Menikmati makanan enak sambil kaki bermain air sungai antara pengalaman unik yang dapat anda rasai jika berkunjung La Cottage Cafe kat Sahom Kampar ni. Semacam satu trend, makan kat dalam sungai ni sebab dah makin bertambah restoren berkonsep alam sekitar dan semulajadi yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam dan dalam masa yang sama dapat mengisi perut yang kelaparan. Lagi best bila makanan yang dimasak sangat sedap dan kena dengan selera. Nak dijadikan cerita selepas bawa mak ayah jumpa kawan yang terpisah sejak 40 tahun di Kampung Gajah kami bergerak ke Ipoh. Tapi suami ada plan tak terjangka singgah makan kat La Cottage Cafe ni sebelum ke Ipoh.
Alhamdulillah sepanjang mak ayah datang cuaca memang cerah dan baik je berbeza sangat sebab sebelumnya memang setiap hari akan hujan. Eh!macam tahu-tahu je kita nak bawa mak ayah jalan-jalan makan angin, almaklum lepas mak jatuh patah tangan, memang mak ayah tak keluar kemana-manalah, sambung pula dengan pkp, hampir setahun jugalah mak ayah duduk rumah tak kemana-mana. Memandangkan mak ayah niat datang Perak untuk berjalan-jalan makanya kita bawak lah kat tempat-tempat menarik. Tapi almaklum bukan mak ayah je nak keluar jenjalan lepas pkp, I though semua rakyat Malaysia yang kena kurung macam terlepas dari sangkar semua keluar jalan-jalan, mana taknya semua resort, penginapan, homestay, dan tempat bercuti penuh dengan orang ramai. Makanya bab main terjah jugaklah suami ni nak pergi La Cottage Cafe ni.
Nak dijadikan cerita kami sampai sana dah pukul tiga petang dah, orang pun masih ramai lagi tapi tak penuh. Suami pergi tanya if boleh makan lagi tak kat situ sebab makanan kat situ kena tempah dulu. Alhamdulillah rezeki kami tukang masak tu cakap ada group motor dari Penang tak dapat datang akibat hujan lebat masa diorang ride so tak dapat datang sebab tersangkut kat Rnr. So petang tu adalah makanan untuk kami petang tu, consider makan tengaharilah tapi lewat, alhamdulillah rezeki asbab depa tak dapat datang, kami dapat makan kat situ hari tu. Sebelum ni dah ada niat nak pergi situ, tapi tengokkan menu tak berbaloi nak pergi sebab menunya perset dan sangat banyak buat kami tujuh beranak, yang makannya kami laki bini je, budak-budak ni memang makan takat mana je, makanya kami tak jadi pergi sana. Rasa tak berbaloi juga kalau order makan tak habis, bungkus buat balik rumah, once dah bungkus memang tak terusiklah jawabnya.
Bila mak ayah datang ni haa kira peluang untuk kami lah merasa makan dalam air ni juga, tengok pun macam best, bila dah rasa sendiri memang best sangat pun. Anak-anak lagilah dapat main air jeram yang sejuk dan sangat jernih. Basah lencun semua main air, berendam kaki, tenang sangat bunyi deruan air jeram. Masa kami tunggu makan tu dah ramai yang beransur-ansur siap makan dan mandi. Kat sini meriah bila ramai-ramai makan, mandi. La Cottage ni ada juga chalet untuk penginapan, so yang nak menginap pun boleh kat sini, tempah siap-siap untuk makan sekali. Berbaloi kot set menu makan kat sini dengan harga serendah Rm150 dah dapat makan pelbagai menu dalam set tu. Macam yang kami ambil dan available masa tu set basic je, tu pun dapat kurang dari harga basic sebab ada satu menu tak cukup iaitu kerabu. Adalah dalam RM130 kena caj, nasi dan air boleh tambah pula tu for free. Kalau nak datang sini make sure datang dalam satu group 5-6 orang dewasa, berbaloilah nak makan, kalau berdua dengan anak-anak pun okay kot, tapi kena ulang makan, makan, mandi then makan balik second round, baru habis untuk elakkan pembaziran. Menu kat sini banyak set pilihan dari Rm150 hingga RM200++, nak yang ada menu udang galah ambil set yang 200++ tu, still berbaloi sangat sebab banyak sangat untuk setiap lauk tu. Dan yang pasti masakannya sangat sedap untuk setiap menu terutama gulai darat.
Nak datang sini senang sangat dari simpang tiga ke Sahom valley dari Kampar atau Ipoh tu straight je ke dalam hingga jumpa flyover sebelum ke Sahom Valley, dari flyover tu dah nampak restoren ni dari atas. Ika nak terang bab peta ni memang fail, korang waze je insyaallah jumpa. Yang penting buat tempahan dulu seawal sehari sebelum pergi makan tu. Biasa yang menempah ni akan duduk kat meja makan agak lama, tambah jika ada aktiviti mandi-mana kat jeram, boleh jadi setengah hari pun ada kalau yang datang balik hari, sambil makan dan mandi kekdahnya. Kalau tak nak menunggu lama, buat tempahan okay.
La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak
Jalan menduk Sahom,kg sahom, Kampar, perak
No Telefon :013-4966014
Facebook : La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak
Instagram : La'Cottage Cafe & Chalet Kampar Perak
Top Social