Resepi Tulang Lembu masak Kari

9.17.2020

Pertama kali masak kari tulang lembu ni, biasa kalau resepi kari ni Ika buat kari daging ayam, ikan, daging lembu je. Kalau tulang lembu biasa buat singgang atau sup saja. Kali ni nak cubalah buat masak kari tulang lembu, padu ke tidak rasanya. Bahannya pun takdelah beza sangat dengan kari ayam yang biasa buat tu, cuma kali ni Ika tambah rempah campur tu yang ada biji sawi, halba dan Jintan. Kalau mamak stail punya resepi bahan ni wajib ada. Yang penting bawang besar atau yang kuning tu wajib ada dalam masakan Ika sebab rasanya yang manis, tu juga antara rahsia rencah masakan penyedap makanan yang alami, tips dari tukang masak kat kelantan. Tips masak dari nenda juga nak masak jangan kedekut bahan masakan terutama untuk yang tumisan.



Dalam banyak part tulang, tulang rusuk memang the best, lagi satu part yang favourite tapi malas nak buat tapi tahu dan suka makan adalah kaki lembu, tambah bahagian tapak tu, yang rajin masak bahagian tu Ika salute. Kalau nak masak yang tu kena pergi berguru dululah Ika ni. Kalau masak campak-campak apa yang ada, bagi kat Ika tahulah apa yang nak di campakkan dalam kuali periuk nanti, hahaha. Cerita pasal daging lembu ni punya gigih kalau tiap kali balik kampung Ika beli daging segar yang orang kampung sembelih fresh everyday tu bawa balik sini, sebab kat sini kebanyakan yang jual daging beku. Tu yang kalau terlupa nak borong masa balik kampung memang kami tak makanlah daging sepanjang tu, tunggu balik kampung pulaklah merasa daging lembu. Punya gigih tu, bukan takat diri sendiri, suami pun macam tulah. Dua kali lima kekdahnya, begitulah kadang tak faham misteri jodoh yang Allah anugerah kan untuk kita. Some part memang berbeza boleh bawa gaduh, somepart ada kesamaan boleh buat kami akrab. Tu cerita bab daging lembu je, tak cerita bab bela lembu lagi, wakaka. 

So kali layan tekak sendiri nak rasa masak kari tulang lembu, padu ke tidak. Kalau lulus boleh lah ulang buat lain kali, kalau tak kira kali pertama dan terakhir sajalah, sifir mudah kalau nak try makan kat restaurant ikut formula kami laki bini, miahaha. 





Jom tengok bahan yang Ika guna. 
*1 Labu bawang besar/kuning
*2labu bawang merah
*3-4 bawang putih
*2 inci halia
(semua bahan bertanda * blend sampai lumat) 
2 sudu kari daging (Ika guna cap Faiza) 
2 sudu herba campur (biji sawi, halba, Jintan) 
5 ranting daun kari
1 kotak santan
Bahan Utama tulang daging lembu 1/2-1 kilo


Pertama sekali rebus tulang daging lembu tadi hingga empuk dengan air sederhana untuk jadikan kuah kari nanti, jangan terlalu banyak air takut kari terlampau cair nanti, Ika guna pressure cooker je, setting masa 20 minit. Sambil tunggu tulang empuk, Ika siapkan bahan tumisan kari. 

Caranya bahan blend tadi tumis sampai pecah minyak bersama serbuk kari, rempah herba campur dan daun kari. Bila pecah minyak, masukkan santan 1 kotak, masak sekejap sehingga mendidih, tutup api. Bila daging dah empuk satu kan bahan tumis an kari ke dalam rebus an tulang daging tadi, kacau sebati dan slow cook sahaja selama 30minit, tak payah setting pressure sebab 20 minit tadi pun dah cukup empukkan daging, atau kalau nak pressure cooker setting untuk 10 minit je, kita tak nak daging bercerai dari tulang kes terlalu empuk. Siap dan boleh hidang, nak makan dengan nasi pun boleh, nak cicah dengan roti puri pun layan. 

Beza kari kita dengan kari mamak mungkin kelikatan dan kepekatan kari tu, kalau suka jenis kari pekat, boleh kurang kan air yang dimasukkan supaya kuah tak cair. Sekali sekala boleh layan kari pekat ni, kalau tak cepat muak makan. Kalau jenis menu nasi kandar tu memang sedap layan dengan kuah pekat dan campur-campur baru ada umphh!.

So bila dah try buat kari tulang lembu ni, boleh tahan jugaklah rasanya not bad. Kalau compare yang mana paling sedap antara kari, sup dan singgang, Ika vote untuk singgang, evergreen taste dan authentic gitu. Nak buat kari ni boleh sangat, tapi kena cadang terus boleh buat makan banyak stail, macam tengahari buat makan dengan nasi, malamnya adjust jadi mee kari pulak atau buat nan cheese cicah dengan kuah kari, barulah berbaloi sekali masak, boleh layan 2 atau 3 dalam satu. 




Post a Comment