Mula Berjalan dengan Baik

9.23.2020

Perkara yang paling Ika syukur selama hampir 10 tahun ni adalah buat keputusan untuk bergelar surirumah. Walaupun pada awalnya sakit hati, kecewa dengan jangkaan dari orang lain, marah dengan kata-kata negatif orang, alhamdulillah tak sangka hampir 10 tahun tu juga dapat di lalui dengan baik walaupun terlalu banyak air mata dah luruh, hati di tikam berkali-kali, hanya bersyukur dengan nikmat hari ini. Sungguhlah segala ujian pasti ada hikmah besar yang kita tak tahu dan rasa sehinggalah pada masa yang tepat dan baik semuanya rasa manis belaka walaupun pelbagai perisa pahit, kelat, masam, masin, tawar. Takde perisa begitu dalam kehidupan tak best pulak, hidup dan ujian berpisah tiada dalam kehidupan sebagai hambaNYA, betul tak? Teringat dulu masa suami nak mengorat dan setuju sebagai pasangan bercinta, siap cakap kat suami kita try tiga bulan bercinta kalau rasa tak boleh pergi jauh, kita sambung kawan baliklah, ewahh semudah begitu je kuborak dengan suami, hahha. Kemudian saja nak uji suami, bagitahu supaya baik suami cari orang lain je untuk bercinta and jadi partner sebab masa tu Ika masih tak dapat kerja, tambah pulak masa tu trending mak-mak mertua cari menantu orang kerja kerajaan. Ayat balasan tak boleh tahan dari suami, "taknak lah, saya nak awak je, tak kerja pun tak apa, kerja dengan saya je untuk selama-lamanya", tersengih-sengih busuk teringat ayat mengayat, haiihh orang tengah angau ni macam-macam ayat keluar, wakaka. Tak sangka pulak jadi betul kata-kata suami, dari awal kahwin ingat nak jugaklah cari kerja dan sempat kerja sekejap. Tapi ditakdirkan jadi surirumah adalah takdir terindah buat diri, syukur seadanya dengan anugerah nikmat Allah.


Salah satu yang paling best dapat tengok dan perhati teliti setiap progress setiap anak. Walaupun dulu rasa rendah diri sangat, tapi rasa bangga jugaklah berjaya harung cabaran dan dugaan hampir 10 tahun bergelar surirumah, bukan mudah tapi Allah jualah yang mempermudahkan segala urusan. Si bongsu Haniy tunjuk perkembangan ke fasa seterusnya iaitu berjalan. Punya lama abang kakak tunggu, 1 tahun 3 bulan barulah ada keberanian untuk terus berjalan. Biasa umur 1 tahun 5bulan perkembangan berjalan tu dah tahap Pro dah. Semua anak-anak Ika merangkak selama tempoh 6bulan ke 8 bulan lamanya. 



Walaupun tak secepat perkembangan anak-anak lain tapi dah faham setiap anak ni unik dan perkembangan mereka berbeza, so takdelah sinikal sangat bila orang tanya anak dah pandai buat apa? Kita memang tak boleh kawal apa yang orang akan tanya, fikir dan kata kat kita, tapi kita boleh kawal diri sendiri untuk bersangka baik dengan apa yang orang tanya contohnya bila nak tambah anak etc, ni antara soalan kegemaran kot sebab Ika antara yang kerap bersalin, hahaha. So let it be dan jawab baik-baik sajalah, moga ada ganjaran buat kita sendiri menahan sabar. Hidup ni begitulah yang datang dan singgah dalam hidup kita bukan sesaja Allah izinkan datang dan pergi, ada pengajaran, panduan dan pelajaran yang Allah sertakan untuk kita berfikir.





Bila anak dah start berjalan ni cepat je fikir anak-anak membesar. Baru-baru ni, salah seorang rakan bisnes share akan kehilangan anak sulung dan mak mertua dalam kemalangan, sedih pedih tu terasa kat kita juga, terus belek-belek gambar anak-anak dari mereka lahir sampai besar, entah berapa lama lagi Allah pinjamkan tak tahu, tapi selama Allah pinjamkan ni berharap, berdoa dan berusaha dan dah buat terbaik untuk mereka sebagai amanah yang Allah anugerah kan kita sebagai mama ayah. Cuma sekarang hargai sajalah masa yang Allah kurniakan untuk menikmati nikmat berkeluarga.


Milestone anak mula berjalan ni memang di tunggu-tunggu kebanyakan kita kan sebagai mama ayah? Kalau anak lambat berjalan jangan terlalu risau sangat melainkan dah tunjuk red flag tiada tanda nak berjalan mulai umur 12bulan ke atas, biasanya anak-anak umur 12 bulan ke atas mula berdiri dan berpaut berjalan dari jarak satu tempat ke satu tempat yang sebelum menunjukkan kemahuan untuk bangun berdiri tanpa apa-apa sokongan. Ni antara red flag yang ibu bapa boleh ambil panduan jika anak tidak menunjukkan perkembangan untuk berjalan. 


12 bulan: Masih belum boleh berdiri dengan sokongan
18 bulan: Masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan
24 bulan: Masih belum stabil semasa berjalan.


Bila dah laju berjalan sambil berpaut, lama-lama memang mereka akan mula me cuba untuk berdiri dan berjalan tanpa di pegang atau meme gang sesuatu. Lagi satu guna walker takkan membantu anak anda berjalan dengan cepat malah silap cara boleh buat otot kaki anak cedera. Bila anak dah start berjalan jangan over sangat sampai setiap masa paksa anak berjalan, kes nampak comel sangat dia berjalan. Just follow je aktiviti dan kemahiran anak berjalan. Dah nampak makin lancar berjalan tambah aktiviti lain untuk memahirkan lagi aktiviti berjalan.


Kalau anak-anak selain anak sulung ni, kira beruntunglah sebab diorang ada guidance dari abang kakak mereka, perhati abang kakak setiap hari pun dah banyak bantu anak untuk meningkatkan perkembangan dan kemahiran dengan lebih cepat. Macam Haniy ni banyak sangat dorongan dari abang kakaknya tu yang cepat je bila dah start berjalan takde sekejap-sekejap dah, terus nak laju je jalannya. Apapun selamat maju jaya anak mama bongsu keladi ni. Yang pasti mama pun kena turut aktif berjalanlah, kasi lemak-lemak yang ada ni burn, lagi best berjalan-jalan makan angin dari jalan-jalan bakar kalori, kehkeh.