Showing posts with label Makan sedap. Show all posts
Showing posts with label Makan sedap. Show all posts

Kedei Kupi Cherok Sungkai

8.19.2026

Korang pernah masuk kedai, terus mai segala mala nostalgia terkumpul dalam memori mengulang kembali 'rasa' yang tersimpan dalam kortek serebrum dan amiglada. Jadi aku faham ketika mana video Khairul Aming FYP behind the scene buat sambal bilis nyet tu bercerita kesusahpayahan nelayan menangkap ikan bilis dilautan, ramai yang buat belian sebab FOMO, tapi ada segelintir yang membeli disebabkan value yang disampaikan melalui penceritaan tu sendiri. So did Kedei Kupi Cherok ni, ada value tentang apa yang ada di kedai makan sebegini.


Vintage, old-school theme memang tengah in sekarang ni kat cafe-cafe di bandar sekalipun? Agak-agak kenapa? Masa first time laki aku ajak makan kat sana, time tu apak mertuanya ada sekali, aku ghisau, yelah ayah aku boleh tahan bab mengomen, wakaka. Tapi bila dah sampai kedai, duduk dan makan, that's moment aku rasa macam tengah makan dengan mak ayah masa remajaku suatu ketika dulu. Satu pagi minggu ayah aku ajak makan pagi kat satu kedai, makan roti canai je pun, tapi forever the memory remains, sebab ayah aku jarang ajak makan kat kedai terutama waktu pagi, disebabkan semua anak-anak happy bila dapat makan kat kedai, sekali sekala lepas tu, ayah aku ajak makan pagi kat luar, like special events biarpun makan menu ringkas, telur masak separuh, roti canai, roti bakar. Gituhh. Nampak kecil tapi besar untuk 'rasa' yang disimpan di otak sana. Dan aku agak ayah aku pun sama, bila melibatkan segala mala yang berkaitan memori dahulu, terpampang di dinding sekitar kedai.


Menu kat sini pun ringkas, tapi sedap. Sebenarnya petang tu balik dari Felda Sungkai Hotspring, ayah aku ada sebut nak makan mee Kari, kalu ikutkan nak singgah dekat kedai Mee Kari  berdekatan, namun masa tu hujan lebat sangat, jadi kami lajak ke depan sikit sambil tunggu hujan reda, dan sampai kat kedai ni pun hujan dah slowing stop. Memang rezeki nak merasa makanan kat sinilah, even aku pun tak tahu kewujudan kedai-kedai cemni kat pekan kecil Sungkai, kau jangan main-main ye negeri Perak ni, dia punya aesthetic buat orang ketagih nak mai, kihkih, tak kira ceruk mana, ada ja mind blowing place yang kita tak sangka, macam Kedei Kupi Cherok ni lah. 




Siap makan, aku tanya ayah? Macam mana ayah? Okay ka? Ayah angkat cap jempol, nak ke kereta ayah cakap lebih kurang kedai kopi Pok Pi, Pok Awe berjaman sampai lani anak-anak cucu plak mewarisi perniagaan. Bagusla ada kedai gini version orang-orang muda, boleh juga merasa suasana orang-orang tua dulu mengopi. Aku iyakan. Bukan pergi lepak kedai, tapi pergi menikmati makanan dalam keadaan slowing everything even in mind, mengingati 'sesuatu' yang tak mungkin terulang dah di waktu ni called nostalgia, mungkin bersama partners ketika muda mudi, mungkin bersama rakan sebaya sepermainan, mungkin bersama parents and so many maybes....


Datang Sungkai jangan lupa nahh singgah Kedei Kupi Cherok ni, paling win kat tekak aku menu kat sini lempeng dan ubi rebus, sedap aihhh, wajib tapau sekali. Adeii sedap ehh teringat plak menunya, dua kali aku pi, dua kali waktu hujan, thanks Allah for dramatic effect untuk aku nikmati that moment makan kat sana, Alhamdulillah, Masyaallah Tabarakallah. Nak pergi sana, Google maps sana, insyallah sampai. 


Kedei Kupi Cherok, 
Bazzar Melayu, 7, Jln Kelab, 
35600 Sungkai, Perak.

Xoxo🍃

Restoren Abah Sekinchan

7.16.2026

Baru-baru ni pi cari ikan kat pasar Pasir Penambang. Ikan kat sana memang murah, tapi aku dari Teluk Intan nak sampai sana, minyak tol lagi, baik beli kat pasar berdekatan ajelah sebenarnya. Tapi ni kes nak berjalan-jalan tukar angin sama, kasilah asbab nak cari ikan, baru tayar boleh bergolek jauh sikit,hahaha. Kalau masuk pasar sana, memang mabuk, semua seafood aku rasa nak beli. Ikan memang confirm segar dan murah banyak, rasa hamakk nak borong banyak-banyak, tapi peti sekarang tak boleh nak dipenuhkan sebab aku malas nak deep cleaning kerap. 


Kami singgah makan pagi dulu, takde pagi manalah, pukul 10 pagi baru breakfast. Teringat tosai kat Slim River jadi order tosai masala kat Gulam Rasul plak. Order lagi roti Nan cheese sekali di tampal sekeping cheesedale atas roti Nan, uiii angin aku.  Banyak pula makan, lepas tu orang cakap tembun, merentan!Haihhh. Nak ambil gambar tak gamak, sudahnya dua keping order roti nan tak habis, bungkus buat balik tambah cheese sendiri nanti. Takkan kena pi Shah Alam semata nak makan roti Nan cheese, idokklerr jawabnya. Siap makan, kami bertolak ke Pasir Penambang. Cuaca pun redup aje, alhamdulillah. 




Jalan Kuala Selangor ni kalau cuti panjang, hujung minggu, tak kena timing memang beratur ye. Jadi pandai-pandailah adjust. Kami sampai kat Pasar Pasir Penambang dalam 3 petang, asbab banyak stop singgah tandaslah, singgah membelilah, anak-anak aku cemtulah, lagi kan yang bongsu, selagi tak belikan apa-apa, menekan-nekan zikir "nak beli", wakaka. Layannn. Kadang tak padan dengan berhenti, belinya choki-choki ajelerrr. Jenis tak reti nak paw betul-betul ayahnya, wakaka. 


So sampai kat Pasar, sesi telek menelek ikan sampai berkenan, deal, borong apa patut, total burn tak sampai RM150, dapat seekor ikan tenggiri saiz besar, bawal hitam saiz sederhana besar, ikan sardin 2kilo, sotong besar 2kilo, dua jenis kepah, puas hati membeli barang basah cemni, yang penting segar dan murah. Siap borong ikan, kami cadang makan malam terus sebab dah skip lunch. Masa kami lalu jalan Sekinchan tu ramai orang jual mentarang, kami nak beli pun, baru je lepas habiskan mentarang yang beli kat simpang keluar tol Behrang, kebetulan masa tu seller jual RM18 sekilo, murah sangat dah tu. Jadi masa lalu kat Sekinchan tu tengok jelah, heheh. 



Ni kalau masak, potong nipis isi, tumis Lada kering pedas tu, campak sos tiram,perghhh


Singgah kat kedai makan abah ikan bakar, kat Kuala Selangor aku perasan banyak betul kedai makan tok abah, abah, orang sini suka panggilan tu kot eh?! Kali ni pilih singgah makan kat Kedai makan Abah yang dekat Medan Selera berdekatan dengan bandar Sekinchan. Kedai tepi jalan besar je, malas nak buka Google maps cari kedai, kita singgah yang nampak kat mata ajelah. Ikan kat sini segar, ambil seekor jenahak, tu aje, sekali aku buka peti frozen depa bersepah macam-macam seafoods dalam tu, dannnn ternampak siput yang paling aku suka makan kat Sabah dulu, alhamdulillah rezeki ni. So ambil satu packet buat masak serai. Takde masakan cili kering macam aku pernah makan dulu. Try ajelah dulu. Erm, memang sedaplah ye siput gonggong ni, aku boleh letak dalam list aku antara siput tersedap, selepas siput sedut. Moga impian nak makan siput laut paling besar makbullah, teringin nak rasa camne struktur dan rasa siput besar tu. Mesti sedap, laki aku cakap tak selera pun tengok, tapi pedulik apa aku, tekak aku yang nak makan, wakaka. Sekali makan, anak-anak pun bukan main semua makan, mula-mula geli, tapi depa repeat makan, and that's good. Makan benda pelik ni kena test juga, kalau tak pernah try tak tahu pulak camne rasa. Kalau sekali rasa dah tak boleh go, jangan dipaksa-paksa, karang muntah hijau, heheh. 


Habis semangkuk siput, aku cakap tak puas makan, jadi tambah satu lagi packet siput gonggong buat masak halia pulak. Wehh sedapnyaaaa. So lain kali datang mai craving nak makan menatang ni ,aku tahu dah mana nak tuju. Bab makan laju aje saved kat mana yang nak repeat. Begitulah. Aku cakap kat laki, asal kedai ni takde orang eh, sedap sangat kot masakannya, laki aku cakap banyak pilihan kot kedai ikan bakar kat area Kuala Selangor, Sekinchan ni banyak, kadang orang nak view laut sambil makan ikan kenalah masuk dalam sikit. Aa ye jugak kan?! Ikan bakar kat Jeram pun dah bertahun tak pergi, dulu biasa singgah situ aje masa anak-anak kecik. Lani jarang sekali datang Kuala Selangor. Time cemni jelah datangnya, nak beli ikan jadi asbab. Hmm, what a memory. 


Xoxo
Fish Hunting 



Bako-Bako Resto Lumut

11.04.2025

Cerita aku pergi Sabah dulu, tak jumpa latok ataupun memang masa tu kitaorang dah kenyang amat sampai tak nak order tambah dah, dulu seingat aku masa mula-mula sampai Sabah, mak saudara aku buat kerabu guna rumpai laut sabah, sedapnya Masyaallah, masa aku tengah taip ni tiba-tiba rasa terliur amat, aah terus pi shopee order rumpai laut, even tak fresh, bolehlah ekk buat hilang rasa nak makan rumpai laut. Nak pergi Sabah harga ticket dah macam pergi Korea. Ya ampun, mahal gilos. Jadinya sambung balik ceritaku, nak dijadikan ceritakan suatu hari tu kami sampai kat Lumut. 





Nanti aku recall jap camne boleh sampai Lumut, atas asbab apa?hmmm..aku rasa memang nak pergi Lumut kot masa tu,kes nak makan ikan bakar, nak pergi Perlis tak padan pula, jadi kita cari yang dekat, memang tuju ke tempat makan namanya Bako-Bako Resto ni, asal tak pernah tahu kewujudannya eh, masa pergi Pangkor aritu takde pula ternampaknya kedai makan ni, ahhh layans. Kami sampai dah memang petang dah, anak-anak nak makan western, aku dah nampak latok, ikan bakar kemana, tak terfikir dah, ambil latok aje, ambil satu plate aje sebab tak tahu lagi okay ke tak? Bila makan, sedaplah pula, crunchy dan fresh, untuk western food ku tak recommend sangat, sedap tempat lain lagi sebab menu western kat sini takde rasa rempah dan plain taste, kuah black pepper pun tak capai piawaian. Tapi untuk makanan bakar-bakar ku sangat recommend, sedap. Aku order ikan siakap bakar, sotong celup tepung dan ketam masak buttermilk. Cuma kecewa bab nak makan ketam depa tak ketuk siap-siap part yang keras dah payah nak makan tapi banyak isi, kat sepit ketam tu. Aku punya panjang bebel, pasal si budak Hajjar ni, memang pantang kalau datang tempat bakar-bakar ni, dia punya order tak lain tak bukan ketam. Aku bukan tak nak order, tapi makan ketam ni, leceh benor. Kalau kat rumah berekor-ekor pun takpe, sabar lagi nak hadap. Banyak masa terbuang kes nak kopek kulit ketam dan cari isi. Malam pula tu. Kat kedai, takleh freestyle mengopek kulit ketam, kena ala-ala santun gitu,hallah.


Haisshhh, datang second time aku dah warning siap-siap kat anakanda nan sorang jangan nak order ketam, benda lain okay, so jadilah order udang pula, pun tolong depa kopek kulit juga, sabor jelah. Tapi untuk kali kedua punya hamak, laki aku order latok 3 pinggan terus. Terkejut aku, apekehal yang banyak sangat ni, rupanya satu pinggan tu aku sorang je makan kali ni,wakakka. Eh bukan satu pinggan, dua pinggan. Latok kat sini fresh, tak hanyir, tu ja aku boleh cakap, kalau tak camnolah daku boleh layan makan, macam rumpai laut sabah yang macam akar kayu tu, tak reti buat, hanyir tak boleh telan ye. Memang sedap kalau buat kerabu, yihhh, menjejes teringat kesedapannya. Ada satu lagi makanan sabah aku suka, tapi bau dia masyaallah, ada orang terus tak jadi makan bila bau, bau macam kumbang kecik warna hitam tu, tapi aku suka sangat sambal tu, sedap wehh, gaul dengan nasi takpun makan dengan ikan bakar,asikkk. Yang jeruk tu memang power betul rasa. Aa, baru mai teringat jeruk tuhau namanya, terus aku masukkan dalam cart, muahaha, cemtu nak gemukkan diri sendiri,Allah.



Kali ni try siakap masak stim pula, dan sotong buat dua version, celup tepung satu dan bakar sambal, ermm...memang sedap ye, puashati makan. Ohh baru mai ingatan bawa makan mula-mula kes raikan anakanda kedua dapat best result untuk UPKK, tak sehebat orang lain pun tetap kena raikan, kena appreciate effort anak-anak. So memandangkan masa tu abang sulungnya takde, tak balik, maka kami bawa lagi untuk abangnya merasa sama. Puashati tengok anak-anak makan, licins semua makanan. Alhamdulillah.


Memang masakan bakar-bakar kat sini sedap, dan timing kami datang awal biasanya kat sini, kedai buka, kami dah sampai. Even tak ramai orang, part menunggu makanan kena banyak improve lagi kot nah, sebab paling kurang setengah jam ke empat puluh minit kami tunggu, kalau ramai tak tahulah camno ek, tu kena datang awal, takdelah aku dan anak-anak sempat merentan kes menunggu lama, alhamdulillah setakat pergi dua kali tu dua-dua puashati asbab masakannya sedap, dan paling penting semua seafood kat situ segar bugar termasuk Latok, jadi takde reason tak repeat, eh? Kalau korang dah lapar benor, tak recommendlah datang sini, sebab part menunggu untuk orang yang sabar saja, tak pasal jadi harimau jadikan kes menunggu aje, perut dah lapar benor, datang pula dengan group besar, berasap telinga. Ye dak?



Memang ku kasi bintang penuh untuk view dan tempat makan, open air, tepi pantai, syahdu betul menikmati waktu petang. Makanan bakar-bakar semua masakan sedap except western food, moga ada penambahbaikan, sama juga dengan part waiting time lepas order tu, otherwise aku tak kisah nak merepeat lagi asbab makanan sedap terutamanya Latok ,kihkih. Even kat sini lauk seafoodnya dah segar, laki aku cakap, level fresh tu takleh lawan yang kat Perlis lagi, kihkih. So macam mana ni?ke Perlis ka kita?


Xoxo,
Seafood lover

Steak

7.17.2025

Entah apa hormon sebulan ni asyik layan steak homemade aje, ku paling annoying nak masak steak ni sebab tak pernah menjadi, jadi liat, nak patah gigi makan, tapi bila scroll, teliti fahamkan bagaimana nak kasi tender meat tu jadi, ku try buat, sekali bila dah jadi, terus rasa hari-hari nak makan steak wehh, layan dengan daging kerbau je pun jadikk, baru berbelas ringgit kat Segi. Alhamdulillah memang pokok dill yang ku tanam akhirnya berguna jua. 


Minyak sapi original from Bangladesh tu memang memainkan peranan penting, ku sapu rata dengan serbuk lada hitam, garam, bawang putih ketuk, panaskan dengan api sederhana, daging tu sebelum perap, keringkan air daging dengan tisu sampai takde air melekat kat tisu. Then seasoning, bakar 5minit depan belakang, masukkan sekali daun dill, memang dapat daging medium well atau well done bergantung kat tebal daging, tapi smooth sangat lepas tu lembut. Punya happy tak terkata dah tahu teknik betul nak grill steak sendiri. Daging nak sedap memang kena cari part tenderloin atau sirloin, lagi sedap yang wagyulah, tapi muak kalau telan banyak, so far daging kerbau ku telan setengah kilo grill, makan sorang ajenya, dan tak muak. Orang kata daging angus, wagyu murah dekat Jaya grocer, entah bila nak pergi sebab jauh, so best option daging kerbau lean meat, chuck tender. 


Lepas tu buat plak salad guna yogurt greek, fern leaf, so far ni plain yogurt paling sedap dekat tekak daku, potong nipis bawang merah, timun batang, timun jeruk, perghhh. Heaven betullah. Nak rasa pedas ku tambah je sambal goreng pedas ready made yang ku buat. Erghh, memang hari-hari boleh layan menu gini. Pedas ni memang main peranan betullah. Selera naik dan layannn. Entah bila nak insaf bab makan ni, tapi kira ku ada improvementlah sikit, dari bacaan kolestrol 6.8 dah ke 5.1, what a relief, tapi banyak lagi nak tuntut pengorbanan daku ni, tambah lagi berat within obese range, kihkih. 



So korang yang masih usahakan apa yang patut dan apa yang korang inginkan, ku doakan semuanya dipermudahkan ye. Tengah hormon tak betul ni, kadang datang mai semangat nak menaip, kadang ku terbaring tak buat apa, kadang terlebih guna tenaga sampai sakit badan. You always vs you. Fighting. 


Xoxo, 
Out of habit. 

D' Tepian Sungai Teluk Intan

6.25.2025

One of our favorite spot makan kat Teluk Intan bila datang sini, tentunya D' Tepian Sungai Teluk Intan. Kalau tanya kat mana? Kat tepi Sungai Teluk Intanlah. Nampak tugu Udang Galah besar tu, yelah tu, jalan masuk situ straight forward je nampak kedai tak semenggah kat tepi Sungai Teluk Intan tu. Tengok macam gerai bodo-bodo aje, tapi masakan dan seafood kat sini boleh tahan juga, segar dan berpatutan, lagi penting, masakannya memang sedap. Masa mula-mula lalu dulu kat kedai makan ni, ku selalu tertanya, buka ke tidak kedai ni? Nampak macam tak buka, takdak orang rupanya setiap kali kami lalu bukan timing orang makan. 


Entah kenapa boleh lupa masa cuti baru-baru ni, punya jauh mencari udang galah, rupanya dekat dengan rumah pun ada nak layan udang galah fresh. Kalau nak makan ikan darat masakan yang agak sedap bagi tastebud daku, D'tepian ni antara the best spot peminat seafood. Dahlah view sungai Teluk intan yang tenang, luas bak lautan memang menggamit memory bermandi manda kat sungai Kelantan masa kecil dulu. Sekarang kalau bak mai nostalgia, bolehlah layan makan tepi sungai sini, tambah makan makanan yang sedap, memang love language lain macam. 





Nak datang makan kat sini timing orang makan memang penuh ye, jadi dah tahu masa mana timing orang takde sangat, masa tu lah kami singgah makan kalau berkebetulan datang Teluk Intan. Biasa dalam pukul 3 petang keatas kami datang makan kat sini. Kedai ni takde fancy-fancy, ni memang kedai oldschool punya version, kerusi kayu, kerusi batu je, asal ada tempat duduk, ada meja makan settle. Pentingnya bahagian hidangan. Menu kat sini menu klasik orang makan tengahari dan malam, lauk pauk tapi more kepada hidupan lauk, pelbagai jenis ikan patin, jenahak, siakap, ikan merch etc, Udang galah, udang laut, sotong dan pelbagai jenis ikan Sungai. etc. 


Simple je order kat sini pilih lauk yang nak dan pilih cara masakan yang kita nak. Tu je. Biasa kami order sotong celup tepung, udang harimau masak buttermilk/celup tepung/masak lemak, ikan masak tiga rasa etc. Boleh pilih ikut selera, yang penting masakan kat sini kena selera kami dan anak-anak. Lauknya memang segarlah, takde kawtim buat-buat segar, memang macam baru naik ke darat belaka ikan, sotong udang etc. 


Makan tengahari boleh, makan petang atau malam pun boleh. Bestnya tentulah udara dan angin sepoi-sepoi bahasa tepi sungai, kalau datang belah petang nampaklah busy Sungai Teluk Intan dihujung minggu dengan aktiviti River cruise pergi ke Pulau Bangau, ku pun tak merasa lagi naik cruise Teluk Intan, kalau propose kat lakiku timbullah ayat "dari naik tu baik.............", jadi tak payah. Melainkan tetiba di ajak tu mengajak naik bot tanpa reason lain cerita, hahaha. Makan sambil tengok suasana tepian sungai. Seronok tau. 



Ku dengan sungai ni memang banyak nostalgia, memang aktiviti waktu kanak-kanak dululah banyak terjun masuk sungai, sungai kelantan tu  iols seberang macam tu je pergi sebelah sana satu lagi, kadang berenang, kadang jalan-jalan atas beting pasir kat tengah sungai. What a memori, moga Cik Ani ku sembuh seperti sediakala walaupun harapan cuma harapan. Terima kasih atas segala memori terindah ketika kecilku hingga mendewasa. Sobs, sayulah pula. Inilah orang kata makan sambil menjiwai, menjiwai nostalgia dan waktu yang tak mampu diulang kembali. 


Sekarang sungai even laut dah terlebih lebih beranak pinak buaya ye, jadi seramlah pula nak mandi sungai even nak celup kaki, entah dari mana datangnya buaya-buaya ni, pergi pantai sana sini sekarang pun banyak yang beringat-ingat bab buaya, dah memang habitat tu tahu, tapi dulu takdelah sebanyak sekarang depa timbul tunjuk diri. Orang kata kalau ada banyak udang kat area sungai tu, ada jugalah sidia ni. Samalah kat sungai ku makan ni. Ada tapi tak timbul cerita lagi. Harap-harap tak timbul sampai sudahlah, cukuplah kami datang tengok suasana sungai yang cantik, tenang, setenang buaya berenang, eh! 


Datang Teluk Intan boleh masukkan kedai ni dalam itinerary korang, tapiiii datanglah timing lunch, dinner, lewat atau awal sikit dari waktu tu maybe boleh consider terutamanya in weekend sebab kena menunggu lamalah depa masa fresh cook lauk yang dipilih. Kalau dah lapar sangat jangan singgah sini, cari yang buffet terus senang. Takdelah berasap-asap tahan sabar tunggu makanan sampai. Nak tenang-tenang datang weekdays je. Apapun berbaloi ku rasa setiap kali kunjungan makan kat sini. Alhamdulillah Allah kasi rasa sedap. 


6, Jalan Mahkota, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak


Selera Senibong Seafood

8.26.2024

Tiada yang lebih gembira bila partner nak bawa jalan-jalan tengok tempat dia belajar dulu-dulu. Diam tak diam hampir dua puluh tahun sudah berlalu episod kami belajar universiti tapi kenangan itulah yang paling mendominasi ingatan kerana ianya satu proses dan fasa hidup yang mengenal kehidupan sebenar untuk bermandiri. Rugi tak sambung belajar sebab banyak proses yang kita lalui sepanjang belajar tu, skill bersosial, skill manage masa, skill urus diri dan kewangan, banyak lagilah proses yang dilalui bila jauh dari keluarga, dan skill jaga maruah dirilah yang paling mahal dan bernilai bila jauh dari keluarga. Yelah masa ni rasa bebas sebebasnya, jauh dari pandangan dan pantauan mata mak ayah dan rasa boleh buat apa saja. 


Masa nilah diri sendiri yang tentukan bagaimana nak bawa diri, nak jaga diri, nak rosakkan diri, semua atas pilihan sendiri. Sebab waktu muda macam-macam keinginan nak kita rasa dan lalui, jadi bergantung kat dirilah semuanya, batasan dan nilai agama yang kita belajar, perhati, nak praktik kat diri sendiri. Antara nafsu dan keinginan, rasa ingin tahu, semua bersatu. Jadi proses ni semualah yang mendewasakan kita menjadi orang bernilai dan bermanfaat. Masa nilah kena pandai pilih kawan, kawan yang support, sefahaman dan sebagainya. Panjang pula mukaddimah tak berkaitan. 


Jadi memori universiti kita bungkus, cerita pasal makan. Dah sampai Johor Bahru, kami terus pusing sekitar dan decide cari makan malam terus, dan suami bawa ku makan kat tepi muara, berdekatan dengan Singapore. Dari tempat makan nampak negara Singapore, bestnya, even dekat tak pernah sampai lagi, tak tahu bila ada rezeki boleh sampai sana. Nama tempat makan ni Senibong, tempat agak tersorok juga, tapi ramai jugalah orang yang datang makan sini, mungkin salah satu sebab viewnya. Disebabkan kami sampai awal sikit dari timing makan, makanya tempat makan masih lapang dan parking kereta pun takde masalah. 


Menikmati makanan laut segar sambil menyaksikan pemandangan laut dan ketenangan pesisir pantai pasti memberi kelainan rasa, macam orang nak minum teh Kat cameron, sebab nak suasana, kihkih. Tempat makan Senibong ni  terletak di pesisir pantai Selat Tebrau yang menghadap Sembawang dan Senoko, Singapura menjadikan restoran di sekitar Kampung Senibong ini antara best views sambil makan. Malam lagi cantik view dengan lampu neon yang menerangi pesisir lautan. Serius cantik dan angin tepi laut best sangat. 




Kat sini banyak amat kedai makan ye, nak pilih kedai mana-mana pun boleh, dalam 10kedai juga rasanya berderet. Memang rambang mata ye untuk memilih lauk nak makan, semua nampak sedap kalau jadi lauk. Hasil laut seperti udang kara, ketam pelbagai saiz, udang kara, udang kecil, sotong, ikan jenahak, ikan siakap, siput dan seafood ku tak pernah tengok pun ada, jenis jenis siput pun masyaallah banyak jenis, tak pernah terfikir boleh makan, ada iras-iras kat tempat makan sabah pula dan macam-macam lagi boleh dibakar, digoreng atau dijadikan variasi lauk yang pelbagai atas pilihan kita. 


Terus tuju ke tempat makan, iaitu reestoren depan sekali Selera Senibong dan kami pilih dulu lauk yang nak dimasak, rate kat sini tak berapa murah juga ye, tapi no doubtly masakan kat restoren yang kami makan ni sedap sangat, ku masih teringat-ingat siput gonggong masak cili kering, dan kingcrab masak telur masin ni, cukup rasa dan sangat sangat sedap dikombinasikan dengan segala seafood yang segar bugar ya, memang perghh, ummphh terus bila masuk mulut, adoii kecurr liur kalau teringat. Sama juga masakan ketam, tak habis kami bungkus buat balik buat masak cili, sedap rupanya masakan cili kering ni, sambung ratah kat homestay pula. Tengok lauk yang kami pilih, tak sangka kami sanggup habiskan duit sebanyak tu semata makan aje, iyelah semuanya pencinta seafood, ku pilih siput, suami nak kingcrab, anak lelaki pula nak ketam biasa, anak perempuan nak makan udang pilih masak butter, favorite kami berdua sotong, buat sotong celup tepung pun tak tertinggal, nasib tak ambil ikan, kalau dak tak tahu nak telan camno, terlebih kenyang ratah lauk aje. Ada ye yang jenis kumpul duit untuk makan sedap, dakulah tu, kihkih. Tak beli emas takpe, hahaha. Masa tengok resit makan tu, kami laki bini cakap "lainkali kita tunggu orang belanjalah pula kalau nak makan cemni" hahaha, haraplah sangatkan, dalam mimpi ajelah. Tak pun kena menabung dulu semata bab makan macam ni. Yang pasti wajib kena repeat, huahuaa. 



Itu yang sebal bila naik penimbang sekarang. Karang lapor jadi harimau, terlebih makan jadi harimau gebu. Apalah dosa. Astaghfirullah, nak turunkan satu kilo pun seksa. Apapun singgah makan kat Selera Senibong antara best seafood yang kami pernah makan, puas hati tak tara, ada rezeki lagi singgah tempat makan seafood nak repeat kat sinilah. Yang penting semua lauk licin malam tu, berbaloi. Itu yang best bawak anak-anak makan, time depa taram sampai licin tu, masyaallah puas hati kita tengok dan rasa, tu sebab suka bawak depa jalan-jalan, they really appreciate it, alhamdulillah. Moga contoh kami tunjuk dapat anak lelaki praktik terutamanya perturunkan buat anak keturunan mereka, Amin. Belanja anak-anak makan is the best moment. 


Letak sini kenangan boleh makan makanan best, supaya kami tak pernah lupa nikmat yang pernah kami rasa, even sekarang banyak cubit ikan masin dengan budu, pun bertambah dan berselera juga, alhamdulillah senang dan susah ni, semuanya nikmat, nikmat diuji pun nikmat, begitulah hidup, yang penting dalam apa jua keadaan, bersyukur, yakin dan pasti dengan janji Allah untuk orang yang sentiasa bersyukur. 

SABA Restoren Cyberjaya

8.15.2024

SABA nasi Arab kat Cyberjaya ni antara my favorite place kalau nak rasa makan nasi Arab yang sedap. Ada orang kata rasa nasi Arab kat SABA ni biasa-biasa aje, ada yang kata sedap. Kat tekak dan selera daku, alhamdulillah nasi Arab kat sini cukup rasa dan boleh repeat. 


Benda kait dengan rasa ni subjektif. Kadang orang dok kata tempat situ sini viral, popular, sekali kita try tak kena pun dengan tekak kita kan? Jadi bab makan kat luar ni cemtulah, rezeki dapat yang sedap itu bonus, rezeki dapat yang tak sedap pun alhamdulillah, perut kenyang juga dapat makan, cuma tak repeat dahlah, hehehe, gitulah sifirnya. 


Kami first time makan kat SABA ni masa stay Banting, bila dah makan kena tekak, asal nak makan nasi Arab kami datang sini. Takkan tak try tempat lain?Rugilah. Eh, mestilah kami cuba juga, tapi tempat yang sedap juga kami banyak kali repeat. Kat SABA ni salah satu sebab tempatnya besar dan lapang, so kalau ramai orang pun tak nampak padat dan sesak.



Tapi dalam banyak-banyak restoren nasi Arab yang masuk dalam list daku, Al-Rawsya Ampang, Hadrawmat, Saba Cyberjaya, Al Raudah Cameron Highland, Al-Diafah Petaling Jaya. Satu lagi yang berjaya letak dalam toplist daku simpan sendirilah, shawarma daging cheese rasanya tu melekat teruk dalam memori daku, rasa macam makan kat Mekah dah lakiku cakap, so next destinationlah tu agaknya, Amin. Cukuplah daku anak beranak aje penuhkan kedainya, sebab kedai kecik aje, kena serang netizen suka beratur, kempunanlah daku nak makan kalau nak kena beratur dulu. Wakakka. 



Sekarang dah ada rempah segera nasi Arab, jadi time nak makan, time rasa nak buat, boleh buat nasi Arab sendiri aje, even tak sama taste yang kat kedai bolehlah buat lepas rasa. Jimat pun ye. Nasi Arab ni bagiku semua kena sedap, terutama nasinya, kalau makan nasi saja je pun dah sedap amat, memang A lah tu, combine lagi dengan daging kambing dan sambal lada tomato tu, ermm memang umphh teruslah rasanya. Tiga elemen penting yang menentukan rasa nasi Arab sedap amat nasi rasa rempah yang padu, perapan kambing/ayam, dan sambal lada, cukup rasa tiga ni, confirm boleh repeat makan. 


Balik dari road trip Selatan kami ambil kesempatan singgah makan kat Saba Cyberjaya ni, makan solat, dan bertolak balik. Bila duduk jauh dari tempat favorite ni cemtulah kena buat, ambil peluang singgah kalau lalu, pergi sana, yelah kalau semata pergi sana untuk makan semata rasa tak berbaloi pula, alang-alang lalu kita singgah. Gituuu. 


AyahMan Strawberi & Scones Restoren

5.30.2024

Siapa tak kenal scones Ayahman kalau naik ke Cameron Highland kan? Antara famous scones, juga yang sedap dan agak berpatutan harganya. Kat mana-mana gerai kebanyakannya Ayahman Scones ni antara yang banyak dijual terutamanya di Kea Farm. Datang kali ni kami berpeluang masuk ke area Taman Sedia, sebab tak ramai sangat. Taman Sedia antara tempat yang sesak bila waktu cuti ye, dari pagi sampai petang. Antara sebabnya makanan sedap-sedap dan terjamin halal toyyiban kat sinilah banyaknya pilihan. Tak mudah ye nak masuk sini kalau waktu cuti panjang, cuti umum, dakulah tu. Tak sanggup. 



Ada kesempatan dan peluang kami memilih untuk sarapan pagi kat sini, kami tak nak ulang dah pergi yang popular sangat, sebab tak sesedap yang di katakan, iyelah selera tekak lain-lain. Jadi kami cuba kat sini sebab nampak bunting promo nasi lemak kambing bakar. Perghh, pantang betul tengok kambing bakar. Terus semangat peminatnya. Ku ingat masa ni dah hujung Syawal dah, tengah trending menu laksa johor. Sebab customer complain harga laksa johor mahal, pastu teruk kena kecam, well deserved. Memang laksa johor ni renyah ye buat, bahan mentah nak buat boleh tahan mahal kalau nak yang rasa premium, Ku pernah buat, dan ku serik, pasalnya tak padan berpeluh kat dapur, buat punya lama, makan tak sampai 15minit. Wehh, jadi next kita order jelah, kihkih. 



Antara menu kat Restoren Ayahman Scones ni, laksa Johor. Wehh, macam tahu-tahu je kita nak makan, jadi ku order laksa johor untuk makan pagi, harga setara dengan portion sizes, kenyang. Yang penting rasanya sedap, secukup rasa. Yang lain anak-anak order nasi lemak, dan juga scones Ayahman. Air kat sini free flow untuk air kosong, air lain yang bermacam jenis boleh pilih sekali je dan layan diri buat. Masa kami datang makan tu memang tak ramai sebab memang yang datang bercuti atas Cameron tak ramai macam hujung minggu biasa. Mungkin ramai tengah pulun buat open house masa ni. 



Jadi kami memang bertenang-tenang gitu makan kat sini, kalau dak memang rushing makan sebab memikirkan orang lain pula nak duduk makan. Kalau tanya kami scones mana yang paling sedap, tak boleh nak letak range nombor, sebab bukan favorite satunya, selain tu, memang rasa semua scones lebih kurang sama aje, beza lembut gebu dengan tidak je. Tapi kalau betul-betul nak makan scones singgahlah makan dekat KHM strawberries dan scones selain sconesnya yang sedap, jem strawberry kat sini memang lain dari yang lain. Puas hati, kedua scones yang sedap ku recommend dekat Teh Boh valley, memang sedap. 


Jadi menikmati makan pagi yang sedap rahmah besar jua, dapat makan makanan mengenyangkan, menyelerakan, dan disamping menikmati suasana dan hawa sejuk, nikmat mana lagi nak didustakan. Alhamdulillah. Ayahman Restoren punya menu memang tak mengecewakan kami, will repeat breakfast kat sini, try menu lain pula. Kalau kat Taman Sedia ni banyak jugalah Restoren dan kedai makan yang berbaloi, sebab tu tak pelik kalau kat sini selalu je ramai dan sesak. Ku prefer makan kat sini lebih berbaloi, nasi lemak sedap, ikutkan hawa nafsu Ku nak order dua-dua lontong johor dan laksa johor, tapi itulah bab hamakk nak makan ni jangan diikut sangat, hahaha. Next time ye, next time. Haishh. Nak datang masa cuti panjang, timing tu penting, tu ja key points nya. 


Ayahman Strawberri Cameron Hinghland
NO. 44, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

Pizza Tiny Boutique Cafe Taman Sedia

5.18.2024

Siapa tak suka pizza? Antara kegemaran daku, dulukala zaman sekolah Pizza Hut pilihan kami sekeluarga, since bila tak ingat dah, lama betul tak beli Pizza Hut sebab rasa dan rupa dah beza dari yang dulukala, roti tebal dan keras semacam, kami bertukar Dominos Pizza, pun bila tertengok benda tak patut tengok tular dulukala penyedia pizza ni buat bila marah kat last customer bila kedai dah nak tutup, di l#d** kat atas pizza tu, ku tak selera dah nak pergi atau order, even benda tu dah bertahun tahun dah, tapi teringat peel tak senonoh manusia takde adab dengan makanan ni, memang ku tak boleh. Pun ku dah tak ingat kali terakhir bila makan jenama ni. Jadi bila dah lama tak makan benda yang kita suka ni, kena carilah alternative lain yang kita tak pernah cuba.


So kali pertama cuba Pizza kat Boutique Tiny House Tanah Rata, sedap dan menepati seleraku. Mungkin dimakan ketika panas, cuaca pula sejuk. Memang umphh, sedap, roti crunchy tepi, belah dalam rasa lembut, rasa roti pun sedap, camne ku tahu sedap? Sebab anakku spesis makan roti pizza aje, isi tak makan, means kalau makan rotinya, sedaplah tu. Isinya padat tapi tak tebal. Juicy dan cukup kombinasi bahan, just nice. Kalau terlalu tebal sampai ambil sekeping habis tumpah isi dalam pun tak syok juga. Harga pun affordable sangat. 


Kali pertama try, kali kedua try, dan kali seterusnya setiap kali rasa nak makan pizza sanggup panjat Cameron Highland, nasib baiklah gunung belakang rumah, kalau tak rela bakar pizza dalam kuali ajelah. Sekarang pun sangat teruja tengok anak-anak muda buat homemade pizza dan buka small bisnes, buat depan rumah, buat depan mata kita dari base roti lagi, boleh tengok step by step lagi sampai depa bakar, dan pizza cemni depa deko-deko tempat makan kat laman rumah atau buka gerai, lebih santai dan buat kita lebih banyak pilihan untuk makan, jadi takdelah tertumpu kat satu brand yang dah gah saja. Apapun satu peluang besar juga untuk anak-anak muda buat bisnes kan? Sama macam bab coffee, dah ramai yang kreatif meniaga kopi, best pula tu, even kedai simple sempoi, memang padu perginya. Next time ku share tempat yang biasa ku pergi. 

Yelah kadang kita bukan tak nak buat dan makan kat rumah, tapi kita nak suasana kedai, kita nak angin luar, nak lepak dalam keramaian gitu. Feeling tu lain sikit dengan me time, family time. Macam makan pizza ni, bukan tak boleh buat atau beli dan makan kat rumah, sekali sekala nak makan kat luar. Boleh sangat effort nak buat tu, anak-anak pun boleh buat aktiviti masak-masak. Tapi itulah, banyak tapinya. Nok ko suasano! Jujurnya gitulah, hahaha. 


So back to Pizza Tiny House ni, anak-anak muda juga yang buatnya. Pandai depa nohh, ku memang recommended yang naik Cameron Highland antara tempat makan best kat cafe nilah. Banyak juga choice makanan lain, ada pasta dan western food etc, makan pizza saja pun dah kenyang sangat. Surrounding kat sini pun cantik sangat. Korang try ok. 


Tiny Boutique Cafe 

24, Kg, Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang

 

 

Nasi Arab Cameron

11.15.2023

Sebut nasi Arab ni, most favorite kami sekeluarga. Memang once a time atau terasa nak makan nasi Arab kami makan kat Cameron Highland. Jika balik kampung ikut Cameron Highland pun, antara Restoren yang kami singgah kat sinilah, nasi Arab Al Raudah Arabian food. Nak cari nasi Arab sedap dan kena dengan tekak memang agak payah, since dah bermacam kedai Arab kami cuba(mana tak berat naik badan tu, asyikkk makan je kejenya) ada 4 tempat aje yang kami repeat, mostly repeat kalau berkebetulan sampai kat tempat yang ada nasi arab kami suka tu. Next time lah ku senaraikan. 


Ni nak cerita nasi Arab kat Cameron Highland dulu, macam mana kami tercuba makan. Cameron Highland ni kalau makan, salah pilih, tak survey dulu memang cantas korang punya poket, beg duit pun rabak kes makan saja. Kalau sedap takpe, kalau tak sedap tu rasa ralat, rasa tak baloi, rasa ruginyaaa. Macam tu lah bab makan kat atas gunung ni, rasa pernah ku cerita kalau nak cari masakan, makanan pagi yang sedap kat Cameron Highland almost tak jumpa lagilah, itu kamilah. Sebab tu tiap kali naik Cameron Highland makan pagi kami masak, buat makanan sendiri lagi puas hati. Tapi untuk bab makan tengahari banyak sikitlah pilihan kat sana, kena pandai cari kedai makan je. Makan malam pun sama biasa kami buat steamboat kat bilik/rumah homestay je. Sejuk dah satu hal kat luar, nak bersiap-siap ke luar tu lah yang paling malas benornyee. 



Yang ku share ni pengalamanlah, yang tak pernah singgah makan, nak cerita macam mana, tak feel pulak, ahahaha. So kalau nak makan makanan yang mengenyangkan, puas hati, makanlah nasi Arab Al Raudah Arabian Food kat Tanah Rata. Lokasi kedainya mudah je. Dari bandar Tanah Rata tu, lalu depan balai polis, straight je sikit belah kanan ada deretan rumah kedai, kedai nasi Arab ni hujung sekali berdekatan CU mart, belakang Hotel Century Pines Tanah Rata. Nak senang bila order singgah makan nasi arab kat sinilah, cepat pun cepat. Yang penting memang nasi arab kat sini terasa rempahnya, menu pula ada pelbagai untuk sajian nasi arab. Tak nak makan nasi makan shawarma. Semua sedap. Nasi tak muak, rasa rempah arab termasuk daging/daging kambing/ayam memang terasa perapannya dengan rempah, takde rasa kosong macam certain tempat. 


Selain nasi dan lauk, tentulah sambal lada tomatonya yang sedap, cukup rasa lada, masam tomato. Kami kalau datang sini wajib minta cili hijau lebih, kasi padu dan ngam bila makan nasi selang seli gigit lada dan bikin menambah, grrr. Nilah yang buat punah diet, ahahha. Ohhhh dan yang lagi penting, harga nasi arab kat sini berpatutan dan dikira murah jugalah dengan portion yang di beri. Puas hati. Kedai bersih, teratur, dan tempat duduk makan selesa, tak bersempit-sempit. Pilihan kami yang anak beranak ramai ni, sebab tiap kali singgah takde lah ramai sangat orang sebab waktu/timing kami singgah luar dari waktu makan. Anak-anak pun selesa sebab takde pelik-pelik deco, simple tapi sangat okaylah. 


Kalau dah buntu sangat nak makan kat mana bila datang Cameron Highland, Al Raudah Nasi Arab ni wajib cuba, ku recommend sangat kat sini. Kalau jenis yang suka makan yang jenis lauk-lauk banyak bila waktu tengahari, ada juga restoren yang selajur je bangunan dengan kedai nasi Arab tu. Nasi Arab ni makan tengahari sesuai, makan malam pun sesuai. Tiap kali kami singgah sini, selalu je cakap, apesal takde orang ye, padahal sedap sangat menu-menu kat sini, kihkihh. 

Kambing Perap

11.10.2023

Cerita tentang binatang atas daratlah pulak, habis cerita binatang dalam laut, sambung cerita binatang darat pulak. Dalam banyak-banyak Nikmat makan, ku syukur sangat Allah kasi nikmat boleh makan daging kambing, sebab memang ada ye orang yang tak boleh telan daging kambing, hamis dan berbau pelik. Ada macam-macam, ada yang makan jadi pening, ada yang makan naik darah, tapi alhamdulillah daku kalau makan daging kambing, bertambahlah jawabnya, tolak batu kayu je, ahahaha. Yang halal, sedap, rugilah tolak.

Anak-anak pun sama ku dah ajar depa makan daging kambing masa kecik lagi, pun jadi favorite depa gak lerr. Mungkin kita pernah lalui saat sukar, nak merasa daging kambing ni tak mudah ye. Sama macam daku, that's why sangat menghargai makanan, ku masih ingat lagi kambing tersedap yang pernah Ku makan dulu, dengan view satu KL yang cantik, masih melekat diingatan rasa kambing tu. Lamb Shank namanya, kat Restoren Haven ampang. Dah tak wujud pun Restoren tu, tutup akibat dek tanah runtuh kawasan tersebut. At least pernah ada kenangan melihat pemandangan malam kat sana sambil menikmati daging kambing yang sedap. Masyaallah. I love city view, sekali sekala, the lights, the noise tapi tak boleh lamalah. Sehari dua okaylah. 


Dan kedua rasa kambing sedap dekat Restoren Al-Rawsya. Sekarang kambing bakar favorite Pak Mat Western la setakat hari ni, bukan sebab apa pun, sebab antara daging yang lembut, empuk bila masak. Ku dah banyak juga makan kat cafe dan restoren yang serve lamb grill, kebanyakannya mengecewakan sebab almost keras nak tercabut gigi bila makan, tak lagi bab kunyah, lenguh habis rahang mengunyah untuk kasi telan. Rasa not worth it sekarang kalau pergi cafe lah apa pun, hipster tak hipster yang ada lamb grill, memang buat rugi je kalau order lamb grill. 


So the best and worth sekarang beli kambing pak mat western je. Certain orang mungkin tak masuk lah sebab perapan kambing Pak Mat Western agak manis jugak bagiku, tapi still okay, boleh adjust rasanya. Sepaket pun puas hati, untuk kami satu family lapan kepala yang semuanya suka kambing, 2 paket 500gram kambing perapan dah mencukupi, sedang elok, harga 2 paket tak sampai seratus pun. Buat potato mash, fries, salad sendiri, dah lengkap satu hidangan kambing grill sepinggan sorang, memang jimat. 


Pernah juga ku beli kambing frozen yang siap potong tu, konon nak perap sendiri, apa tak sedap wehh, sebab bau hamis tak hilang dan kuat jugak baunya. Entah camnelah Pak Mat Western buat hilang bau tu. Lepas pada try buat sendiri tak jadi, senanglah sekarang, beli yang dah siap perap je lah, settle! Buka paket bakar je. 


Pernah buat kambing bakar masa aqiqah anak, seekor tak cukup ye, dua tu sedang elok, punya ramai rupanya peminat daging kambing ni, lagi pulak yang bakar. Kalau nak jamu kambing, family ku saja pun dah seekor, tak campur jemputan lagi, punya ramai anak-beranak. Tapi time jamu kambinglah, jemputan memang ramai yang datang, kira special betullah bila jamu kambing ni. Nak makan kambing kat kampung, tunggu masa aqiqah anak-anak lerr. 


Sekarang asal  cerita nak makan kambing bakar cari je kambing perap Pak Mat Western. Apapun ini bukan iklan berbayar, just sharing kesedapan dan puas hati layan makan kambing Pak Mat Western. Hahh, bab makan ni ada je ideanya kan? Pastu bilang nak kurus..... 

Nasi Kerabu Tumis Budu Kelantan Mudah dan Sedap

11.02.2023

Nasi kerabu ni memang antara menu pilihan dan kesukaan tak tunggu tika bulan Ramadhan je. Kalau dapat maka  hari-hari masa breakfast, heaven uiii. Nak cari kat Bazar Ramadhan memang takde yang kena dengan selera sendiri. Kalau kat Kelantan boleh kata breakfast menu setiap hari sebab tak pernah boring menu yang satu ni. Tapi dah kalau duduk bermastautin kat luar nak cari yang sedap dan ikut selera sendiri agak payah juga lah. 

So the best way, kena buat sendirilah. Nasi kerabu kelate version yang Ika buat ni paling simple dan yang penting tahan lama insyaallah sambal kelapa tahan sampai ke sahur malah boleh disejukbekukan. Sebab ianya dimasak.

Average hour buat nasi kerabu ni sama dengan buat nasi ayam dalam 1 jam. Beza bahan je. Senang sangat kot buat nasi kerabu. Ni resepi sangat mudah tapi menyelerakan, yang penting puas hati makan. Nasi kerabu akhir zaman ni dia punya mahal memang melampau lampaulah, tapi tak boleh nak kata apalah sebab tengok juga bahan mentah lani, berpeluh sekali membeli. Jadi memang setiap kali buat ada hasil masakan yang tak habis ku bekukan, jimat banyak kalau nak repeat makan. 


Sebab sekali buat memang buat lebih bab condiment tu macam sambal kelapa dan tumis budi, nanti nak makan lagi je defrost je then sediakan ulam, budu, sambal lada dan tanak nasi je. Okey je makan yang reheat ni, yang tak boleh tu apa boleh buat kena rajin jelah, macam daku alhamdulillah perut takde masa lah, semua telan apa yang boleh dan halal. Lagi pula makanan yang masak sendiri, lauk tak habis kalau banyak sangat ku simpan, kuah lebih simpan freeze, nak guna masukkan lauk lain je. 


So meh kita buat nasi kerabu hari ni, sekarang sebungkus nasi kerabu kalau caj RM8-RM10 tu biasalah, tengoklah cara nak sedia pun, bahan mentah lagi, memang boleh tahan mahal dan ambil masa kalau nak makan, tu sebab berbaloi buat sendiri. Selamat mencuba.