Teringat dulu-dulu kalau bagi hadiah ke, surat ke, hujungnya adalah di tulis 'yang ikhlas' atau 'tulis Ikhlas dari' lepas tu signature, konon habis ikhlas dah tu. Kita pun pernah dah terbiasa cakap, 'takpe, kita ikhlas bagi, kita ikhlas kongsi,ikhlas bagi pinjam, kita ikhlas bagitahu' nak menyatakan betapa ikhlasnya kita. Sebut tentang ikhlas ni teringat ustaz masa sekolah menengah dulu bagitahu, kita kalau kita ikhlas kita takkan bagitahu kita ikhlas, kenapa? Eh ye ke? Allah je tahu ikhlas ke tidak kita, ke macam mana? Sebab jadi tak ikhlas ke? Banyak soalan ustaz dapat balik, sebab word ikhlas tu semacam kebiasaan juga di sebut-sebut. Tu yang jadi macam tertampar sikit sebab rasa tiba-tiba yang di katakan ikhlas tu tak ikhlas sebenarnya, tapi Allah je tahu ikhlas manusia ni. Melaksanakan dan mengamalkan ikhlas tak semudah kita mengatakannya.
Kebanyakan ayat-ayat orang yang hari ni, banyak berkongsi kisah suka duka kehidupan dulu, antara ayat yang paling popular "bila dia susah dulu aku pernah bantu dia sikit pun tak fikir apa, tapi bila aku memerlukan pertolongannya semasa susah langsung tidak diambil peduli, apatah lagi nak tolong!". Kecewakan rasanya? Marah, malah ada yang berdendam dengan kebaikan yang pernah dibuat untuk memudahkan, membantu orang lain. Sudahnya kita kecewa, malah menuduh orang yang kita bantu dulu tak tahu berterima kasih dan bersyukur kerana pernah di tolong oleh kita. Semakin di fikir, semakin kecewa, marah akan perlakuan mereka yang mudahnya melupakan kebaikan kita sewaktu mereka susah. Lama-kelamaan kehidupan jadi tak tenang, serabut, stress, kekecewaan yang berpanjangan. Begitulah kehidupan kita. Kalau kita bantu orang lain tapi dalam masa yang sama kita mengharap balasan yang sama suatu hari nanti, maka kebaikan yang kita lakukan akan memberi keburukan kepada kita, kehidupan kita takkan tenang dan bahagia kerana jika kita membuat kebaikan atas dasar untuk di balas hasilnya kecewa. Jika mahu bahagia tolong dan bantulah orang tanpa mengharap secebis balasan apapun, kerana berharap itu hanya untuk Allah yang Maha kuasa. Jadi jangan kotori perbuatan baik kita dengan harapan mereka harus membalas budi kita, jadilah manusia yang berjiwa besar dengan membantu orang tanpa mengharapkan balasan. Kerana prinsip ketenangan hidup adalah melupakan segala kebaikan yang pernah kita lakukan untuk membantu orang tapi ingatlah selalu jasa orang yang sudah membantu kita saat kita dalam kesusahan.
Mungkin apa yang kita beri merupakan harta kesayangan kita atau harta yang kita tidak perlukan lagi. Setelah memberi kita tidak terkenang-kenang dan berharap apa yang diberi itu di balas dengan imbalan yang sama atau lebih lagi. Disaat kita melupakan apa yang kita beri pada orang lain, disitulah ikhlas bermula. Bukan setakat ikhlas dalam memberi, ikhlas terima ujian dan musibah dan nikmat dan letakkan ikhlas pada tempatnya. Ikhlas bukan perjuangan yang mudah seperti mana kita sekarang yang berada di dunia, kehidupan ini ibarat tempat membina, menanam, berusaha dan berjuang supaya hasilnya dapat kita nikmati di akhirat nanti kerana dunia hanyalah persinggahan sementara.
Just sharing tentang ikhlas ni sebab tadi ada terlihat sebuah video yang bagus share tentang sedekah, zaman sekarang orang bagi sedekah secara terang-terang untuk inspirasi, alhamdulillah its good movement untuk kita melihat kebaikan yang dilakukan orang lain,supaya kita pun turut sama melakukan kebaikan, ikhlas ke tidak Allah jua yang tahu tapi apa yang mereka buat sudah pasti dapat pahala bersedekah, secara sembunyi atau terang-terangan dua-dua dapat pahala. Latihlah diri kita supaya lebih positif dan bersangka baik. Insyaallah yang datang juga pasti baik-baik. Apapun moga kita semua ikhlas dalam mendepani ujian dari Allah kerana ujian itu tanda sayang Allah kat hambaNYA.
Top Social