Masa dan Amalan

10.09.2020

148 Hari Pergi Selamanya
Hari ni genap 148 hari arwah mak saudara bongsu belah ayah meninggalkan kami. Rasa masih tak percaya, sebab pemergian mak saudara Ika dalam tempoh PKP. Tak siapa yang dapat menziarah kecuali yang duduk berdekatan. Adik beradik ayah yang pergi hanya mampu melihat kuburan sahaja tanpa melihat jenazah buat kali terakhir, apapun kami sangat bersyukur dan gembira kerana arwah mak saudara betul-betul terpilih kerana pergi di hari yang baik dan mulia, pada hari pertama 10 malam terakhir Ramadhan, urusan pengebumian pun dipermudahkan Allah Taala. 2 tahun disahkan punya kanser limfoma dan mendapatkan rawatan kimoterapi sepenuhnya, disahkan kanser hilang selepas complete 6 cycle kimo dan kanser datang balik dengan penambahan 2 tumor berdekatan mata dan otak. It's so devastating to being her, tapi kami keep positive and give full moral support. Setiap derita dan kesakitan pasti Allah sedia kan ganjaran buat hambaNYA.


Apapun banyak pelajaran yang Ika dapat ambil dari kehidupan mak saudara Ika ni. Mok cikyah Ika ni suka sangat menjamu saudara mara, tak kira bila-bila, hujung minggu, tak hujung minggu, hari cuti umum lagilah. Suka masak dan jamu anak-anak saudara, ipar duai, adik beradik, yang Ika tahu rumah mak saudara Ika ni tak pernah putus dari kunjungan orang. Tak kira masa pulak tu pagi ke petang, malam, semua layan. Hebat tak? Kita ni kadang nak terima tetamu datang yang sekali sekala dah tarik muka kes malas nak merenyah. Mak saudara Ika ni bukan macam tu, manalah semua tak sayang. Jadi pemergian mok cikyah salah satu kehilangan besar buat kami. Ika masih ingat lagi masa nak mula belajar kat Uitm Shah Alam, mok cikyah lah yang banyak tolong dari hari register sampailah part hujung minggu kalau boring pergi melepak kat kedai stationary kat seksyen 7 tu. Port wajib lepas tu dapat belaja makan. 

Setiap kali Ika bersalin one of person yang wajib visit Ika mok cikyah lah, lepas tu datang bukan dengan tangan kosong, wajib besar-besar gedabak hadiah dibawanya untuk baby, hmmm(crying). Sesungguhnya Ika saksi mokcikyah seorang pemberi yang sangat-sangat pemurah hati. Antara adik-beradik ayah yang sangat tidak pernah berkira dengan sesiapa tak kira macam mana buruk orang, dia layan dan bagi je tanpa banyak soal. Antara hadiah istimewa Ika dapat dari Mok Cikyah adalah buku dan jam ni lepas dari Mokcikyah tahu dan disahkan punya kanser. "Ikah guna lah buku ni sebaik-baiknya, sedekah kat Mokcikyah juga sokmo-sokmo supaya cepat sembuh". Jam tangan ni pun Mokcikyah suruh pilih dan ambil satu buat kenangan, antara jam-jam favourite arwah. I will and always, insyaallah. 

Pandang dan buka buku ni memang berjurai air mata, terima kasih Mokcikyah, moga dengan segala apa yang Mokcikyah beri, lalui atas dunia ni, pastilah kegembiraan dan kebahagiaan dialam sana yang Allah janjikan Mokcikyah nikmati sekarang, sungguh PJJ sebegini menyesakkan dada untuk orang-orang tersayang yang di tinggalkan. 


Dua benda yang arwah mak saudara Ika hadiah kan ni buat diri terfikir panjang tentang masa dan amalan. Sungguh benda yang paling banyak manusia terpedaya adalah masa. Masa yang kita ada sekarang belum tentu ada esoknya, tiada siapa mampu jamin, tapi kita masih bersenang lrnang, leka, lalai dengan duniawi. Percaya atau tidak, kebanyakan dari kita sedang tidur, kematianlah yang banyak mengejutkan kita dari tidur, Allahu I'm really scare if one day datangnya kematian, amalan kita masih tiada apa-apa dan sedikit. Rasa belum buat itu ini, belum banyak mengaji Al-Quran, tak pernah bertahajud, asyik mengumpat, mengeji, mengejek, bersangka buruk, suka menilai orang, tak banyak lagi berbakti, tak bersedekah dan banyak amalan lain lagi tak sempat buat. Allahu, moga-moga kita Semua belum terlambat untuk merancang cara kematian kita. Bukan part nak hidup dalam rumah besar, kereta jenis itu ini, travel situ sini, makan itu ini je kena rancang, bab yang satu ni pun kena merancang. Orang yang paling baik adalah mengingati kematian tapi kalau tiada usaha kearah tu pun sia-sia juga. Buatlah apa yang kita mampu buat dari sekarang semudah melafazkan zikir. Hidup lawannya mati, tiada siapa dapat lari dari hakikat sebuah kehidupan. 

Paksa diri untuk masuk syurga
Paksa diri untuk tutup aurat sempurna
Paksa diri untuk mengaji Al-quran setiap hari
Paksa diri untuk berzikir setiap hari
Paksa diri untuk bersedekah setiap hari
Paksa diri untuk berbuat baik dengan makhluk Allah 
Tiket syurga mahal
Buatlah kerana Lillahitaala



Self-reminder entry, just remind diri Ika sendiri yang kita ni banyak tertipu dengan masa, kita rasa kita banyak lagi masa, rupanya tidak. Masa yang kita ada hanyalah masa sekarang, yang dah lepas tak boleh ulang, yang mendatang belum tentu di lalui, rasa masih muda? rasa masih sihat? rasa masih banyak peluang? Fikir-fikirkan balik. So dah break habit negatif dan sia-sia? Belum terlambat untuk mula. 



Post a Comment