Steak

7.17.2025

Entah apa hormon sebulan ni asyik layan steak homemade aje, ku paling annoying nak masak steak ni sebab tak pernah menjadi, jadi liat, nak patah gigi makan, tapi bila scroll, teliti fahamkan bagaimana nak kasi tender meat tu jadi, ku try buat, sekali bila dah jadi, terus rasa hari-hari nak makan steak wehh, layan dengan daging kerbau je pun jadikk, baru berbelas ringgit kat Segi. Alhamdulillah memang pokok dill yang ku tanam akhirnya berguna jua. 


Minyak sapi original from Bangladesh tu memang memainkan peranan penting, ku sapu rata dengan serbuk lada hitam, garam, bawang putih ketuk, panaskan dengan api sederhana, daging tu sebelum perap, keringkan air daging dengan tisu sampai takde air melekat kat tisu. Then seasoning, bakar 5minit depan belakang, masukkan sekali daun dill, memang dapat daging medium well atau well done bergantung kat tebal daging, tapi smooth sangat lepas tu lembut. Punya happy tak terkata dah tahu teknik betul nak grill steak sendiri. Daging nak sedap memang kena cari part tenderloin atau sirloin, lagi sedap yang wagyulah, tapi muak kalau telan banyak, so far daging kerbau ku telan setengah kilo grill, makan sorang ajenya, dan tak muak. Orang kata daging angus, wagyu murah dekat Jaya grocer, entah bila nak pergi sebab jauh, so best option daging kerbau lean meat, chuck tender. 


Lepas tu buat plak salad guna yogurt greek, fern leaf, so far ni plain yogurt paling sedap dekat tekak daku, potong nipis bawang merah, timun batang, timun jeruk, perghhh. Heaven betullah. Nak rasa pedas ku tambah je sambal goreng pedas ready made yang ku buat. Erghh, memang hari-hari boleh layan menu gini. Pedas ni memang main peranan betullah. Selera naik dan layannn. Entah bila nak insaf bab makan ni, tapi kira ku ada improvementlah sikit, dari bacaan kolestrol 6.8 dah ke 5.1, what a relief, tapi banyak lagi nak tuntut pengorbanan daku ni, tambah lagi berat within obese range, kihkih. 



So korang yang masih usahakan apa yang patut dan apa yang korang inginkan, ku doakan semuanya dipermudahkan ye. Tengah hormon tak betul ni, kadang datang mai semangat nak menaip, kadang ku terbaring tak buat apa, kadang terlebih guna tenaga sampai sakit badan. You always vs you. Fighting. 


Xoxo, 
Out of habit. 

Pulau Pangkor Lagi

7.09.2025

Bila nak pergi pulau, pulau yang paling dekat dengan kami Pulau Pangkor ajelah<baca sini>, so repeat sini. Nak pergi pulau lain kena bersusah-susah dulu drive jauh, jadi nak jimat tenaga yang tak berapa umphh dah, layan yang dekat, so ceritanya tak sampai beberapa bulan pergi Pulau Pangkor, kami repeat lagi. Sama juga modusnya, ingat nak walk in, lupa noh orang perak cuti panjang sikit, jadi kami scroll cari through Agoda bilik yang available, kali ni kami tengok yang mana masih available dan kami pergi je je hotel tersebut walk in book and check in. 


Cuma kali kedua pergi kami dah takde intention nak pergi ronda tengok tempat-tempat lain dah kat Pulau <baca sini>sebab sebelumnya dah pulun pergi. Niat pergi kali ni semata-mata nak mandi kat Pantai di Pulau Pangkor aje, kihkih. Next time datang semata-mata nak makan laksa mee Pulau Pangkor pula. Ikutkan nak anak belajar kat Pulau Pangkor, ada sebab untuk datang, tapi bila suarakan keinginan kat Tok ayah depa, terus kena bebel, kena mudahkan urusan anak, urusan mak ayah nak jenguk, ambilkira costing yang terlibat, dan perkara-perkara lain, keselamatan naik turun berulang melalui laut, macam-macam, udahnya terkubur hasrat dan bertukar jadi modus lainlah pulak, ulang alik Pulau ni ajelah untuk mengurangkan craving ke Pulau -Pulau lain,  ikut kemampuan kekdahnya. 


Begitulah, selagi yang ada ni boleh dinikmati dengan mudah sebab dekat, kita hargai sebaiknya. Dah jauh nanti berindu-rinduan pulak, ye dak? So macam biasa, kami pilih naik feri kat Marina Jetty, sebab kat sini nak pergi Pulau Pangkor ambil masa 15minit sahaja, jadi tak sempat panas bontot duduk dah sampai jeti Pulau pangkor. Kami repeat naik van pink, jimat masa dan tenaga juga duit. Berbaloi sekali naik van bayar RM25/trip, masa tulah, sekarang semua dah naik harga tak tahulah mencanak tara mana harganya. Ramai dah tak nak naik feri kat Marina Jeti ni asbab banyak kereta kena kopak dek kaki curi, nak pergi bercuti sekalo dengan kereta kat parking rosak kena servis dekat orang gila mencuri, kesian noh. Tu yang tak ramai macam dulu kot.


Kami sampai Jeti Pulau Pangkor tu, macam biasalah kena hadap dulu yang promosi motor kereta sewa dan segala jenis ulat-ulat, kami dah merasa first trip dulu, memang tak ambik dahlah kereta sewa, naik van pink ja settle, lagi mudah sebenarnya. Back to story, terus ke hotel yang kami nak book,  Palma Beach resort, yang ni dekat Teluk Nipah jugak, tapi lorong berbeza dengan hotel Nipah dulu<baca sini>, tapi memang dekat jugalah dengan beach area. Alhamdulillah kami ambil bilik standard, dua bilik sebelah menyebelah aje, satu bilik ada queen bed, sebab yang family room dah full. 


Bila dah check in, anak-anak macam biasalah, nak mandi kolam, hotel ni besar tau, rupanya ada dua tempat, kira kolam ni kat belah dalam kampung, kena menapak dari Ibu hotel ke belah belakang, adalah dalam 650meter, so kat sana lagi banyak lah bilik hotel, chalet dan kebanyakan bilik untuk big group. Best juga, siap layan depa mandi kolam, menapak pergi mandi pantai pula. Memang pulun betul mandi air pantai datang kali ni. Memandangkan masih awal, sempat lakiku pergi beratur beli lempeng pisang yang viral, takde takde orang pun, eh beratur juga ye. Sabor jelah. 


Apapun Pulau Pangkor ada kecantikan dan tarikan tersendiri, next ada peluang nak pusing kat area Pangkor Resort, mana tau dapat merasa tidur sana pula nanti, kihkih, berangan jelah mampunya, kasi feel dulu, dan pusing pulau-pulau berdekatan, tak menyempat lagi nak berpusing tengok Pulau lain, slow pace cemnilah, yang ada depan depan mata pun tak puas lagi nikmati, cepat sungguhla masa berlalu. Haihh, malam tu macam biasalah kami dinner area depan tu je, banyak pilihan kedai makan, nak bakar-bakar, masak ala Thai, semua ada, ikut selera team dan fulus aje, dan layan fireworks show kat tepi pantai, dah kali kedua layan, depa tak seexcited kali pertama tengok dahlerr. 


Ada betulnya orang pesan, kalau suka mandi kolam, jangan buat kolam kat rumah, kalau suka pantai jangan buat rumah tepi pantai, kalau suka gunung jangan buat rumah tepi gunung, sebab kita ingat bila kita dah miliki,ingatkan nikmat tu sama. Tapi rupanya tak begitu, bila dah miliki rasanya tak lagi sama dengan rasa bila kita tak miliki. Bila selalu merasa, nikmat tu tak lagi dinikmati seperti mana kali pertama kita merasai, betul dak? Sekali sekala datang tempat macam ni, seumur hidup menjadi kenangan dengan rasa yang tak terbatas. Macam juga orang yang suka pi tepi sawah, rasa bestnya ada rumah tepi sawah, tapi daku membesar dengan rumah tepi sawah, memang tak nak rumah tepi sawah, sekali sekala pi bercuti feel childhood moment memang best sangat, tapi forever duduk tepi sawah memang daku tak nak, yang ada rumah tepi sawah tahu lerr kenapa, sebab tak mudah nak hadap masalah- masalah yang mendatang mai hinggap bila rumah duduk dekat sawah, masalah serangga, binatang, ada musimnya, musim menuai, musim tabur benih, dan macam-macam lagilah, rumah tepi pantai memang lagilah pening. Itulah kehidupan, ada hitam,ada putihnya, ada baik, ada buruknya,semuanya datang berpasang-pasangan. Apapun nikmat sekali sekala ni memang best, pergi balik tengok Pulau. Nikmati sajalah yang sekali sekala ni pun. Memang forever feeling gituhh. Summer mood ni memang terasa-rasa nak repeat pergi Pulau lagi, tengok laut membiru turquoise. 


Xoxo, 
Berpulau..



Feel

7.08.2025

Terbangun dengan batuk-batuk yang agak kuat, it's feel so real, tak tahu apa mimpi, tapi mimpi yang mengejutkan daku dari tidur lena. “La ilaha illallah wahdahu la syariika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir" dan istighfar. Daku duduk dan tengok jam di phone, pukul 2.32 pagi. Terfikir dan berfikir. Alhamdulillah. Pagi ni lepas selesai semua anak-anak dan suami keluar rumah, kuselesaikan apa yang ada di sinki.


Syahdu pula pemandangan kebun belakang bila hujan turun. Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat. Sambil termenung kat pintu belakang dapur melihat daun pokok betik, pokok serai kayu meliuk lintuk ditiup angin hujan. Masyaallah nikmatnya pemandangan, feeling tu terus tembus ke feeling bahagia di bahagian dapur nenekku ditepi sungai kelantan berpuluh tahun dulu, subhanallah, like a time traveling, those feeling so precious. Korang pernah rasa tak cemtu?Senyum.


Those little feeling, sekejap je tapi sangat membahagiakan. Macam suasana akan hujan, angin kuat bertiup, awan hitam bergerak laju, dan bunyi hujan, like simple thing happen, tapi untuk daku, terus throwback those precious feeling masa dulukala jalan-jalan kat padang(read kawasan bersawah padi) dengan pak saudaraku yang istimewa, berlari anak sambil mendepangkan tangan menikmati angin padang yang susah nak di terangkan. Tertawa kecil dan melompat gembira, bila hujan turun berlari menikmati hujan hinggalah basah lencun dan balik sambung mandi air perigi dalam keadaan hujan. Walaupun semuanya dah berlalu, feeling tu masih terasa-rasa, melekat kuat dalam ingatan. Ada namakah untuk perkara sebegitu? Bukan sekadar kenangan dan ingatan.


Ku selalu ingatkan diri, dalam menikmati hari-hari, "semua ni akan berlalu pergi", perhati, nikmati dan hargai, kerana ada yang lupa melalui hari-hari, waktu, tanpa merasai apa 'rasanya' ketika itu. Ada ketika, kita senang, makan tak bercatu, malah bermewah-mewah, tapi tak lupa diri, dan ada ketika makan beringat-ingat, malah bercatu, tapi tak mengeluh dan tak putus asa ketika susah, kerana ada reminder, "semua ni pasti akan berlalu". Hari dan saat yang kita lalui sekarang, semuanya akan berlalu pergi, nikmati sajalah. Walau excited, walau tak seronok, hanya sementara sahaja menyinggah. 



Teringat peristiwa nak makan shawarma sedap, mencari rasa yang sama tak jumpa sampai sudah. Baru ku faham, nikmat sedap ni bukan pada makanan yang kita makan, tapi rasa lapar yang buat kita rasa nak makan tu, makanan yang tak sedap jadi sedap, tak tunggu yang mahal, cukup yang sederhana, tapi mengenyangkan perut ketika lapar. Betullah, memang rasa tu sedap yang diingat-ingat. Sama jugalah apa yang jadi pagi ni, pemandangan biasa-biasa je kat belakang dapur daku ni, tapi bila menatap dengan hati yang aman, rasanya terlalu indah dan bahagia. Lalu ku sedar, hidup ni sememangnya begitu, perkara yang sederhana tapi indahnya luarbiasa hadir pada waktu yang tepat di waktu hati kita senang dan tenang. Betul dak? Teguk air perlahan-lahan dengan secawan kopi yang pekat likat, pahit kelat pun rasa sedap tak tara bila takdak siapa kacau, kihkih.



Xoxo, 
Progress........ 

Tulis

7.04.2025

Jika tiada siapa yang mahu mendengarmu, tulislah! 


Eh, betullah tu, korang kalau korang banyak sangat benda nak cerita, tapi takdak siapa sudi dengar, jangan merentan-rentan, boleh jadi kamu ni tergolong dalam golongan pendengar yang baik, see kurang belah situ, Allah kasi sisi baik belah lain, tapi kita tak sedar. Yelah tak semua benda orang boleh cerita, tapi memilih kamu sebagai pendengar, tak semua orang boleh apa ceritanya dan masalah, apa rahsianya, tapi orang pilih kamu untuk mendengar. Kita tak perlu jadi penyelesai masalah orang, adakala orang perlu kita sebagai pendengar sahaja, sebab yelah orang meluah memang sesetengahnya dia tak nak dengar apa nasihat, tak nak dengar apa-apa compliment tapi dia hanya perlu orang dengar. Tu je, like?! ada eh, ye ada. Sebab tu ada talian panggilan untuk orang yang perlukan pendengar. 


Habis kita ni? yang tak sempat nak cerita pun apa masalah kita, apa luahan hati kita macam mana?Tulis. Tulislah. Tapi benda ni rahsia, camno nak kasitahu orang, ambil buku, tak suka buku, tak suka blog, tulis kat thread, tak nak orang tahu, gunalah nama samaran, aaaa, tapi nanti, nanti dulu, asalkan luahan kita tak jadi ghibah, tak fitnah orang. Camne tak jadi ghibah benda dah public, tutup komen. Tapi nanti orang screen shot, pi mengata, maki, menyumpah dan sebagainya. Tak selesai pulak jadinya ekk, pening pulak, dari suruh tulis jadi ladang dosa plak, haihhh. ku pun tak tahu apa hukum kalau yang jenis suka screenshot merata lepas tu pi tepek situ sini jadi batu api, yang tentunya yang jenis buat kerja cemtu tiptop dia punya saham neraka, huahuaa. Sebaiknya pi MRDIY beli satu buku note, tulis belaka yang nak maki, sumpah, Dan bermacam perkataan manusia lain tak gamak baca, tulis, dah puas hati tulis, bakar je buku tu, imagine macam kita burn semua yang kita tak suka tu. Ku suka follow someone yang suka menulis selain Tuan Khairul hakimin, catatan Tuan Roslan abdul Hamid ku suka baca dan banyak lagilah kalau nak listkan memang penuh satu mukasurat buku kalau nak ku taip, ni kira antara-antaranyalah. 


Ku suka baca mental survivor punya catatan, ibu-ibu tunggal dan travelers, cerita seram rasa lebih feel dan thrill, ku tak tahu tapi tulah memang ku suka baca, tak kisah apa ceritanya. Antara cerita ibu tunggal yang ku follow kak dura, dan beberapa orang, cerita-cerita mereka penuh mesej dan pengalaman hidup mereka penuh pelajaran dan pengajaran dan menjadikan daku orang yang lebih bersyukur.  Tulis, tak payah tulis cerita tentang orang lain, cukup tentang rasa yang kita lalui je bila terlibat dengan si fulan itu ini, , ku respect sangat orang yang bercerita tentang pengalaman tapi tak pernah reveal siapa yang jahat dan pegang watak antagonis dalam cerita hidup kita, hanya guna samaran. yelah benda aib, tuan diri sajalah yang tahu dan rasa kalau tetiba cerita tu kena plak dengan segala apa yang diceritakan. Antara yang ku ingat pesanan penulis penulis otai, tulislah yang baik-baik walaupun diri kita tak baik mana, sekurangnya kita dah jauh dari dosa menulis benda-benda yang tak baik. Lagi haru benda kita tulis rupanya fitnah, mahunya sampai dalam kubur tanggung azab, Allahu. 


Kadang jalur cerita ada yang lebih kurang sama, tapi tak serupa, boleh jadi asbab tulisan kita boleh menyentuh hati-hati orang yang membaca untuk berubah lebih baik, dan dalam tak sedar diri kita sendiri perlukan cerita yang pernah kita lalui untuk terus kuat melalui hari mendatang. Betul tak? Ada satu video pendek ku pernah tengok Kat MLstudio, maybe salah seorang pegawai kesihatan, dia cakap dia mengalami stress yang amat bila anaknya yang 10bulan masuk NICU, dia tak boleh masuk tengok pun anak dia dan tak boleh buat apa-apa, bila jadi cemtu dia stress sangat. So apa dia buat? Dia masuk pejabat kat rumah dia, dia buat writing terapi, ambil buku dia tulis, dia tulis je apa yang dia nak, tenyeh dua tiga helai kertas, tulissss! Sampai mengalir air mata dia menulis tu, then dia tertidur. Bangun dari tidur dia rasa sangat fresh, otak dia kata "eh kau tak boleh berada dalam situasi tersebut".


Pastu dia kata lagi, orang zaman sekarang bila sebut-sebut anxiety, kenapa? Pertama, dia tak boleh nak solve dia punya problem, padahal benda tu kecik je pun, kecik sangat, tapi kerana tidak ada ilmuilmu mengurusnya berbanding dengan orang dulu, kita nampak mereka ni ada stress sendiri, tapi mereka ni alirkan ke mana?Melalui aliran ke mana? Melalui tulisan kat buku, hari ni apa aku buat? Problem apa semua? Itulah yang dinamakan writing terapi. Akhir zaman ni, ramai dah tak buat sangat, dia tak boleh alirkan stress dia kemana-mana. Dah terbuku bertimbun-timbun dalam hati, dalam kepala pun terbuku, akhirnya kena kanser, stage empat. Bila stage empat, ni tak boleh buat apa, jumpalah pakar pun, memang jawapannya takde jalan dah. Contoh, orang dulu-dulu, ada buku 555,so dekat situlah buku keciknya tu, bahasa mudahnya, diari untuk dia tulis. Hari ni aku nak buat apa? Macam bapak dia dulu, tulis beli apa untuk keluarga dia, listkan, jadi tulis semua senarai, jadi journal satu hari tu complete untuk dia heal dia dia. 



Orang sekarang alir kat mana?Game, tengok tv, Netflix, healing tapi lepas tu balik, geleng. Bukan healinglah tu, maknanya problem tak selesai lagi, tak terluah lagi yang dok terbuku tu. Maknanya takde ilmu, orang dulu takde masuk belajar pun ilmu-ilmu kesihatan mental, orang dulu punya kekuatan mental yang sangat hebat. Tanpa mereka sedar, mereka melaksanakan writing therapy, orang-orang muda sekarang nak buat apa? Sikit-sikit anxiety, sikit-sikit healing sana, healing sini, lepas tu keluar duit banyak sangat. Nombor satu jumpalah pakar, ada kounselor, psychologists, Psychiatric, mental health therapist. Kalau tak Jalan just empat-empat ni,kalau rasa malas nak jumpa empat-empat ni, so buatlah yang kelima, apa dia? Terapi penulisan, contoh saya fulan bin fulan, saya seorang yang begini begini, hidup saya begini begini, lima enam tujuh muka surat pun takpe, bila you dah alirkan begini, you akan rasa, ohh ini yang selama ni yang ku pendam selama ni. Settle lagi ke tak? Pergi nombor enam, bawak you punya writing therapy tu jumpalah empat-empat pakar tadi, supaya dia boleh analisa apa yang anda alami, supaya anda tahu macam mana nak selesaikan anxiety, depression anda. So kepada yang tak mampu macam buatlah macam brother tu syorkan, jangan malu, sebab kita nak sihat, jiwa, nak sihat badan. Jangan memandai self diagnosis. Kaedah orang dulu pun sebenarnya berkuasa, ambil dan adaptasi pada diri, insyaallah try buat you akan rasa, release. Otak lapang, jiwa pun bahagia. Ehh, bila taip-taip ni ku rasa pernah sharelah bab macam lebih kurang gini. Jap nak godek. 


Haa, betullah, <baca sini>, dan ku pernah cerita kenapa blog ni terwujud<baca sini>, eh laaa rupanya dah lama benda terapi ni ku buat, wakakaka. Bila throwback balik, yelah ada entri yang ku taip, masa marah meluap-luap, rasa benci tak terkata, ada kala masa ku happy sangat, ada masa siap entri berteman air mata menjejes-jejes, ohh this blog so sentimental rupanya, penuh semua rasa manusia normal melalui hari-hari yang tak terjangka. Baru ku ingat masa anak sulung masuk NICU, memang details ku taip semua rasa, ohh rupanya ku sedang buat terapi diri, kalaulah ku pendam semua, soheh meroyan dan mungkin lagi teruk dari tu dah kot eh, nauzubillah. Begitulah kadang kita buat je, tapi tak tahu hikmahnya. Kurang-kurangnya daku tak salah guna skill asah pisau kat dapur kat benda lain, huahuaa, sound like phsyco kan? Tapi itulah fikiran-fikiran gila bila keadaan tak rasional, combine letih, stress, dan semua rasa bergabung. Nak selamat pi ambik pena tulis nahhh. So ku agree dengan saranan dari brother ni, start menulis. Nak selamat, tulis kat buku bila libatkan ayat-ayat berat, tu yang daku buatlah. Kat blog ni daku tulis bertapis banyak dah<baca sini>, kalau ikut liar jari jemari dan imaginasi ni, entah apa jadi. Don't overshare jika kat public, tu jelah.


Nak tulis zaman sekarang memang kena hati-hati, digital proof, kalau buat fitnah tak pasal naik turun mahkamah, dok kat lokap. Ku ingat-ingat lupa ada several blogger dulukala yang kena saman fitnah sebab penulisan ajenya, bila dah kena cemtu diri sendiri yang susah, kalau kaya takpe, ni kayap, dahlah kayap, fitnah orang plak, herlokklah. So nak tulis, tulislah benda berfaedah. Rasa takde benda nak tulis, tak payah tulis, memang medan digital ke realiti ka, medan berjuang untuk pahala atau dosa, so pilihlah, rasa banyak sangat buat baik, banyak unlimited pahala, pi lah buat dosa jariah share pahala sendiri kat orang lain, so beringat-ingat nah, menyoroklah belah mana dalam fake akaun buat fitnah, shaming orang, lama-lama terbuka juga rahsianya. Gitulah. 


Baca penulisan orang pun one of therapy to me, macam daku memang Salah satu tujuan tulis kat blog sebab nak release feels sendiri, kihkih, jadi takde views, takde reader pun apa pedulik, yang penting kita release, lega. Yelah kita hari-hari lalui ups and downs, tak semua indah tapi tetap alhamdulillah masih berezeki hidup dan menikmati saat ni, jadi ku anggap ada ramai yang seperti daku, bukan kita seorang, eh daku sorang ke gitu gini? <baca sini>Tak, ramai macam kita, tapi ramai yang hadap dengan cara berbeza jadi banyak perspective, cara kita response situation berbeza berdasarkan kemampuan diri kita, betul dak? Kita hari-hari sebenarnya berperang dengan diri sendiri, tu pun dah meletihkan, too much though and so on. Deep breath and move, you can do it. Tulis. Tadi ku terscroll gambar tahun 2017, dan nampak kaki kecik cinonet bernanah. Allah, next time karang, banyak eh nak karang ni, yang pasti draft daku dah berkurang, yahuu! 


Xoxo, 
Mood rajin menaip, 

Rambut

7.03.2025

Semalam terbaca cara mudah nak kurangkan keguguran rambut, so daku tanpa fikir panjang, terus bingkas bangun tuju ke kotak storage makanan, tengok-tengok santan kotak last and the only one yang tinggal dalam box, haihh rezeki rambut dakulah merasa the power of santan, dia memang cemtulah ekk, time nak guna dan dan takde, dan dan tak jumpa dan sewaktu dengannya, cari plastik cap untuk rambut, huhh, ada guna dan berfaedah juga peel kutip segala benda sabun, dan tools yang depa bagi bila check in hotel, wakaka, inilah dia timenya nak berguna segala benda. Tanpa buang masa, ku berdiri depan sink, dan picit santan atas rambut, gaul-gaul sebati, dan pakai plastik cap dan perap rambut selama 30minit. Bau, toksah cakap, bau santan, ada orang cakap tak best, tapi bagi daku best, teringat plak kari ayam. Anak-anak dah bising, mama buat apa? Mama pakai apa? Kenapa buat cemtu? Kenapa mama? So selama 30minit kurasa berejam sambil nak menjawab soalan anak-anak. Gitulah ek, tak layan soalan, tak habis, dah layan tak putus-putus pulak persoalannya. Layan jelah selagi boleh layan ni, kihkihhh. 



Settle 30 minit, ku bilas, rasa berminyak, dan totally bau santan, udah namanya memang santan. Ambil seketul sabun pure Greek olive soap, ku basuh rambut dengan sabun  tu dua tiga kali bilasan sabun, wangi, licin, dan hilang dah bau santan. Tak tahulah jadi ke tidak buat tips yang satu ni, kita cuba jelah ye. Rambut dah kering, baru berani ku sikat, dari dapat segumpal rambut setiap kali sikat, alhamdulillah ada beberapa helai yang terlekat, takpelah tunggu esoknya. Jadi hari ni bila sikat, still the same effect hanya beberapa helai terlekat. Takkanlah secepat ni kesannya. 
Next time boleh beli santan kotak yang Kara bentuk tiga segi kecil tu nampak gayanya, dua kotak sekali penggunaan dah cukup. Kira mewah betul, orang lain guna santan buat masak, daku letak kat rambut, Allah ampuni daku. Sedihla plak, ni mai teringat benda lainlah ni, next entry ku karang. 


So mulai hari ni ku dah tick dalam rutin mingguan, nampak gaya kena tambah rutin perap rambut dengan santan kotak. Alhamdulillah petua ni jadi untuk daku. Ada sekali tu, ku balik kampung, pokok limau purut rumah ma berbuah lebat, mintak dengan ma nak kutip buat balik rumah nanti, dapatlah satu plastik penuh sederhana. Mewah betul daku dua minggu tu mandi dengan perahan air limau purut, shampoo rambut dengan air limau purut, wangi tak payah cakap, bukan anak-anak je mengendeng duduk dekat, anak mak mertua pun sama naik, rimas tapi best, hahahaha, korang ada pokok limau purut tu buat, rugi tau. Effect air limau kasturi memang silky terus rambut. 



Daku ni umur cemni baru nak fokus diri, dulu kat rambut sendiri memang tak sempat ambil cara, asal rasa rimas, berpeluh ku ambil gunting, potong, asal nampak terlebih panjang dari skala biasa, potong, asal penuh lantai rambut bertaburan ambil gunting potong, jadi bila berjalan  tepi anak lelaki dalam rumah pun, dah bertukar-tukar, terlebih jantan gayanya. Ni baru bertukar mode jadi feminin balik, bukan laki tak ambil cara, tapi diri sendiri yang memang pemalas dan tak nak banyak fikir dan stress. Sama juga bab self care bukan takde barang, asal beli, setahun dua kemudian buang, expired tak terguna. Memang sendiri punya peel, hahahah. Jenis pemalas macam daku ni payah sikit, malas tepek-tepek, malas bersiap, tapi hasil betullah menyakitkan hati dan menyakitkan mata sendiri, alhamdulillah tahun ni ku dah terbiasa dengan rutin baru. Rasa, ohhh takdelah payah dan ambil masa sangat, tapi part NAK buat tu, memula mode paksa, last-last ehh, dah buat hari-hari je pun. 



Kita ni memang cemtulah sebagai manusia kadang ada benda yang kita tak boleh buat, mula nak cari salah orang dulu, tak kata orang lainlah, dakulerr tu, anaklah, lakilah, takde masalah, padahal diri sendiri aje yang banyak alasan, kihkih. Bila dah cemni, baru perasan daku ni memang kaya sejak lahir lagi rupanya, ada jari jemari lengkap, ada telinga masih dengar elok, ada mata tak pakai cermin mata lagi setakat ni, ada kaki boleh berjalan pi mai situ sini even dalam rumah pun, ada rambut even tak macam Intan Najwa still cantik, eh! Ada tangan elok dok pegang, buat kerja tiap-tiap hari, alhamdulillah kaya betul rasanya. Dapat masuk tandas membuang yang kecil besar lawas, tak perlu ubat, telan itu ini kasi keluar<baca sini>. Nak cerita pasal rambut gugur je sebenarnya, punya panjang daku taip ye, wakakkaa, yelah mak-mak ni bila dah fasa ada anak kecil dah berlalu, memang mahkota yang satu ni paling obvious bila dia buat hal. Betul dak? 



So part rambut gugur dah dikira settle cara yang serasi, nak buat part lebatkan rambut pula. Daku punya pokok inai <baca sini> dah tumbuh tinggi dan lebat sangat daunnya. Rasa macam tak percaya boleh sesubur tu pokoknya, yelah daku ni bab tanam menanam tak pandai lagi, banyak lagi ilmu berkebun tak sempat khatam, tapi buat je, alhamdulillah sampai dah senget ketepi satu batang pokok dari banyak-banyak tu, sebab daun dah terlebih berat bercampur dengan kena ribut, dah senget benget, ku masih dok sayang nak cantas sebab ingat nya nak berinai rambut, agak-agak okay ke tak ye inai rambut ni? Benda-benda cemni kalau tak pernah buat memang takut, takut jadi rambut rosak, takut jadi makin huduh, takut-takut yang macam tu lah, tapi memang sudah lama ku teringin nak inai rambut, tak terbuat lagi sepanjang hidup ni, buat homemade jelah, jimat, daun fresh dah ada, tunggu rajin nak buat ke tidak aje nya. 


Bab rambut ni bukan  orang perempuan je bermasalah, orang laki pun bermasalah, makin teruk kerja makin nipis rambut, yang beruban dah satu hal lain, yang dah mula botak gugur rambut ni, nak kesian pun, diri kita sendiri pun kesian jugak eh, tulah selagi ada rambut ni, marilah menikmati kepala berambut ni. Rasa kaya betul hari ni, dapat tengok rambut sendiri terbuai-buai, tanpa luruh gugur macam daun kering jatuh. Nikmat apa yang lagi yang didustakan? 


Xoxo,
Rutin ditambah baik

Lagu

7.02.2025

Tak sangka ku buat post khas tentang benda lagho ni, first time dengar karyanya masa dok kat Nogori, sekali sekala anakku pasang macam lagu ikan kekek, pebenda lagu ni, sekali dengar best, dua kali dengar masih best, next lagu, buai eh ehh..jiwa muda sama naik dengar, okay. Terus google cari tuan penyanyi, how this talented and amazing vocal and music tak popular, tak dengar pun lagu ni kat radio. Tak puas hati ku korek semua lagu si Bunga ni nyanyi. So underrated song and she sing so well. 



New song Memahami tu best sangat, semua best, beat, MV, kena betul. Lirik semua lagu bunga mendalam, and the best thing she dress appropriate as Malay, berbaju kurung, sopan, cantik, klasik dalam kebanyakan MV. Ku rasa anak-anak muda sekarang memang suka lagu yang ke arah ketuhanan, keagamaan, tapi tersirat, ala2 lagu ekamatra tapi ni version bbnu punya, catchy, tapi tak over, ada beat song yang kena dengan halwa telinga. 



Biasa daku ni, memang lagu sep-sep bbnu tak masuk list, sebab lirik entah apa-apa, nothing, takde makna. Tapi yang ni, terus onz kat Spotify, kihkih. 
The one another yang ku suka Aftermath band, semua lagunya in list daku terutamanya fitrah dan arba, suara Aniq Muhai sedap juga. Ku dah lama betul tak layan local song, sebab takde yang boleh tangkap halwa telinga, tapi bbnu punya vocal, lirik ni boleh layan ek sambil cuci pinggan mangkuk, mesin jus, mop lantai, cuci baju. Selain Bunga daku perasan another Malaysian Singer yang underground Luqman Podolski, Layla Sania layan juga, haahh tak sangka mak-mak Millenium layan lagu cemni. 


Bab lagu ni kalau lagha sangat memang tak best, asyik cinta rindu aje. Ku suka sangat kalau lagu lirik yang awareness pasal kesihatan mental, fitrah diri sebagai hamba Allah, sebab jiwa kita semua harini terutama anak-anak muda kini sangat rapuh, kosong. Entahlah risau zaman anak-anak sendiri ni, bila ada yang ada pendidik share, ku tak ingat sekolah kat mana dia buat data dari 6000+ jumlah murid, hanya 20 persen sahaja yang tahu mengucap dua kalimah syahadah, lepas tu ada sorang cikgu dia masuk kelas dalam 40 orang murid, hanya 4 orang sahaja yang tahu baca Al-Fatihah. Scary sangat, dan sedihnya ye, agak-agak kalau depa ni Al-Fatihah tak lepas, solat ke dak?dan mereka ni bukan budak sekolah rendah,semua data dari pelajar sekolah menengah tahap dua, soalan cikgu tu terkesima jap, nak judge kan, kita tak tahu. 


Dengan pace kehidupan yang sangat laju hari ni, semua orang seperti berkejar-kejaran, ramai orang termasuk anak-anak kecil pun dah stress di awal usia. Ditambah pula dengan ilmu agama yang tak ditekankan langsung. Ni bukan isu ringan. Bab agama, dengan kehidupan sangat related tapi kalau takde ilmu, bagaimana mungkin nak diamalkan bab agama ni? Bila hanyut tanpa pegangan yang kukuh, memang sedih, nak tak nak kena akui 'islam way of life'. The guidance complete Allah kurnia, tapi untuk siapa yang mencari. 



Yang penting mereka yang kita tengok 'jahat', tak elok peel perangai,tabiat, way of their life miserable, sebenarnya mereka pun berasal dari orang-orang yang baik tetapi menjadi mangsa kejahatan berulangkali, penderaan fizikal, penderaan mental, surrounding mereka membesar, cara kehidupan orang sekeliling, membentuk karakter diri mereka. Ya, hidup memang ada pilihan, tapi kalau dah itu je circle yang mereka pernah jumpa bergaul, sepanjang mereka membesar, mendewasa, memang tak mudah nak cut off their lifestyles, their way of life yang dah terpesong. Tapi kita je yang dok cakap macam tu, sedangkan Allah kurnia seribu satu cara nak dekatkan mereka-mereka ni dekat denganNYA. Boleh jadi dengan memerhati, detikan dan lintasan hati dan bermacam cara lagi Allah kurnia untuk ke pangkal jalan. 



Tapi kalau bab lagu ramai yang cari dan ambil tahu kan terutama anak-anak muda zaman sekarang? Jadi ku harap bab lagu ni memang patut banyakkan ke arah pencarian tujuan hidup yang sebenar sebagai hamba Allah, melalui lagu boleh tarik anak-anak muda nak kenal agama, nak kenal Allah. Tak semua orang yang dilahirkan islam bertuah untuk menjalani kehidupan sebagai pengamal agama islam, islam hanya di kad pengenalan, sebab banyak sangat faktor, yang lalui jelah tahu. 


Ada satu lagu tu kan, yang tengah trending kat instagram, ku dengar sekali pun dah sedih gila, tapi tak paham apa bahasanya, tapi lagu memang menyedihkan siapa yang dengar, mendayu-dayu, sedih teruk, terus ku google, lagu Rusia rupanya, patut bahasa tak pernah dengar, korek lagi, oohh rupanya pasal pengkhianatan dari dua orang yang dia sayang, kawan baik dia sendiri, dan kekasih hati, patut pun sedih. Double stabbing, tapi dia tak boleh shot dua-dua bila terbongkar plot twist, sebab depa berdua rupanya dah ada anak bersama, dia tak gamak, dia sanggup ubati hati sendiri je luka kena tikam berganda. Sekali dua dengar okay, lama-lama dengar, seram juga. 


Satu lagi lagu yang female middle East singer, orang pergi umrah dok post guna lagu ni, ku terus godek, oohh rupanya tentang lelaki yang comfort and compatible for her life, tak sama macam typical orang dok cakap 'lelaki semua sama je'. Macam tak match betul dengan situasi pergi buat ibadah, tapi udah namanya trending, orang ikut buat jelah tanpa amik tahu. Tapi tulah nak kata macam tu pun interpretation kita kat lagu, lirik tu semua berbeza bagi setiap orang, kita faham cemtu, orang lain faham cemni, ahh tapi tak kisahlah ku layan juga, sebab best. 


Emm, lagu-lagu ni memang banyak bawa mesej dari kehidupan kita yang realiti, berdasarkan pengalaman hidup, tapi musik suara yang mendayu kadang buat emosi, jiwa kita terbuai-buai, kalau ikut empat mazhab pun haram sebenarnya, tapi tulah entah bila nak pisahkan yang satu ni dengan diri. Payah benau, kadang nak berjalan keluarkan peluh pun kena pasang lagu, sebab habit tu ada. Susah betul, moga Allah kurnia bakat buat penyanyi-penyanyi sebegini, boleh buat dakwah sekali. Kang tak pasal orang cakap "niat tak menghalalkan cara". Huu, entahlah labu. Yang penting ku dah tahu underrated singer Malaysia siapa. Korang macam daku tak? Bukan simply main dengar je lagu, tak paham lirik pun balun, daku tak, ku pi siasat dulu, lagu Hindustan ke, omputeh ke, gigih amik tahu cerita apa liriknya, kalau kena dengan daku baru layan. Ahh kalaulah segigih tu korek pahamkan terjemahan surah. Of course yang tu sama jua usahanya, insyaallah, ye dak? Lagu ni kadang melekat lagi banyak dari ayat al-quran kat otak, tak kata orang lainlah, kata kat diri sendiri, tu yang payah nak hafal ayat panjang, banyak lagho, huhuhu. Moga suatu hari kita diberi kekuatan tinggalkan apa yang dilarang, belajar kurang-kurangkan dari sekarang, insyaallah, Amin. Rasa tak okay jangan buka layan lagu banyak dan lama sangat, scary impact, buka kitab yang satu, dah confirm direct dari DIA yang Maha  Satu insyaallah, hati tenang, dan banyak jalan keluar untuk ujian dan masalah, sekadar ingat mengingatkan. 





Sekejapan

7.01.2025

Balik kampung baru-baru ni rasa tak cukup oksigen, cukup padat jadual, dari pukul 10lebih ku dah keluar rumah, nak ambil anak balik asrama, balik rumah, sempat dobi kain, nasib baik semua beg ku dah packing siap-siap malam tu nya, tunggu nak masuk kereta aje hari khamis tu. Makan tengahari pun bungkus dah sebab dapur dah siap tutup kemas dah, siap makan, semua dah balik, kami siap-siap sedang elok pukul 4 petang keluar rumah. Naik ikut tapah, tu pun jalan highway dah start jem, kami naik tidur kat Brichang tempat biasa. First time kami singgah makan dekat area pasar malam Cameron Highland, oohh cemtu rupanya suasana kat situ, boleh consider untuk menginap kat sana next time, kami elak menginap situ sebabnya selalu aje jem jalan masuk ke area tu. Kes nak makan masakan Turkish tu yang sampai juga kesana. Siap makan, terus je ke tempat penginapan untuk rest. 




Esoknya awal pagi kami dah checkout, makan pagi  depan hotel, dan terus gerak, masa tu memang kereta dah start banyak, sampai simpang tiga Cameron 
Highland Lojing tu pun kereta dah start berjujuk nak naik ke Kea Farm. Padahal baru pukul 8.30pagi, tapi nasib baiklah kami punya direction berbeza, jadi masa turun ikut Lojing ke Gua Musang, memang jalan takde kenderaan sangatlah, sampai kat Kelantan sebelum Zohor, singgah solat jumaat, then sampai rumah terus direct makan kat kenduri Tahlil, balik rumah sambung mengopi dengan keluarga dan mak pak saudara yang datang berkumpul sambil borak santai petang, lakiku terus gerak pergi meeting, daku sambung borak dengan family sampai azan maghrib kat meja makan, punya lama sembang, banyak cerita dari yang balik bercuti, lepas tu bersambung pulak dari makan malam, borak lagi sampai pukul 12 tengah malam, tak tahula kami borak apa, tapi kalau dah borak semua sama naik anak menantu, orang tua, bersambung-sambung ceritanya.



Bangun pagi, solat subuh, terus gerak berdua ku ada sesi urut mengurut setelah sekian lama tak mengurut, tak boleh tahan dah sebab seminggu sebelum balik kampung ku sakit belikat sampai tak boleh angkat tangan nak pakai baju, huahuaa. Mengurut 3jam pakej tungku dan totok muka sekali. Nilah sesi urut paling sakit dalam banyak-banyak sesi yang ku dah lalui, aduii. Nasib tak balik demam terkujat je urat kena gentel kasi baik, alhamdulillah sakit-sakit pun lega sepuluh bintang lepas sesi urut. Balik mengurut siap-siap nak pergi kenduri pula, balik kenduri dah nak balik rumah mertua sebab esok awal pagi tayar dah nak bergolek, sebab tak nak terperangkap dalam jem teruk. Sudahnya awal-awal gerak kami expect sampai rumah pukul 3 petang, tapi realitinya sampai rumah pukul 8malam sebab kereta atas highway padat, memang lewat sangat nak hantar anak balik asrama, jadinya balik rumah dulu, bersihkan diri, solat, makan baru keluar balik hantar anak balik asrama, at least badan dah refresh balik. Balik kampung kali ni memang letih teruk,dan rasa sekejap sangat even balik tiga hari dua malam, tapi itulah kena hadap, alhamdulillah yang penting settle semua urusan. Tapi itulah dalam terkejar-kejar, sempat lagi menyinggah makan kat claypot asam pedas kat Route 76 Gerik, memang puashati, sedappp. Belut tu, masyaallah, tak tahu nak habaq, boleh repeat, yang pasti semua fresh. 




Fuhh, balik sini pulak, settlekan semua kain untuk dobi, nasib baik cuaca panas, kain banyak bertimbun pun sempat tiga trip jemur kain, crispy terus hasilnya dia punya panas terik tu, the best thing and high achievement dalam banyak-banyak tugasan surirumah, hari yang sama jemur kain angkat, hari yang sama juga ku selesai lipat kain, fuhhh rasa bercampur baur happy boleh selesaikan tugas yang ni, living room terasa luas, bersih kemas dan bak padang bola bila kain berlipat. Hahaha, mak-mak malas lipat kain je tahu feeling ni. So hari ni hari tak bermalasan sangat, banyak lagi on the list nak kena settle sebelum hujung minggu, dan ohhh balik hujung minggu lepas, ku tak sempat pegang phone pun, aaa camne boleh lupa ni nak shot apa yang kat kampung, scene pagi depan jendela, tempat favorite termenung, depan jendela dapur, penting tapi tulah simpan dalam ingatan sudahlah. Cuti Awal Muharam tahun ni moga semua yang kita niatkan, rancang, dipermudahkan semua urusan okay, buka buku baru, yang penting amalan wajib upgrade to the best, hari ini tentunya lebih baik dari semalam, chaiyok! 


Xoxo, 
Add on bucketlist