Dapat bangun pagi solat subuh rezeki,
Dapat berak kencing rezeki,
Dapat tengok bintang bulan, rezeki
Dapat elak terpijak najis rezeki
Dapat beli lauk dengan harga murah rezeki
Dapat jiran baik rezeki
Dapat tanam pokok hidup subur rezeki
Dapat tengok senyuman anak rezeki
Dapat berdiri berjalan kaki rezeki
Tak dapat buat loan pun rezeki
Tak dapat pergi keluar negara pun rezeki
Tak dapat tukar kerja pun rezeki
Tak dapat upgrade tempat tinggal pun rezeki
Semua tu rezeki kalau kita tengok dengan mata hati.
Rezeki umat Islam di Palestin dapat mati syahid.
Rezeki kita kat sini dapat berdoa kat mereka, doa pun senjata
Rezeki kita juga dididik supaya tak jahil.
Sedih bila majoriti manusia masih tak yakin dengan rezeki yang dah ditetapkan di Loh Mahfuz lagi.
Kalau lah disebabkan risau 'rezeki' kena banned akibat stand kita, memang speechless, sebab ku ingat balik peristiwa tadah racun dulu asbab risau 'rezeki’ hilang kerjalah majoriti merentan sambut racun. Takde beza pun kita dan dia.
Rezeki ni dari Allah, bab tauhid ni. Kena yakin. Mungkin tu ujian dia, tapi kita? Bersyukurlah Allah tak uji kita terlepas pandang bab agama ni. Lagi pula diuji dengan adab bila tak ambil tahu hujung pangkal, tapi tetap juga nak menjawab. Tu orang kata diam lebih baik, bila tak nak diam terbuka pekung sendiri.
Seperti mana isu yang tengah ribut sekarang, ku yakin sampai masa Palestin kan dimiliki semula. Memang puashati dengar tadabbur Al-quran. Puas hati dengar explanation kesudahan @ah$di. Really interesting and sedikit merawat sakit hati. @ah$di (*i0n!s) akan hapus sehapusnya seperti mana terhapusnya ketika perang khaibar.
Janji Allah Faleestin will be free. Setiap kali dengar lagu Raihan memang menitis air mata, sebab sedih, kecewa, marah, tapi dalam pada tu yakin dan gembira dengan janji Allah. Sampai masa, janji Allah akan terjadi diwaktu dan masa yang ditetapkan Allah. Tugas kita kat sini sebagai orang Islam untuk tingkatkan iman dan ketaqwaan.
Sungguh! Kita tak mampu nak pergi berperang kat sana, even kat sini pun banyak yang kita support, tak support melalui lisan tapi pergi support dari segi tambah ekonomi mereka, sebab kita sendiri pun dah terbelit dengan tipu daya mereka, itulah usaha yang kita kena buat berterusan, bukan bermusim.
Alang-alang boikot biar istiqamah, antara usaha kecilku 8tahun lalu hingga sekarang stop makan fast food yang paling popular mereka even banyak yang dok kata entities yang kat Malaysia takde kaitan, tapi kamu percaya semudah itu? Semudah itu kamu di gula-gulakan? Ulang lagi tanya, semudah itu kamu digula-gulakan? Supaya pertanyaan berkali-kali ni mengetuk segenap bahagian otak sehingga kamu dapat berfikir lebih kritis.
Ku tak mampu nak buang semua, ku cuba buang satu persatu, bila okay, tambah lagi,pun usaha juga, orang kata kejayaan bermula dengan langkah kecil. Gituu. Samalah bab boikot ni, buat ikut mampu kita. Ada yang sinis ye bab yang ni, saudara seagama kita juga. Lantak pi lah hangpaa. Apapun tu hanya usaha, kena balik pada Allah jua, sebab kita takdak daya upaya pun. Tengoklah kepala-kepala dunia buat apa, satu pun takde dapat hentikan perang ni kan? Kenapa? Sebab apa yang berlaku terjadi dengan izin Allah, supaya kita semua muhasabah jangan sesekali bergantung kat manusia-makhluk walaupun mereka ada kuasa.
Ku tak nak kutuk siapa yang question bab sokong tak sokong ni, yang penting kerja kita kuatkan iman masing-masing sebab kedepan nanti umat Islam makin tertindas dan semakin asing, tengok realiti sekarang sudahlah. So I just keep myself bab ni, bila too bold pun kena kecam anti, throwback jelah dua tahun lalu apa jadi, dan sekarang ramai dah tuai hasil, too silent pun orang kata jugak, dituduh pulak macam tak buat apa. Sudahnya you do you jelah bab macam ni.
Nak tegur bab halal haram pun ramai rentan, ni kan nak suruh buang pulak benda-benda yang kita dok support depa sekian lama, dah terbelit hingga ke dalam hati dah, apa pun teruskan jelah apapun jenis awareness supaya kita tak sokong depa apatah lagi bab bunuh orang yang tak berdaya, anak-anak kecil, wanita dan orang tua.
Betullah orang kata gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak. Yang rosak, yang mati, kat negara konoha, semua buat buta, pasal takde kaitan dengan 'senjata' yang satu tu. Suci sampai kiamat. Sebelum kata orang, cek dulu diri sendiri, entah entah diri sendiri pun penyokong setia mereka dok tadah bulan-bulan sejak anak sejak lahir products #ah*di yang satu tu. Bitter truth! tu pasal ramai in denial, banyak alasan, doctrin #ah*udi dah terpaku dalam minda.
Pun tak dapat nak usaha tolak, pasal apa, pasal sayang, hehh. Takde 'yakin'. Walau apapun usaha, kena balik pada Allah. Usaha dan cara pun bukan satu je lagi pula kalau guna bahan memudaratkan, najis, haram. Bukan takat benda masuk mulut je kena ambil cakna. Allah dah didik kita pada dua tahun yang lalu supaya kita lebih faham untuk hari-hari mendatang, sebab hari mendatang lagi perit banyak lagi 'senjata' yang akan sampai atas asbab dot dot dot. Sekarang nampaklah kenmain belaka, esok-esok plot twist Allah nak uji yang merentan ni jugak dok sokong depa asbab termakan propa depa, who knows?
Berpada-pada lah mengecam orang, takut-takut kita bermusim je, sedang isu sensitive yang berlaku ni ujian untuk kita semua menjaga anggota tubuh badan dari terus berbuat dosa. Stand kita semua umat Islam kena jelas sejelasnya. Everyone ada pace masing-masing nak faham apa yang jadi kat bumi bertuah yang ditetapkan Allah tu.
Takut-takut dalam mengata orang tu kita pun padahal lebih kurang je, bezanya Allah tak buka aib kita je.
Berdakwahlah seperti Rasulullah
Al-imran-20
Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.
Jangan jadikan semangat kita bermusim..Saya masih ingat ketika serangan Isrá.èll tahun 2014,Rakyat muslim malaysia sangat bersemangatHingga masuk berita ada kedai fast food pecah cermin dibaling batu..Punya marah orang kita.Sampai jenama fastfood ni terpaksa merayu jangan diperlakukan begituRamai orang melayu kerja cari makan disituTak beberapa bulan kemudian,saya pulang kampung dan lalu bedekatan dengan kedai fasfood yang pernah dipecahkan cermin tu.Punyalah panjang kereta nak drive-tru untuk beli makanan..Dalam kedai pun penuh dengan orang beratur.Sampai anak saya hairan dan bertanya 'kenapa jadi macam ni mak?'Inilah semangat bermusim orang IslamKetika Páléstiñé diserang, kita geram, marah dan menangisKemudian kita lupa dan kembali alpa..Sayang ..seribu kali sayang..Tiada cara lain untuk semangat kita kekal istiqamah sokong Pálés.tiiñé kecuali tips ni:(saya olah dari guru Al Quran saya Ustaz Syaari Ab Rahman)1) Tadabbur Al Quran-Belek tafsir ayat-ayat yang berkaitan dengan Yahu.di dan Bani I=srael. Tak faham tanya guru.Sebarkan kefahaman tu.2)Belajar syarah hadis fitan(hadis akhir zaman) melalui kefahaman guru-guru yang mursyid. Guru yang jelas manhaj akidah mereka.Sebarkan kefahaman kita.3)Kaji fakta sejarah mengenai pembukaan kota Ba.itu.l Ma.qdîs melalui Umar al Khattab dan Salahuddin al Ayyubi. Studi pasal Hari Nákba. Sebarkan kefahaman itu.4) Derma melalui badan-badan yang diiktiraf. Dan istiqamahlah menyumbang. Jangan hanya ketika berlaku krisis saja.5)Bacakan Qunut NAzilah dan tujukan buat golongan laknatullah ni.6) Point ni pendapat saya sendiri. Saya ingatkan diri saya untuk terus menjaga adab ketika berjihad menjadi 'bawang ranger' di FB kerana dunia sedang memerhatikan ahlak Muslim Malaysia.Tiada siapa yang mahu membaca kita mencarut/memaki di komen.Tapi inshaAllah ada yang akan membaca jika kita menulis fakta dan ulasan bernas dalam komen. Ulasan yang tenang mampu membuat pembaca lain berfikir sejenak.Ingat ada golongan 'atas pagar' yang mencari kebenaran.Sungguh, apa yang berlaku hari ini adalah kebangkitan umat Islam seluruh dunia dan satu petanda yang bagus.Kita terus berdoa semoga Allah An Naseer memberi pertolongan buat setiap muslim yang sedang berjuangDan semoga Allah beri kita kekuatan dan petunjuk untuk terus semangat sokong pembebasan masjidî.l Aq.sáAllahuma AmeenKredit: Siti Aminah Sulaiman
Tulisan Ustaz Syaari ttg isu Palestin kepada yang masih belum membaca.
BERITA GEMBIRA MASA DEPAN PALESTIN DARI AYAT 7 SURAH AL-ISRA’إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لأَنفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الآخِرَةِ لِيَسُوؤُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْا تَتْبِيرًاTerjemahan : Jika kamu (Bani Israil) berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (al-Aqsa di BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (Al-Israa', 17 : 7)“Sesungguhnya pembukaan Masjidil Aqsa yang pertama semasa peristiwa al-Isra’ ialah pembukaan rohani oleh Rasulullah SAW sendiri. Ia pembukaan simbolik pada kekuatan baru dakwah Islam. Pembukaan pada zaman Khalifah Umar pula ialah simbolik kekuatan politik dan ketenteraan Muslimin pada waktu itu. Manakala pembukaan terakhir yang akan berlaku kelak akan disusuli dengan kemusnahan total segala apa yang dibina dan diasaskan Yahudi dengan dasar kesombongan dan kerosakan. Ia adalah kehancuran seluruh kekuatan politik, kekuatan ketenteraan dan kekuatan ekonomi mereka.” (Dr. Ahmad Nawfal, Tafsir Surah al Isra’, hal 193)“Pada ayat ini terdapat khabar gembira bahawa kaum Muslimin akan kembali berkuasa di Palestin. Hal ini hanya akan terjadi apabila kaum Muslimin kembali memiliki kesedaran untuk kembali kepada manhaj Islam dan jalan yang lurus. Kita akan memasuki Masjidil Aqsa kali kedua apabila kita masuk sepenuhnya ke dalam manhaj Tuhan kita selepas kita terkeluar darinya. Kemasukan kedua ini merupakan kemasukan terakhir dan Yahudi tidak akan kembali mendapat kemenangan sama sekali.” (Tafsir Al-Sya’rawi, Jilid 8, terjemahan Duta Azhar, hal 36-38)“‘Al-Karrah’ ialah tertegaknya negara untuk mereka. Ini disusuli dengan ‘al-Amwal’ iaitu kekuasaan mereka ke atas sektor ekonomi manusia. ‘Al-Banin’ ialah anak-anak mereka sebagai bala tentera yang memerangi tanpa seorang pun terkecuali. Saudaraku, inilah berita gembira dari al-Quran bahawa Dia sendiri akan mengutuskan hamba-hamba-Nya yang pokok-pokok dan batu-batu sendiri akan membantu mereka memberitahu lokasi persembunyian Yahudi.” (Dr. Fadhl Hasan Abbas, Tafsir al Quran al Majid, juzuk 3, hal 1242)“Kita benar-benar hidup pada zaman Allah memberikan ‘al-Karrah’ iaitu kelebihan harta, anak pinak dan sokongan dunia kepada Yahudi Bani Israil. Namun apabila berlaku janji kedua dan terakhir dari Tuhan, Allah akan mendatangkan pejuang pembebasan yang mempunyai senjata yang tidak pernah wujud semasa janji pertama, kekuatan yang ada pada kumpulan ini menyebabkan mereka tidak akan tunduk sama sekali kepada mana-mana negara besar atau bangsa-bangsa bersatu.” (Prof. Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar, Waliyutabbiruu Ma ‘Alaw Tatbira, Hal 166-167)“Pada ayat ini adanya berita gembira - insha-Allah - bahawa kaum muslimin akan membuka masjidil Aqsa dan membenarkan janji Allah. Inilah yang termaktub dalam kitab Taurat mereka sendiri sebelum ia termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah. Kita mengharapkan detik itu berlaku sebelum kita mati. Detik Allah mengumpulkan kesemua Yahudi itu di sekitar Baitulmaqdis untuk menjadi penamat kehidupan mereka yang sudah melampau batasan akal itu sendiri dalam permusuhan ke atas kaum Muslimin.” (Tafsir al-Nabulsi, Dr Muhammad Ratib al-Nabulsi, jilid 5, hal 201)“Kumpulan pertama sudah dihantar oleh Rasulullah. Kita sedang menanti kumpulan kedua yang akan merealisasikan “al-wa’du al-akhir” yang akan dibangkitkan dari kalangan wali-wali Allah. Mereka dibangkitkan dari tidur lena dan kematian yang sementara seperti ‘matinya’ orang yang tidur. Kebangkitan mereka mengejutkan Bani Israel dan penyokong mereka berubah wajah menjadi pucat. Akan tiba harinya, umat Islam akan masuk ke Masjidil Aqsa sebagai orang yang merealisasikan janji Allah SWT dan membersihkan kotoran yang ditinggalkan oleh Zionis. Mereka akan masuk ke dalam masjid seperti orang-orang terdahulu dalam kalangan sahabat yang telah masuk ke dalamnya.” (Dr Usamah Fathi Abu Bakar, Hamba Kepada Tuhannya ; Intipati Tadabbur Surah al-Isra’, terjemahan Ahmad Akram Mahmad Robbi)“Peperangan kaum Muslimin dengan Yahudi di akhir zaman berlaku dalam dua marhalah. Marhalah pertama dibicarakan oleh surah al Isra’ iaitu hancurnya bangunan-bangunan kemegahan mereka di Baitulmaqdis dan hilangnya seluruh kerosakan yang mereka lakukan, menjadilah mereka kaum yang hina dan lemah. Marhalah kedua menyempurnakan marhalah yang pertama berlaku di hujung usia dunia sebelum kedatangan Kiamat. Ia disempurnakan oleh Isa bin Maryam AS yang akan membunuh Dajjal dan 70,000 Yahudi Asbahan.” (Dr Solah Abdul Fattah al Khalidi, Haqaiq Quraniyyah Hawla al-Qadhiyyah al-Filisthiniyyah, hal 158)Berita gembira ini tidak seharusnya disambut dengan angan-angan dan goyang kaki. Ada kerja perlu dibuat untuk menjemput kemenangan itu. Surah al-Isra’ bukan hanya ayat 7 atau helaian pertama sahaja. Surah ini mengandungi 111 ayat kesemuanya. Bacalah agar kita mengetahui pelan bertindak untuk mencapai janji Allah SWT kemenangan yang telah diumumkan berkenaan.Wallahu a’lamKredit: Syaari Ab Rahman2 Syawal 1442 H
Kalau tak mampu jadi orang baik, teruskanlah berbuat perkara yang baik baik. Allah maha Baik. Manusia tak suka kita tak apa, Allah ada. So dah buat ke kerja kita masing-masing? Belum buat, buatlah walaupun sekecil-kecil usaha, kerana Allah melihat usaha kita. Buang lifestyle #ah*udi tu sekali alang-alang nak boikot.
Nak tengok peel sebenar #ah*udi rajin-rajin baca terjemahan Al-Quran sekali, dapat tadabbur lagi bagus, tu pelik bila ramai yang masih husnuzon kat puak depa ni. Check juga kita sendiri kot-kot dah ada peel #ah*di *ionist ni dalam kita tak sedar. Sebut Dajjal pun ramai sentap sekarang. Hentahh tak panham hakuu.
Oh daku pernah tulis rupanya pasal junkfood femes tu dulu, means dah lama betullah ku tak makan, tak makan memang bukan sebab boikot, hi hi.
**Ku pun bermusim jugak share tentang ni kat medsos sebab lalai banyak. Nasib baik ku bukan pempengaruh dan takdak sapa heran, tapi tak kira siapa, kita semua ada tanggungjawab untuk di buat. Insyaallah ada usaha lain yang kita buat berterusan, takde keperluan untuk dibagitahu, asalkan buat! Ada hikmahlerr jugak apa yang jadi sehari dua ni, moga kita semua kembali ke jalan yang benar hendaknya. Apa yang jadi ambiklah pelajaran dan pengajaran.
Xoxoxo
Bukan terpaling
Benci yang acah suci macamkan tak pernah buat silap belaka.