Day 4 Roadtrip 5D4N bangun pagi lagi anak-anak punya excited. Lepas solat subuh berjemaah duduk kat balkoni belakang bilik untuk tengok sunrise. Tak boleh move on betul dengan views kat sini, best betul. Dengan bunyi ombak, burung berkicau, angin sepoi-sepoi, pemandangan amazing sangat. Lepak sekejap ajak anak naik basikal, boleh sewa basikal juga sini untuk ronda kat tepi pantai. Anak-anak ronda dalam Sekepeng je, malas nak keluar kes depa dah aim nak mandi kolam.
Kampung Mangkuk, Terengganu lokasi yang kurang mendapat perhatian ramai ini sebenarnya pernah dijadikan lokasi pengambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa, Pulang dan beberapa filem tempatan yang lain.
Kampung ni sebenarnya terletak kira-kira 64km dari bandar Kuala Terengganu dan beberapa kilometer dari Pantai Penarik (lokasi famous ikan celup tepung) sebab sebelum sampai kampung ni, berderet restoren cells tepung sepanjang jalan tepi pantai, pilih je mana satu.
Apa yang menarik mengenai Kampung Mangkuk ni?
Kawasan disini agak sunyi dan mendamaikan, memang betul-betul damai lain macam, memang vibes tu best tak boleh describe. Pokok kelapa kat sini macam 'beratur' dan tersusun rapi. Memang sangat cantik untuk bergambar sekitar kampung Mangkuk.
Pantai disini juga bersih, pasir halus dan lembut cuma ombak agak kuatlah sikit dan besar. Memang syok layan pantai yang lawa ditambah dengan view laut yang membiru. Selain daripada mempunyai laut yang cantik, para penggemar aktiviti memancing juga boleh memancing di sungai Setiu yang terletak betul-betul bertentangan dengan kawasan pantai. Area kg mangkuk ni macam di apit kiri kanan, sungai dan pantai, I bet lah orang kat sini.
Sekiranya korang ingin berkunjung ke Kampung Mangkuk, memang terrain untuk menginap at least satu malam disini, baru sampai maksud orang kata, berbaloi pun ye sebab dapat menghayati keindahan sunrise dan sunset. Terdapat beberapa homestay dan resort di Kampung Mangkuk, antaranya:
1. Sekepeng Penarek
2. Terrapuri
3. Bayu laut homestay
4. Bayu beach Penarek
5. Pulang Resort
Itu je yang dalam pencarian daku, yang lain semua penuh, dok refresh naik sekepeng Penarik juga, dari mahal sikit turun harga, entah macam mana penuh, padahal hari bekerja, sabor jelah, maka dari rugi takde terus penginapan, ambil jelah apa yang ada, tawakkal jelah masa tu booking, on the spot plan tukar, so tu termenginap kat Sekepeng Penarik. Mungkin bagi sesetengah orang, kawasan Kampung Mangkuk ni macam creepy dan scary sebab terlalu sunyi.
Best sangat kat Sekepeng Penarik sebab very homey, nak datang sini tak payah bawak perkakasan dapur, daku terbawak, tapi tak gunalah, haishh buat penuh kereta je. Kat sini semua barang dah lengkap, macam kat rumah sendiri dah. Lagi luck masa kitaorang datang kolam kanak-kanak baru je siap bina dan boleh digunakan, kolam besar depa 1.3M agak dalam untuk kanak-kanak, so bila ada kolam kanak-kanak rasa safety sikit nak biar anak-anak mandi. Kami pergi memang musim hujan tak hujan lah, ada masa hujan ada masa tak, so bila nampak matahari naik tu happyla pasalnya dah tentu hari berkemungkinan tak hujan. Tapi untuk yang inginkan ketenangan dan lari dari kesibukan kota, lokasi ini sangat-sangat best dan mendamaikan.
Bangun pagi tu semua mood herlok je, mana taknya suasana best teruk, cantik, damai, feeling tak boleh describe, masyaallah. Tak sempat breakfast apa, anak-anak teruslah terjun kolam mandi lepas main basikal. Mandi sepuashati lah sebab tengahari dah nak checkout. So siap mandi prepare terus makanan tengahari sebab bajet sampai kat penginapan seterusnya boleh makan dan rehat je. Sempatlah kami singgah beli keropok lekor, keropok losong makan yang rebus dan goreng panas-panas, sedap! Sampai kat Besut, lagi terkejut, pasalnya....