Cerita bab kolagen ramai yang dah mula buat diet, nampak lebih kurus sampai effect nampak cengkung, mulalah orang tuduh kita sakit. Dari muka bulat, berisi disebabkan kawalan pemakanan ke arah yang lebih sihat, ada macro/mikronutrient yang kita terlepas pandang buat muka kita nampak tirus dan turut sama kurus. Nampak struktur kulit lebih tua, kendur dan sebagainya. Haa kat sini ramai terlepas pandang bab keperluan kolagen dalam menu harian kita.
Yes kolagen sebenarnya fungsi lebih dari untuk cantik, kolagen ada manfaatnya untuk pastikan badan kita dapat berfungsi dengan baik. Dalam tubuh badan kita, keperluan kolagen sangat kritikal sebab apa? Korang agak-agak kenapa kritikal? Kalau sebut kolagen mesti terus kita terfikir bab kulit cantik je. Tapi fungsi kolagen lebih dari itu sebab kolagen penting untuk kesihatan diri kita terutamanya untuk sendi dan otot. Kolagen inilah yang bantu sendi-sendi kita bergerak dengan baik dan sihat, cergas. Perasan tak bila mak ayah dah tua, mula sakit lutut dan sebagainya, antara salah satu sebabnya kandungan kolagen dalam tubuh berkurang. Kolagen ialah sejenis protein yang terbentuk dari tiga amino acid dan salah satunya adalah glycine. Kolagen ni diibaratkan macam Glue atau Rubber band yang menjadi rangka sokongan dalam tubuh badan kita. Ia wujud di dalam kulit, rambut, kuku, ligament, otot, tulang,sendi, tendon, mata,gusi dan saluran darah. Cukup kolagen insyaallah semua bahagian badan kita tu takde masalah, insyaallah.
Macam Ika sendiri sebagai wanita yang dah berumur 30an, tubuh akan hasilkan 3g glycine setiap hari tapi yang di perlukan lebih dari tu iaitu 15g setiap hari. Mana nak cari dan make sure tubuh dapat? Tentunya dari makanan yang kita ambil. Sebab tu ada istilah, kita adalah apa yang kita makan. So bila sumber glycine ni badan kita dapat kurang atau tak cukup, sendi-sendi mula rasa sakit, percernaan bermasalah, Kulit nampak tua dari usia, mood mudah swing, tidur dan kemampuan berfikir terjejas.
So nak cukup kan kolagen untuk sihat, insyaallah bonus cantik pun dapat sama senang je sebenarnya. Dengan cara yang lebih alami dan selamat, ada je cara yang tak selamat dan menyakitkan untuk cantik contoh yang tengah trending sekarang sulam blush kan pipi sampai pipi lain macam pink anjal, suntik filler kat bibir, pipi, hidung pun bersepah dah sekarang sebab ya nak bagi nampak anjal bergetah. Akhir zaman ni semua main sapu je apa yang haram, halalkan yang haram dengan apa jua cara sekalipun. Nak cantik zahir memang kena try hard macam tu sekali kan, hingga hukum agama diketepikan, apa boleh buat sama ada jahil, atau too much ikut nafsu untuk cantik, cuma kita dapat remind each other, tu pun dakwah kecil. Too much application macam filters kamera pun sekarang ni pun yang boleh timbulkan fitnah, bukan orang yang fitnah tapi kita sendiri yang bikin benda jadi fitnah. Haru biru betul zaman sekarang ni. Apapun ujian tu untuk kita semua, tak kira orang yang buat, atau kita orang yang tengok orang buat, selemah-lemah iman benci kat dalam hati. Tak kira lah dalam isu apa pun.
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)]
Eh, sempat lagi plak bebel mak nenek, so korang kalau nak boost kolagen ada cara yang lebih murah dan pastinya selamat, insyaallah. Sumber kolagen ni nak tak nak, kena ambil sumber luaran untuk cukupkan sumber kolagen dalam tubuh badan kita. Antara tips yang paling mudah buat kolagen untuk di ambil dalam pemakanan
1. Buat bone broth, makan sup kaki ayam/lembu, kerabu kaki ayam. Kenapa kaki ayam? Sebab kat situ banyak kandungan kolagen. Haishh, tapi ramai jugak yang tak mampu tenung kaki ayam jadi hidangan dalam pinggan kan? Geli tekak nak menelannya. So what to do? Rebus kaki ayam campaklah seleri, carrot, tomato dan bahan untuk sedap kan bone broth hingga ayam betul-betul empuk atau tinggal tulang je, tapis dan hirup suam-suam panas. Sedap pun ye, kaya dengan sumber kolagen. Banyakkan sumber makanan yang boleh boost collagen, termasuk bawang putih, kobis, brokoli dan sebagainya.
2. Putus Hubungan dengan Gula
Oo my, yang ni jangan cakap orang lain, Ika sendiri gigil nak putus dengan gula, terutamanya Gula Putih. Tahu tak gula putih hakikatnya adalah musuh terbesar kulit sihat. Selagi kita ambil gula putih, selagi itulah gula akan jejaskan kandungan kolagen dalam tubuh kita termasuk kulit muka, nampak kulit muka mudah kusam kerana gula yang di ambil akan menyebabkan keradangan yang memacu penghasilan enzim pemecahan kolagen dan elastin, hasilnya kulit kita kendur, garis-garis penuaan bertambah dengan cepat dan banyaknya, menakutkan bukan? Bukan apa, kalau wanita, orang perempuan dia suka orang cakap dia nampak muda berbanding usia, betul tak? So tak nak nampak awet muda marilah kita sama-sama bercerai dengan gula putih, gula kelapa antara pilihan gula yang lebih sihat. So why not tukar je jenis gula dalam hidup, apapun kita tetap perlukan pemanis dalam hidupkan?hehe.
3. Ubah Gaya Hidup. Yes, ubah gaya pemakanan terutamanya. Jaga waktu tidur, sebab kunci utama adalah tidur yang cukup, tidur yang cukup tingkatkan kesihatan minda dan badan kita juga, bila minda dalam keadaan terbaik, kita jelas dengan matlamat untuk pastikan tubuh badan kita sihat, sebab sihat pun satu jihad. Sebagaimana umur kita yang makin bertambah, badan kita tak mampu serap nutrien yang kita ambil sebaiknya dengan efektif. Untuk pastikan badan kita cukup efektif hasilkan kolagen, kena ubah apa yang kita makan setiap hari, bukan mudah tapi boleh sangat. Korang follow je instagram geng eatclean, menu diorang bukan main sedap dan lebih sihat. Insyaallah slowly but surely kita dapat ubah habit pemakanan hingga jadi amalan ke akhir hayat.
5. Ambil Serum dan Krim Muka yang Bagus
Pelaburan untuk skincare bagi setiap wanita ni penting juga sebab pemilihan Krim dan Serum yang berkualiti antara salah satu bukti meningkatkan kolagen dan keanjalan kulit. Cream muka yang tinggi dengan kandungan vitamin C, E atau antioksidan dapat melindungi kulit dari radikal bebas yang menyebabkan kulit rosak. So nak pilih skincare tu make sure yang tinggi akntioksan, vegan dan bebas dari bahan kimia yang berbahaya.
4. Ambil Suplemen Kolagen
Jika kita dah amalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan konsisten dan sangat disiplin then you don't need supplements tapi kalau nak ambil pun tiada salahnya. So bagaimana nak pilih suplemen kolagen yang baik, berkualiti, selamat dan berkesan? Empat sumber utama peptida kolagen yang terdapat dalam makanan tambahan adalah kolagen dari lembu/sapi, ayam dan laut (ikan), pilih lah dari sumber marin. Kenapa?sebab ianya 1.5 mudah diserap oleh badan
. Kolagen Shaklee ni memang terbukti bagus berkualiti dan berkesan, kebanyakan yang consume 4 kotak dah nampak jelas dan besar perubahan diri secara zahir. Yang tak pernah cuba ambil Kolagen boleh lah mula survey kolagen yang terbaik. Ika pilih Kolagen Shaklee pun sebab yakin dengan sumber kandungannya dari tumbuhan dan marin.
Perubatan holistic yang makin popular dan menjadi pilihan masyarakat kerana lebih alami kerana menekankan perubahan pemakanan, lifestyle dan juga disiplin diri. Zaman sekarang dah banyak info maklumat kesihatan sebab dah ramai Doktor bertauliah mula berkongsi ilmu-ilmu kesihatan diri. Tinggal kita lah ambil cakna dan buat ia sebagai panduan untuk tingkatkan kesihatan diri. Doktor pun banyak mazhab juga, so pandai-pandai lah buat pilihan sendiri. Yang bermanfaat kita ambil jadikan Pelajaran yang banyak membawang kita jauhkan. So the best, kita sendiri banyak kan membaca untuk membuka minda. Yes usaha untuk sihat adalah jihad kecil kita, dengan badan yang sihat kita mampu beribadah dengan tenang. Niat supaya badan dan jasad yang Allah kurniakan dalam keadaan terbaik kita kembali kepadaNYA dalam keadaan terbaik juga terutamanya seketul daging yang menggambarkan apa yang kita simpan masa tinggal kat dunia fana ni. Baik yang seketul tu, baik lah seluruhnya begitulah jua sebaliknya. Tahu kan apa dia? Tu antara the other kolagen yang kita tak nampak, nak impak power luaran baiki selalulah yang satu tu kat dalam. Insyaallah.
Top Social