Jika ditelusuri balik track memory kat brain ni, honestly memang banyak benda dah tak ingat, childhood, zaman sekolah, zaman universiti, zaman bujang dan even lepas kahwin sekalipun ada memory yang ku lost track. Seram meh, tak tua lagi tapi bab lupa tu dah agak teruk. Siapa mak-mak yang alami lost track macam iols ni? Risau sangat, terus terfikir kat penyakit dementia, nyanyuk. Nauzubillahiminzalik. Seriously even anak ketiga keempat dan kelima dan lost sikit-sikit memori, cuba track balik kat blog sendiri ku ada tulis ke tak setiap momen kelahiran anak, rasa macam anak sulung dan anak kedua je ku tulis detail even momen masa mengandung sekalipun. Kat ig pun rasa tak update sangat. Rugi rasanya tak tulis details. Such a sweet memory dan pahit, dan masam dan segala jenis memori supaya bila baca, oo pernah lalui rupanya macam ni, macam tu. Haishh, sekarang memang tak daya la nak try hard ingat balik semua, kadang-kadang a dump memory pun kita simpan, baik terus tak ingat.
Baik ingat yang baik-baik jelah ye, pujuk hati sendiri. Paling tak boleh ingat kenapa antara anak-anak ni ku lost track growing memory depa, sedih tau as mak-mak ni boleh lupa, tahu-tahu dah besar pun masing-masing. Ku teringat-ingat pulak satu cerita yang working mommy, bila anaknya yang sulung start masuk asrama, masa tu hit hard her sebab tahu-tahu anak nak berpisah dan memulakan journey hidup berdikari, dia cuba track semula semua memory dia dan anaknya dari kecil sampai waktu tu, dia tak ingat, even moment gembira atau sedih dia cuba recall, tiada! Jangan ingat working mom je lalui perkara macam tu, surirumah pun ada yang jenis lost track macam tu. Then she keep recall their memories together, tapi got nothing, belek album satu pun takde gambar dia dan anak-anak ketika anak membesar. Menangis hiba, sebab sekarang anaknya dah masuk asrama, pasti masa bersama lagilah terhad. Adoii sedih pula teringat true story macam ni.
Ku as surirumah ni pun busy, busy apa pun tak tahu sampai lost track, Allahu, zalimnya kat diri sendiri. Nak kata mengaji Al-Qur'an 5x sehari pun tak, sungguhlah tipudaya terpaling tak mampu tepis 'masa' dan 'waktu lapang'. Nampak gaya kena latih otak balik dan aktifkan long term memory. Not good kalau umur macamku ni dah banyak lost track memory. Ada tak mommies yang alami situasi macam daku ni?Kena buka balik nota Doc otak, revise and practise. Ada ilmu tapi tak amal macam ni lah, tinggalkan sekejap pun dah haru biru.
Alang-alang revise note Doc, ku share sini sekali. Mana tahu ada yang alami masalah macam daku jugak. Perasan atau tidak, hari-hari kita dipengaruhi dengan apa yang kita makan. Mommy yang mudah stress, emosi tak tentu pasal, asyik negatif saja dalam pemikiran ketahuilah otak kita tak dapat makanan yang betul.
Dr Rizal pun ada bagitahu otak ni bahagian paling premium, eksklusif. So nak bagi atau jaga bahagian paling mahal ni tentulah kena bagi sumber yang berkualiti. Manakala perut kita adalah otak kedua kita. Benda ni saling berkait, apa yang kita makan itulah yang kita bagi kat otak kita. Mommy yang cuba berfikiran positif, perasan tak kenapa kita tak dapat maintainkan fikiran macam tu? Sebab makanan kat otak tu kita bagi yang paling cikai dan merosakkan aktiviti sel otak contoh mudah GULA. Nak sel otak kita berfungsi dan jalankan kerjanya dengan baik, bagilah makanan yang baik untuk otak. Tambah-tambah bila dah menuju umur 40an bermesralah dengan A.C.E iaitu vitamin A, C dan E.
Kesemuanya penting untuk otak. Terutama apabila kita mula mengumpul uban di rambut, kedut di kulit, perkataan lupa sentiasa dizikir di mulut. Selamat mencari A.C.E. Bila dah ada bunga-bunga lupa ni jangan letak reason atau penyedap hati be like 'aa biasalah dah beranak pinak, urat banyak putus', bukan benda remeh. Awal-awal masa boleh cegah, kita buat dia, kena sayangi otak sendiri. Yelah kalau ada otak ada spare part untuk ganti seronok juga, yang itu Allah kurnia, jaga jelah baik-baik, moga saat pulangkan kota dapat pulangkan seperti mana kita dikurniakan. Ada banyak cara untuk sihatkan dan powerkan otak yang kita kena belajar dan amal. Antara yang Dr Rizal share jaga lima perkara utama ni untuk otak yang power
1)What you eat
2)the number of hours your sleep
3)your lifestyles
4)your thinking processes
5)your relationship
6)your spirituality level semuanya penentu.
Perasan tak ada orang bangun tidur dia tak dapat move on dari pengalaman atau insiden semalam. Ada yang asyik tersangkut dengan insiden yang berlaku 3-4 tahun lepas. Benda dah berlalu tapi masih mengganggu sampai hari ni. Even children moments nightsmare pun ada yang masih simpan. Benda macam ni kacau hidup sampai ganggu potensi sendiri. Ganggu emosi. Punca pada fikiran yang entah apa apa. Asyik negatif saja.
Selain tu ada dua benda yang selalu ganggu kita secara senyap dan kita tak perasan tapi kita tak peduli namun ia beri impak besar kat diri kita iaitu fikiran kita dan yang kedua ialah emosi. Fikiran adalah bahasa kepada otak. Emosi pula adalah bahasa kepada tubuh. Keduanya ada dalam otak kita. Nak kuasai keduanya kita perlu kuasa otak kita.Macam mana nak kuasai otakkan? Tak pernah belajar pun. Ada yang baru first time dengar - kuasai otak? Sebab biasanya majoriti kita dikuasai otak, bukan kita menguasai otak, pening juga ni. Fahamkan.
Otak ni macam aps kat telefon. Bila kita beli telefon, kita yang setkan program aps apa yang kita nak. Bila dah set baharu program di telefon ada. Dah setting aps senanglah, next kita tekan button dah keluar apa kita nak. Begitulah biasanya, memudahkan kita. Otak pun sama macam aps. Program apa yang ada dalam otak kita? Program tulah yang akan kita mainkan atau buka dan guna tanpa kita sedar.
Kalau malam sebelum tidur program di otak ialah marah, tak puas hati, maka esok pagi emosi dan fikiran nilah yang akan kita guna. Sebab channel masih tak tukar. Masih aps takuk lama, orang dah upgrade sekian sekian kita dok guna software lama lagi, tu yang jem kadang telefon. Jadi kalau nak pagi dan hari esok bagus, kita neutralkan fikiran dan emosi. Tukar kepada program lain.
Macam mana nak tukar? Caranya mudah. Bergantung pada mood atau fikiran apa yang kita nak esok hari. Kalau kita nak esoknya tenang, bersemangat, produktif kita boleh buat perkara berikut:
1. Kita senaraikan dalam otak kita 5 perkara yang berlaku pada hari ini yang ada emosi dan fikiran yajg kita mahukan. Kalau tak ada langsung ni, carilah benda yang berlaku pada hari hari sebelumnya. Poinnya kita nak senarai tu.
2. Bila dah ada, kita ambil 1 pengalaman menarik yang berlaku. Kita suka dan bangga dengan pengalaman ni contohnya. Ingat semula apa yang berlaku. Detailkan pengalaman itu. Buat macam kita rasa semula apa yang dah berlaku.
3. Ulang pada pengalaman 2 sampai 5. Buat macam kita buat untuk pengalaman pertama tadi. Sama saja prosesnya. Pastikan detail.
4. Lahirkan rasa syukur. Cari imej indah, ucap Alhamdulillah dan tidurlah. Esoknya pasti emosi dan fikiran yang lahir adalah fikiran dan emosi dari 5 pengalaman indah yang kita lalui itu.
Kredit: Dr.Rizal Abu Bakar
Akhir sekali nak train otak sendiri jadi kuat, recall and repeat. Contoh sekarang dah tengahari, cuba recall masa kita bangun tidur tadi kita buat apa lepas tu, pergerakan kita, sebutan kita, apa kita buat sepanjang pagi tu sampailah tengahari, bayangkan balik situasi kita bangun pagi satu persatu dan details. Perasan kadang kita tak ingat pun baju warna apa kita pakai semalam, even kunci rumah, telefon kita tak ingat letak mana? Sebab apa jadi macam tu? Sebab kita tak save moment tu, tu yang jadi lupa. So nak kuatkan ingatan kita train otak sendiri mengingat. Jom kita sama-sama buat.
Pengalaman menginap dua kali kat Kea Garden GuestHouse ni. Sebelum datang merasa menginap tentulah rasa teruja rasa nak menginap tempat camni. Yelah siapa tak teruja tengok pemandangan kat depan hotel pun dah cantik kenmain kan? Penuh bunga-bungaan warna warni. Tambah lagi best lokasinya strategik hanya 2 Minit menapak jalan kaki ke Pasar Kea Farm je dah sampai. Kat tepi je tempat tidur kekdahnya.
Tapi, sebelum decide nak tidur kat sini, consider dulu beberapa perkara. Memandangkan dah ada pengalaman menginap kat sini, rasa sesuai tak sesuai atas masing-masing, tapi untuk pengalaman sendiri Ika share kat sini apa yang best dan apa yang tak best. Pertama kali datang sini kami satu family je datang tidur kat sini memang rasa seronoklah sebab memang murah. Rasanya antara tempat penginapan kat Brinchang, kat sini antara harga yang berpatutan dan lokasinya menjadi pilihan ramai untuk singgah jika datang bercuti.
Tempat penginapan: Sangat luas untuk family kami yang besar ni, ada satu katil Queen bed dan tiga katil single, masa tu kami book dengan harga promosi iaitu RM100± include tax untuk bilik Suite Junior. Dengan harga sebegitu, memang murahlah, sebab bilik pun luas size boleh main kejar-kejar lagi anak-anakku dalam tu. Keperluan dan kemudahan lain seperti tuala, water heater, electric kettle, iron semua ada. Alhamdulillah kali pertama kami duduk kat tingkat bawah tak perlu naik tangga, senang dekat dengan tempat parking dan hanya berjalan dan naik tangga sikit untuk ke Kea Farm. Masa kali kedua kami book jenis bilik Family Room bersebelahan untuk mak ayah dan adik bongsu satu bilik tapi dapat tingkat atas sebab masa tu peak season. Puas hati sangat lah kalau bab tidur kat Kea Garden GuestHouse ni. Cuma kalau datang family besar sikit, kami dok berulang alik ke bilik sebelah lah sempat nak berborak.
Kea Guesthouse ni ada jenis penginapan ye, bilik hotel dan mini chalet room. Nak stay dengan harga murah dan bajet bawah RM100, boleh ambil Mini Chalet, untuk married couple, anak sorang, single, datang by group dengan kawan-kawan, sesuailah sebab yang ni shared bathroom dan biliknya memang mini. Kalau macam dah family ada anak lebih dari dua better ambil hotel rooms atau ambil mini chalet lebih dari sebilik, sebab memang tak muat kalau ramai. Tak boleh expect lebihlerr kalau dah nama mini, tapi lengkap bertv bagai ye, towels ada, kira oklah tu, nak tidur selesa kira dah memenuhi dah keperluan dengan harga bajet.
Tempat tarikan: Haa yang ni yang paling utama, sebab dekatlah dengan hot spot pelancong untuk membeli belah, juga dekat dengan The Sheep Sanctuary Cameron Highlands, dekat sangatlah, jalan kaki je dari tempat penginapan, tak payah fikir bab parking kereta. Nak pergi Kea Farm yang Centre tu pun kena lintas jalan je. Kalau jenis malas fikir bab parking tambah lagi time peakseason, alangkan hujung minggu pun jem teruk apatah lagi kalau cuti sekolah atau cuti bersambung, stress beratur kekdahnya. Nak pergi Flora park pun jalan kaki jelah ke tempat naik jipnya(kalau datang single dengan kawan-kawan recommended lah cemtu). Kalau macam Ika dengan anak berderet ni, fikir 10 kali nak jalan kaki, wakaka. Tapi memang betul dekat sangat kalau nak pergi Floral Park Parking, memang kena naik dari sinilah sebab wajib jip yang bawa kita ke park tu.
Kedai makan: Yang ni lah sebenarnya paling penting selepas tempat tidur. Ye tempat makan! Diulangi, tempat makan, sebab datang tempat sejuk, takde benda lain jadi melainkan lapar, lapar, lapar! Rasa nak makan, rasa nak mengunyah, rasa nak mengudap je kerja. Bukan budak-budak je, orang tua pun jadi macam tu. Mesti diingat ye, kalau nak tidur kat Kea Garden GuestHouse ni if dah plan nak makan kat luar, jauh sikit dari tempat menginap, insyaallah takde masalah. Tapi kalau malas keluar jauh-jauh, tempat makan yang ada berdekatan (hanya jalan kaki saja) hanya ada satu tempat iaitu Sinar Hijjaz, makan buffet steamboat, nak kata sedap tu so-so jelah, sekadar mengisi perut. Tu jelah pilihan yang ada. Dan semestinya pukul 7 petang semua kedai kat Kea Farm dah tutup, pukul 8 malam tu dah gelap kawasan sekitar ye. So kurangnya dan tak best kat sini takde kedai-kedai berdekatan seperti 7eleven, mart, kedai makan lainnya, atau kedai runcit. Nak datang stay sini kena bawa makanan lebih sikit, tambah kalau bawa anak-anak, roti, biskut atau apa-apa makananlah sebab nak cari on the spot memang kena keluar jauh sikit, even area Corptone hotel pun takde sangat kedai-kedai, nak tak nak kena turun ke area Nova Hotel untuk cari farmasi atau kedai serbaguna. Tu jelah yang tak bestnya, yelah kadang banyak unexpected situasi seperti air minum dah habis ke, makanan dah habis ke, pampers anak lupa bawak ke, jauh sikitlah kena keluar mencari.
Ada lagi, bila menginap kat sini rasa tak privacy sangat sebab orag awam yang tak menginap sini boleh masuk kawasan sesuka hati untuk melihat kawasan, ambil gambar, little bit risk kalau tingkap bilik buka dan tinggal, selain tu bising sangatlah sebab tempat yang menjadi tumpuan crowds. So kalau nak datang berehat in peace this place not for you sebab pagi-pagi pun orang dah penuh, yelah Kea Farm pukul 7pagi pun dah ada gerai yang buka.
Owh, lagi satu tambahan kat sini ada foodcourt, which means agak menjadi pilihan untuk makan pagi dan tengahari tapi mungkinlah tak ramai sangat yang tahu tempat makan ni, sebab kedudukannya agak tersorok dan terbelakang sedikit dari pandangan mata. Nak kata sedap, hmm tekak dan selera masing-masing, buka 8pagi sampai 5petang je tu pun takdelah banyak sangat pilihan, nak minum teh sambil tengok sini memang okay sangat . Dan sepanjang kami naik turun Cameron takde lagi rasa nak recommend korang kedai paling sedap, rasa nak makan tu singgah jelah kedai makan mana-mana, asalkan korang kenyang je. Entahlah kenapa nasi lemak kat sini pun tak sampai spec dia, tak tahu apa salah, nak kata orang indonesia masak, sah-sah memang orang kita. Jauh lagi nak rasa sambal bilis tu, satu-satunya kedai yang sampai maksud makan nasi arab dengan nasi lemak area Taman Sedia tu je, yang lain tak tahulah, no komen. Tekakku cerewet agaknya.
Kesimpulannya? Best tak stay Kea Garden GuestHouse ni? Untuk family kecil, jenis tak cerewet, ok this hotel really for you, harga patut, scenery cantik, paling penting katil tempat tidur selesa. Yang jenis asal ada tempat tidur je kekdahnya. Yang bau lumut, kulat tu kalau datang Cameron Highlands, benda ni memang dah tak boleh elak ye, sebab nama pun tempat sejuk, hujan bukit tu biasa dah, so lumut-lumut tu memang tempat dia lah. Lagipun Kea Farm ni adalah tempat tertinggi kat Cameron Highlands.
Nampak cahaya malam kat sini pun cantik je dalam gambar, cerah happening je kan? Tapi bila kedai tepi dan sekitar dah tutup memang gelap dan suram kawasan, so nak lepak malam-malam depan bilik tu bawah pukul 9malam tu still okay, cahaya lampu liplap tu still meriah tapi tak dapat tandingi kecerahan lampu putih selebihnya baik dok lepak dalam biliklah sebab sejuk, suram, sunyi sikitlah bila malamnya. Tidur jelah jawabnya lepas makan. Yang dah plan memang nak berjalan sekitar Kea Farm, memang Kea Garden GuestHouse ni Ika recommended, tapi kalau bawa warga emas yang tak boleh berjalan(guna wheelchair) dan boleh berjalan tapi uzur sangat tak sesuai bertingkat-tingkat tangganya. Juga kalau bab makan takde hal, bolehlah pilih sini, makan je steamboat Hijjaz Sinar tu. Kalau rajin nak keluar jauh silakan, takde masalah, jenisku kalau dah masuk bilik landing atas katil, bermalas-malasan, memang malaslah jawabnya nak bersiap-siap pula nak keluar makan semata, wakaka. Nak datang kita-kita je(family kecil kita) Kea Garden Guesthouse ni recommended, kalau bawa family lain terutamanya orang tua better ambil apartment je, lebih selesa.
Reviews: 4.5/5
Nak booking directly : click sini keagarden.com
Dulu sis pon pelik. Ingat ada masalah kewangan, tu yang nak jual. Tapi sebenarnya tak semua nak jual rumah sebab ada masalah kewangan. Ada banyak je faktor lain.Salah satunya sebab SUNYI. Ye sunyi..Dulu, tiap kali berkunjung kat rumah orang kaya kaya yang nak jual rumah,Dalam hati sis berkata kata, apa lagi orang ni nak, rumah dah sebesar alam, ruang tamu je dah sebesar padang bola, puas la kalau anak anak berguling gulingSelesa sungguh!Lagi pula siap kolam renang jacuzzi bagai, tak perlu pergi bercuti, kat rumah dah ada semua. Kalau kata birthday anak atau ada majlis, boleh jemput jiran setaman la orang kata punya la luas rumah nya. Bertingkat tingkat.Laman belakang rumah atau depan rumah, kalau kata malam malam bosan, nak barbeque, nak panggil kawan bermain music 🎶, argh! Complete ! Semua nyaaa adaaaBab dapur tak payah cerita la, dapur basah dapur kering, wajib ada. Keluasan? Gambarannya kalah tempat masak chefBilik tidur, bilik air, berbilik bilik. Tak berebut bilik air la orang kata kalau nak tercirit ke apa. .Seronok kan?Tapi, itu kata kita yang belum “duduk” di tempat mereka.Rupa rupa nya , bila dah meniti usia tua,“Kemasyuran, kekayaan” semua nya bukan jadi keutamaan lagi dah…Keluhan mereka biasanya mesti macam ni,Kalau la masa boleh diputar kembali, tak nak la kami rumah besar besar ni Anne, penat!Aku yang dengar ni, aik! Kenapa pulak. Tak bersyukur ke depa ni?Sebenarnya, masa muda, kami dulu buat “silap”, punya la nak bagi anak-anak selesa, beli rumah besar besar. Bilik kalau boleh satu anak satu bilik.Usia muda kami tak enjoy sangat, kami bekerja keras untuk kumpul kekayaan. Sampai beli rumah besar besar semua untuk anak anak sekaliTapi kami lupa, bila dah besar, anak anak dah ada kehidupan masing masingTak mahu nya lagi mereka nak hidup dengan ibu ayah. Rumah yang dibeli kebanyakan tiada penghuniRumah bertingkat tingkat, satu bilik je yang kami guna. Dah tua tua, penat nak turun naik tangga. Sudah nya bilik bibik jer la yang paling selesa.Dekat dengan dapur, nak makan minum pon senangKereta pon kami dah banyak jual. Tinggal yang asas je untuk keperluan harian. Bersusun susun kereta siapa lagi nak drive?Nak ke mana sangat di usia tua? Tak larat dah nak memandu sendiri.Jadi bertambah “lapang” la depan rumah.Sekarang kami nak simple simple je hidup, sederhana. Ada masa boleh jalan, boleh menikmati hidup seadanya tanpa perlu memikirkan banyak perkara. Nak balik tinggal di rumah kami yang lagi “kecil”. Yang sesuai dengan kehidupan berdua.Lama dah rumah tu “kosong”. Nak menikmati hidup di kampung pula.Ish! Panjangkan keluhan mereka?Aku yang tadi elok2 nak jadi sekaya kaya nya dah berubah fikiran. Patut la orang selalu pesan kita kena bersederhana dalam setiap perkara kan?Tak dengar kata sangat kenapa Anne oi? Nak nyesal di masa tua? Patutla sis nak rumah corner lot nak ada kolam renang suami ku bantah. Disuruhnya sis booking hotel ada kolam.Tak pulak sis mandi kolamSis nak beli kereta baru pon dia bantah! Guna apa yang ada. Cukup yang boleh ke sana sini saja.Oh rupanya dia dah “tua” dulu. Baru aku faham. Selama nya ni aku cakap dia kedekut saja. Adehh! Ampunn suamiku!Nah kalau korang nak “merasa” berada di tempat mereka, korang boleh la beli rumah ini. Ada 11 bilik semua nya. Nak parking 10 kereta depan rumah pon boleh.Founder & jutawan bolehla beli. Semoga kita sentiasa bersederhana dalam setiap perkara.Ni bukan kata beli rumah besar salah okeyTerpulang korang. Mampu apa salah nya. Ha gituu…
Top Social