Semalam punya excited nak test oven bau kedai, haruslah rasmi buat something kan. Karang laki kau keluar ayat "beli buat tukun, baik tak payah beli!", kang sentap😆. Tambah pulak si Haddad bila tengok gambar ayam panggang kat pintu kaca oven "mama, saya nak makan ayam macam dalam gambar tu boleh tak?"
So terus lah berkira-kira dalam kepala ni nak buat apa. Teringat suami ada beli seekor ayam tak sempat siang lagi dalam freezer, terus lah ingat intai ig tokti ngidam makan ayam panggang. Alang-alang anak pun minta buat, kita buat jelah, kesian pulak asyik dok tanya soalan sama.
Seingat ika seekor ayam tu RM14, jimatlah. Lagi pulak kalau fikir nak makan kat kedai zaman sekarang memang fikir banyak kali. Kalau Ika faktor terbesar sekali sebab anak ramai, tak tahan dengan karenah memacam sebelum sampai kat kedai pun 4,5 kali singgah, sampai kedai nak tunggu makanan siap plak satu hal. Sekali sekala bolehlah, hihi.
Kitaorang lakibini memang dah lama tak makan kat kedai. Semua makana yang teringin nak makan macam kat kedai Ika cuba buat kat rumah. Jimat tu memang jimat, lagi satu boleh control apa yang diguna dalam masakan untuk keluarga.
Kos makanan kat kedai sekarang pun dah bukan main mahalnya. Sedap dan terjamin kebersihan tu tak kira lagi, adalah sesekali rasa nak makan kat kedai tapau je, hihi. Sekarang memang kena hargai masa, kalau tak banyak masa habis layan tantrum anak kalau tak kena cara.
Nak lesskan benda serabut serabai nk kena elakkan awal-awal. Macam pergi shopping mall. Kiki.
Dan salah satu effort Ika jugak nak kurangkan MSG dalam masakan, so masak kat rumahlah jawapannya. Puas hati dan berbaloi sebab anak-anak boleh makan sepuas hati dan ulang makan.
So nak makan kat kedai kenalah masak ala-ala kat kedai. Apalagi, zasss terus defrostkan ayam. Sambil buat pes perapan untuk ayam panggang dengan bahan mudah aje.
Bahan-bahan:-
1 labu bawang besar
1 labu bawang merah
3-4ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada
1 sudu besar mix herbs (oregano, basil,rosemary, tyme)-kalau takde one of that dah ok
Suku keping gula melaka/1sudu besar gula merah
Caranya senang je, blend semua bahan, dan perap hingga 2-3jam, lagi lama lagi best rasanya, pes akan terserap kedalam daging ayam.
Bahan tambahan untuk hiasan:-
3 biji ubi kentang (rebus hingga separa masak sebelum dibakar)
1/2 batang carrot
1 biji tomato/ suku brokoli.
Rupa ayam panggang dalam pembakar elektrik oven.
Rupa sebelum dibakar.
Paras rupa selepas dibakar.
Hidangan lengkap seisi sekeluarga.
Anak-anak sukalah makan ayam ni.
Bila tanya suami, "ok tak ayam panggang ni? Cukup rasa tak?".
Suami cakap "ermm, sedap cukup rasa, puas hatilah tak makan kat kedai pun".
Berbunga hati jap, hihi. 2018 lagi struggle ekonomi kita, so masak kat rumah is our choice. Nak jimat boleh praktik bawak bekal dah untuk tahun baru nanti. Daa
Lama betul baru boleh buat post ni, punyalah nak cerita pasal cjwowshop iklan ni memang wow! Sungguh annoying, walaupun tak suka tengok siaran ni, tapi disebabkan dok ulangtayang tengok benda sama, akhirnya iols tergoda dan kalah jua akhirnya.
Tambah pulak memang in list nak miliki oven ni haaaa. Puny koa hapahh tagline cjwowshop tak menahan, shopping dari rumah, sampai depan pintu. I am the one surirumah targeted lah kan, so akhirnya, tetttt tettt ringan je dial nombor order. Senang gitu.
Alhamdulillah, order hari ni,esok terus sampai kau. Tak kalah dia punya servis. So seller memang kena banyak tengok Cjwowshop ni kalau nak belajar marketing, last-last kau sendiri terpengaruh beli sama, hahahha. Sadis!.
Tapi berbaloilah, memang jimat. Cerita order oven ni, kebetulan mak ayah datang hantar Ika lepas habis pantang Hajjar hari tu, so sambil duduk lepak borak dengan mak, iklan oven elba ni tengah berlangsung.
Amboii dia punya ngayat iklan tu, mak pun cakap" haaa, beli lah satu, kau kan suka masak, murah sangat dah tu!".
"Ishh, murah ni mak, tapi sayanglah duit nak beli, tapi rugi ni kalau tak beli sekarang, emm tapi tapiii"
Banyak iols punya tapiii...
"Order je, nanti mak masukkan duit yang mak guna terlebih yang kau order barang hari tu kat mak"
"Eh mak ni! Tak payahlah, yang tu memang orang beli untuk mak, jangan ngengada ganti balik"
"Takpelah, nak masak kek pun bukan selalu pun nak guna oven nih" cuba pujuk diri.
"Order jelah, dial cam kau order hari tu kat mak,senang je"tak henti mak cuba pengaruh, iols memang tak bolehla kalau mak pengaruh, kelasss giteww, teruslah kalah.
Ikutkan tak nak bagitau lakiku dah order barang,tapi nak dijadikan cerita petang tu order. Malam tu Majalah 3 siarkan Disebalik tabir Cjwowshop! Cantik tak dia punya strategi tu nak bocorkan cerita bini order barang kat cjwowshop, aduii.
Elok masa suami cakap "uii, hebat dia punya marketing, patutlah ramai orang terpengaruh!"
Tanpa berlengah ku menyampuk "mamalah salah sorang yang terpengaruh tu".
Terjegil suami mengalih pandangan, dari hadap tv terus mengadap, "awak order apa?, ish ish!"
"Adalah, rahsia!sampai nanti abang tahulah"
"Habis tu, dah ada duit ke nak bayar tu?"
"Ermm, entahlah, kena korek tabung syiling mamalah buat kira-kira nak bayar nanti(salah satu teknik cairkan laki tanpa action), harap-harap cukuplah hendaknya" kataku.
Esok pagi sebelum pergi kerja, suami hulur"nah, anggap jelah reward awak lahirkan Hajjar"..hahhaa, alhamdulillah, rezeki jangan ditolak, melompatla bini, kahkah.
Bila dah sampai oven seketul jenama Elba 30liter, tergaru kepala nak letak kat mana,dapur sempit. Sudahnya, tersadai oven dalam kotak dari order bulan 9, 3bulan tersadai. Saborr jelah.
Then ternampak homestuff by Nadiayu tengah buat sales, rak untuk oven. Apalagi keluar duit order rak oven, nak guna oven punyalah dia kos tu kan. Harapp berbaloilah ada seketul ni, makin rajin harapnya masak lepas ni..insyaallah.
Sampai pun rak
Nasib lah senang kacang je nak pasang rak ni, model tambahan wajib ada.
Ramai pembantu mama
Nilah rupanya bila dengan rak oven, ada beza besar kalau letak oven camtu je. So bila lakiku tanya perlu ke nak beli rak ni, jawapannya I need a space😁.
So, korang hati-hatilah menonton Cjwowshop. Kebal dan kentalkan hati, jangan hati tisu, duit terbang. Ingat duit terbang, ingat cjwowshop. Apapun 5bintang untuk cjwowshop, memang terbaikk!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social