Pages

Pages

6.28.2020

Embun Resort Lake Sahom

Antara resort yang kami suka sebab scenerynya yang dikelilingi gunung ganang, hijau, sejuk mata memandang. Memang antara port pilihan, sebab anak nak main kolam pun best, agak besar dan bersih. Kali ketiga kami datang sini plan nak sambut birthday ma (mertua) memandangkan ma rancang nak datang sini. So kami laki bini plan sesenyap, tak bagitahu nak bermalam kat Embun Resort. So sempat lah over nite semalaman kat rumah dulu, sebelum esoknya ke Embun Resort Sahom. Siap makan tengahari, kemas-kemas apa yang patut, petang tu kami keluar dan directly pergi sana. sebelum bertolak sempatlah pergi ambik kek tempahan untuk dibawa ke resort sekali. Sedang elok petang gaklah nak sampai kat sana. Terus check in dan masuk bilik, anak-anak kalut dah bertempik nak mandi kolam, biasalah what do you expect bila anak-anak nampak kolam, tak boleh dihalangnya dari mandi kolam, nak dijadikan cerita, siap aje depa salin baju nak mandi, hujan lebat selebatnya turun, suruh diorang tunggu hujan reda sikit baru mandi. Dalam pukul 6 petang jugaklah hujan berhenti, oklah dapat mandi lebih kurang sejam sebelum maghrib, berhenti je hujan kalut diorang terjun mandi dengan ayahnya dan ibu saudara mereka. Tokmanya tak habis-habis lagi puji kawasan cantik, pemandangan cantik tak puas tenung.





So dah siap mandi manda, semua naik mandi sekali lagi, bersiap-siap solat maghrib dan sedia untuk berbeku, memandangkan segala seafood suami dah bawa sesiap, pekerja resort je tolong bakarkan makanan nanti, kitaorang tunggu sampai meja makan je. Makanan sampingan pun siap tempah dengan resort untuk kami sekeluarga makan, takdelah kena keluar dari resort untuk cari makan memalam tu. Sambil layan anak-anak main, uh tu dapatlah berborak santai, sambil berbeku siap. Sedang elok waktu isyak masuk, makanan siap dihidang, kek dipotong. malam tu dah ternampak-nampak durian setompok dekat kaunter cafe, tanya-tanya menager, baik tunggu esok je sebab esok tu ada lagi banyak durian sebab ada pesta makan durian kat Resort Sahom. Yelah malam tu pun macam hape dah semua layan perut kenyang makan makanan tersedia. Nak dijadikan cerita malam tu, Hajjar tak boleh tidur kes kelaparan, sebab masa dinner tu kalut makan kek aje, nasi tak nak makan, sudahnya makpak pun lupa tapau nasi goreng sikit, makanan tambahan macam roti pun lupa nak standby, dia punya nangis tu alahai, bagi minum air mineral terus tidur balik. So pagi tu bangun terus pergi cafe cari makanan, kenyangkan perut anak-anak dulu sebelum depa terjun mandi kolam. Siap mandi kolam bersiap-siap kami ready untuk check out, sebelum check out tu suami dah riki-riki manager resort suruh booking durian awal-awal takut lambat kitaorang keluar nak siapkan anak-anak. So dah siap angkut barang masuk dalam kereta manager resort panggil makan durian, siap tolong kopekkan lagi. Nasib baik jugaklah booking awal-awal durian, sebab pesta durian kononnya boleh makan sepuas hati, tak jadi jamu durian haritu, nak forwardkan ke next day sebab macam tak ramai yang tahu tentang event tu, tapi yang dah datang situ  hari tu memang frustlah sebab tak dapat makan durian. Rezeki kami sekeluarga hantu durian dapat makan durian terus kat situ. 


Pusing tengok event sekejap sambil layan anak main kereta mainan, matahari dah pacak kepala terus keluar dari resort sambil cari tempat makan area Kampar. Satu kedai pun tak menarik nak menyinggah, dan kebanyakannya dah tutup. Singgah jelah mana yang buka. Makan-makan dan terus balik ke rumah. 
Sampai je kat rumah, orang Seng Heng call untuk hantar Dryer. Cerita pasal Dryer ni panjang gak, dan agak-agaklah menyakiti hati, tapi memikirkan rumah sekarang takde tempat jemuran kain dan agak tertutup dari cahaya matahari, keperluan dryer untuk kami sekeluarga ni amat kritikal jugak setanding dengan kegunaan pakaian setiap hari ahli keluarga. Petang tu setelah hampir sebulan menunggu seketul dryer, akhirnya sampai jugaklah depan mata. 


Kenangan mesin controversy tu penutup 2019. Memula ingat nak order online saja sebab yes end sale dah mula, tapi kekangan waktu masa tu nak balik kampung decide nak order lepas acara balik kampung.

Bila dah on mode nak order sekali tengok semua penghantaran order online bermula tahun depan estimated 21hb keatas. Tak boleh jadi ni, kalau tunggu tahun depan maknanya episod pergi dobi tak sudah2, decide cari kat kedai terus. Tuju ke Seng Heng Teluk Intan, pucuk dicita ulam mendatang, ada offer, confirm lah nak ambik, tapi member card pulak takde, kalut telefon mak dengan ma tanya member seng heng, kalau tak jimat banyak sangatlah boleh guna point kad saja. Alhamdulillah ada member, confirm jadik amik, sekali sale person cek sistem rupanya offer tu dah abih limit. Macam gampang saja, geram nak sound dah tu still letak lagi offer kat situ buat apa, bagi harapan palsu saja, point member pun takdak guna dah, offer dah abis.

Pegi kedai kedua, mesin yang nak tak adalah pulak, kena order tapi price range within budget tapi mesin lah pulak bukan yang nak, nak yang 8kg katanya dah discontinued, perghh boleh plak nak konar iols, asyik lah dok offer suruh amik yang 6kg atau 8kg, ni kes nak perabis stok kat kedai lah, tu yang sampai bagitahu cemtu. Ok hold. Pergi Seng Heng balik confirm saja amik yang berkenan, tapi nak boleh ke sampai seketul kat rumah, bercinta a aaa. Sabor jelah. Apapun tq mak n ma layan kekalutan iols di hari kejadian, call sana sini kes nak guna point tapi last2 tak dapat guna gak pointnya, tapi dapat gaklah guna member card  untuk harga member sajalah last2 even tak dapat sebijik macam harga offer di tayang tu,  alhamdulillah settle juga masalah bab kain kat rumah baru, sebab takde space jemur kain directly matahari, jemur kain sekali sesi amik masa 3 hari nak betul-betul kering, stressed issue bab kain settled. Alhamdulillah hampir 7bulan berkhidmat, I'm so happy sebab memang memudahkan kerja sebagai suri rumah. Suami pun tahu dah bab paling bini malas adalah jemur kain, sebab nak kena pakai itu ini, tulah benda paling melecehkan, bukan part jemur kain. Syukur alhamdulillah dengan apa ada ya. 


Catatan 30 Jun 2020
Kenangan family time 
27&28 Disember 2019