Korang pernah tak mengidam nak makan pedas tiba-tiba, Ika perasan kalau Ika ni if lama puasa, atau 'jaga makan', adalah satu-satu masa tu datang selera nak makan pedas. Pedas tu bukan pedas biasa-biasa, tapi pedas meletup, kaw-kaw pedasnya, lepas dapat makan tu terus behave tak makan dah pedas for another long time pula. Entah sindrom apa, tapi masa craving macam ni, Ika suka layan makan taepokki atau beras pedas versi korean ni, depa layan masa winter biasanya, tapi ku kalau dah nak makan tu lantaklah musim apa pun, asal tekak terlayan baru puas hati. So kali ni Ika nak share cara simple buat taepokki ni, ala-ala buat meggi ramen yang pedas tu. Tapi yang ni kita buat guna beras pulut. Dulu masa memula buat beras pedas ni Ika guna tepung beras tau, lepas tu rebus punya rebus tak jadi, then cuba mix plak dengan tepung beras dengan tepung beras pulut, tetap tak sedap dan keras kat dalam so another trying guna tepung beras pulut sahaja then menjadi, tak sangka resepi tu jadi viral dulu kat Facebook, hehe. Puas hati sebab semua orang dapat merasa makan taepokki yang best, sekarang ni dah banyak orang jual yang segera, kalau nak cepat beli jelah yang instant, pun sedap juga.
Resepi kimchi budu je tak sempat share kat Facebook. Nantilah ada masa Ika share kat entri, lagipun stok kimchi dari setahun lepas dah nak licin dah, biasa Ika buat memang dua bekas besar punya, hasil dari seketul kobis yang besar tu, memang banyak macamkan nak makan by group, nanti nak buat Ika share step by step kimchi budu ni, antara percubaan Ika yang ke beberapa kali buat, sebab version original kimchi korean tu tak masuk dengan tekak Ika, so adjust sampailah dapat resepi yang sangat sedap bagi Ika sebab boleh ratah macam tu macam orang korea makan tu, kalau yang version original diorang even gaul dengan mee jjangmyeon pun jadi tak sedap, so bila dah buat versi sendiri memang lakulah masuk tekak, kadang tak tahu nak makan apa, kimchi budu lah jadi penyelamat, hahaha kalau dah tekak kelantan, budu berpisah tiada.Kimchi ni kat rumah ni Ika je layan, suami sekali sekala je makan tu pun kalau Ika buat taepokki, makanlah, kalau tak Ika jelah yang layan makan. Susah jadi mak-mak kpop ni, wakaka. Sekarang dah banyak beralih ke Chinese drama plak, terjebak dengan masakan Chinese. Ada satu resepi yang sedap juga, jadi kesukaan anak-anak sebab yang ni rasanya lebih versatile anak-anak suami boleh makan sebab based noodle. Yang tu pun insyaallah Ika share nanti. Nak share resepi ni memang kena ada mood jugak, haihhlah perangai pun. Menu dikala hujan paling win ditekak Ika selain megi, inilah dia. Tteokbokki, daebokki atau spicy rice cake, entahlah yang mana satu. Asal puas hati tekakku telan menda alah ni.Orang Korea memang sukalah menu ni tambah dikala sejuk kan. Iols biasalah korean celup, kaki drama, cukuplah tahap ni menu nak telan, wakaka. Ramai peminat benda alah ni kan, Ika tak pernah sekali pun makan yang kat kedai so tak tahu exactly the taste tapi yang Ika buat ni alhamdullillah memang masuk dengan tekak nan melayu ori ni walau minat cerita Korea. So hari ni nak share menu mudah ni, uols boleh buat kat rumah ekk.
Bahan untuk rice cake:Setengah Pack Tepung pulutAirSedikit garamBahan untuk Sos:3 sudu besar minyak masak2/ 4 ulas bawang putih2 sudu besar Cili kisar atau serbuk cili (Pedas ikut selera)1 senduk serbuk cili (kalau takde boleh ganti cili padi)3 sudu sos tomatoSatu sudu besar cuka(optional)Sedikit Gula/nisseySedikit serbuk ikan bilis atau pati ayamSetengah cawan air masakSedikit sos bijan dalam 1 sudu besarSedikit daun bawangBahan seafood (fishcake, crab stick atau bahan-bahan steamboat, ikut selera tekak masing-masing ye)Kimchi jika adaTelur ayam rebus jika nak.Senang je nak buatnya, yang tak pandai masak pun confirm boleh pun. Refer gambar cara buat ok.
Top Social