Kali kedua kami datang sini ke Refarm, Leisure Kampar ni. Kira no bad jugaklah tak tempat ni untuk anak-anak mandi manda, tengok haiwan, mini zoo. No choicelah kat sini paling murah dan paling dekat dengan rumah. Nak pergi Ipoh masuk Tambun belum berbaloi lagi, tunggu anak-anak besar sikit lagi, kiki.
Jika banding dengan Air kolam Felda Trolak kat sini ada kelebihan tersendiri sebab kat sini tiket masuk pun lebih murah, dan yang penting korang dapat bawak masuk makanan sendiri, buat bekal ke apa, bawak masuk makan berkelah sambil layan anak-anak mandi. Caj RM10 je untuk bawa makanan dari luar, sikit ke banyak, tu je cajnya. So kalau plan nak datang sini, bawak masuk makanan tu biar berbaloi terus, sebab kutengok memang orang lain berbakul bawa bekal makanan. Untuk orang dewasa caj tiket masuk hanya RM10 dan kanak-kanak RM5 sahaja.
Kat sini memang kolam mandi jelah. Masa kitaorang datang ni kolam untuk kayuh bot dalam air tu tengah buat renovation lagi. So boleh layan tengok mini zoo, masuk time tunnel dan mandi kolam kat sini. Surau pun ada lengkap dan selesa. Hampir 2 tahun duduk perak baru menyempat terjah sini. Korang yang merantau tu rajin-rajinlah explore tempat sekitar. So aim kitaorang lakibini memang nak explore perak ni sepuas hati, sebabnya tak tahu berapa lama dok bermastautin kat sini, kot-kotlah kena berhijrah dekat Oman ke apa kan lepas ni, mbahhaa. No one's know, so kena appreciatelah tanda syukur Allah hantar kami berhijrah kat Perak ni, explore sebaik mungkin tempat sekarang. Best, alhamdulillah syukur nikmat, orang perak memang best.
So sampai je kat sini memang kolam mandi lah tempat dituju, tak sempat menyempat makpaknya nak pusing ambil angin. Apa yang best kat sini tempat mandinya memang proper, ada 2 tempat kolam, tapi dua-dua ada tempat khas untuk kolam mandi kanak-kanak. Restoren pun lengkap. Tempat duduk dikawasan kolam renang pun dah asing siap-siap dah untuk yang bawa makanan dah tidak. Kat sini memang bersih dan kemas, dulu masa kitaorang tak datang tu sebab banyak anjing berkeliaran, setahun yang dululah. Since tempat ni dah dapat sijil halal, termasuk restorennya so takde was-was dah.
Air kat sini memang sejuk sangat kot sebab directly datang dari air bukit. Diorang ni tak sempat sejam mandi semua pakat biru dah, surrender. Kalau kat trolak hari tu, 3 jam pun tak cukup, lagi plak kat sana banyak water playground so tak bosanlah sambil mandi sambil main. Siap mandi terus pusing satu refarm nak tengok binatang, kecoh nak tengok kambing, sadis sungguh bebudak sekarang, dapat tengok ayam, itik, kambing dah seronok lain macam. Itik serati tu pun diorang panggil itik pakai topeng kes merah kat sekeliling mata. Berbaloilah sangat kalau datang sini bila hujung minggu. Korang kalau datang Kampar bolehlah singgah sini. Pagi pukul 9 dah buka dah sampai 6 petang, nak lepak seharian kat situ pun boleh, ada penginapan khas boleh sewa 3jam atau semalaman kalau tak silap.
Masa first time datang, buatnya lakiku tak bawak stroller, menangis daku jalan dukung si Hajjar, berat wehh, daki bukit plak, hahah. kat tempat dekat dengan surau, nak pergi surau ni kena panjat bukit. Apapun Refarm Kampar ni antara salah satu tempat yang agak Selesa untuk beribadah di hujung minggu dengan keluarga dengan kos yang agak minimum dan berpatutan.
Apa ada kat sini?
Kolam mandi, tempat penginapan, surau, restoren, tandas lengkap, mini zoo semua cukup lengkap.
Leisure Refarm Kampar
Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Negeri Perak
Terkesan tengok sharing dari kawan tentang rumah tradisional yang cantik iras bangsawan masa dahulukala.Ika sepanjang dok kat perak ni kagum tengok rumah orang dulu-dulu macam rumah bangsawan gitu. Tapi sayangnya semua rumah cantik tu terbiar, dibiarkan buruk dan tunggu masa untuk roboh. Ada dua kemungkinan sama ada rumah pusaka tersebut ada tuannya atau jatuh ke tangan anak tapi anak-anak dah ada rumah sendiri ditempat lain, makanya rumah tersebut dibiar tanpa penghuni. Kemungkinan kedua mungkin rumah pusaka tersebut menjadi rebutan dan pergaduhan saudara mara hingga akhirnya rumah tersebut terbiar, dari dapat kat siapa-siapa baik semua tak dapat. Begitulah harta dunia merosakkan hubungan silaturrahim.
Once Ika dan suami pun macam tu, rasa tak pernah syukur dengan apa yang ada, dengan apa yang dimiliki, dengan apa yang dinikmati. Rasa tak pernah cukup. Alhamdulillah bila banyak belajar erti syukur ni, rumah sekarang pun dah rasa macam banglo besar dah. Habis tu tak boleh ke nak rumah besar-besar. Boleh saja, siapa kata tak boleh. Antara miskin dan kaya ada ujiannya. Kufur nikmat ni tak jadi kat orang kaya saja, kat orang miskin pun jadi jugak. Kita memang digalakkan untuk kaya supaya kekayaan kita tu dimanfaatkan.
Dalam hidup kebahagiaan kita bukan diukur dengan harta, carilah kebahagiaan dalam diri dan hati dengan berhikmah, bukan ikut nafsu keinginan semata. Kekalkan sifat kehambaan kita. Ingat lagi ustaz ada bagitahu, Firaun tu kenapa panjang umur? 400 tahun umurnya, dengan kekayaan kuasa dan segalanya dia miliki. Kenapa Allah tak matikan Firaun yang sombong lagi zalim tu? Sebab ada sifat kehambaan dalam diri Firaun iaitu firaun suka mengutip makanan jatuh yang dia makan. Sisa makanan tu dia kutip. Tu sifat hamba. Satu lagi ketika hari kelahirannya disambut, Firaun suka bagi hadiah kepada rakyatnya. Bukan rakyat bagi dia hadiah. Memberi tu sifat hamba. Atas asbab dua sifat kehambaan tu, Allah panjangkan umur Firaun. Tapi suatu hari orang kanannya menghasut dan mengatakan, kalau betullah Firaun tu mengaku diri sebagai Tuhan, Tuhan tak kutip makanan yang jatuh, tuhan tak bagi hadiah kat rakyat, mengarut! Dan disebabkan hasutan orang kanannyalah hilang sudahlah segala sifat kehambaan Firaun kepada Allah, masa tu lah Allah benamkan Firaun kedalam lautan merah bersama pengikutnya.
Dalam hati rasa pilu sayu mengenangkan diri ni memang takde apa-apa. Terus teringat akan satu ceramah dari ustaz.
Manusia hari ini bersusah payah, berkorban siang malam hanya untuk 7 benda sahaja atas DUNIA ni.
Manusia hari ini bersusah payah, berkorban siang malam hanya untuk 7 benda sahaja atas DUNIA ni.
1. Makan
2. Minum
3. Pakai
4. Bauan
5. Kenderaan
6. Tempat tinggal
7. Pasangan
2. Minum
3. Pakai
4. Bauan
5. Kenderaan
6. Tempat tinggal
7. Pasangan
Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak MAKAN SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk makan sedap. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada makanan yang paling sedap atas dunia iaitu ANGGUR, dengan khasiatnya, dengan tinggi antioksidanya dan anggur adalah makanan mewah ahli syurga. Tapi, jika ANGGUR diperam sampai terlebih masak, jadinya apa? Ye arak. Setakat tu jelah kat dunia makanan sedap tu.
Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas halal haram pm tepi sahaja kerana nak MINUM SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk minum sedap. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada minuman yang paling sedap atas dunia melainkan MADU, dengan khasiatnya, penawarnya. Tapi madu datangnya dari mana? Dari AIR LIUR lebah je.
Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak PAKAI SEDAP. Betul tak? kita nak pakai baju yang paling cantik, mewah, up to date, ootd paling gempak. Bersungguh kita cari duit semata untuk pakai sedap. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada PAKAIAN PALING SEDAP atas dunia melainkan kain sutera, dengan mahalnya, dengan selesanya dan kebaikkannya. Pakaian ahli syurga. Tapi mana datangnya benang sutera tu? Dari air liur ulat sutera je, setakat tu jelah.
Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak BAUAN SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk perfume sedap, brand paling mahal dan sebagainya. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada bauan paling sedap dan wangi atas dunia datangnya dari KASTURI, bauan ahli syurga, dengan khasiatnya. Mana datangnya bau kasturi tu atas dunia? Dari bintil kijang, sewangi-wangai bauan datang dari bintil seekor binatang liar kijang, kadang tumbuh kat belakang, kat tempat membiaknya.
Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak KENDERAAN SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk kereta paling sedap, paling mahal, nampak gah dan sebagainya, sanggup catu makan bulan-bulan semata pakai kereta mewah. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada kenderaan lain paling sedap atas dunia melainkan Kuda. Ye kuda, Lamborghini, Audi ke, tak boleh challenge kuda. Kuda tak pakai minyak dan boleh naik tangga dan juga laju.
Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak tempat tinggal, RUMAH SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk makan rumah sedap, cari duit banyak-banyak, sanggup berhutang ratus ribu semata untuk rumah. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada RUMAH PALING SEDAP melainkan isi rumahnya membaca Al-Quran, memenuhkan rumah dengan amalan membesarkan kebesaran Allah. Rumah atas dunia yang paling besar, mewah, kukuh, cantik pun akan roboh suatu hari nanti.
Kita bersusah payah atas dunia, bangun pagi balik malam, solat lalai, mengaji al-quran lupa, zikir malas, halal haram pm tepi sahaja kerana nak PASANGAN SEDAP. Betul tak? Bersungguh kita cari duit semata untuk cari PASANGAN SEDAP, tunjuk kat pasangan kita ada semua yang dia nak, duit ada, kereta ada, rumah ada etc. Sedangkan Saidina Ali r.a mengatakan tiada PASANGAN YANG PALING SEDAP melainkan suami isteri yang bertaqwa, soleh dan solehah. Atas dunia yang manusia cari dipasangannya adalah TEMPAT KENCING masing-masing sahaja.
Itulah DUNIA. Tiada yang sedap kecuali HAWA NAFSU SEMATA. Barangsiapa yang mengejar dunia semata, akhiratnya terlepas, namun a barangsiapa AKHIRAT, dunia juga turut mengejarnya. Manfaatkanlah HARTA DUNIA SEBAIKNYA UNTUK AKHIRAT.
Maka jelas lagi bersuluh apa yang kita patut kejar, two in one iaitu mendapatkan akhirat dan dikejar rezeki duniawi. Mohh kita. Nak rumah besar takde masalah pun, yang penting ada manfaat, beri manfaat dan bawa kebaikan.
Salam jumaat❤️.
Ika memang peminat masakan jawa, indon,minang dan sewaktu dengannya. Yang pedas merecikk memang jadi pilihan. Dulu kalau dok Banting memang restoren ayam penyet api kat Putrajaya dan Cyberjaya jadi pilihan.
Sekarang kat sini susah jugak nak jumpa ekk. Hari tu kebetulan scroll ig ternampak kat ig Yana Lee pemilik Butik LeeyanaRahman singgah makan kat restoren Simpang Tiga Ipoh ni, tengok menu macam ngencess.
Next week tu nak jadi cerita tetiba pulak gigi depan sakit. 2 hari ku tak dapat tidur langsung. Sakit tu naik ke kepala, hari ketiga tu pulak memang dah hujung minggu banyak klinik tutup. Mampu telan pil kalsium shaklee je buat ubat tahan sakit. Floss gigi, kumur dengan air garam, sapu serbuk bunga cengkih aduii memang bisa betul. Sampai lakiku pun tempias tak dapat tidur.
Memang tak terbuat kerja. Nak dijadikan cerita gak, stok kalsium memang dan bucu-bucu nak habis, so terpaksalah terjah Shaklee Ipoh hujung minggu tu. Eh dikesempatan sakit gigi nyut nyut akal aku panjang fikir, alang-alang nak pergi Ipoh ni bolehlah singgah makan kt restoren tu. Biasalah shoot 2 in 1 terus, sakit gigi punya pasal, klinik gigi plak banyak tutupkan.
Aishh, sakit gigi pun bab makan aku tak kalah, boleh tahan, mbahaha. So balik dari Shaklee lakiku tanya nak makan kat mana. Well soalan pucuk dicita ulam mendatang namanya,apalagi terus bagitahu. On ja lakiku, lagi haru aku jawab ikutlah tak tahu, sampai sudah tak jumpa kedai makan nanti sebab bukan taste,mbhahaa. Pusing pusing rupanya area tu dah banyak kali kami laki bini lalu cuma tak pernah masuk ke dalam kawasan bangunan kedai tu sebab ada gate automatik bila masuk kena ambik kad bagai.
Senang je lokasinya sebab kat kawasan corner lot dan kedai ni memang besar gakla, hampir 3 lot kedai kot. First impression bila masuk restoren memang not bad sebab nampak kemas, bersih dan tersusun. Kat tepi restoren khas untuk menu bakar, kat dalam tu semua menu jawa termasuk ayam penyet pun ada.
Sambil tunggu order sampai, memang haru lah nak layan karenah anak-anak, tapi memandangkan diorang ni dah biasa kat meja makan which is kena mengadap makanan kat meja makan, dalam kereta pun dah bagitahu awal diorang akan makan kat kedai makan, so kena makan sampai habis. Disebabkan anak Ika ada jenis mata helang, terlebih teliti, nampaklah pulak aiskrim khas buatan restoren nih, perisa pulak durian, memang hantu durian, lagi pulak musim durian waktu tu belum habis makanya riuhla pakat mintak aiskrim satu sorang. Bab membeli memang win, bab nak menghabiskan makanan dah nak tercabut kutenung anak kes semua tak habis, suruh kongsi semua tamak.
Sudahnya lakiku yang habiskan aiskrim, mamanya nak makan join sekali tak dapat lerr sakit gigi. Tengah kalut dengan anak, order sampai, apalagi memang kena makan cepat-cepatlah masa anak semua behave elok ja. Uii, nak makan gigit lauk punya sengal, sakit sebab gigi depan, tapi gigih gak makan. Sambal penyet not bad, tapi kalau tambah pedas kaww sikit lagi confirm bagi 5 bintang.
Sakit gigi pun sempat lagi suruh laki order nasi tambah, huii dia punya nafsu makan tu boleh tahan, sakit gigilah sangat kan, mbhaha. Lauk lain tu sedap gak termasuk masak daging apa entah, lupa dah namanya. Over all puas hati dengan kesedapan dan servis restoren nih. Masa memula masuk restoren terkejut kami ingatkan zahid hamidi dah dok kalut dengan pekerjanya, maybe owner restoren nih, sebijik kot.
Restoren ni sesuai sangat untuk big family event sebab ada tempat khas berhawa dingin. Lengkap dengan surau dan tempat asing untuk yang merokok. 4/5 bintang, dan boleh repeat datang lagi. Korang nak datang sini waze je alamat kat bawah.
D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Negeri Perak.Buka sampai malam, tengok menu malam pun not bad.
Bila dapat berkumpul adik beradik dan keluarga memang seronok sebab dapat berborak dan bonding,bila masing-masing dah bina kehidupan sendiri masa yang ada kena pandai-pandailah curi untuk berkumpul bersama. Kebetulan cuti hujung minggu mak ayah datang sebab nak jaga cucu, my niece ada buat operate hernia,maka kami ambil kesempatan berjumpa berkumpul kat rumah Adilah kat Keramat.
jumpa geng terus aktif budak baru lepas operate tu
Kira kami bertolak dari perak ke Keramat ambil masa dalam 2 jam je, kebetulan musim durian kami berpakat nak makan pulut durian, akakku bawak durian dari Melaka, kami bawak special dari Perak,hihi pakat rasa masa musim ni kan. Bila jalan jauh dengan anak ni memang macam macam pesenlah, pit stop pun dah berapa banyak singgah, nak beli airlah, nak kencinglah, nak beraklah, tu yang patut 2jam sampai larat ke 3 jam perjalanan. Sampai petang tu kat Keramat terus aktiviti makan, tu biasalah kalau berkumpul, makan dan bercakap berpisah tiada. Orang sakitnya siap lompat-lompat sehari lepas operate, seram haku, budak tahu apa kan, mbahaha asal boleh main, sakit pun dah tak rasa dah, jumpa genglah katakan.
Malam tu kami jamu makan pulut durian lak,nasi wajib dah makan, uii malam tu bersandar semua orang kekenyangan, lepas makan borak-borak tidur. Pagi esoknya tapau kedai campur chef masak, akulah tu, mabahah, uii punya banyak menu pagi, kenyang bersandar lagi lepas makan pagi tuh, borak-borak semua pakat lelap sekejap,pastu siapkan makan tengahari, eh lepas makan lagi borak-borak kitaprang tidur. Pening jap aku lakibini kes banyak makan, tapi puas hati menketedarah makan ramai-ramai. Begitulah kalau dah berkumpul family, memang tak lepas dari bab makan, korang memang cemtu jugakkan. Seronok memang seronok tapi penimbang naik teruk, mm sekali sekala, bukan selalu,kikiki.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social