Pasar Basah Pasir Penambang

9.21.2020

Antara favourite port kami laki bini cari seafood selain kat Pantai Remis, Ladang Bikam dan tempat Ikan segar lain, Pasar Basah Pasir Penambang antara seafood yang harganya sangat berpatutan jadi pilihan kami. Lebih kepada nak jalan-jalan makan angin jugak sebenarnya pun tu yang sanggup berjalan punya jauh cari ikan dan seafood semata-mata, wakaka. Jenis tak boleh duduk diam-diam dalam rumah macam tulah, asal hujung minggu mulalah sel sel otak berhubung memikir nak keluar pergi mana, dapat keluar beli pisang goreng pun jadilah. Suami plak ada gen dari arwah abah, stail nak pergi sesuatu tempat bukan jalan shortcut dia cari, sengaja cari jalan jauh, tak pernah lalu, kita layan sajalah.



So di hujung minggu yang di nanti-nanti sambil layan breakfast berborak-borak, tinggg! Suami ajak "Jom kita keluar cari ikan segar", apa lagi, usai siap makan, siapkan kerja-kerja rumah, make sure rumah kemas bersih, bersiap-siap keluar dari rumah. Bila dah keluar nak sampai ke tempat tujuan tu kadang 2,3 kali berhenti singgah stesen minyak, yang tu nak buang air, yang ni lapar dahaga, macam-macamlah. Macam tulah kalau dengan anak-anak ni, layan sajalah, kadang terfikir betapa sabarnya mak ayah dulu-dulu, dengan kemudahan tak semudah sekarang, dengan anak yang ramainya. Kita selalu cakap tak boleh nak bandingkan zaman dulu dengan sekarang, cabarannya lain, tapi apa yang mak ayah orang tua kita lalui dulu boleh di jadikan panduan bagi kita pada hari ini, sebab apa? Sebab kita hari ini hasil didikan mak ayah juga, yang baik, terbaik dan terbagus kita apply balik untuk anak-anak.


Tak kira dalam apa-apa aspek, at least ada the best thing yang mak ayah tanamkan dalam diri kita untuk mengharungi kehidupan ni. Ceritanya, kes terlalu lama anakanda tak makan ikan akibat asyik menu ayam dan daging sahaja, minggu tu anakanda minta gorengkan ikan masin je makan dengan nasi, gaul kuah budu, kicap, sambal berlauk kan ikan masin, tu pun dah makan bertambah. Ayahnya tak menyempat pergi pasar cari ikan segar, so seminggu tu layan sajalah permintaan anakanda nak makan ikan masin, asalkan menu ikan. Dari gulai lemak ikan masin cencaru, ke sayur goreng dengan ikan kering, semua licin. Makanya minggu tu ingat nak cari lah ikan segar. Dari nak cari kat pasar je terus tukar ke Pasar Basah Pasir Penambang terus.


Sampai sana dah lewat petang sangat dah, kami sampai dalam 5.30 petang kebanyakan kedai, gerai dah ada yang mula berkemas untuk tutup, tapi orang masih ramai. So pusing-pusing, nampak ada ikan yu saiz sederhana, dan bermacam jenis ikan lain. Suami suruh pilih seekor ikan besar kecuali siakap sebab tukang masak tak nak dah masak ikan siakap, makanya di beli ikan jenahak buat masak. Borong kerang sekali dan ikan cencaru segar. Cari ikan selar semua gerai takde jual, bukan musim agaknya. Ikan selayang pun takde, dua ikan tu antara kesukaan dan banyak resepi boleh buat termasuk percik, so beli apa yang ada sudah lah. Habis dalam RM140++ untuk ikan jenahak, yu, cencaru, Kerang, udang. Berbaloi lah, termasuk mentarang 2 kilo masa on the way ke pasar basah tu.


Selesai beli, kami singgah makan malam terus sebab depa dah mula berzikir lapar, makanya untuk mengelakkan drama dalam perjalanan balik, maka kenyang kan perut anak dulu. Sedang elok sampai rumah boleh solat isyak dan semua bersiap tidur. Ingatkan dah beres, rupanya tidak. Ada yang meminta nak makan mentarang celup tepung, makanya bertukar chef siapkan makanan supper. What a life, so siap dah lelap sekali round bangun dapat makan lagi. Mana tak menari lemak dalam badan ni. The best thing happen after pkp suami dah pandai tunjuk skill masak, hikmah pjj masa pkp hari tu, even tak dapat berjemaah every 5 times solat, alhamdulillah syukur sangat dapat berjemaah dengan mak ayah sepanjang PKP, what a blessing. Selagi mana kita bersyukur dengan rahmat dan nikmat Allah kurniakan, lagi bertimpa-timpa Allah limpahkan nikmatNYA, tunggu kita je sedar dan ubah segala rungutan ke arah yang lebih positif. So minggu tu memang layan makan ikan jelah, anak-anak memang suka lah menu ikan ni, buatlah ikan masak apa pun wajib licin, lagi-lagi kalau buat stail sambal pecah minyak, uii tak cukup 3pot beras tanak, kihkih. Menu ikan macam ni kalau kedai kalau tak cecah RM50 ke atas memang tak sahlah kan? Tapi kalau nak makan kat luar layan lauk macam ni sekali sekala memang best, yelah makan kat rumah dan kat luar feelingnya tak sama, gituu. Betul tak? Kihkih.