Korang pernah baca tak sharing tentang amalan zikir, doa ke, selawat ke, anythinglah yang berkaitan dengan ibadah kita kat Allah, kadang kita lalai dalam seharian, sibuk dengan kerja, sibuk dengan rutin. Tahu-tahu terkejut nanti bila roh sendiri pandang jasad dah terbujur kaku, takdan nak buat ibadat, seram kan? Aku ada terbaca tips untuk kita buat sesuatu amalan, tak kisahlah amalan yang mana satu, tapi kita kena pilih yang betul-betul kita nak amalkan sebagai tambahan ibadah kita selain yang wajib solat 5 waktu tu.
Tak kira kita kerja, berniaga, dok kat rumah, pilih salah satu amalan kita nak buat, sepanjang hayat kita yang amalan ni paling kita konsisten buat sampai akhir hayat, ada yang pilih tahajjud everyday, sedekah setiap hari, baca Al-Quran 2jam setiap hari, zikir 1k, selawat satu 1k atau istighfar dari pagi ke malam everytime time senggang etc, yang pastinya kita pilih dan wajibkan diri buat sampai lekat, tak boleh tidak akan buat. Aku selalu ingatkan laki aku everytime drive pergi kerja atau balik kerja tu, wajibkan diri istighfar atau selawat, benda sambil-sambil dalam tak sedar lebih dari 1k kita buat, tapi tujuannya nak bagi kita lekat kat satu kebaikan tu, fadhilat ibadah pun pasti ada, jadi rugi sangat kalau kita tak buat.
Pilih waktu, pilih loophole dalam rutin seharian kita, pasti ada. Aku sentap betul baca buku, maaf Tuhan, kami sedang sibuk. Mai terfikir betul sibuk sangatkah aku ni? Banyaknya scroll telefon, banyaknya terbaring tidur, banyaknya sembang, ehh kata sibuk tadi? Itulah kelalaian, tertipu dengan masa. Kita tak fokus, mungkin akulah sebegitu, banyaknya rasa masa aku dirugikan, sedih. Tapi tulah masa yang terlepas usah dikesali, yang ada kita manfaatkan sebaiknya. Tetiba mai random nak taip benda ni, korang baca jelah. Kang ada yang kata, dari pilih-pilih, baik buat semua, trylah! Aku dah buat, tak lekat, mai teringat buat, mai tak teringat, tak buat. Kena ingat, sikit takpe, yang penting even sikit, konsisten tu, tak tinggal even sehari pun, haaa tu yang payah. Tu sebab aku suruh pilih dan buat, biar apa yang kita pilih nak buat tu, nak tidak,kena buat, takkan tinggal, wajib buat. Gituuu! Bila kita kecilkan skop, insyallah kita boleh fokus buat.
Biar kita mati dengan satu amalan yang kita memang tak boleh tinggal, kalau senaraikan semua ibadah yang tersenarai tu, alah banyaknya nak buat, sedangkan kalau kita selit-selit kat rutin harian kita, insyallah memang sempat buat. Contoh tetapkan rules setiap kali lipat kain, wajibkan selawat, setiap kali briskwalk wajibkan istighfar dan zikir, setiap kali naik kereta wajib istighfar, benda sambil-sambil tapi kita buat ibadah sama. Kadang kita rasa pendeknya masa, kadang kita rasa panjangnya masa. Cuba check kenapa jadi rasa panjang? Kenapa jadi rasa pendek. Ia kaitan dengan berkahnya sehari-hari kita.
Kadang kita rasa tak percaya ada orang boleh buat macam-macam perkara dalam 24jam, how? Kita zasss zusss zasss aihh takkan dah habis 24jam, takdan buat apapun?!betul dak? Pun berkait dengan keberkatan masa. Orang kata nak panjangkan masa, jaga punctuality solat, ada benarnya. Nak buat boleh, nak konsisten/istiqamah tu, tapi dah buat alhamdulillah, moga Allah permudahkan, yang penting ada niat tu. So marilah kita perbaiki diri dan menghargai nikmat 5 waktu yang ada ni. Ni baru part ibadah, kalau part rutin harian aku share next time pula. Doa adalah betul-betullah next tu nya, aku ni sejenis....ermmm, menaip ikut mood,hahaha. Saja tulis entry ni supaya petang nanti korang ambil peluang doa banyak-banyak lepas asar, mustajab, insyallah, Amin yra.
Masa hari Asyura hari tu kan, aku datang mai terfikir camnelah orang yang balik haji ni nak mengadap hari-hari, bukan 10hari dok Mekah Madinah, tapi 40hari dan lebih. Aku yang pergi 12hari ni pun tak mampu move on lagi dari dok sana, the feeling tak sama lagi dah. Rasa macam baru je balik, tapi sedar tak sedar hampir setahun dah rupanya, hati aku memang tertinggal sana dah agaknya. Ada masa mai teringat menitik air mata, ada masa tak fikir, mai juga teringat. Aku memang elak buka album pergi Umrah, bukan tak rindu tapi kalau buka album dan tengok, bengkak mata menangis. How could kan, aku prepare hati aku untuk pergi sana, tapi tak prepare hati lepas balik sini, sebab tak sangka impactnya sebegitu,aku ingat kan rindu tu biasalah, tapi tak rupanya.
Adakala rasa kosong, ada kala rasa hilang arah tuju, tak tahu nak buat apa, tapi alhamdulillah dua bulan aku praktis apa yang perlu aku buat, dapatlah juga mengubat rindu aku, even ada masanya tanpa sedar aku buat sambil menangis teresak-esak. Susahnya nak move on, walaupun fizikal aku buat macam rutin dan tanggungjawab biasa, yang hari-hari buat, tapi kat dalam hati Allah jelah tahu. Moga Allah ubati hati aku yang macam kena reject, patah hati, asbab kerinduan tak terbatas ni. Rindu je pun, tapi rindu ni sakit betullah. Teringat pulak time kena reject berkali-kali, takde pulak pedih dan sakitnya macam ni, adududu.
Hari jumaat ni, bila tahu kepergian someone yang baik, hati aku juga terkesan sama, begitulah Allah angkat orang yang kita tak kenal, tapi menyentuh hati kita. Tak sangka dulu aku update blog bila adanya kelahiran, sekarang aku update blog bila adanya kematian, how fast time changing us, we grow everyday, we experience whole thing, tapi ada satu peringatan, segala apa yang didunia ni hanya sementara sahaja, nikmati dan bersyukur selalu, sentiasa ingat ada kehidupan abadi yang menanti kita semua. Walaupun beza alam dengan yang dah pergi, kerinduan yang datang tak mampu diterjemahkan, yang pasti kebaikan yang diingati. Pasti ingat kita semua akan kembali kepada pencipta abadi. How short our life kan? Semalam aku baca satu buku, dua helai dah cukup menampar-nampar hati aku sampai berjujuran airmata. Ada orang hayatnya pendek namun kekal panjang dengan manfaat yang ditinggalkan, ada orang umur panjang namun tiada satu pun kebaikan malah perginya diraikan. Kejam bunyinya, tapi itulah cermin kehidupan. Baik kita, pasti seantero alam mengetahui, ibarat cerita terkenal dilangit dan sebaliknya.
Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ
Al fatihah untuk kesemua orang kesayangan yang telah pergi, dan orang yang tak dikenali namun dekat dihati, Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan menempatkan arwah di syurga bersama para solihin dan orang-orang yang beriman.
Berdekahh aku baca surprise mak-mak anak-anak masuk sekolah balik setelah 2minggu bercuti, jumpa macam-macam bekal dari beg sekolah lupa nak bawa keluar. Aduii macam-macam,aku anak-anak asrama punya karenah, punyalah berbaki 4 hari masa bertenang sebelum depa nak start masuk asrama,hari nak hantar depa balik, depa mai bagitahu aku kata selimut dan cadar yang depa buat balik tak basuh lagi. Mana tak berasap aku, bukan tanya sekali, tanya berkali-kali dah sebelum balik cuti kampung, balik ke rumah semula pun aku tanya, ada lagi ke yang nak basuh, hari sekian-sekian nak pergi asrama dah, alih-alih hari yang nak pergi hantar depa,pagi tu depa bagitahu. Uiiiiiiiiiii, kesabaran setinggi gunung mak hadap peel cemni, hnss hnsss hnsss. Tak lagi campur dah hantar anak-anak asrama, confirm takde apa-apa tertinggal ye?! Confirm takde! Konpidennya depa! sekali nak sampai rumah belakang seat, depa tinggal syiling nak guna telefon awam, aduiimakkkk, berasap lagi.
Tak campur lagi peel anak mak mertua, orang dah settle dobi, dia kerja fikir mana lagi nak pergi, nak tambah kerja dobi aku nih, sabarrr okay, hnss hnsss, baru nak bertenang duduk baring layan buku, kena kemas bagasi, lepas tu bebel aku beli buku tak baca, masa mana nak baca uiii, ya Allah tolongggg Nabilaaa!!. Begitulah kesabaran mak-mak diuji ye. Aku agak mak-mak lain pun sama aje. So bila orang sebut PBAKL dah habis, kecewa betul aku lah kenapa depa buat masa cuti sekolah semata, kenapa tak sambung lagi seminggu. Betul ekk depa pun sama naik tak kasi can kat mak-mak macam aku ni take a little time pi cuci mata kat buku, benci benor ekk depa kat mak-mak nak me time, wakaka. Nampak gaya aku kena cari port baru nak borong buku murah. Selagi takde orang kasi peluang aku habiskan baca buku yang dah aku beli, jadi kerja aku tambah buku, wakaka. Gitulah akibatnya.
Apapun alhamdulillah karenah dalam keluarga cemtulah. Harap anak-anak aku aku tak serik dapat mak pak cemni, and I love my child indeed walaupun selalu buat aku berasap, rumah in chaos. Ni abang-abang dah masuk asrama, satu bilik dah sunyi, bila semua pergi sekolah satu rumah sunyi, nasib tinggal yang bongsu boleh aku buat teman bergaduh ketawa, kihkih. Jadi mak-mak ni memang pelikkan, kadang kita complain, bukan tak suka, tapi sekadar meluah emosi, kadang kita mengeluh bukan tak bersyukur,tapi rasa lega dapat luah yang terpendam. Orang perempuan sometime complicated, sometime complicated complicated. Bagitahu salah, tak bagitahu salah. Luah salah, tak luah salah. Straightforward salah, kias pun salah. Entahlah. Nak orang faham, alangkan orang perempuan sendiri pun tak faham kaum sendiri, macam aku, aku pun tak faham diri sendiri, wakakka. Kadang boleh dibaca, kadang loading. Kadang boleh agak, kadang random tetiba. Letih mak. Apapun mood aku dah okay hari ni, sebab dapat dating dengan diri sendiri, mengopi, belek helaian tertangguh. Kadang kita tak minta banyak pun, hanya ruang untuk bersendiri. Mak dating diri sendiri, dalam rumah sendiri. Alhamdulillah masih happy dan kekal waras. Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Alhamdulillah maka selesailah hari ni percutian selama seminggu di kampung, pecah rekod juga untuk kami laki bini stay kat kampung lebih dari 5 hari. Sempena cuti sekolah dan raya haji, balik kampung kali ni lamalah sikit sebab kami ambil peluang buat family day, dan aku agak bukan family aku ja buat cemtu, orang lain pun sama sebab time ni ja anak-anak asrama kita cuti, mak pak pun cuti sama. Kira semua ambil peluang yang sama. Jadi jangan marah-marah semua tempat percutian kat Malaysia jem teruk terutamanya paling disebut-sebut Terengganu dan Cameron Highland, sesak teruk tak boleh nak describe. Apapun chill jelah, dah itu aja masa yang kita semua lapang, dan mampu untuk berkumpul bersama-sama kaum keluarga ye dak?
So ceritanya aku bertolak balik kampung ikut Lojing sebab 21Mei kalau tak silap depa announced jalan Lojing Cameron Highland dah dibuka secara rasmi, siap baiki dah yang runtuh teruk tu. Kami bertolak pagi, nak kata awal sangat tu taklah, dah pukul 7.30 pagi dah bertolak pun, matahari naik dah. Bertolak, bermusafir dihari Arafah, bekal doa pun banyak hari tu, insyallah makbul semua doanya, Amin yra. Jadi kami berhenti kat rnr simpang pulai sebelum bergerak naik ke Lojing. Masa tu highway pun tak banyak sangat keretanya, aku agak semua dah beransur-ansur balik sehari dua awal lagi dari kami tu yang jalan tak sesak. Alhamdulillah smooth perjalanan kami, laki aku sorang aje yang puasa hari tu, aku pepagi lagi taram 1liter air spritzer lupa puasa, dah alang-alang lupa sampai 1 liter aku telan, jadi aku tak teruskan puasa, hihuu. Singgah rnr pun aku breakfast siap-siap, sampai kat gua musang singgah makan ayam goreng buat alas sebelum teruskan perjalanan. Kali ni turn balik raya haji kat belah laki aje,lagipun anakanda yang ambil bahagian tahun ni.
Sampai rumah ma, aku macam biasa melepet macamkan aku yang drive, wakakka. Esoknya aku semua aku angkut solat sunat raya aidiladha, blessed. Nikmatnya ya Allah, aku rasa tahun ni aku first time pergi solat raya sepanjang kahwin dah beranak pinak, anak sudah besar panjang, baru aku berpeluang hadirkan diri kat masjid, anak bongsu aku pun dah cerdik tak tantrum tak tentu pasal dah, jadi tahun ni Allah kurnia nikmat dapat solat sunat aidiladha berjemaah kat masjid,sobs. Sebak sungguhlah. Pengorbanan mak-mak cemtulah, ikut hati tiap-tiap tahun nak join, tapi gitulah. Tahun ni aku skip menolong orang siang daging, masak, aku tunggu lauk masak,pastu pergi makan aje, ahhh heaven betul, menantu hantu beginilah peelnya, wakakka. Makan pulak yang hujung-hujung, jadi banyak lah dapat makan, termasuk bab perut air asam, tak semua berpeluang merasa,aku dapat rasa, hahaha, ni dikatakan rezeki.
Balik kekenyangan, bantai tidur. Perghh, mana tak tembun aku ni, cemni keje bila balik kampung. Malamnya kami makan apa adanya, saki baki lauk siangnya, lauk daging ni masa raya haji, masa raya pertama tu je boleh pulun makan, hari kedua kau nak jeling tengok pun rasa dah mual ye. Tu aku lah, kihkih. Jadi hari kedua siap makan pagi , kami dah bertolak ke Terengganu sebab family aku buat family day kat sana. Ahhh ye, kamilah antara 8billion manusia yang penuhkan Terengganu tu, hahaha. Takde tempat lain paling dekat sebab mak ayah aku yang berusia sekarang tak boleh lama sangat atas kereta. Jadi Terengganu best place untuk berkumpul. Family day kali ni kami make a time 3 hari dua malam, sebab dok mikir rushing, tak sempat nak menikmati, orang tua pun penat kalau masa pendek sangat.
Balik dari family day aku ambil peluang jumpa tukang urut betulkan urat-urat berselirat kat tubuh badan aku nih, mengurut kali ni sakit teruk masa urut, tapi leganya ya Allah lepas urut Allah ja tahu. Uii best uii dapat mengurut, ingat aku nak repeat lagi sekali sesi esoknya tapi ada plan lain, jadi kita forward di lain masa. Ya Allah moga aku dapat mengurut lagi, Amin. Best me time ever untuk aku. Dia punya lega tu tak payah cakap, esoknya aku dah terlompat-lompat kat dalam air pantai.
Bila balik kampung ni, memang tak puas ye, tapi itulah jauhnya tempat mencari rezeki, sampai masa kena berpisah juga tinggalkan mak ayah ma dengan anak-anak bongsu masing-masing. Banyaknya pahala adik-adik bongsu aku ni, tolong tengokkan mak ayah, sobs, duit pun tak mampu bayar keringat, tenaga, emosi yang mereka korbankan sepanjang dengan orang tua. Moga Allah luaskan rezeki dan kurniakan afiyah buat mereka semua. Mana tak sayang anak-anak bongsu ni, anak-anak buah pun sayang xan rapat, sebab paling rajin melayan mereka. Love you semua anak-anak bongsu sedunia. You're the best.
Balik kampung balik ikut Lojing, balik ke sarang pun ikut Lojing juga. Cuma balik kali ni aku dah bertolak hampir malam dah sampai ke simpang nak naik ke Lojing. Nak dijadikan ceritakan, sebelum naik tu tayar kereta macam tak best bunyi, kami berhenti kat masjid check tayar, then decide ke bengkel tayar untuk check sebelum teruskan perjalanan. Mana tak gelabah kami dah nak naik, hari makin gelap, takut apa-apa jadi, jalan kat atas sana jarang orang lalu, dan biasa orang tak berhenti tolong kalau apa-apa jadi. So better kami cek dulu, sampai kedai tayar, cek tayar semua okay. Staff kat bengkel semua dah berubah muka, bila kami kata nak balik Perak ikut Lojing, depa kata kena hati-hatilah, hari dah nak gelap, tapi tayar tu kami cek semua takde apa. Selamatlah belaka, kata mereka, riak muka depa risau dan hanya mampu doa jelah. Aku plak yang cuak, depa siap bagi kad, kot-kot lah kalau apa-apa tersadai tepi jalan takde sapa nak tolong. Imagine start dari tayar bergerak dari bengkel tu, aku dah start zikir, lepas tu teringat pula mereka kat bengkel tu doakan perjalanan kami selamat, sebak cuak, semua bercampur perjalanan balik kali ni.
Jalan atas lojing tu memang tak sesuai jalan malam-malam sebab banyak yang mendap, jalan beralun, berlubang, aku memang dah tawakkal dah, dah sampai pun sini, teruskan jelah perjalanan. Memang kereta pun tak banyak sangat sepanjang perjalanan until sampai kat jalan baru siap tu, kami lalu jalan dua line yang dijadikan satu line je, ada motor biru kapcai bonceng benda putih berikat kat hujung kepala, adeii terkejut aku tengok sebab clean and clear pemandangannya, aku diam je sampai laa aku tak cerita lagi kat laki aku apa aku nampak. Sampai kat masjid lojing, laki tanya nak solat kat sini ka? Aku cakap, ok ja mana-mana, laki aku bagitahu, kita solat kat stesen minyak lepas simpang naik Cameron Highland lah, situ takde sunyi sangat. Ok kan aje, sebab masa tu dah hampir pukul 9 malam. Kami sampai stesen minyak sempat kami pergi tandas, solat, beli minuman, stesen minyak dah off semua eletrik.
Nasib baik juga sempat, kami teruskan perjalanan turun ke simpang pulai, alhamdulillah jalan ni tak sunyi sangat sebab kereta berjujuk je sepanjang perjalanan turun tu. Kami sampai kat Gopeng hampir pukul 10lebih, singgah makan then teruskan perjalanan balik ke rumah. Cuti kali ni, walaupun banyak sangat aktiviti, edisi pergi situ sini, alhamdulillah Allah kurniakan tenaga buat kami untuk menyantuni orang tua sekali sekala. Rasa puas sebab boleh layan kehendak dan keinginan orang tua, even tak sebaik mereka buat untuk kita sepanjang besarkan kita, moga masa pendek yang terisi dapat ubati hati dan hari-hari mereka mendatang. Insyallah Amin yra.
Innalillah, semalam semua terkejut sebab mak saudara aku meninggal without any sign, just sakit dada lepas balik pasar, bawa pergi klinik, then terus ke hospital, ditidurkan dan petangnya dah takde, malamnya dah simpan, Allahuakbar. Macam percaya tak percaya secepat tu Allahu. Betullah ajal ni tak lambat dan cepat, sampai masa tanpa apa tanda, Allah ambil kembali pinjaman dunia. Aku sebagai anak saudara rasa macam percaya tak percaya, yang suami dan anak-anak lagilah. Moga Allah rahmati dan tempatkan mak ngah ku bersama para solehin, tak sangka juga pertemuan masa raya baru ni adalah pertemuan akhir kami semua, sobs. Dua adik ayah aku dah takde, sedih betul ayah aku, masa adik bongsu perempuan takde tak sempat juga tengok masa meninggal sebab PKP, ni adik yang duduk depan rumah meninggal tak sempat juga bertemu mata kali terakhir, terkilan tu tak payah cakap. Sedih tak tahu nak kata apa.
Sebelum bulan puasa baru ni itulah kali pertama aku visit kubur mak saudara aku, punyalah kekangan waktu atas dunia,tak tahu busy apa, jenguk pak saudara aku sekali, masuk aje rumah terus aura mak saudara menyapa, apa taknya semua tak berubah since mak saudara aku takde. Aku masuk aje kat dapur nak letak makanan aku bawa, terus datang terbayang-bayang kelibat mak saudara aku yang happy bila aku datang, sambil kalut kat dapur siapkan makanan nak jamu,terus merembes wehh airmata aku, enam tahun berlalu pun sedihnya ya rabbi, tak tahulah bagaimana pak saudara aku adapt rasa 'hilang' macam mana, sedihlah aku. Sampai kat kubur pun aku menangis lagi, rupanya aku ni ada peel delay grieving process.
Moga pak pak saudara aku tabah menghadapi kehilangan. Yelah macam hilang separuh diri kalau hilang partner ni sebab dah hidup bersama berpuluh tahun. Sama juga anak-anak yang kehilangan mak, tak sanggup nak bayangkan jika di tempat sama,sobs. Teringat masa abah takde, even ma tak tunjuk sangat, tapi kami semua tahu, alhamdulillah panggilan Haji kali kedua lepas setahun abah takde jadi pengubat lara ma. Aku ingat nak update bab jumpa pocong masa bercuti kat Gopeng haritu, terus hilang idea aku nak menaip datang emosi sedih cenggini. Apapun ghisau plak masa birthday kek session ritu, tengok gambar aku ada tang kabus kabur untuk some people dalam gambar, ghisau overthinking. Apapun moga umur yang ada ni Allah kurnia kesempatan untuk baiki diri kearah yang lebih baik,Amin. Insyallah.
Kena buat post raya, kalau dak tahun depan bergaduh lagi bab balik raya, buat-buat lupa turn belah mana. Bukan pasangan baru kahwin je suka bergaduh bab balik rumah siapa dulu, aku yang belas tahun kahwin pun 'this is a big issues' wakaka, selagi parents masih ada begitulah, so dua-dua masih ada kesayangan dan kecintaan, then that it's! Bergaduh selagi boleh, biar fair and square gituhhh. Tahun ni memang turn daku, jadi begitulah kalau ikutkan tahun lepas turn laki tapi sebabkan program rumah terbuka belah mentua buat hari Raya kedua dan cuti raya kali ni sangat pendek, jadi nak tak nak laki ku firm decide raya kat my parents first, aku ikut dan taat aje udah laki kata gitu. Alhamdulillah. Next year harap cuti panjang sikit so bab giliran takde dah yang kena take over. Kalau tak biasakan bab gilir- gilir dari awal kahwin dan tak suarakan your side opinion, sampai sudahlah dia pakai dia punya opinion aje. Ada orang boleh hadap, ada orang tak boleh, macam aku, sorrylah, aku pun ada mak ayah juga, ada feeling juga. Orang kata, alah raya hari ke berapa pun sama je. Sorry, untuk aku tak, first day raya tu big deals, hehee. Tapi aku takdelah keras mana, yang boleh consider ikut situasi, aku orait aje untuk beralah, win-win gituhh.
Bukan first raya tu, tapi malam sebelum 1 Syawal tu, feeling dia no one can describe, nostalgia feeling and memories from past to present kasi big impact feel at that night. Dia macam at one time semua memories sepanjang umur dari dulu sampai sekarang di playlistkan sepanjang malam tu sebelum 1 Syawal bermula. Aarghhh nak bagitahu pun payah, yang faham tu fahamlah ekkk. Sebab tu aku tak boleh buat main bab turn raya ni. Parents tu dah satu hal sebab tu main character, my emotion and feeling indeed far more important. Kalau ikutkan daku aje beraya kat kampung tahun ni, sebab my sisters semua berkampung kat Melaka sebab turn sana, sekali plot twist kakak sulung aku kena balik raya pantai timur dulu asbab yang tak dapat dielakkan berkaitan akiviti kerja, maka apalagi lompat bintanglah aku, tukang masak balik, kalau dak double triple aku letih tahun ni kena jadi chef dua-dua rumah,kihkih. Tu pun nasib baik aku buat side menu aje, pun okay sangat dah. Jadi co chef buat-buat sibuk kat rumah mak ayah pun dah okey bila tukang masak balik,kihkih.
Bab memasak ni pun bukan rigid nak buat makan raya jamu srkampung, sekadar jamu siapa yang datang itulah yang ada, habis habislah,kikii. Biasa malam last tu memang berbuka dengan menu untuk pagi raya dah, sejak kami adik beradik makin berpengalaman ni, susun masa is the best thing supaya malam raya kami tak tidur lewat, penat mak okeii. Tidur lewat memang big no dah di usia ni, jadi kami memang hari last tu dari pagi lagi dah settle bahan masak dekat petang semua dah beres untuk menu, pes siap-siap, takde dah episod tak cukup tidur, lenguh tapak kaki, pagi raya memang santai relax aje bangun pagi, takde episod huru hara, siap-siap makan sebelum pergi masjid solat raya. Yang penting bab masak menu raya memang favorite, even letih entah kenapa ianya sangat bermakna di hati seorang yang bergelar 'mak' macam aku ni. Aku salute betul nah tengok yang single even mak-mak masak memasak dihari raya pakej pakai baju raya, perghhh queens betul wehhh. Perghhh tak abis lagi punya kagum aku ni kalau mai terlintas video cemtu, perghhh.
Kali ni bab baju raya alhamdulillah semua dipakai, puas hati takde yang tertangguh nak dipakai, means takde pembaziranlah beli buat tukun kat rail wardrobe. Rasa sekejap aje semua masa berlalu ekk, tahu-tahu Syawal pun dah nak gone. Sedih. Hati aku belum terubat lagi dengan kepergian bulan Ramadhan, Syawal pun cemtu juga. Benda kait dengan masa cemtu lah, takde rewind, sobs. Kisah langit ketika perjalanan musafir situ sini pun aku tak sempat lagi nak cerita ceriti. Like how? Rasa macam banyak masa sehari-hari, tak sempat juga nak mengadap belog sendiri meluah apa kat hati. Sobs.
Apapun raya kali ni even pendek, entahlah aku rasa tiap kali raya aku cakap masa kejap je, cuti sekejap, aku mengerti, dalam kita berjumpa dan menyirna kembali silaturahim yang sepi disebabkan kesibukan urusan kehidupan masing-masing, masing-masing tetap sama tapi dengan version yang lebih baik mengikut pertambahan umur,pengalaman kehidupan, masyaallah Tabarakallah. I'm so happy for everyone, moga Allah menambah kurnia dan rahmat dalam kehidupan kita semua selagi hayat ada, Amin yra. Raya memang bukan makan-makan, makan as main props aje, kan? So punya sibuk aku, menu aku masak tika raya pun tak sempat snap, behind the scene kali ni pun takde banyak ku sempat shot. Ni payah kalau semua benda nak buat, next year kena lantik anak-anak dah jadi cameraman aku. Biar nampak buat kerja sikit,wakakka.
Orang yg pejam mata terus tidur tu, you're having a good life. Betul tu. Aku masih ingat, cerita dari tuan badan sendiri, bagaimana hidupnya berubah dari dok puncak, jatuh bedebuk, lepas tu naik kat puncak balik in different ways. Aku pun tak tahu kenapa dalam banyak-banyak orang datang tempat tu dia pilih untuk bercerita kat kami suami isteri. Kerjanya dulu terlibat dengan saham, connection pula bukan kaleng-kaleng, semua title best, dan connect dengan different professional. Memang kalau cerita bab dapat duit tu sekali masuk lebih dari puluh ribu. Komisyen juling biji mata. Gituhh. Tapi asbab PKP, semua gone, banyak saham drop, komisyen dia yang sebanyak-banyak jadi takde apa tinggal dah. Hutang tak settle lagi, dia kata sifir duit ni biasa lagi tinggi hasil dapat lagi besar keraknya, begitulah dia pun.
Balik ke tempat tinggal asal, tak tahu nak buat apa, minta jadi cleaner tandas awam dekat rumah. Ada satu hari tu anaknya nak main basikal tapi basikal dah rosak, dia baru perasan punya lama tak ambil cakna, tak sesuai dah dengan saiz anaknya, basikal baru pun tak terganti-ganti, nak buang sayang, jadi dia baiki sikit letak basikal anaknya yang rosak tu dekat depan tandas awam. Sekali basikal yang dia letak depan tandas awam, orang datang dekat taman awam, minta nak sewa untuk main. Mula-mula memang dia tak nak ambil duit tapi orang yang nak guna tu paksa ambil, jadi dia ambillah, Rm3. Bertitik tolak dari situ orang sekeliling perasan, mereka ada basikal lama yang tak nak guna, depa hantar kat dia dan letak kat depan Tandas awam kat Taman Awam. Dari 3 buah basikal jadi berpuluh basikal.
Kebetulan majlis cari kontrak baru untuk handle urusan kebersihan tandas awam, jadi dia try apply, sekali dapat. Pendapatan dari orang awam yang datang sewa basikal tu dia buat modal untuk beli scooter/motor & so on. Dia pun macam tak percaya dari modal free(basikal terbuang) dia dapat buat bisnes lain. Lani dia kata dia rasa dia orang paling bertuah sebab pejam mata boleh tidur terus. Sebab apa? Takdak hutang. Hari-hari fikir untuk penuhi keperluan harian je, masuk waktu pergi solat. Dia kata lagi, orang tenang ni orang takde hutang, boleh tidur tak fikir apa.
Dulu, masa ada hutang letak tangan atas dahi, tak lelap-lelap. Lani, balik solat isyak, tutup lampu terus tidur. Tidur pun senang hati, bangun pun senang hati. Perghh, goosebumps betullah dengar cerita cemni. Dia pesan kat laki aku, umur cemni tak payah dah tambah hutang, tak berbaloi. Lepas tu banyak lagi lah pesanannya. Insyallah begitulah pun yang kami tengah buat ni. Tak mudah tapi itulah bila tak ikut standard kehidupan majoriti orang buat ni banyak mulut bunyi. Jadi pekakkan telinga bisukan mulut ajelah. Tahan hati.
Tak semewah, sesenang macam standard orang pandang tapi dah cukup mewah aku rasa untuk kami marhaen ni. Betullah bab kekayaan ni sebenarnya datang dari hati kita sendiri. Fitrah kita manusia suka nak fokus, pandang apa yang kita takde, betul tak?Tu yang terlupa dengan apa yang kita ada, dalam masa yang sama kita tak sedar orang lain pun dok tenung, idamkan apa yang kita ada.
Terus mai teringat ada satu video pendek 2 orang budak duduk satu bangku, yang sorang ni maybe orang susah sebab baju comot, kasut koyak, tapak dah nak tercabut. Dia tenung je budak lelaki sebayanya yang duduk hujung bangku yang sama, pakaian smart, baju bergaya, kasut pun boleh tahan, dan mereka mereka bertemu pandangan. Budak yang kasut koyak berdoa supaya dia dapat apa yang budak lelaki tu ada, dan 'tink' betul-betul berkelip sekali tu dia dah jadi budak yang dia impikan, sekali dia tenung dirinya yang 'dah bertukar' bangun dengan penuh happy berjalan dan berlari mengelilingi pokok, dia nak bangun join sekali tak dapat bergerak. Sekali plot twist, 'maknya' datang dengan wheelchair datang ambilnya kat bangku. Rupanya budak yang diidamkan tu, tak boleh berjalan kaki. Kaki tak function. Menangis tak berlagu.
Begitulah plot twist kehidupan. Kita kadang asyik pandang keindahan orang dalam tak sedar kesusahan kita pun jadi impian orang lain untuk dirasai. Sebab kita manusia pandang surface aje, behind the scene kita tak tahu apa ceritanya. Jadi begitulah, purpose of life kita sebenarnya dah kita nikmati pun, tapi fokus, distraction banyak sangat sampai lupa berpijak kat bumi nyata. Aku suka keep repeat cerita macam supaya kita banyak peringatkan diri, mudah lupa, terbuai dengan apa yang kita pandang kan, setiap hari, setiap masa pula tu, kan? Kita lupa kita ni dah 'kaya'.
Semalam aku keluar satu family, perati sekeliling, rupanya memang rumah aku dah dikelilingi gunung ganang, pergilah belah mana pun nampak gunung pelbagai sudut. Yang aku dok puji gunung situ sini cantik, rupanya gunung ganang keliling rumah aku pun dah cukup cantik, terpegun dah bila tengok, tapi itulah, tak tenung lama-lama, sekarang asal balik ambil anak balik sekolah, turun simpang rumah aku nampak view gunung perati teliti, Subhanallah lucky me. Alhamdulillah lani Allah kasi pejam mata terus tidur sebab takde anak kecil dah nak berjaga-jaga, itu pun mungkin doa yang pernah aku langitkan ketika aku lelah. Lebih dari 10 tahun kebiasaan rutin tidur aku chaos, sekarang dalam fasa adjust timing tidur lebih teratur, tak mudah tapi itulah. Sebagaimana dapat tidur lebih elok, kena membiasakan diri dua orang anak berkurang kat rumah. Hidup begitulah datangnya berpasang-pasangan dan bertumbuh last-last kita sorang sorang dengan amalan je.
Terkejut mak masuk blog sendiri post last 26 hari yang lalu, haritu merentan-rentan belaka januari tak habis-habis aku baca kat @ tu, sekali dengan aku pun terkejut tengok tarikh hari ni dah hampir penghujung February, Ya Rabbi. Macam sekelip mata plak dah, satu post bulan ni tak dan menaip nohh, aku sibuk panjat gunung sana sini, tahu tahu dah hampir seminggu dah masuk Ramadhan. Lagi haru dah terjebak dengan kak Jamilah, tersengih aku tengok orang baya aku bercinta ni ye, betullah real gentleman, straightforward, clean and clear go to direction ikut yang dihati ja tahu, apapun aku doakan the best, insyallah Amin. Cemtu je nak tahu betul ke tak orang tu gentleman ke dak, memang takde kias-kias ye, takde buat masing-masing tertanya, main tarik tali, tu yang teringat-ingat nostalgia sendiri bila tengok orang bercinta ni. Haishhhh.
So alhamdulillah Ramadhan ni I feel so excited sebab dapat berpuasa tanpa beban hutang dengan DIA dah, masyaallah Tabarakallah, setelah sekian lama menanggung beban yang tak mampu dicoretkan, mak-mak yang dah lalui aje tahu dan rasa apa yang dilalui. May Allah blessed. Moga Ramdhan tahun ni Allah kurnia masa lapang untuk tambah segala amalan Ibadah yang berkali ganda ganjarannya. Orang kata trend Pre-dead, betullah tu patut yang ni termasuk in list to do, supaya takde istilah sunyi dah kat next journey. Kena hamak ye kita semua bulan ni,pulunsss.
Apapun bab cerita baju raya sebab semua mabuk baju raya, alhamdulillah aku berjaya tahan diri dari membeli berkain-kain baju raya, habis duit untuk satu pasang aje yang mahal nak mati, tu pun ada juga rasa menyesal, huwaaa tapi benda dah sampai, harap aku melaram dengan hati tenang. Baju Fomo tahun ni aku takdan sambar, tapi tetap boleh pakai sebab mak mertua aku in fazlane dulu sambar untuk anak, menantu cucu-cucu in the house, wakakka. Takkan tidak eh.
Apapun best thing tahun ni even sibuk dengan anak-anak asrama, sempatkan juga balik berbuka first Ramadhan rumah parents, sobs ,moga tahun-tahun mendatang pun Allah kasi lagi peluang macam ni, tengok mak ayah ma makin menua ni sedih tau, lagi-lagi nak melayan kehendak mereka nak jugak masak untuk anak-anak cucu yang balik, masak dengan air tangan sendiri even takde tenaga mana dah macam dulu-dulu. Even tak boleh ulang dah moment havoc macam dulukala, aku doa anak-anak aku happy meraikan puasa, raya dan dapat feel yang sama macam aku dulu masa raya even zaman dah berbeza (zaman atuk nenek, makpak saudara, sepupu sepapat distract by phone).
Beza banyak sebab gen aku dulu membesar mak pak duduk sekitar,dekat je rumah masing-masing dengan orang tua sendiri, sekarang ramai anak-anak muda, anak perantau berhijrah cari rezeki luar dari tempat lahir, big different indeed, sebab tu takde mana dah moment meriah macam dulukala anak-anak sebaya diorang pergi masjid solat terawih sama-sama, jalan, lorong setiap kampung meriah sebab kebanyakannya berjalan kaki je pergi masjid surau, balik terawih ada pakcik-pakcik jual colek buah, lokceng ikan atas motor memalam buta pun, siap sempat main version malam pulak lepas balik solat terawih. Even malam Ramadhan dah meriah sangat, jadi another night to another night semua makin excited sebab makin dah dekat nak raya. Yang pernah merasa tahu lah camne feeling aku describe ni.
Macam biasa terawih tahun ni, teruskan aja tradisi solat kat rumah aje, sebab nak jaga hati sendiri dari aku geram tengok saf orang perempuan, dari dulukala sampai laaa, tak banyak yang berubah, jadi aku settle diri sendiri aje, benda takleh kawal orang lain, nak penuhkan saf pun payah benorr, ajeeenyaaaa. So kita tenang-tenang aje merumahhhh, kihkih. Tahun ni aku still decide tak nak pergi Bazar Ramadhan atas sebab sama juga, rasa nak makan apa-apa usaha jelah buat sendiri dari aku dok komplen ,termaki orang yang ambil kesempatan di bazar Ramadhan dengan menjadi scammer masakan Bazar Ramadhan. Paling safe gituhhhh. Selamat menjalani ibadah puasa semua, best effort semua tahun ni ye buat pahala, janjihh.
Aku baru menanam azam tahun ni raya tak nak beli baju beria asbab tahun tahun lepas baju raya terlebih,dua tahun berturut takdan nak pakai sampai kena forward ke raya haji, dan semua baju-baju tu dah aku letak kat satu tempat lain supaya orang lain pula dapat guna. Pun sebabnya kalau simpan peram,memang aku tak pakai. Sudahnya berjujuk keluar edisi baju raya buat hati aku goyah tak keruan.
Cenggitu je tipudaya dunia ni ek, baju perhiasan pun aku kelabu mata, pening dah tengok rasa menyesal order shopee awal-awal konon grab baju jimat cermat, yelah pakai sekali aje pun, tapi mai datang menyesal pun ada. Order awal-awal pun,murah pun, tu kan raya, ahh mai dah setan nafsu aku nyucuk nak suruh pakai biar raya sakan. Jadi perempuan cemnilah, ada masa rasa macam okay ajelah pakai yang murah, simple, pakai time tu aje pun. Ada masa mai plak fikir dah alang-alang nak beli biar berbaloi puas hati.
Nasib baik aku teringat balik ayat keramat, kau kalu dah gemuk, baju raya renda kerawang satu kilometer pun, tetaplah huduh. Allah, nasib baik sedar diri, terus pi pusing depan cermin besar 360 darjah and back to reality, hahahaha. Cemtu je nak keluar dari mimpi-mimpi indah ye. Adoilah payah betul orang perempuan ni,dia punya nafsu nak perabis duit tu macam-macam cara. Tak beli teringat-ingat, dah beli puas hati sekejap pasti menyesal.
Tapi tang baju anak-anak aku tak menyesal ye beli time clearance, belas belas ringgit sepasang sebab terbukti memang depa sekejap je membesar, baju memang tak boleh pakai lama, paling lama pun 4bulan, lepas tu saiz dah berubah. Kita hari-hari mengadap anak memang tak nampak beza sangat, tapi kalau tengok dalam gambar, every month depa ada perubahan, percayalah, sebab tu kome mak-mak rajinkan ambil gambar anak, nak suruh kita tatap, tengok, depa sekejap aje membesar.
Apapun baju raya tahun ni benar-benar menggamit nostalgia, sebab zaman aku membesar memang cemtulah corak bunga baju-bajunya wehh, dengan kerawang, renda, fashion ni memang dok main cycle gitulah, kita ni perasan dengan tidak je. Ada sebijik baju raya tahun ni, aku buat pergi prep petang-petang masa sekolah menengah tahun awal 2000 dulukala, haishh album semua kat kampung, kalau tak dah boleh letak bukti fashion dulu-dulu pun kenmain juga ye.
Sekarang timbul balik, itu yang goyah menekan-nekan rasa jari ni nak klik cart situ sini, tapi checkoutnya tidak ye,wakakka. Ingat Atikah kau masih teroverr comellss, overweight dan jarum timbang terlebih, jangan tertipu dengan kecantikan baju, menipu je semua tu!!perghh lega boleh smash diri sendiri, dari habis beli baju simpan duit pergi Langkawi lagi berbaloi. Benda boleh buat dua-dua kenapa nak pilih satu, ahhh macam tu depa dok bergaduh dalam diri sendiri, dah!!! Ligat betul otak aku tengah cari idea macam mana "tahu-tahu terbeli", baik aku masuk kebun dulu sentuh taik-taik cacing biar behave sikit peel ni ye. Bye.
Gelak-gelak juga ye, aku kalau masuk threads memang buat stok mengekek,ketawa, kelakar boleh tahan, sabor jelah. Kenapa ramai cakap threads toxic ye, kalau banding dengan rumah biru tu sampai la aku tak menyesal tutup permanently,wakakka. Baru sedap dok mengekek lalu post pasal puasa ganti, terus haruu, huru hara rasa hati, adoii, perjuangan puasa ganti ni tak mudah ye. Aku ni beranak 6orang anak, 2 orang je selamat tak usik bulan puasa, yang bakinya, Allah, Allah je lah tahu apa hikmah aku kena lalui semua ni.
Alhamdulillah dua last bongsu ni 65hari kena ganti, punya banyak bertangguh, alhamdulillah tinggal 6hari aje nak selesaikan hutang dengan Allah, harap panjang umurlah nak menghabiskan 6 hari lagi baki tertinggal, seksa nohh puasa sorang-sorang, lani takde alasan dah anak menyusu ke apa, nak tak nak kena ganti. Lagi beberapa hari nak masuk Ramadhan,moh lerrr kita pulun, kata nak slim masa raya,adeii,macam jauhhh sangat nak kejar.
Terkesan betul dengan ayat, ko cariklah baju raya cantik mana pun, kalau ko gemuk, auto ko nampak huduh, nampak berisi pakai baju raya, ambiklah gambar sisi mana pun. Cuba kau kurus, pakai baju kurung Kedah edisi vintage zaman mak-mak kau, terus kau nampak anggun meletup. Ewahh, meletup juga hati aku baca, tersentap,untuk hari ni lah, harap-harap time aku lupa, datang mai ayat ni dalam kepala otak aku yang kadang kalah dengan nafsu makan lagi-lagi dengan nasi berlauk malam.
Umur menua ni aku dah hilang fokus nak nampak cun pakai baju(macam cliche plak)huuhh, tapi betullah lani fokus sihat aje, aku ghisau dengan rupa petite ni mendapat pulak penyakit lain, cukuplah hal kolestrol tinggi buat aku tak keruan. Even tak strict sangat jaga makanan, alhamdulillah dari bacaan 6.8 dah turun ke 5.1, ada juga progress. Korang yang kurus tu jangan selesa sangat tau, sekali check haa, boleh luruh jantung tengok bacaan kolestrol tinggi nau.
Lani fokus bergerak aje, dapat pusing meja makan dalam rumah pun jadi lah, payah betul aku nak jalan-jalan kat luar, group anjing liar satu hal, malas nak bersiap satu hal lain. Kangg ada juga alasan tu. Udah kita optimumkan apa yang depan mata ajelah. Alhamdulillah rajin betul aku menulis tahun ni, baru ingat tulisan kat buku aku dulukala antara tulisan doktor tapi cantik, hahahha. Kat belog doalah ada angin dari Harbin ke apa tiup kasi semangat aku menaip kat sini plak, buku rutin aku dah penuh dan sentiasa update, pun small achievement dah untuk aku sampai ke hari ni. Moh kita...
Cepat masa berlalu ye, tahu-tahu dah nak simpul segala cerita 2025, even akhir tahun cuti lama, tetaplah tak boleh dah stay lama-lama kat kampung sebab laki suruh balik dok rumah aje, tak larat nak ulang alik ambik kat kampung macam dulukala, bukti tenaga pun turut menua seiring waktu. Sebelum tarikh dan tahun bertukar, aku nak buat recap moments untuk diri aku sendiri, supaya aku sentiasa bersyukur, supaya aku sedar diri, supaya aku mengingatkan diri sendiri, supaya aku tak menekan-nekan diri sendiri, and remind myself I just do very good thing in my own way, and that enough. Masyaallah Tabarakallah nikmat apa lagi yang diragukan, thank you for this nikmat, masih punya nafas dan kehidupan hingga saat ini. Aku lebih dari cukup dengan apa yang dimiliki, even susah, even payah, tetap Allah mudahkan segala urusan, ujian bukti Allah cintakan HambaNYA. Alhamdulillah.
Tu aku tulis semalam, takdan habis taip, laki wasap suruh kemas beg, aku lahh.. jadinya masa ni baru sempat sambung taip sempena hari pertama tahun baru 2026, baru aje fikir nak bergolek-golek kat rumah menghabiskan masa seharian, alih-alih diajak bercuti ke percutian paling lama (lame joke, pergi bercuti hari ni,balik tahun depan), pun layan. Alang-alang sebut pasal bercuti, travel, aku dapat inspirasi sempena tahun baru asbab ramai yang share hujung tahun ni pergi main salji kat overseas. Ni best thing, sebab aku dah lama block dalam mindset aku, aku tak nak, takde keinginan nak pergi tempat sejuk sebab aku jenis tak tahan sejuk. Naik Cameron Highlands dengan suhu 15-16°C pun aku dah gigil teruk, baju dan berlapis dah. Aku rasa aku tak boleh, mungkin ni salah satu asbab tak terbukak jalan nak sampai ke seberang benua lain, kahhh konpiden aje ye. So aku buang blockage yang satu ni dengan harapan ada rezekilah sentuh salji nanti ye,Amin. View alam yang cantik bersalji punya pasal, I need to see in real. Comeii do'oh, jadi kena pi tengok dengan mata kepala sendiri dan rasa. Even tahun ni tak pecah rekod sampai 50tempat, alhamdulillah almost tempat aku dapat sampai. Apapun dah listed 16 tempat walaupun duitnya nan hado, licins sempena anak-anak sekolah, rezeki depa lah. Moga Allah gantikan yang lebih baik apa yang dah terkorban.
Of course dalam banyak senarai, tentunya bab diri, perbaiki diri ni antara priority sebab masuk umur reset ni, jalan menuju yang Satu dah, jadi kena banyak effort ke arah DIA lah. Perjalanan aku dari Kota Madinah ke Makkah sangat banyak kesan kat aku, sampai laa aku menangis tengok video perjalananan tu, sedih aku tak boleh nak ungkap. Betullah korang,kalau korang nak buat pi umrah banyak pesanan dan tips aku nak share,tahun ni mohon aku share cerita pasal umrah aje ye banyak-banyak, sebab perjalanan ni ubah betul-betul pandangan mata hati aku kat dunia fana ni dan juga cara aku fikir tentang hati seorang manusia. Tapi yang penting korang buatlah checklist routine, atau habit tracker ni, sangat bantu kita nak ubah cara kita jalani sehari-hari. Aku rasa dah banyak tulis pasal tu. Buatlah sempena tahun baru ni, jadikan menulis ni habit. Buat journaling ke apa. Tambah baik rutin lagi-lagi bab dekatkan diri dengan DIA.
Kalau fikir bab duit, sungguh aku takdak duit weh, suruh tulis pencapaian bab yang melibatkan kewangan ni memang sedih bonar lah, tapi kalau tulis bab lain, insyallah tak tersenarai nikmat Allah kurnia sehingga saat ni, panjang berjela nikmatnya, masyaallah Tabarakallah. Eh boleh berjalan pergi sana sini tu, banyak duit' lah tu!Amin moga Allah makbulkan fitnah yang satu ni,wakakka. Korang tahu dan mungkin dah baca bab berjalan-jalan makan angin ni, aku dah pernah share bagaimana nak rasa semua ni, rasa memang tak masuk akal, tak lojik, tapi korang praktis lah buat, nampak simple tapi impact berat sangat, indah sangat, sebab ni pun cara kita bersihkan hati, zaman la memang kita tak boleh elak tengok kehidupan orang lain kat media sosial ni, that's how you see in different way, korang mesti pernah baca pasal doa kan?Kalau kita doakan orang, malaikat doakan kita sama dengan apa yang kita doakan kat orang tu, simple tapi tak semua orang nak buat, mampu buat. Belajar buat yang ni dulu. Okey. Bila tengok orang dapat nikmat, doakan, didik hati jangan iri hati. Sekali lagi ku ingatkan cuba buat, nampak simple, tapi TAK SEMUA ORANG NAK BUAT. Ni macam contoh cikgu dok ingatkan masa kita sekolah dulu, kalau nak faham, kena tulis, kalau nak ingat kena tulis tapi berapa ramai aje tulis, salin apa cikgu cakap.
Antara progress kecil tapi besar buat aku, boleh turun berat 'sikit' dan belajar formula tak menekan-nekan dan stress bila dalam fasa dapatkan berat badan ideal. Dalam banyak journey aku rasa journey yang satu ni paling lonely dan struggle, itu akulah ekk. Nak turunkan berat badan pun stress, kartisol naik, memang tak best la jadinya. Ramai yang share turun berat badan, cakap benda sama, tak nak share formula sebab semua dah tau, yang semua tak nak buat adalah TINDAKAN, betul dak? So mohlerr kita yang belum bertindak, dok stagnant situ, buka langkah kecil 'buat' dulu. Alhamdulillah aku dah mulakan langkah tu, dan cuba konsisten untuk tahun baru ni juga.
Tengok video Khairul Amin share perjalanannya sepanjang 2025, aku termalu sendiri, sangat padat sendat jadual seorang Khairul Amin ye, and my focus 'keluar dari comfort zone' give me goosebumps, aku rasa kena buat big deals dengan diri sendiri untuk lalui part yang satu yang paling aku takut nak buat, nak start, lebih dari 10,000 alasan, sebab the FEAR soooo big dan aku takut aku fail teruk, tapi bila Khairul Amin cakap tu part of dia belajar, aku menangis. Orang kata umur 39A really big reset, restart of your life. Dan aku rasa kena buat,paksa belajar buat. Korang tolong doa even aku tak bagitahu apa dia yang aku nak buat, doa jelah aku boleh buat ye.
So kesimpulannya aku untuk tahun 2025 aku sangat berterima kasih kerana Allah tegur aku dengan pelbagai cara untuk kembali ke 'pangkuan'NYA, tiada yang lebih indah dari semua perkara, sebab hidup ni kita nak tenang-tenang even beribu ujian mendatang, Allah sedarkan juga disetiap ujian hidup, Allah sentiasa bersama dan tak pernah tinggalkan aku keseorangan. Moga baik-baik juga untuk semua untuk tahun ini, tak makin mudah sebab semua perkara pasti ada cabarannya, tapi yakin sentiasa Allah ada. Alhamdulillah. Owhh, pesanan aku untuk yang terlibat dengan media sosial, bukan influencer atau content creator, sebagai pengguna terutamanya seperti aku, jangan biarkan media sosial dictate dan validate your life. Hidup kita ni memang baik-baik saja, until kita mula banding situ sini. The grass is greener where you water it. So live your life to the fullest. Yang penting tahun ni aku nak lagi banyak menulis, daaa.
"Mama Babi!” Naik darah tetiba bila tengok cermin belakang kereta tertulis kalimah sebegitu.
Mengingatkan hari yang sangat meletihkan, Haniy mengamuk tak sudah, makanan di minta masak, tapi tak makan, dua biji gelas pecah, I just cannot #+$+#&#-;". Overwhelmed. Ku terdiam tengok tulisan kat cermin kereta yang berdebu, tak tahu bila tulisan ada, tapi kereta tu pusing banyak tempat, tak tahu dah berapa ramai baca sumpahan dari anak. Nak di ikutkan baran di hati, penat fizikal, mahu ku tempik tanya siapa yang tulis, yang ku tahu dua orang ja yang pandai menulis masa tu. Ku tahan perasaan.
Menahan perasaan marah sendiri. Sebelum masuk rumah Ku panggil semua mengadap tulisan tu dan baca, "mama babi”. Siapa tulis? Nada suara ku kawal sehabis tenang. Semua angkat bahu,menjawab tak mengaku. Tapi air muka yang berubah right after the question bergema, jadi Ku dah boleh agak siapa, dan tulisan cantik tu ku cam siapa. Then ku jawab sambil senyum " Ok then, tak nak mengaku takpe, jom semua masuk rumah".
After some time semua dah makan, mandi, solat maghrib, ku cakap semua tunggu, bersila buat bulatan, mama nak cakap sesuatu. Actually sebelum deep talk tu berlaku, ku dah WhatsApp semua kejadian kat semua kat suami, how i feel, how i want respond, tapi biasalah lakiku, sentiasa kasi ku banyak berfikir rational sebelum merentan, so lepas semua dah tenangkan diri ku mulakan kata, "sebenarnya, mama dah tahu siapa yang tulis kat cermin kereta tu cemtu, dari semua yang respond terkejut dan tanya, siapa? Siapa mama? Ku jawab, " Mama tak nak bagitahu siapa, tapi yang pasti yang tulis tu dia tahu dia yang buat tu! Dia nak mengaku atau tak biarlah, tapi mama nak yang buat tu tahu mama tahu. Mama tak marah, kalau mengaku pun, cuma mama nak tahu mama ni mama yang tak baik ke untuk anak-anak mama?
Semua terdiam, mesti semua tak sukakan waktu mama marah-marah, tinggi-tinggi suara. Mama minta maaf, mama tahu mama bukan mama yang baik, mama banyak kelemahan, tapi mama pun kadang letih bagitahu benda sama. Mama minta maaf, mama cuba buat terbaik, tapi itulah ada masa mama terlepas sisi buruk mama. Yang buruk-buruk tak payahlah tiru mama, ambil yang sisi mama baik-baik je buat ikutan. Aku dah tak ingat apa dialog seterusnya tapi semua nangis dan datang peluk aku terutama yang tulis benda yang aku tak sangka. Our response pun penting, kadang baran tu memang takleh tahan, tapi belajar menahan amarah satu kejayaan besar buat mak-mak tambah kalau ajar anak matematik. Aku lagilah bukan takat ajar depa matematik boleh bertukar jadi gorgon, time depa bergaduh, main sampai happy terlajak sampai menangis bergaduh, berebut nak attention, memang aku hilang rational, biasa tertinggi tu wajiblah. Itu cerita 8tahun dulu pasal babi,kihkih.
Tertengok satu video seorang anak perempuan bertanya maknya, apa keiginan yang paling dia nak sekarang?Mak dia adalah dalam umur 50an macam tu, then mak dia jawab dengan hidup yang stabil sekarang, emosi yang waras, rutin yang dah teratur, dia harap dan teringin sekali memangku anaknya sekarang tu yang bertanya tu dalam keadaan masih kecil, she just missed the moment, dia nak layan anak kecil dia tapi waktu tu dia mengejar banyak komitmen untuk besarkan anak, jadi dia tak berapa menikmati waktu dan saat tu, banyak marah anak, banyak stress, banyak emosi terluka masa layan anak-anak, she want that moment back.
Aduiii, merembes, jiwa mak-mak ni, tersentuh. Thats why banyak atuk nenek sayang cucu mereka, kebanyakan kalau boleh rewind balik semua nak moment tu, tapi apakan daya masa ni takde reversed back, dia berlalu pergi macam tu je,sobs! Bukan mak kerjaya je, mak surirumah pun rasa cemtu, we can't get enough with that moment yang sekejap, tak boleh reverse dah. Kalau buat timelapse timing depa membesar, berubah sehari-hari memang sekejap je benarnya.
Teringat pertanyaan bertahun-tahun lalu,
Pertanyaan naif lagi suci dari anakanda Haddad lepas balik sekolah.
H:Mama, barbie tu anjing ke?
M:(pause sekejap, i think he want to ask babi, but jadi barbie). Anjing tu anjingla, barbie tu barbiela.
H:oo, barbie makan tahi ke mama?
M: (mama tahan gelak) ye, kenapa?
H:barbi kotor kan mama? Haram kan? Kenapa panggil barbie mama?
Harraz menyampuk,
"barbie tu khinzirlah, tapi panggil khinzir, sopan sikit bunyinya kan mama?",
M:iyyee, bukan barbie, tapi babi namanya, bila sebut macam tu sedap ke bunyinya?
H:burukla mama, panggil khinzir lah. Tapi cikgu sebut babi mama.
M: cikgu nak suruh Haddad tahulah tu, nama khinzir yang lain.
Punya ooo panjang dedua. Kesian patung barbie disamakan dengan babi oleh anakku. Lagi sadis masuk umur 6 tahun baru tahu perkataan babi, sebab kenalkan diorang dengan nama khinzir, wakaka. Bila masuk darjah satu Harraz dengar perkataan babi dari kawan-kawan yang bercakap macam zikir, aku tahan sabar jelah. Dari elok anak tak pernah guna ayat tu, jadi menggunakan perkataan bila tak puashati.
Silap daku tak straightforward cakap babi tu babi, memang nama dia babi. Kenapa babi, dah itu namanya Allah kasi, kena terima sama juga haramnya, Allah kata Haram, haramlah. Itulah taat. When Allah say it's Haram, your opinion doesn't matter dah. Lani kena perkenalkan babi another version pulak.
Carutan babi atau carutan selainnya memang macam zikir dah terutama budak sekolah, suka agaknya eh dengan benda haram. Entahlah labuu. Begitulah dunia, nak protect anak dari benda tak sopan payah, rumit, tapi as long kita tak pernah tunjuk contoh teladan dan sentiasa ingatkan depa, tegur depa directly, it's not okay untuk masukkan dalam percakapan macam tu harian, apatah lagi bahasakan untuk orang, then moga jadi reminderlah sampai depa betul-betul matang. Biarlah kawan-kawan nak bercakap macam tu, nasihat, kalau tak boleh nasihat, biar jelah. Yang penting kita jangan terikut-ikut. Baru topik babi. Haishh.
So bila orang tegur, bestnya akak tenang je anak ramai pun, aku senyum, pahit kelat masam Allah ja tahu, the surface tenang rupanya nampak ekk, the chaos Allah je nampak. Betullah perjalanan membesarkan anak-anak ni satu pelajaran, ibarat buat satu buku, tak tahu endingnya macam mana, juga cerminan untuk diri kita juga bagaimana kita ni didik anak, hasil serah kat Allah ja la, yang penting usaha untuk didik anak tu berterusan. Terbaru first time aku lepak kat pantai, budak-budak lalu depan anak-anak aku termasuk aku sendiri yang tengah main pasir, depa boleh mencarut dalam memuji, "cantiknya view sial", "sial lah, cantik gila" "Babilaa, asal cantik sangat pantai ni". Terkedu aku dengar, confuse pun ye, nak puji ka nak carut. Allah. Laki perempuan sama-sama mencarut. Nasib baik Jaja takde kat laluan depa, tak dengar perkataan carut tu, kalau dak panjang dik oii aku nak menjawab persoalan mind-blowing yang sorang ni. Pening mak. Lani peel babi lagi herlok dari makhluk berakal dan bernafsu, main sodok je tanpa fikir halal haram. Apapun yang bermula dari haram takkan pernah tenang tambah lagi part yang masuk dalam tubuh badan, jadi darah daging.
No uturn
Kesian baca anak menantu mengadu jenis mak mertua ulang alik datang rumah every week, rimas, habis kacau plan. Kesian semua anak menantu yang tersepit ni ye. Sebenarnya luahan, makian, kutukan, umpatan untuk mak mak mertua kat medsos antara batu tara, sempadan, panduan juga untuk kita kita yang jadi bakal mak mertua orang nanti. Jangan hari ni ko kutuk mak mertua cemtu, suatu hari ko jugalah mak mertua sebegitu macam yang dikutuk dimakikan tu ekk. What goes around comes around comes around, aku dah banyak tengok contoh depan mata. So bila dah kita experience gitu, do better soon, amin.
Teringat kata-kata Madnor, "yang suka komen kalau tengok orang share resepi, eh ni salah masukkan bahan tu dulu, patutnya gitu, patutnya gini", "haaa! kau lah tu mak mertua orang yang asyik nak komplen menantu masak tak ikut piawaian tekak sendiri nanti-nanti". Tak boleh ke biar je dia masak macam mana asalkan akhir nanti penuh meja, siap juga makanan tu, sedap juga masakan jadinya. Hallah, hallah, semua benda nak komplen, orang hias rumah, masak, kemas, berjalan merata, semua tak betul, ada je nak dikata, semua benda nak atur ikut tekak cara sendiri.
Ko tengoklah kat post mana-mana, komen-komen depa, kita dah boleh agak macam mana depa ni kalau jadi mak mertua, dia punya komen tak beragak, kaulah mak mertua hawau suatu hari nanti tu. Wkaka, padu terus madnor bagi, kita kalau hari ni asyik banyak komplen, asyik komen orang tak kena itu ini, memang sampai ke tua peel asyik komplen tu melekat. So train diri tahan komen kutuk orang, mengata orang, cukup tenung dan perbaiki diri sendiri, jwanjiihh. Tu sebab aku tak banyak komen, bukanlah semua setuju, semua tak setuju, tapi itulah hanya belajar menahan diri aje, takut-takut bodoh aku keluar, cukuplah bodoh kat blog aku sendiri aje nahh, wakakka.
Mak ayah, mak mertua aku sendiri dah contohkan sesuatu' yang baik untuk aku teladani. Tak payah tengok orang lain, cukup orang tua aku tunjukkan depan mata aje. Yang baik of course aku amik apply, insyallah. Aku dah siap-siap pesan kat anak lelaki dan perempuan, dah kahwin jangan ada niat nak duduk sekali dengan kami, pandai-pandai urus keluarga sendiri, cari rumah sendiri, balik sekali sekala okay.
Mak ayah aku jenis straightforward tegur anak-anak kalau tak kena, sama juga kami anak-anak bila ada mak ayah rasa tak kena kami kasi je pendapat kami sebagai anak-anak kat depa. Alhamdulillah kami memang boleh terima pendapat, kritikan membina tanpa ambil hati, tegur sebab sayang antara satu sama lain. Yang penting komunikasi kena padu, jangan dok main berlapik, kias-kias, teka-teka, communication breakdown ni memang worst effect ye. Macam aku laki bini, kalau aku dengar ayat "abang nak tegur sikit ni" ahhh, sudah..terus berderau putih muka, ghisau, ghisau aku merentan kes sentap kena tegur benda betul, wakakka. Sama juga "maaf ye abg, baby nak cakap ni"...ahh sudah, elok berderau sesama dari orang lain yang menegurnya.
Nak buat rumah sendiri pun jangan dekat dengan rumah kami, aku cukuplah pengalaman membesar dengan anak beranak sekeliling rumah, cukuplah pengalaman tu untuk aku tak apply dalam kehidupan aku dan keturunan aku nanti, pergilah korang nak duduk merantau mana-mana even if satu negeri pun jangan dok depan mata aje, dok jauh sikit kasi luas pemandangan tu, as long as kehidupan baik-baik saja, ups and down dalam rumahtangga tu biasalah, if dah susah sangat jangan malu minta tolong, dan rumah kami akan sentiasa terbuka terima anak menantu balik mengadu. Rumah anak beranak sekeliling ni, ada pro's and cons. Di masa muda ni merantaulah, bawa anak bini keluar pergi tempat berbeza, buang jumud dalam fikiran tu, biar terbuka sikit minda, world doesn't revolve around you.
Kami ni ada fasa balik rumah mak ayah, ma kena tanya dulu depa ada program apa-apa tak?kalau tak ,balik gigit kuku jari aje, sibuk program rutin mengaji, ziarah kawan-kawan, bercuti situ sini, aku happy sekurang-kurangnya mak ayah, mertua aku padatkan jadual dan Allah atur kehidupan mak ayah terselit juga menguruskan kehidupan orang lain yang perlukan bantuan, dan urusan sebegitu bantu depa lebih sihat, lebih aktif dan tak duduk diam.
Orang tua, even orang muda sekalipun kalau tak disibukkan rutin memang akan menyibuk dengan urusan kehidupan orang lain, tu yang banyak kisah masuk campur tu, cerr tengok aktiviti depa sehari-hari buat apa? Orang tua ni kalau kehidupan mereka baik-baik saja, takde masalah kewangan, takde masalah anak-anak cucu menantu, even benda kecik pun depa nak besar-besarkan, sebab apa? Sebab takde kerja rutin nak buat, terlebih masa nak memikir hal orang. Tak caya perhatilah. Depa kalau sibuk benar memang depa tak sempat nak masuk campur kehidupan orang lain.
Aktiviti mereka macam tu buat depa bergerak sentiasa dan itulah kunci sebenar sihat dimasa tua iaitu kena bergerak aktif. Orang tak setuju kalau kata macam tu, tapi sebenarnya memang itulah jawapan nak sihat bila masuk warga emas, otot-otot yang melemah kena bergerak untuk terus sihat. Bila ada rutin, jadual penuh, depa tak sempat overthinking, comparing to others life. Kalau follow orang Jepun punya konsep depa apply kat orang tua sana, itu yang terbongkok-bongkok masih bekerja, sebab nak depa bergerak, valid jugalah kat sini, memang orang tua kena bergerak lebih, untuk make sure their brain function optima sesuai pertambahan umur. Lani aku terinspirasi tengok orang tua buat weight lifting workout, mak aku siap beli dumbbell dan kettlebell, bab bergerak aku tak risau sebab tiap-tiap hari mak ayah aku naik turun tangga 15-20anak tangga, rumah kat kampung tinggi benau, tapi ada kebaikan juga rupanya. Depa memang bergerak buat senaman lutut tiap-tiap hari.
Tapi janganlah konsep bergerak 'pergi mari' tu kau pi ulang alik jenguk anak menantu cucu. Orang tua pun kena ada common sense. Ye, depa pun ada kehidupan sendiri, ada rutin sendiri, depa nak balik depa akan balik, jangan dok mengatur sangat kehidupan anak-anak ni, ibu bapa once dah menjalankan amanah dengan baik, tak payah suruh paksa anak-anak bagi duit tetiap bulan, tak payah paksa depa balik kampung, they willingly doing it dengan hati terbuka. Jangan ada niat dalam hati tu sekelumit untuk anak balas jasa, sebab tu amanah, jangan salahguna title mak ayah tu ye.
Jangan nak mengungkit-ngungkit jasa, pengorbanan masa besarkan anak tu, rugi, habis kosong macam tu aje pahala, takde ikhlas dah kalau mengungkit. Sia-sia habis berpuluh tahun besarkan anak, last-last mengungkit aje kerjanya. Benci aku baca kes-kes macam ni,yang mengadap real situation tak tahulah macam mana.
Aku, cukuplah anak membesar elok, bagi bimbingan, apa keputusan ikut kaulah, ilmu, jalan, semua dah bagi, then pandai-pandai pandu, urus hidup sendiri nanti. We support dan doa. Anak-anak, ada mak bapak baik, tak banyak cekadak jangan pula kau ambil kesempatan, nampak orang tua suka layan cucu, setiap masa kau tinggal anak-anak kat mak, benda cemni jangan buat ringan, jangan buat andaian sendiri, tanya directly, orang tua ni dengan anak-anak banyak yang tak tergamak nak tolak, anak-anak ni lah kena tinggi common sense as do parents. Sebagaimana mak ayah membesarkan anak-anak tanpa susahkan orang lain, kita pun applylah cemtu, sekali sekali ada urusan tak dapat elak tu lain cerita.
Ada ye jenis anak menantu zero common sense and empathy ni, tak membantu malah menyusahkan. Biasa orang tua ni kalau boleh nak fasa bertenang-tenang dah. Takde dah nak kena sampai mengasuh cucu, depa sekali sekala anak cucu balik, layan masa tu okaylah. Tapi anak yang takde common sense dan zero empathy tak reti nak baca dan tafsir, perhati juga ye. Kalau rasa malas nak jaga besarkan anak ni, then konsep 'childfree' suit for you.
Orang tua ni memang tak gamak nak bagitahu anak-anak directly biasa takut anak terasa hati, ni yang jenis lembut,tak sampai hati nak tolak kalau anak-anak minta tolong tambah bab melibatkan cucu. Kalau dah mengasuh sampai title atuk nenek tu bertukar jadi macam mak ayah cucu, kesian ye. Jadi mak ayah ni kan sebenarnya takde rehat dah sampai mati, tapi janganlah anak-anak nak menambah beban orang tua, kasilah depa nikmati golden age tu, dan mak ayah pun janganlah ambil kesempatan sama guna ticket syurga bawah tapak kaki, betul tu ye, tapi suka ke kau eh anak-anak dok rasa bersalah kat mak ayah asbab nak penuhi nafsu kau yang tak habis-habis,rumah kata pergi, kubur kata mai.
Sudah-sudahlah ek, sebagaimana kau nak anak-anak respect, respect juga kehidupan diorang. Kita ni tinggal sisa-sisa hidup aje, depa panjang lagi kehidupan nak lalui, cycle of life. Kita menua, anak-anak mendewasa, cucu nak membesar, kita mati, anak-anak menua, cucu cicit bina kehidupan and the cycle goes on. Manusia bila dia common sense tinggi setiap situasi dia akan pandai seimbangkan. Macam kehidupan rumahtangga ni kena waras, rational. Letak kita and partner sama tara, share pendapat dan feeling tu, adil tu bukan semua kena sama tapi adil untuk semua situasi yang berbeza.
Dah kata banyak merasa garamkan? do like you said. Ini tak, lagi buruk perangai ditunjuk. Tak pelik kena buang kat anak-anak. Biar semenggah sikit perangai tu, sebab tu ada doa khas untuk orang tua amalkan takut-takut perangai buruk tu lah menyusahkan anak-anak nanti. Sebenarnya kalau hidup berpandukan apa yang Allah suruh buat,patuh, insyallah jalan cerita kehidupan insyallah baik-baik saja, patuh apa yang Allah dah bagi panduan, ikut apa yang Nabi kita buat, insyallah kehidupan smooth walaupun banyak halangan ujian. Tapi itulah ramai pilih ikut hawa nafsu. Just reminding myself yang makin menua ni. Tak kiralah kita di title apa.
Boleh kata common sense a.k.a akal budi ni, (adab+akhlak+ihsan+empathy+iq+esq+emotional intelligence+experience+logik akal/rational), ka banyak lagi gabungan, haishh. So jangan ingat orang ada sijil ada commen sense, ada PhD sekalipun yang zero commonsense, out terus and vice versa. Tapi jangan dok ingat pulak yang takde pelajaran tinggi akal budi, orang yang berakal budi tentunya orang berilmu. Hari ni memang ramai manusia takdak common sense termasuk yang dah tua-tua, tak sedaq diri, asyik nampak yang muda salah, dok berasa diri betul sampai sudah. Sama jugalah yang muda, biadap, tak boleh orang tegur, akhlak entah ke mana. Yang masih tinggi common sense ni, alhamdulillah moga menjadi ikutan dan contoh buat yang lain.
Apapun common sense today memang teruk benau dah, tak tahu mana yang lompang dalam didik anak-anak, this is big reminder jugak untuk aku yang sedang didik anak-anak sendiri. Apapun semua bermula dari rumah, dari sekecil-kecil rutin, bangkit dari tidur, katil takdenya dia terkemas sendiri, tandas guna setiap hari, tahu nak tinggal tahi dan flush,takde jadi bersih dengan sendiri kalau tiap-tiap hari guna semata aje, sebab tu cuti sekolah ni, kasilah anak-anak 'power' untuk depa involved dalam semua aktiviti dalam rumah, mak-mak anak-anak cuti sekolah ni, jadilah 'pemalas', kadang kita ni mak-mak always ada trust issues dengan kebolehdayaan depa untuk serah rutin kerja rumah, sapu tak macam kita sapu, basuh tak sama macam kita basuh, lipat kain tak macam kita lipat, give them a chance, kasi depa sedia makanan dan buat. Simple thing tapi dari benda cemnilah improve their common sense.
Contoh kita rasa simple tapi tak! untuk yang tak pernah involved beli barang basah, ikan selayang vs ikan selar tak boleh beza, halia vs lengkuas tak tahu mana satu, so dari situ kita give them a chance lah pergi pasar cari bahan masak, give them total power, lani settle dah masalah nak masak apa, nak beli apa, tahap professional dah, sebab apa?sebab bagi total power untuk depa belajar dan buat. Tak kasi buat, sampai sudah, tahu-tahu nak makanan masakan penuh meja, tapi satu benda pun tak tahu apa yang perlu ada untuk siapkan makanan atas meja tu. Dan lagi teruk, depa tak tahu pun perlukan duit untuk beli semua tu. Sebab tu ada certain manusia, dia komplen bila atas meja asyik lauk telur aje, tapi duit nak beli lauk tak pernah hulur, ajeee yang tahap benak benorr dah tu, alangkan common sense nak ada ye kalau dah cemtu gaya! Contoh! Bagi trust untuk suami/anak buat keputusan sendiri, jangan esok-esok anak nak beli tilam tidur pun kena tanya mak dulu. Erghhhh!!!!
So mohlerr kita asah akal budi diri, anak beranak kita, bermula dari kita aje. Kalau tak sikit-sikit nak salahkan orang aje, yang ajar kat sekolah, yang ajar kat tuiyen, yang ajar kat kursus, yang ajar kat rumah buat buta tuli, idoknya berbekas kalau hari-hari tak asah. Akal budi ni memang penting sehari-hari, tak kisah dalam situasi apa-apa pun, tambah lagi dalam hubungan kekeluargaan, rumahtangga. It's whole aspect in your life, takde yang ni boleh disamakan dengan ..................... Ingat!Manusia satu-satunya yang dikurniakan akal, guna baik-baik.
Soalan kritikal untuk perlakuan anak-anak aku yang biasa aku suka soal bila depa gaduh mulut/kelaku.
1. Suka ke kalau orang kata macam tu kat kita balik?
2.Suka ke kalau orang buat kat kita balik macam yang kita buat?
(Sebab commonsense ni banyak libatkan perbuatan/perlakuan dan kata-kata je biasanya). So keep repeat that question,make sure depa jawab, apa patut buat/reflect, suruh depa kasitahu impact kalau buat juga, suruh depa fikir nak buat solusi macam mana. Ni melibatkan banyak benda, critical thinking, problem solving, etc. Dalam bab akal budi ni memang akan ada berlaku kesilapan, sebab dari kesilapan, kesalahan, kegagalan, depa tahu ada yang betul dan tak betul, patut tak patut, yang tak betul kena tegur, yang tak patut buat jangan buat. Jangan buat tak nampak, tak tahu, lagi lagi sebagai mak bapak ni, jangan jadi enablers ye.
Selalulah doa nahh, moga Allah tuntun kita setiap saat, jangan dihilangkan rasa 'manusiawi dan kehambaan' dalam diri. Peganglah moto diri sampai mati, jangan pernah merasa diri lebih baik dari yang lain. Bila rasa baik sangat ni, orang tegur pun boleh menggelupur perginya. Ghisau akhir zaman ni banyak nauu ujian kiri kanan belakang depan, atas bawah, setiap penjuru datang attack nak suruh setan dalam diri keluar. Allah. Bab akal budi ni, kalau buat research paper pun boleh beribu page ni. K daa. Actually nak taip cerita Kuala Rompin, tapi susur galur cerita hilang di tengah jalan, next year punya azam, setiap road trip tulis on the spot. Aku nak buat recap sekali dengan list azam(even sama je every year, pedulik ahh) moga rajin, kihkih insyallah.










Top Social