Pejam celik dah berakhir tahun 2015, dan ini bermakna semakin pendek masa dipentas dunia, moga tahun baru lebih baik dari tahun ne,lebih banyak bersyukur, lebih banyak muhasabah diri, lebih matang, lebih berusaha mengubah diri kearah kebaikan...sesungguhnya tahun 2015 meninggalkan banyak memori dan kenangan, dugaan dan ujian, yang pasti segalanya mempunyai hikmah tersendiri..
So, next-next entry akan datang ditahun baru kebanyakannya hasil throwback 2015...hihi, saja lah panaskan enjin supaya next year lebih aktif menulis...dan coretan-coretan akan datang sebagai ingatan dan kenang-kenangan serta sharing info hasil dari pengalaman sendiri...banyak planning tahun depan berharap semuanya dipermudahkan urusan oleh Allah, insyaallah amin...memandangkan tahun ne memang lemau bab update entri, next year ada semangat baru bertubi-tubi menulis kat blog sendiri..hahah, tu pasal awal-awal lagi nak tutup buku tahun 2015, dah tak sabar nak start tahun baru...bahahha,korang layankan jelah...ok daa,
Selamat Tahun Baru semua, good luck for all of us as rakyat marhaen, semestinya tahun 2016 terlalu banyak dugaan, tekanan as Malaysian, banyak-banyak bersabar dan mengharungi segala dengan semangat, usaha, tak boleh ubah yang duduk atas,kita ubah diri dulu, hope more luck for 2016 for us ok, insyaallah dengan DOA usaha we'll survive!!
Ditulis pada 30 disember 2015
10.15pm
assalamualaikum...
just short entri, ika baru perasan header blog ika dah bertahun-tahun tak tukar, rasa macam nak tukar header baru plak. Korang yang tahu blogger-blogger yang terrer edit2 header, buat header cun melecun let me know ok..drop URL at comment nanti ada kesempatan ika jenguk...nak edit-edit sendiri skill dah hilang terus...muehehe, faktor tua ke hape?
Korang ada tak tempat favorite untuk jalan-jalan cari makan. Setakat ne, dalam my list teratas adalah negeri terengganu...entah kenapa terengganu terasa lebih dekat dihati, maybe lama stay sana, tu pun mungkin salah satu faktor kan? but dalam pilihan tempat makan angin terengganu tetap the best. Penang je tak pernah sampai lagi dengan suami dan anak-anak. tak tahulah lepas ne jika dah jejak sana terus beralih cinta pertama, maklumlah salah satu syurga makanan..behehe....
Memang tak bercadang nak menginap situ, sebabnya turun nak tengok area dan penginapan je macam mana, sekali turun tengok memang kitaorang terus jumpa owner cakap nak bermalam situ...behehe. Kitaorang teruja sebabnya teratak pak lah ne memang 'kekampungan' sangat, dan yang pasti murah RM70 je sehari semalam, dan yang lagi best memandangkan kitaorang memang nak beraktiviti berBBQ, so rumah penginapan yang 'so kampung' sangatlah sesuai dengan planning kitaorang laki bini...kikiki
Lagi best jeram dekat je so petang pagi esoknya sempatlah mandi jeram sepuas hati. Memang 5 bintang teratak pak lah ne for me. No TV, No aircond, just nature surround dan yang penting mengimbau memori dahulukala sebabnya tandas asing dari rumah, rasa tua plak mengimbau macam ne, air sejuk macam air batu teringat mandi manda kat perigi dulu. Lewat petang tu lepas makan, rest kitaorang prepare bakar ayam BBQ sikit so lepas solat mahgrib boleh makan then berehat jelah..
Sekali-sekala ambil udara luar memang syokkan?yang surirumah tu i think need this, sehari-hari mengadap kerjarumah non-stop, fresh air memang the best therapy!!...daaa
“Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr"
ERTINYA: "Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami, sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".
Makna Hasbunallah Wani'mal Wakil
Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." tersebut berisi pernyataan ketergantungan kita kepada Allah SWT, memohon perlindungan-Nya, dan mengembalikan semua masalah kepada-Nya. Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." ini tercantum dalam Al-Quran dan Hadits.
Top Social