Pages

Pages

11.07.2022

Kea Garden GuestHouse Cameron Highlands

Pengalaman menginap dua kali kat Kea Garden GuestHouse ni. Sebelum datang merasa menginap tentulah rasa teruja rasa nak menginap tempat camni. Yelah siapa tak teruja tengok pemandangan kat depan hotel pun dah cantik kenmain kan? Penuh bunga-bungaan warna warni. Tambah lagi best lokasinya strategik hanya 2 Minit menapak jalan kaki ke Pasar Kea Farm je dah sampai. Kat tepi je tempat tidur kekdahnya. 


Tapi, sebelum decide nak tidur kat sini, consider dulu beberapa perkara. Memandangkan dah ada pengalaman menginap kat sini, rasa sesuai tak sesuai atas masing-masing, tapi untuk pengalaman sendiri Ika share kat sini apa yang best dan apa yang tak best. Pertama kali datang sini kami satu family je datang tidur kat sini memang rasa seronoklah sebab memang murah. Rasanya antara tempat penginapan kat Brinchang, kat sini antara harga yang berpatutan dan lokasinya menjadi pilihan ramai untuk singgah jika datang bercuti. 


Tempat penginapan: Sangat luas untuk family kami yang besar ni, ada satu katil Queen bed dan tiga katil single, masa tu kami book dengan harga promosi iaitu RM100± include tax untuk bilik Suite Junior. Dengan harga sebegitu, memang murahlah, sebab bilik pun luas size boleh main kejar-kejar lagi anak-anakku dalam tu. Keperluan dan kemudahan lain seperti tuala, water heater, electric kettle, iron semua ada. Alhamdulillah kali pertama kami duduk kat tingkat bawah tak perlu naik tangga, senang dekat dengan tempat parking dan hanya berjalan dan naik tangga sikit untuk ke Kea Farm. Masa kali kedua kami book jenis bilik Family Room bersebelahan untuk mak ayah dan adik bongsu satu bilik tapi dapat tingkat atas sebab masa tu peak season. Puas hati sangat lah kalau bab tidur kat Kea Garden GuestHouse ni. Cuma kalau datang family besar sikit, kami dok berulang alik ke bilik sebelah lah sempat nak berborak. 


Kea Guesthouse ni ada jenis penginapan ye, bilik hotel dan mini chalet room. Nak stay dengan harga murah dan bajet bawah RM100, boleh ambil Mini Chalet, untuk married couple, anak sorang, single, datang by group dengan kawan-kawan, sesuailah sebab yang ni shared bathroom dan biliknya memang mini. Kalau macam dah family ada anak lebih dari dua better ambil hotel rooms atau ambil mini chalet lebih dari sebilik, sebab memang tak muat kalau ramai. Tak boleh expect lebihlerr kalau dah nama mini, tapi lengkap bertv bagai ye, towels ada, kira oklah tu, nak tidur selesa kira dah memenuhi dah keperluan dengan harga bajet. 


Tempat tarikan: Haa yang ni yang paling utama, sebab dekatlah dengan hot spot pelancong untuk membeli belah, juga dekat dengan The Sheep Sanctuary Cameron Highlands, dekat sangatlah, jalan kaki je dari tempat penginapan, tak payah fikir bab parking kereta. Nak pergi Kea Farm yang Centre tu pun kena lintas jalan je. Kalau jenis malas fikir bab parking tambah lagi time peakseason, alangkan hujung minggu pun jem teruk apatah lagi kalau cuti sekolah atau cuti bersambung, stress beratur kekdahnya. Nak pergi Flora park pun jalan kaki jelah ke tempat naik jipnya(kalau datang single dengan kawan-kawan recommended lah cemtu). Kalau macam Ika dengan anak berderet ni, fikir 10 kali nak jalan kaki, wakaka. Tapi memang betul dekat sangat kalau nak pergi Floral Park Parking, memang kena naik dari sinilah sebab wajib jip yang bawa kita ke park tu. 



Kedai makan: Yang ni lah sebenarnya paling penting selepas tempat tidur. Ye tempat makan! Diulangi, tempat makan, sebab datang tempat sejuk, takde benda lain jadi melainkan lapar, lapar, lapar! Rasa nak makan, rasa nak mengunyah, rasa nak mengudap je kerja. Bukan budak-budak je, orang tua pun jadi macam tu. Mesti diingat ye, kalau nak tidur kat Kea Garden GuestHouse ni if dah plan nak makan kat luar, jauh sikit dari tempat menginap, insyaallah takde masalah. Tapi kalau malas keluar jauh-jauh, tempat makan yang ada berdekatan (hanya jalan kaki saja) hanya ada satu tempat iaitu Sinar Hijjaz, makan buffet steamboat, nak kata sedap tu so-so jelah, sekadar mengisi perut. Tu jelah pilihan yang ada. Dan semestinya pukul 7 petang semua kedai kat Kea Farm dah tutup, pukul 8 malam tu dah gelap kawasan sekitar ye. So kurangnya dan tak best kat sini takde kedai-kedai berdekatan seperti 7eleven, mart, kedai makan lainnya, atau kedai runcit. Nak datang stay sini kena bawa makanan lebih sikit, tambah kalau bawa anak-anak, roti, biskut atau apa-apa makananlah sebab nak cari on the spot memang kena keluar jauh sikit, even area Corptone hotel pun takde sangat kedai-kedai, nak tak nak kena turun ke area Nova Hotel untuk cari farmasi atau kedai serbaguna. Tu jelah yang tak bestnya, yelah kadang banyak unexpected situasi seperti air minum dah habis ke, makanan dah habis ke, pampers anak lupa bawak ke, jauh sikitlah kena keluar mencari. 


Ada lagi, bila menginap kat sini rasa tak privacy sangat sebab orag awam yang tak menginap sini boleh masuk kawasan sesuka hati untuk melihat kawasan, ambil gambar, little bit risk kalau tingkap bilik buka dan tinggal, selain tu bising sangatlah sebab tempat yang menjadi tumpuan crowds. So kalau nak datang berehat in peace this place not for you sebab pagi-pagi pun orang dah penuh, yelah Kea Farm pukul 7pagi pun dah ada gerai yang buka. 


Owh, lagi satu tambahan kat sini ada foodcourt, which means agak menjadi pilihan untuk makan pagi dan tengahari tapi mungkinlah tak ramai sangat yang tahu tempat makan ni, sebab kedudukannya agak tersorok dan terbelakang sedikit dari pandangan mata. Nak kata sedap, hmm tekak dan selera masing-masing, buka 8pagi sampai 5petang je tu pun takdelah banyak sangat pilihan, nak minum teh sambil tengok sini memang okay sangat . Dan sepanjang kami naik turun Cameron takde lagi rasa nak recommend korang kedai paling sedap, rasa nak makan tu singgah jelah kedai makan mana-mana, asalkan korang kenyang je. Entahlah kenapa nasi lemak kat sini pun tak sampai spec dia, tak tahu apa salah, nak kata orang indonesia masak, sah-sah memang orang kita. Jauh lagi nak rasa sambal bilis tu, satu-satunya kedai yang sampai maksud makan nasi arab dengan nasi lemak area Taman Sedia tu je, yang lain tak tahulah, no komen. Tekakku cerewet agaknya. 


Kesimpulannya? Best tak stay Kea Garden GuestHouse ni? Untuk family kecil, jenis tak cerewet, ok this hotel really for you, harga patut, scenery cantik, paling penting katil tempat tidur selesa. Yang jenis asal ada tempat tidur je kekdahnya. Yang bau lumut, kulat tu kalau datang Cameron Highlands, benda ni memang dah tak boleh elak ye, sebab nama pun tempat sejuk, hujan bukit tu biasa dah, so lumut-lumut tu memang tempat dia lah. Lagipun Kea Farm ni adalah tempat tertinggi kat Cameron Highlands.

view at night

Nampak cahaya malam kat sini pun cantik je dalam gambar, cerah happening je kan? Tapi bila kedai tepi dan sekitar dah tutup memang gelap dan suram kawasan, so nak lepak malam-malam depan bilik tu bawah pukul 9malam tu still okay, cahaya lampu liplap tu still meriah tapi tak dapat tandingi kecerahan lampu putih selebihnya baik dok lepak dalam biliklah sebab sejuk, suram, sunyi sikitlah bila malamnya. Tidur jelah jawabnya lepas makan. Yang dah plan memang nak berjalan sekitar Kea Farm, memang Kea Garden GuestHouse ni Ika recommended, tapi kalau bawa warga emas yang tak boleh berjalan(guna wheelchair) dan boleh berjalan tapi uzur sangat tak sesuai bertingkat-tingkat tangganya. Juga kalau bab makan takde hal, bolehlah pilih sini, makan je steamboat Hijjaz Sinar tu. Kalau rajin nak keluar jauh silakan, takde masalah, jenisku kalau dah masuk bilik landing atas katil, bermalas-malasan, memang malaslah jawabnya nak bersiap-siap pula nak keluar makan semata, wakaka. Nak datang kita-kita je(family kecil kita) Kea Garden Guesthouse ni recommended, kalau bawa family lain terutamanya orang tua better ambil apartment je, lebih selesa. 

Reviews: 4.5/5

Nak booking directly : click sini keagarden.com

Kea Garden GuestHouse 
Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang