Korang mesti familiar dengan cerita Kampung Boy kan? Bagi generasi sekarang, Ku tak tahulah, tapi anak-anakku antara peminat cerita Kampung Boy, lawak, tapi berisi. Kalau depa mengadap tengok tak sah kalau tak ketawa. Ulang tengok pun depa tak pernah puas, mungkin gambaran dan suasana dalam cerita Kampung Boy dekat di hati mereka, dan juga tentunya daku yang pernah melalui pengalaman membesar dikampung, real gitu jadi kartun/bacaan Kampung Boy ni masuk dengan jiwa. So anak-anak walaupun depa tak membesar di Kampung, setiap kali balik Kampung, segala yang mereka lalui kat Kampung boleh dikatakan lekat kat hati mereka.
Ceritanya Galeri Rumah Lat yang terletak di Batu Gajah, Perak yang dibina atas tanah keluasan 0.0412 hektar untuk menyimpan semua hasil seni yang telah diciptakan oleh Datuk Lat sepanjang karier beliau dengan menempatkan segala koleksi lukisan, barangan peribadi dalam sebuah rumah copy paste betul-betul seperti yang digambarkan dalam koleksi lukisan beliau. Galeri Rumah Lat ialah galeri seni yang menempatkan hasil karya seni, memorabilia dan bahan-bahan berkaitan kartunis Malaysia, Lat. Replika rumah Kampung tradisional berasaskan kayu ni memang rare, sebiji seperti rumah asal Datuk Lat. Feel in love betullah dengan rumah Kampung ni, terutama bab dapur kayu tu. Datang ke Galeri Rumah Lat pun unplanned, nak datang settle hal lain, sesambil tu dah ada kat tempat Batu Gajah, singgah Galeri ni.
Ku pernah merasa, guna dapur kayu sebegitu, sempatlah tengok scene nenek jemur badan kat dapur kayu berdiri depan dapur tu merasa haba panas untuk kurangkan rasa sakit tubuh bila balik dari sawah padi dan kebun tepi alor. Nostalgia betullah. Kalau datang ke Ipoh datanglah ke Galeri Lat ni, masukkan dalam Initiery sekali dalam trip bila datang Ipoh, datang semata nak masuk lorong-lorong cuci mata tengok orang jual barang-barang saja rugilah, karya sebegini lagi berharga untuk dilawati tambah-tambah untuk generasi akan datang menghargai kehidupan masyarakat melangkaui pelbagai etnik dan budaya melalui suasana kehidupan masyarakat sehari-hari. Penceritaan mudah, ada nilai murni, pengajaran dalam setiap episod. Tak rugi datang sini, tambah bawa anak-anak datang tengok dan kenali karyawan yang tiada ganti macam ni. Mana tau ada perintis baru macam Datuk Lat untuk generasi anak-anak kita pula yang berkarya melukis suasana hari ni yang melalui terlalu banyak perubahan sehingga nilai-nilai terdahulu dilupakan, who knows? Part lukisan Datuk Lat ni mengkagumkan tentunya segala suasana ketika itu dilukis teliti, seperti real in time, macam kamera.
Kesimpulannya rugi tak datang Galeri Rumah Lat ni, sampai lani takde bayaran masuk lagi, tapi ku tak tahulah since day dengar khabar Outlet GPO dekat Silverlake Batu Gajah dah mula operasi, mula ramai orang berkunjung ke sana, maybe free ticket will end soon. So selagi dapat masuk percuma ni, hargai sajalah, kihkih. Really worth to visit, yang tahu menilai je boleh merasa. Jomlah.
Balik kampung hujung tahun baru-baru ni, dua minggu pun rasa tak cukup bila bersama-sama dengan orang tua kita. Ku tertengok satu video yang bila adik beradik semua balik, meriah rumah, tapi tang bab yang buat sebak kat dada tu bila masing-masing melambai meninggalkan orang tersayang menuju destinasi masing-masing, aduii jatuh air mata. Betullah bab balik jumpa mak ayah kat kampung ni, part last tu lah yang meruntun hati. Sedih terpaksa tinggalkan orang yang kita cinta yang makin tak berdaya, kedut bertambah, bila renung-renung, sekejap je kitaran masa berlalu. Sobs sobs.
Betullah dunia ni nak ditinggalkan, semua yang kita miliki, cintai, sayangi sampai masa kita tinggalkan jua walau betapa dalamnya cinta kasih kita kembali kepada Yang Kekal. Masa mak ayah ada ni, tu jelah peluang balik untuk bersama, bila dah takde, tak terjamin adik beradik akan sentiasa balik kampung selalu, tak sama masa keberadaan orang tua. Situasi dah berbeza, yang dapat kekalkan, alhamdulillah. Sedih lihat kesedihan hati orang tua bila kehilangan pasangan, hilang anak sedihnya lain, hilang pasangan sedihnya lain, yang merasa je tahu bagaimana. Yang tinggal anak-anak jelah untuk mengisi kesunyian hati.
Seminggu dua masih tak terasa, bila masuk bulan ke bulan kehilangan abadi tu mula menjeruk hati dan perasaan. Moga Allah kurniakan ketenangan dan kesabaran buat yang kehilangan tersayang. Makin bertambah tahun, makin kurang lah masa untuk bersama, jadi guna peluang masa yang ada dengan sebaiknya. Honestly kebanyakan ku perati cemtulah belaka, orang tua perlukan masa anak-anak untuk mereka, harta benda dah nombor dua dah, masa nak bersama-sama dengan anak-anak tu lah yang didambakan mereka bila menua. Moga Allah kurniakan masa yang bermanfaat untuk kita semua telusuri tahun ni, amin.
Orang kata 2024 makin renyah, mencabar. Betul ke? Iols rasa setiap masa ada cabaran dan ujian, tak tunggu tahun berganti, bezanya bagaimana kita respons dengan uncertainty. Moga walau apapun cabaran yang mendatang, Allah permudahkan segalanya, have faith in Allah. Teringat masa on the way balik ke rumah sendiri dari kampung, lalu jalan bawah instead highway plus sebab nak lari dari jem teruk, ternampak papan iklan "kubur mampu milik".
Cakap kat suami, kesian kan diorang ni ye, sesusah susah kita, susah lagi depa kan? Nak mati pun kena bersusah payah untuk mati. Kita mati seksok moga-moga dapat juga nikmati syurga Allah, depa punya susah sampai mati, last-last syurganya sampai situ jelah, sebab tulah kot dunia ni ibarat syurga bagi orang kafir, rupanya kita lagi nikmat dengan dengan cabaran dan ujian kerana syurga Allah itu janji diakhirnya. Huu, insaf memikirkan keluhan, rungutan sendiri bila terasa susah sikit dalam hidup. Moga peluang yang ada setiap hela nafas ni digunakan untuk keredhaan Allah. Terus recap moment kesusahan lalu, rupanya manis bila dikenang, walau pun pahit masa mengadap. Terus senyum, bahagia, perit dan derita, pasti ada bahagia dan gembira.
Masuk umur hampir ke angka empat ni, nak ke tidak kena berubahlah untuk diri sendiri sebab tak tahu sampai bila berpeluang. Jangan tunggu umur sekian sekian baru nak buat, selagi ada ruang dan peluang, rasa nak buat baik, buatlah, rasa nak berubah, berubahlah, semua diri sendiri decide, nak ke tidak. Takde orang boleh paksa, takde orang boleh buatkan untuk kita. Apapun mari kita hargai kedutan yang mula muncul, tak jelas, halus, namun mula wujud. That's the cycle, syukur untuk nikmat hingga saat ini, alhamdulillah.
Catatan 4/366
Top Social