12 Tahun

7.29.2024

Pejam celik sekejap aje 12 tahun membesarkan anak sulung, rasa macam tak puas lagi dengan masa depa kecil, huhuu. Ku bersyukur detik mengandungkan, melahirkan, menyusukan si Harraz ku catatkan kat sini segala kegembiraan, keperitan, kesedihan sebab ku sendiri sudah ingat-ingat lupa dah segala susah payah dah perit jerih dahulu, tanya berat anak-anak pun ku dah confius mana satu berat depa, even tak semua journey anak-anak ku sempat coretkan, ada point point penting depa dah cukup untuk ku throwback balik even tak complete scene. 


12 tahun rasa macam tak lama pun, orang kata bila anak-anak dah start masuk sekolah menengah lagi cepat masa berlalu pergi, tahu-tahu depa dah kerja, kahwin, beranak pinak and the cycle goes on, like us doing, ups and downs sama seperti yang kita lalui dalam fasa hidup. Dengan anak-anak sulung ni entahlah macam mana nak describe, sebab memang rasa tak puas nak cling over, sebab lahir adik-adik pula, depa matured cepat sangat.


Anak sulunglah banyak journey susah payah keluarga, banyak terkorban rasa dan ingin. Too much guilty kalau difikirkan sebagai mak ayah ni, tapi pasti semuanya ada hikmah. Anak sulung semestinya anak Yang paling istimewa kerana anak sulunglah yang memberi title  dan anugerah paling mahal untuk bergelar "mak, ayah, mama, papa...". Asbab anak sulung jadi penghuni pertama rahim, lahir pula menjadikan mak ayah membina skills baru mengasuh dan mendidik anak dan dipanjangkan ke anak-anak seterusnya. 



Anak sulunglah paling banyak mendengar keluh kesah, marah dan bebelan. Anak sulunglah yang paling banyak sabar dengan karenah mak ayah serta adik beradik, maafkan mama jika banyak kurang sabar, tapi ketahuilah cinta pertama kat anak sulung sememangnya istimewa. So isu terbaru yang berlegar kat FYp pun ku tak sanggup tengok, dengar, sebab melibatkan anak sulung, ku tak mampu, tak sampai hati, even tengok air muka mak ayah pun dah menitis air mata, apatah lagi nak dengar semua. Moga ganjaran syurga lah buat ayah ibu yang bersabar dengan segala ujian dunia ni. 



Cukuplah ku tatap wajah anakku sendiri dan mensyukuri nikmat yang dipinjamkan ni sepenuh hati, hingga saat ni ku masih miliki dan menikmati anugerah Ilahi yang tak tekira nilainya. Masyaallah Tabarakallah, dua belas tahun yang manis, alhamdulillah dan moga mendatang pun tetap manis walaupun berselangseli ujian dunia, Amin. 


Apapun doa untuk anak-anak tak pernah putus, mak ayah terutamanya jangan pernah putus mendoakan kebaikan untuk anak-anak, pewaris, yang bakal mendoakan kita bila berpisah kat alam dunia. 

Pindah

7.04.2024

Tertengok ada yang share dari overseas pindah ke Malaysia, how they appreciate Malaysia beauty, how grateful they're. Kita yang duduk kat Malaysia ramai yang tak appreciate the beauty of malaysia, yet the truth memang banyak juga lompang and the bitter, but should we focus on good side? Ku sepanjang pindah randah ni, rasa tak habis lagi explore satu-satu negeri, setiap negeri ada sisi cantik masing-masing. Putrajaya dulu pun tak sempat habis explore masa duduk Banting, macam Terengganu juga, even 3 years stay tak sempat look every different place yang best kat sana, sadisnya. Sama macam Kedah, tak juga sempat nak explore banyak. Kesal juga tak manfaatkan peluang tu. 

So masih berpeluang duduk kat Perak ni, I wish I could explore more and nikmati semua tempat cantik-cantik kat Perak. Even kegilaan sekarang naik turun Cameron Highlands sebab yang tu aje paling dekat dengan rumah, tapi tu negeri Pahang, dan Pahang atau Terengganu juga in my list forward kalau kena moving out from here. Ada orang memang tak suka pindah randah ni, tapi sebab dah go through banyak kali bab pindah randah ni, I think ada good side juga lah bab tukar tempat ni, memang certain part menyusahkan dan renyah, tapi memikirkan peluang dapat kenal negeri lain tu tak selalu peluang tu dapat. Kita hargai dan syukur. 


Terbaca some quote "berhijrahlah, kerana dengan hijrah kamu mengerti makna pulang, keluarga dan teman". Ye, sangat bermakna bila tiap kali pulang ke kampung bertemu keluarga, dalam masa on the go ramai orang yang kita jumpa, ada yang kita kenal dengan hanya berselisih di perhentian rehat dan memanjangkan silaturrahim. Hijrah sememangnya membuka lembaran baru dari segi emosi, fizikal, banyak memberi peluang untuk kita membuka minda dalam menerima keadaan baru dan sekeliling yang berubah dari yang selalu kita lalui. 


The challenge, the vibes, yang menentukan bagaimana kita nak respond, bertindak dan bawa diri terutamanya bila dah berkeluarga. Ramai juga nak moving out from Malaysia sebab dekat overseas lagi cantik, that's good sebab boleh kenal negara luar and gain more experience, ku pun berangan, tapi setakat nak jalan-jalan makan angin okay, tapi for stay maybe not. Well the grass is always greener on other side. Ku pulak cukuplah dapat pindah within in Malaysian state ni, tu pun tak cukup masa nak explore semua tempat lagi. Wishlist place in Perak ni pun panjang berjela lagi tak sampai. 



Sekarang dok vibes nak pergi Pulau, tapi costing untuk ke sebuah Pulau Malaysia ni dengan anak-anak cemni, memang tinggi wehh. So we motivate each other nanti dah pindah belah sana bolehlah every month, every week pergi Pulau, hahaha, berangan teruk, well it's free kan, who knows one day we can do like we imagine. Tapi yang penting Malaysia ni cantik sangat tempat-tempatnya, cuma kadang harga tu lah yang tak masuk akal nak dihabiskan. Macam Langkawi sepuluh kali fikir pun tak lepas lagi nak repeat, haha, sambung fikir jelah. Buat kira-kira semata nak pergi pulau ni sama costing dengan daku sefamily lapan kepala ni  duduk seminggu kat Thailand. Benua Eropah, Africa tak payah listkan, memang semua tempat kalau boleh sampai dengan pintu doremon, dah lama sampai, hahaha. 

Sri Senangin Village Teluk Senangin

7.02.2024

Lama betul kami tak pergi Teluk Senangin, entah apa angin rasa nak pergi pantai, ingatkan nak cari area Pulau Pangkor, tapi suami ajak cari yat-yat, ikut hati malas betul, tapi betullah malas tu mesti ada sebab, sebab terpaling, lepas mendapat makan yat-yat kali ni, lakiku dah jalan berheret kaki, hua hua, nampak gaya last merasa yat-yat kali ni. So cerita tak best kita skip, kita cerita yang best sajalah. Macam biasa, walk in style, bungkus kain baju dulu bawak sekali, ada bilik onz over night, takde kita baliklah, hihii. 



Sampai Teluk Senangin terkejut jugalah kami, bukan disebabkan banyak perubahan, tapi disebabkan bukit tepi pantai dah habis kena tarah, katanya nak buat hotel baru, sempat lagi interview penjual sekitar sambil mendengar keluhan masing-masing bila hujan, air tanah selut turun, becak, dan pastinya akan turun ke pantai jugalah air selut bila hujan lebat, huhuu. Begitulah pembangunan, cantik bila dah tersergam, tapi banyak benda terkorban sama. What to do, money is everything today. 


Selepas singgah sekitar gerai beli makanan petang, kami straight forward cari tempat tidur. Wehh, macam takde orang pun, tetap bilik agak terhad, yang pasti ramai juga yang datang by group macam family day gitu tengah onz event depa, best sangat agaknya buat family day sini ye. Try tanya satu dua chalet penuh, sekali kami singgah kat Sri Senangin sebab ada notice bilik masih ada kekosongan. Kali kedua kami stay sini, masa mengandungkan si Haniy kalau tak silap, Haniy dah 5 tahun dah, kihkih, punya lama. Ku tak repeat sebab kebetulan masa stay tu tinggal bilik yang kena turun tangga bila nak ke bilik airnya. Seram, nasib baiklah mak buyung okay je masa tu. Bilik yang tu je available. 


Kali ni try luck, kotlah dapat bilik yang takde tangga ke apa, alhamdulillah memang yang bilik kosong tu untuk family, dua katil queen dan satu katil single dalam satu bilik kecil, 2 tandas. Quite okay sangatlah dengan harga RM300++. Sri Senangin ni antara chalet yang betul-betul mengadap pantai macam Pak Ya Chalet dan Yang Chalet. Best kat sini sebab ada kedai makan betul-betul tepi chalet untuk makan pagi, tengahari, petang dan malam, nak jauh sikit pergilah menapak kat gerai Pak Tam tepi Sri Senangin ni. Tak nak makan kat kedai pun takde masalah, sebab semua unit chalet Sri Senangin ni ada tempat BBQ masing-masing lengkap dengan dapur gas(bayar tambahan kalau nak guna) sekali pakej dengan sink siap dah depan bilik, meja makan berserta bangku. 




Since dah check in terus, kami relax sambil mikir nak makan kat mana malam nanti, itulah bab datang bersantai ni, kalau tak makan, tidur. Sepetang tu sempatlah anak-anak main pasir dan air pantai, sedang elok air surut. Cuaca pun alhamdulillah, cantik, angin sepoi-sepoi. Yang pasti kat sini memang ramai yang datang memancing ye. Seronok bila  tengok masa depa dapat ikan tu, yang tak seronok part menunggu tu, camnelah depa ni boleh sesabar itu. Ooh ye, tak sangka juga air pantai kat Teluk Senangin dah jadi macam kat Teluk Batik, huhu. Anak-anak ku, memilih untuk tak repeat mandi dah esoknya, depa trauma tengok bebulus kat badan depa jadi hitam berminyak, kikii. Pastu nak cari pantai mana dah lepas ni, huahuaa. 


Malam tu kami pilih untuk keluar jauh sikit makan malam, cari tempat makan dekat area jalan ke Teluk Batik. Keluar awal selepas mandi petang, jadi malam tu dapatlah makan awal, balik tidur awal, untuk projek esoknya. Nak kata sampai awal kat pantai Segari, matahari dah naik mencanak pun, dan ramai juga yang sedang mencari yat-yat. Cari port terus cari. Punya lama dah lupa teknik kaup pasir nak cari yat-yat, haisshh apesallah takde orang jual timbang kilo yat-yat ni, sejenis pemalas macam daku ni, kalau ada cara senang, memang beli jelah, tapi masalahnya menatang ni takdak siapa nak jual, sebagaimana payah nak carinya. Saborjelah. 


Ada dalam tiga jam juga kami cari yat-yat, tak sampai suku botol mineral dapat dalam 2 genggam untuk sekali makan pun kira okaylah, pakej sekali anak-anak main pasir, mandi air pantai. Ingatkan masih boleh tumpang mandi kat Sanctuary penyu tu, rupanya dah ada larangan, so kenalah menapak masuk mandi kat Taman Hutan Simpan Segari. Tu pun nampak gaya lama tak lama aje cantiknya disebabkan rakus manusia ni bila dah start usik. Tempat perkhemahan pun dibuka untuk orang awam kat sini. Yang suka camping tu bolehlah onz kat sini, bersih dan cantik tempatnya setakat hari nilah. So masih ada chance nikmati ketika masih cantik, datanglah. Tak selamanya apa yang ada hari ni berkekalan. Begitulah.