviti hujung minggu kita orang stay jelah hotel. Lagi pun baju overnight pun dah standby, so why not teruskan jelah niat, esoknya boleh jugak pusing-pusing Shah Alam kan?
Nak di jadikan cerita sebelum cari hotel tu kami settlekan bab makan malam dulu, sambil search online hotel yang available, tapi kebanyakannya jauh dari tempat kita orang makan, masa tu dah hampir pukul 10malam pun, nak cari jauh-jauh dah satu hal, anak-anak semua dah mode nak tidur dah, so cari yang terdekat kita orang terus tuju Hotel kat Shah Alam seksyen 7. Alhamdulillah ada biliknya yang family room. So apa lagi terus check in, mandikan anak dan diorang main sekejap hampir pukul 12 jugak diorang lelap. Ika pun terlelap sama, terkejut bangun pun kes anak merengek nak susu.
Masa tulah kejadian seram tu berlaku, seriously memang takut sangat sebab first time alami situasi cemtu, suami yang tidur hujung katil pun ku takut nak berpaling kejut kan kes takut tetiba benda tu dok tepi katil, haha. Masa tu just fokus susukan Haniy je sambil zikir. Bab remang bebulu kat badan tak yah cakap lerr. Masa tu nak bangun kencing memang tak sanggup nak masuk bilik air, kot tetiba buka bilik air kang tercongok benda tu, aduii. Imagine dari 3 pagi sampai ke subuh tahan kencing, power tak power, ngekk sungguh. Apapun benda ngaib ni memang takleh nak elak, sebab wujud, asal jangan kacau kita dah. So pagi tu lepas check out dan bertolak baru berani bagitahu suami. Masa kita orang keluar bilik tu sempat lagilah jenguk sebelah sebab ada staff yang baru kemas bilik yang berbunyi seram tu, tanya lah semalam bilik ni ada orang ke? Dia cakap takde, hari baru ada yang akan masuk tengahari nanti. Fuhhh, moga kali pertama dan terakhir lah dapat pengalaman cemtu, seram dia memang lain macam. Korang pernah tak lalui creepy Moment cemtu?
Apapun hotel tu memang tak dinafikan sangat selesa, kedai makan pun kat bawah je, siap ada self laundry so memang banyak kemudahanlah. So far oklah bab menginap, bab kena kacau tu rezeki diorang lah dapat kacau kita, hehe. So alang-alang dah dekat Shah Alam, kami pergi ziarah mak saudara for second time kat hospital klang masa tu, bukan selalu nak turun KL lagi pun ayah datang dari Kelantan sempat lah bersua mata dengan ayahanda sekejap. Lepas urusan ziarah, kami ke rumah sepupu kat Setia Alam, alang-alang nak balik Perak, laluan sama, singgah lah sambil-sambil kenal rumah. Sempat lah dijamu tuan rumah dengan Nasi Arab. Selesai makan kami berpisah dengan adik yang hantar ayah kat Airport Subang Jaya.
Kenangan Ziarah MokcikYah
3 & 4 Ogos 2019
Ok sangatlah. For first timer for us yang guna slow juicer ni, Ika sangat recommended. Selain murah, senang nak guna, cuci dan pasang balik, hasil juice pun bukan main terbaik. Masa nak order ni pun entah berapa lama dok survey kes nak cari yang terbaik. Memang dok berkenan yang Philips Slow Juicer tu, tapi tengok harga pun boleh tahan, pastu dok memikirkan takut dah ada kat depan mata, guna 2 kali setahun memang tak berbaloi lah nak beli. Kena memang memakai bab membeli, kalau takat nak puasan nafsu, keinginan dan kehendak semata, satu kerugian besar pulak kan? So test guna yang murah serta affordable dulu.
Macam biasa Lazada memang antara port belian Ika, bukan tak nak guna Shopee, tapi tiap kali nak membeli kena validate dan verify apemenda tak lepas-lepas, sudahnya tiap kali nak beli online memang Lazada pilihanku. Senang, mudah, cepat dan tak renyah cuma kena pandai pilih sellerlah. Dari tahun lepas lagi kerja dok survey je, last-last order jugaklah satu gajet kat dapur ni. Tunggu punya tunggu dapat hari ke 4 lepas order, nak tunggu test kena beli lah buah dulu. Nak buat mula green juice everyday ke alah mula dulu pelan-pelan, benda nak istiqamah ni kena kait dengan disiplin diri, hihuu. Kalau disiplin out, memang konsisten pun out lah. Tapi memandangkan umur pun dah makin menambah, nak tak nak kena buanglah apa yang tak baik dan tak bagus dalam pemakanan, tak banyak, buat sikit-sikit pun tak ngape asalkan konsisten yang sikit tu macam Ibadah jugaklah. Nak mula tahajud dengan 12 rakaat terus, memang tak dapatlah. Kena naik tangga pelan-pelan jangan gelojoh asal gerak satu step sekali buat.
Orang paling excited dengan Slow juicer ni tak lain tak bukan anak-anak lah, sebab gembira boleh buat juice sendiri. So pertama kali test buat dah bagitahu diorang kena minum juice tu sebab bagus untuk badan sihat dan kuat. Semua mengiyakan saja, kasi puji-puji sikit, haa memang diorang minum green juice yang diorang buat sendiri. So hari pertama dan kali pertama buat puas hati sebab anak-anak pun turut minum sama-sama dan habis.
Apa yang Ika perasan bila sugar addiction datang balik bila pemakanan sesuka hati, emosi Ika pun sangat teruk untuk di kawal, mudah marah, letih dan rasa badan tak ok. Kita kan boleh rasa sendiri badan kita sometimes wrong somewhere, rasa serba tak kena. Betullah kata 'you are what you eat', otak kedua kita berada di perut, makan benda tak elok, tak bagus memang effectnya akan mempengaruhi fikiran dan emosi kita juga. So memandangkan sejak tahun lepas lagi sebenarnya dah start buat green Juices ni iaitu masa detox dan mengandungkan Si Haniy lagi dan hasilnya sangat positif so why teruskan apa yang baik, cuma masa tu buat masa nak minum je, lepas tu hanya guna blender, so nak try jugalah hasil bergreen juice dengan slow juicer kan? Memang pekat likat dan sedap rasa juice yang dibuat dengan slow juicer ni. Cuma bab serat yang dibuanglah rasa sayang pulak, nampak gaya kena order cacing kompos plak untuk elakkan pembaziran sisa makanan, insyaallah nanti kita usahakan. Quite fun jugaklah buat juicing dengan anak-anak ni, at least diorang ada jugak aktiviti.
So kalau korang nak mula bergreen juice Birkeshire Slow Juice ni antara yang berbaloi korang beli dan guna. Nak guna senang, nak basuh dan pasang balik pun mudah sangat, instructions lengkap diberi. Antara doktor yang bagus promote holistic ways untuk improving our healthy lifestyle adalah Dr. Noordin Darus, follow lah youtube dan page, banyak sangat ilmu kesihatan yang beliau share dan juga antara person yang free cancer selepas ubah lifestyle ke arah pemakanan sihat dan nutrition intake knowledge selepas gagal rawatan dengan perubatan moden. One of the respect doctors yang banyak bagi ilmu bermanfaat buat masyarakat dan bagi awareness tentang kesihatan, bagaimana maintain dan ubah apa yang patut diubah dengan cara lebih alami dan less kesan sampingan. Semuanya tentang pilihan kita so buatlah pilihan yang membahagiakan dan menggembirakan kita. No one can rules our lives, so choose and decide wisely. Happy juicing everyone. Love yourself, love your family and love your lives.
Catatan 8 Julai 2020
1.50pm
29 Jun 2020 cukuplah 7 Tahun umur anakanda kedua. Banyak suka duka membesarkan anak rapat ni, banyak juga pengalaman, pengajaran bila dapat anak-anak rapat. Alhamdulillah ku syukur Allah bagi ujian dan nikmat ni buat ku dan suami, syukur atas anugerah dan amanah yang Allah kurniakan buat kami suami isteri. Sekejap je masa berlalu bila anak dah 5 tahun ke atas, sekejap sekejap dah beralih tahun, tahu-tahu anak dah nak nikah kahwin nanti. Sempena birthday anak Sempena pkpp ni nothing special, konon nak buat sendirilah keknya, tapi faham-faham sendirilah ku bab baking ni seloww dan tak minat sikit, tu yang banyak alasan bila anak ajak buat kek sendiri. Last-last suami decide tapau dari kedai je macam biasa, hehe. Selain tu anak minta ayam goreng tepung tu je Sempena birthday.
Anak nombor dua ni memang karakter dia lain sikit dari adik beradik yang lain terutama dengan yang sulung tapi mama tak nak banding kan anak-anak sebab setiap anak ada keistimewaan dan kelebihan juga kekurangan masing-masing. Apa yang Ika perasan Haddad ni memang keras luaran tapi dalam hati ada taman, macam mama juga, kena cara treat memang lain macam hasil yang dapat. Nak mintak tolong bagitahu je baik-baik, kurangnya jenis tak sabar-sabar. Yang rajin layan dik-adik dialah, yang senang nak minta tolong pun dia yang paling cepat respond.
Paling tak tahan peel bila nak sesuatu memang tak sabar menyabar, kalau nak tu memang dan dan tu jugak dia nak, kalau tak kena cara memang berpanjangan drama, sini lah kena bijak pandai pujuk dan divert trick untuk anak kedua ni makan saman. Kalau lagi kau berkeras, lagi dia double triple berkeras, uhuiii boleh terbang lintang pukang kesabaran. Apapun setiap anak ada cabaran masing-masing sebab masing-masing semua berbeza dari dalam rahim lagi diorang berbeza, pengalaman mengandung, kelahiran dan bila membesarkan anak-anak ni, yang penting parents tetap sayang semua anak-anak tiada lebih dan kurang kan? Sebab manusia tu unik, takde yang exactly sama, cara treat anak-anak pastilah doesn't fit one ways, so do the best sajalah kita as parents, everyone want the best to each other especially untuk anak-anaknya.
Kita sebagai parents Jadi pendorong, penggalak, supportive, complimentary, understanding them. Bunyi macam mudah je kan? Takpe lah sampai masa semua orang akan rasai apa yang dah mak ayah kita lalui dahulu masa besar kan kita, ambil panduan dan pengajaran apa yang telah kita lalui sepanjang membesar dari didikan ibubapa kita. Jika kita rasa kita Jadi the best person dengan cara didikan mak ayah kita, why not kita follow saja apa yang diorang dah terapkan apa yang baik untuk kita sepanjang hidup ni. Tak rugi pun kan.
So untuk anak-anak mama, nak didik Jadi pejuang Islam rasa macam jauh sangat lagi, tapi as long as niat kita sebagai mak ayah tiada lain dan bukan mama doakan anak-anak mama membesar Jadi orang bermanfaat untuk agama, dunia akhirat. Jadi hamba yang mendirikan solat, amalkan al-Quran sebagai panduan hidup, bukan semata-mata baca tapi amal dan istiqamah, sesungguhnya mama ayah sentiasa ingat pesanan tok ayah dan umi supaya jangan sesekali tinggal solat dan al-Quran sebab tu sajalah bekalan terbaik sebagai hamba Allah kerana matlamat hidup kita semua untuk mengejar syurga Allah. Mama doakan anak mama sentiasa berjaya dalam apa jua urusan hidup, dikurniakan kesihatan yang baik dan tenang bahagia dan gembira dalam menikmati semua anugerah Ilahi, dilindungi dalam apa jua situasi, happy 7th birthday my son Ahmad Haddad. Your story birth will remain forever in mama's memories.
Catatan 29 Jun 2020
Sempena ulang tahun hari kelahiran anakanda
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social