Korang perasan tak ada satu waktu yang sangat takde kata yang sesuai untuk menggambarkan keadaan tu, waktu sebelum dan selepas subuh, Dan waktu antara asar ke maghrib. Aku tak tahu orang pernah alami tak keadaan ni, tapi waktu yang paling banyak aku rasa, aku suka perasaan pada waktu, rasa suasana tu terus rasa ke lubuk hati, perhati dan rasa. Banyak kali jadi antara waktu asar ke maghrib tu kan, angin sepoi-sepoi,lepas tu cahaya matahari sedang-sedang sebab dah nak terbenam, tapi rasa waktu tu sangat nyaman, damai sangat, rasa tenang, rasa Sejuk mata memandang sampai ke hati.
Aku tiap kali berkebun time tu, memang rasa tak nak stop tangan buat kerja, rasa nak tunggu sampai orang Azan maghrib tapi sampai tua lani aku masih ingat pesanan orang tua, dah nak maghrib masuk rumah, tutup semua tingkap Dan pintu rumah sebab time tu Syaitan bertebaran, it's time transition, dari siang ke malam, tapi honestly waktu tulah pemandangan cantik tak terkata, rasa nak duduk dalam scene tu lama-lama sebab best. Betul tak? Aku suka tengok sunrise dan sunset, memang selalu pi jenguk Instagram muazbella tu sebab view dia shoot, Subhanallah cantik tak terkata.
Daripada Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا
Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” [Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)]
Tapi, haa ada tapinya, mustajabnya doa ketika waktu tu. Waktu sesudah solat Asar hingga Maghrib terutamanya hari jumaat. Sebagaimana ditegaskan Rasulullah: “Sesungguhnya dalam hari Jumaat ada waktu mustajab apabila pada waktu itu seorang Muslim berdoa kepada Allah pasti dimakbulkan doanya. Waktu yang dimaksudkan itu ialah sesudah solat Asar.” (Riwayat Ahmad)
Korang trylah praktik doa waktu ni, doa ni tak tunggu kita angkat tangan, detikan dalam hati pun Allah tahu, jadi jangan sia-siakan waktu berdoa yang mustajab. Kita ni memang dengan doa je nak sampaikan, nak komunikasi dengan Allah, dengan doa persoalan terjawab, dengan doa ujian dikurnia jalan keluar dan banyak lagi manfaat berdoa. Doa bila-bila masa yang korang boleh buat, terfikir, terlintas. Aku ni kan sepanjang anak-anak kecik dulu, memang masa laki pergi kerja, letih, penat, nak bebel tak larat, nak marah takde tenaga dah, memang ada aku lelah, sampai kan mampu terlintas je doa dalam hati aku, contoh anak nangis, merentan tak tahu dia nak apa, kita buat semua tak kena, even dah penuhi apa yang dia nak, tetap tak mampu di diamkan tangisan tu, aku nangis juga, tapi dalam hati 'ya Allah, aku ni mak kepada anak aku, aku tak tahu, tak faham apa anak aku nak, aku tak tahu pun nak pujuk anak aku macam mana ya Allah, aku dah buntu, aku dah penat, tapi tangisan anak aku buat aku makin lelah, kau pujuklah anak aku, aku tak mampu', memang lepas tu anak aku okey, diam tangis dan main macam biasa. Tu contoh yang antara aku pernah buat and still practice sampai sekarang. Kita ni memang kena bergantung kat Allah 100%, jangan ada rasa sedikit pun rasa bergantung kat makhluk lain, apatah lagi diri sendiri.
Korang kalau dah buntu, bengong, rasa takdak jalan dah, doa lah banyak-banyak, kena yakin Allah dengar apa yang kita keluh kesahkan, satu je kena buang segala apa yang kita bergantung dalam hati, serah 100 peratus harapan, jiwa hati kita kat DIA, insyallah Allah pasti bagi jalan, Allah pasti menjawab, Allah pasti tuntun kita. Taip masa mai feeling ni tengah berkebun, berkebun pun sempat lagi pegang phone, eh mesti, pokok aku tu ada album dia sendiri, wakakka. Praktik nahhh.
Self reminder too
Ku baru tahu rupanya Andalusia ni adalah negara Spain, ku paling jauh pergi luar negara tu Thailand aje, tak sangka Allah kurnia kejutan hantar pi Jeddah, Mekah, Madinah, terasa masih macam mimpi-mimpi. Takdak duit saving, even duit poket pun boleh sampai, Allah. Tu yang aku rasa macam masih 'betul ka' apa yang dah aku alami, then it's real. Sedih sebab happy sangat, macam tu je Allah nak bagi, tak lagi pengalaman kat sana, apa yang aku terlintas kat hati, rasa berkeinginian, semua Allah makbul, takde sikit pun kesusahan aku lalui, tu asal teringat menitik air mata, banyak nikmat yang Allah kurniakan, imaginelah baru terdetik dalam hati, toink depan mata, terus dapat, Allah. Dan Aku doa Allah makbulkan doaku yang mungkin kecil dimata orang lain,tapi sangat besar untuk aku, Amin yra. Tak mampu nak taip lagi pengalaman pergi Umrah, takdak kekuatan, keep it safe in my heart, maybe next time, atau dalam masa terdekat mai terdetik nak tulis, no one even know kan? insyallah. My first Umrah ni memang impactful sangat sobs, maybe lain orang lain pengalaman kan?
So rasa mustahilkan nak pergi travel luar negara?untuk experience yang dah aku lalui, memang Allah betul didik hati aku kali ni, bagaimana dekatnya Allah dengan kita, bagaimana yakinnya kita dengan apa yang kita nak. So aku nak terus berangan, doa dan usaha supaya aku,suami dan anak-anak berpeluang melihat dan menginsafi kesemua ciptaan dan kebesaran Allah melalui gunung-ganang, lautan, dan seluas-luasnya bumi ciptaan-NYA, untuk di nikmati, disyukuri, diinsafi dan terus sujud dengan hati yang bersih sebersihnya insyallah.
So bercerita tentang Andalusia, kesnya terlintas kat fikiran aje, Andalusia ni negara ke?tu yang terus menggoogle, wow, ni memang takde dalam list berangan, nak kena masuk ke? Banyak juga cerita sejarah dan senibina Islam kat sana. Banyak-banyak negara, Mesir antara salah satu tempat yang aku nak pergi, melekat dalam hati jiwa kes baca Novel dulukala, naik cruise kat sungai Nil. Moga ada rezeki sampai Mesir pula, biarlah orang nak kata apa, scammer, orang Arab paling teruk, tetap keinginan nak visit sana tak terpadam,kihkih.
Terfikir Andalusia Travel & Tours ni kenapa ambil nama Andalusia, ni pun antara Travel group yang tip top and trusted juga kan? Baca experience rata-rata yang pergi under Andalusia Travels terutamanya group Umrah semua berpuashati dengan service mereka. I hope one day, boleh merasa holiday kat negara yang aku nak dengan Andalusia Travel ni, Amin yra. Even sedang trending DIY travel, aku rasa untuk DIY version ni memang bukan untuk semua orang, kalau yang follow hellosincereshe tu memang banyak sangat info and knowledge tentang travel DIY ni. Salute sungguhla young people travel ni.
Sekarang tak tunggu tua, baru boleh travel, sebab lani bermacam cara orang dah boleh buat duit home based dengan dunia tanpa sempadan ni kan? Baguslah sepatutnya kerana membuka ruang seluas-luasnya untuk anak-anak muda explore dan create selfjob, tak perlu office dan space yang memakan costing besar, tapi dunia tanpa sempadan ni pun cabaran terlalu besar dan bahaya jika salah guna, overused Dan sebagainya. Korang pun mesti terfikir mana datang duit depa dok travel pi sana sini. Aku pun sama, yang pasti mesti ada duit baru boleh travel, tu kata kita lah,meh sambung fikir sampai Andalusia, hehehe. Kita kata mustahil, tapi bagi Allah tiada apa yang Mustahil, Lahaulawalaquwataillabillah.
why you always in the mood
Post umrah syndrome is real eh, rasa tak boleh move on, sikit-sikit keluar air mata, tak boleh jadi ni,so hari ni ku kuatkan jari jemari saja bagi emotional distraction sikit kat diri sendiri. Ku baca kat threads memang kebanyakannya yang pergi umrah tu macam tu lah, rasa macam baru semalam aje, padahal,sobbss. Memang ubatnya kena buat tabungan dan pergi lagi, even ada wang pun tak menjamin akan sampai, tapi tetaplah berdoa Allah jemput kita jadi tetamu-NYA nanti, amin.yra.
So break the silence of Palestine ni memang menyayat hati, ramai rupanya orang Islam bermuka-muka eh, after case global sumud Flotilla ramai tunjuk muka sebenar masing-masing. Allah. Apapun yang masih belum boikot, boikot apa yang kita mampu, buat sehabis daya kita, jadilah seperti burung pipit yang berulangkali mengambil air yang menitiskan air itu diatas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s., kecil usahanya namun Allah lihat usaha-usaha kita. Asbab gerakan mereka jugaklah dunia mula bangkit bersuara. Ni kalau takde depa tak bergerak, agaknya senyap terus berita Palestin. Kita jangan dok bangga sangat keharmonian kedamaian kita kecapi sekarang, jangan sombong, sekali Allah nak uji, memang satu malam pun semuanya boleh berubah. Sesiapa pun Allah boleh uji. Jangan sombong tu ja pesanan berkali-kali, kerana sifat sombong itu hanya sifatnya Syaitan.
Orang kata kalau travel memang kena banyak jalan kaki, jalan kaki ni the way terapi as human, sebab kita ni sebenarnya memang kerja kita bergerak, even kita tengah tidur pun Allah bolak balikkan tubuh badan kita supaya bergerak, kalau malas bergerak sangat tu hati-hatilah. Travel memang perlukan pergerakan banyak, tak kira pi camping ke, pi berjalan-jalan kat bandar Metropolis pun kita still bergerak ke sana sini. Travel menuntut kita keluar dari zon selesa kita, tinggalkan katil empuk kita, tinggal sofa best kita, tinggalkan dapur kita yang best, tinggalkan pakaian-pakaian cantik kita dalam almari, asbab travel kita kena pilih the most effective and the most useful clothes and thing. Bergerak supaya kita jangan jadi salah seorang yang suka melaung-laung, "ada duit takpelah boleh jalan-jalan, dari guna duit tu buat jalan-jalan baik buat sedekah, etc. Don't!!!! Shut up and move!
Jadi jangan pandang enteng orang suka travel. Travellah jauh dekat pun, asal lebih dua marhalah, memerlukan kita solat Jamak, then kita dah bermusafirlah tu. Aku suka part paling best dalam travel boleh doa, doa orang musafir ni memang power, what I feel, what I get. Memang masa musafir ni nak shot banyak-banyak doa, bacalah time tu. Niatlah musafir kerana Allah, banyak Allah kasi pelajaran, pengajaran dan paling istimewa sekali Allah kasi hadiah yang tak pernah kita bayang sepanjang musafir.
Bila kita keluar dari zon selesa kita, minda kita akan lebih terbuka, bersyukur, dan banyak lagi rasa yang Allah kurnia, rasa macam wow, macam ni ka, laa gitu ke, macam-macam lagilah. Aku tak tahu kenapa orang kata Malaysia kos bercuti tinggi mahal, yes for certain place memang mahallah,tengok tempat, timing kita pergi, tapi bagi aku ni, Ya Allah banyak lagi tempat kat Malaysia ni aku tak sampai lagi, banyak ceruk-ceruk kampung, daerah aku belum sampai dan tengok, rasa lagi. Hargailah tempat tinggal, daerah negeri yang kita tinggal, explore lah ketika masih ada kesempatan ni, sebab kita takkan tahu apa yang menunggu kat depan-depan nanti, ada peluang hargai. Jangan nampak negara luar aje best, Malaysia pun best, as long as you appreciate pasti Allah kasi jalan explore Malaysia biarlah orang kata 'mahal po bedil' pun.
Ramai pelancong luar kata Malaysia syurga dunia, mana tak syurga dunia weh, pelbagai kaum, agama harmoni duduk elok-elok, itu pasal ramai juga yang envy dan cuba pecah belahkan apa yang kita semua nikmati hari ni. Ingat ye, 'mereka' takkan sesekali aman apabila orang Islam meneraju, memimpin, 'depa' tak suka keharmonian macam ni, buat depa panas bontot, depa takut makin ramai celik dan cuba memahami 'islam'. Itu yang paling mereka takut sebab di akhir zaman itulah yang dah tertulis. Kita ni sedang melalui jalan-jalan ke arah itu, dimana Islam akan menjadi asing dulu sebelum dimenangkan oleh Allah. Dan itu semua menuntut Iman dan ketaqwaan kita sebagai umat islam. Sumud Flotilla ni salah satu pencetus, so kat sini kita dah boleh nampak siapa dan bagaimana mereka yang menjadi antara orang-orang yang mempersoalkan perjuangan para global humanity. Bacalah tafsir Surah Ali Imran, Allah dah bagitahu secara jelas dan senang faham bagaimana 'peel' mereka ni. Buatlah ikut cara kita masing-masing, jangan dok question orang punya effort untuk support Palestin ni, ada yang buat belakang tabir, ada buat senyap-senyap, pelbagai cara, tak post bukan tanda tak support,kita semua ada cara masing-masing untuk perjuangkan, just remind each other, jangan question orang buat, question apa kita dah buat.
So jom gerak, pray for Palestin always!
Top Social