Semalam dihujung minggu setelah sekian lama nak mencuba kesedapan mee rojak Abdullah Mastan Ghani, disebabkan viral mengada jugaklah nak mencuba. Sebenarnya semalam kali ke3 ika dan suami singgah ke restoren tu, sebelum ni pada tahun 2015 ika dah pernah singgah masa trip jejalan ke perak tapi kecewa sebab semua restoren mee rojak ni habis disemua cawangan, apatah lagi yang restoren utama. Kali ke2 kitaorang pusing-pusing teluk intan selepas pindah, ingat nak menyinggah cuba, tapi still takde rezeki, restoren penuh dan nak beli bungkus pun habis.
Dan untuk kali ketiganya iaitu semalam kitaorang mencuba nasib, masuk ke restoren dan still takde tempat duduk, dan queue sekejap, alhamdulillah ada rezeki kali ni. Kitaorang order mee rojak campur yang berharga RM5.3o dan Rojak O berharga RM4.00. Berbaloi jugak rasa nak try, tapi kalau ikut taste tekak ika memang biasa je, bagi rate 3.5 dari 5. Mungkin menepati untuk selera orang perak kot. Still sedap dan amat mengenyangkan even order mee rojak campur per person. Mungkin rasa kuah kacangnya istimewa dan juga cekodok udangnya yang rangup tu bagi rasa yang unik dalam setiap pinggan mee rojak abdullah mastan ghani. Apapun datang teluk intan, inilah antara tempat makan pilihan ramai.
Cuba jangan tak cuba, mana tahu sangat memenuhi selera.
Catatan 1 januari 2017
Peram draft
Xoxo
Peram draft
Xoxo