Kegemaran

11.13.2026

Hari jumaat ni rasalah nak membebel kat diri sendiri, asbab teringat semalam aku start baca satu buku ni. Terus menerawang akan peristiwa yang berkait dengan buku yang aku baca ni. Korang mesti ada satu surah dalam Al-Quran yang korang suka kan? Aku pun ada, antara salah satu favorite Surah yang aku suka dan baca setiap hari ialah Surah Yasin. Then relate lagi dengan kematian 'someone' juga, Dr Siti Hasmah baru-baru ni, yang juga tak pernah tinggal baca surah Yasin. Why eh aku suka surah ni? tertanya diri sendiri, then throw back balik jalur kehidupan yang aku lalui, ehh! Mulalah nak emosi, berkaca-kaca mata, masyaallah Tabarakallah, thank you Ya Allah atas segala ujian dan nikmat yang tak pernah putus berulang kali dalam kehidupan aku ni. How blessed we're right?


Orang kata ujian hidup ni menyusahkan, menderitakan, tapi ujian hidup nilah sebenarnya tanda Allah sayang kita, tanpa ujian kita mudah lupa, ujian macam panggilan balik kat kita supaya lebih dekatkan diri kepada-NYA. Teringat balik, masa balik kampung cuti sekolah baru ni, singgah nak solat maghrib di satu masjid area Tumpat, kebetulan semua dah siap berjemaah, aku pula baru masuk masjid, ustaz mulakan tazkirah maghrib tentang manusia yang kebanyakannya dalam kelalaian, topik pula pasal mengumpat. Walaupun sempat dengar sekejap aje, tapi banyak hikmah aku dapat. Allahuakbar. Persinggahan beserta peringatan, 2 dalam 1 terus dapat. 


Lepas tu mai teringat lagi ada satu post aku kat blog tentang emosi sesalan, baca balik memang aku ingat satu kerinduan yang tak tahu nak describe macam mana, rupanya aku pernah minta 'rasa' tu sebelum ke Tanah Suci, Allah kurniakan 'rasa' tu buat aku ketika hampir di puncak Jabal Nur Mekah. Rasa ketika tahun tersebut tahun 2001, 24 tahun yang lalu, tapi 'rasa' yang sama Allah kurnia di Jabal Nur, Allahuakbar! dan ye memang ada kaitan dengan Surah yang aku suka ni. Surah Yasin Jantung Al-Quran, korang tahu? Aku tahu dah lama, tapi lupa, huhuu. Yang aku tahu surah ni sangat soothing my emotion & heart, tu yang aku rasalah. Kalau tinggal takdan baca memang rasa ada yang tak best, macam ada sesuatu yang belum selesai. Jadi Surah Yasin ni memang wajib baca setiap hari, aku pun tak tahu kenapa, tapi begitulah. Nama lagi jantung kan? Kita kalau takde denyutan jantung, matilah, sama juga bab yang dalam tu(spiritual, our inner), asbab kita tak nampak, kita ignore, padahal inner kita pun perlukan jantung setiap hari dan masa. Korang pun mesti ada satu bacaan yang korang suka kan? 


Aku mai tertanya lagi kenapalah wujud orang jahat atas dunia ni? Memang lahir jahat terus ke?memang taklah kan? sebab terbukti baby semua lahir comel, cute, tapi yang membentuknya, mendidiknya ketika anak tu membesar adalah circle dia. Kedua ibunyalah terutamanya yang mencorakkan anak tu.  Takde ibu bapa, circle yang menggantikan ibubapa pula, dan ini sangatlah relate dengan apa yang Nabi kita Nabi Muhammad SAW lalui. Masyaallah Sirah Nabi ni memang banyak betul pengajaran pelajaran dalam kehidupan kita sekarang ni. Pastu terfikir lagi? Adakah kejahatan ni datang cemtu aje? Atau disebabkan kedegilan kita?


Ahh, terus teringat diri sendiri masa tu, degilnya Ya Rabbi, orang dok pesan, nasihat tu, rasa panas telinga, rasa panas hati, benci mendengarnya! Allahuakbar, betullah kita semua ni degil, pernah degil, dan setara dengannya. Kedegilan tu kadangnya dari kebodohan kita juga, ni aku aku dululah, lepas tu.....hmm, sendiri rasa jelah yang tahu, hewheww. Apapun, kita kalau tak lalui sebagai pengalaman hidup kita takkan tahu macam mana, tapi begitulah. Apapun syukur alhamdulillah setiap kesempatan, peluang yang Allah aturkan terbaik untuk hambaNYA. Kita memang atas dunia memang tak putus-putus ujian tanda rahmah dan kasih Allah. Kadang degil orang bukan asbab degil semata, tapi asbab tak tahu, tak kenal, tak diberitahu. Tapi ada juga yang tahu, dah tahu, tapi tak layak asbab hati yang merupakan tempat ilmu tak bersih dan tak boleh dibersihkan, jadi tak sampai jugaklah apa yang nak diberitahukan. Dan asbab yang lainnya adalah kedengkian dan kesombongan yang wujud dalam hati manusia ni. Surah Yasin ni relate sangat sebab hidayah ni, dakwahlah, bagitahulah macam mana pun, hidayah, jentikan hati semuanya dari Allah jua. Kita hanya berusaha dan sentiasa ingat dan memperingati sahaja.


Haishh ingat nak taip unplanned travel ke utara lagi. Cuaca sejuk, redup aje langit hari ni, nak tulis lain, tapi tercatatnya macam ni entry hari ni, huhuu, daaa. Jumaat hari ni, rasa macam berasa di bulan Ramadhan la pula ekk.


Xoxo,
Self reminder