Pulau Pangkor Lagi

7.09.2025

Bila nak pergi pulau, pulau yang paling dekat dengan kami Pulau Pangkor ajelah<baca sini>, so repeat sini. Nak pergi pulau lain kena bersusah-susah dulu drive jauh, jadi nak jimat tenaga yang tak berapa umphh dah, layan yang dekat, so ceritanya tak sampai beberapa bulan pergi Pulau Pangkor, kami repeat lagi. Sama juga modusnya, ingat nak walk in, lupa noh orang perak cuti panjang sikit, jadi kami scroll cari through Agoda bilik yang available, kali ni kami tengok yang mana masih available dan kami pergi je je hotel tersebut walk in book and check in. 


Cuma kali kedua pergi kami dah takde intention nak pergi ronda tengok tempat-tempat lain dah kat Pulau <baca sini>sebab sebelumnya dah pulun pergi. Niat pergi kali ni semata-mata nak mandi kat Pantai di Pulau Pangkor aje, kihkih. Next time datang semata nak makan laksa mee Pulau Pangkor semata pula. Ikutkan nak anak belajar kat Pulau Pangkor, ada sebab untuk datang, tapi bila suarakan keinginan kat Tok ayah depa, terus kena bebel, kena mudahkan urusan anak, urusan mak ayah nak jenguk, ambilkira costing yang terlibat, dan perkara-perkara lain, keselamatan naik turun berulang melalui laut, macam-macam, udahnya terkubur hasrat dan bertukar jadi modus lainlah pulak, ulang alik Pulau ni ajelah untuk mengurangkan craving ke Pulau -Pulau lain,  ikut kemampuan kekdahnya. 


Begitulah, selagi yang ada ni boleh dinikmati dengan mudah sebab dekat, kita hargai sebaiknya. Dah jauh nanti berindu-rinduan pulak, ye dak? So macam biasa, kami pilih naik feri kat Marina Jetty, sebab kat sini nak pergi Pulau Pangkor ambil masa 15minit sahaja, jadi tak sempat panas bontot duduk dah sampai jeti Pulau pangkor. Kami repeat naik van pink, jimat masa dan tenaga juga duit. Berbaloi sekali naik van bayar RM25/trip, masa tulah, sekarang semua dah naik harga tak tahulah mencanak tara mana harganya. Ramai dah tak nak naik feri kat Marina Jeti ni asbab banyak kereta kena kopak dek kaki curi, nak pergi bercuti sekalo dengan kereta kat parking rosak kena servis dekat orang gila mencuri, kesian noh. Tu yang tak ramai macam dulu kot.


Kami sampai Jeti Pulau Pangkor tu, macam biasalah kena hadap dulu yang promosi motor kereta sewa dan segala jenis ulat-ulat, kami dah merasa first trip dulu, memang tak ambik dahlah kereta sewa, naik van pink ja settle, lagi mudah sebenarnya. Back to story, terus ke hotel yang kami nak book,  Palma Beach resort, yang ni dekat Teluk Nipah jugak, tapi lorong berbeza dengan hotel Nipah dulu<baca sini>, tapi memang dekat jugalah dengan beach area. Alhamdulillah kami ambil bilik standard, dua bilik sebelah menyebelah aje, satu bilik ada queen bed, sebab yang family room dah full. 


Bila dah check in, anak-anak macam biasalah, nak mandi kolam, hotel ni besar tau, rupanya ada dua tempat, kira kolam ni kat belah dalam kampung, kena menapak dari Ibu hotel ke belah belakang, adalah dalam 650meter, so kat sana lagi banyak lah bilik hotel, chalet dan kebanyakan bilik untuk big group. Best juga, siap layan depa mandi kolam, menapak pergi mandi pantai pula. Memang pulun betul mandi air pantai datang kali ni. Memandangkan masih awal, sempat lakiku pergi beratur beli lempeng pisang yang viral, takde takde orang pun, eh beratur juga ye. Sabor jelah. 


Apapun Pulau Pangkor ada kecantikan dan tarikan tersendiri, next ada peluang nak pusing kat area Pangkor Resort, mana tau dapat merasa tidur sana pula nanti, kihkih, manifestation tu kena ada, kasi feel dulu, dan pusing pulau-pulau berdekatan, tak menyempat lagi nak berpusing tengok Pulau lain, slow pace cemnilah, yang ada depan depan mata pun tak puas lagi nikmati, cepat sungguhla masa berlalu. Haihh, malam tu macam biasalah kami dinner area depan tu je, banyak pilihan kedai makan, nak bakar-bakar, masak ala Thai, semua ada, ikut selera team dan fulus aje, dan layan fireworks show kat tepi pantai, dah kali kedua layan, depa tak seexcited kali pertama tengok dahlerr. 


Ada betulnya orang pesan, kalau suka mandi kolam, jangan buat kolam kat rumah, kalau suka pantai jangan buat rumah tepi pantai, kalau suka gunung jangan buat rumah tepi gunung, sebab kita ingat bila kita dah miliki,ingatkan nikmat tu sama. Tapi rupanya tak begitu, bila dah miliki rasanya tak lagi sama dengan rasa bila kita tak miliki. Bila selalu merasa, nikmat tu tak lagi dinikmati seperti mana kali pertama kita merasai, betul dak? Sekali sekala datang tempat macam ni, seumur hidup menjadi kenangan dengan rasa yang tak terbatas. Macam juga orang yang suka pi tepi sawah, rasa bestnya ada rumah tepi sawah, tapi daku membesar dengan rumah tepi sawah, memang tak nak rumah tepi sawah, sekali sekala pi bercuti feel childhood moment memang best sangat, tapi forever duduk tepi sawah memang daku tak nak, yang ada rumah tepi sawah tahu lerr kenapa, sebab tak mudah nak hadap masalah- masalah yang mendatang mai hinggap bila rumah duduk dekat sawah, masalah serangga, binatang, ada musimnya, musim menuai, musim tabur benih, dan macam-macam lagilah, rumah tepi pantai memang lagilah pening. Itulah kehidupan, ada hitam,ada putihnya, ada baik, ada buruknya,semuanya datang berpasang-pasangan. Apapun nikmat sekali sekala ni memang best, pergi balik tengok Pulau. Nikmati sajalah yang sekali sekala ni pun. Memang forever feeling gituhh. Summer mood ni memang terasa-rasa nak repeat pergi Pulau lagi, tengok laut membiru turquoise. 


Xoxo, 
Berpulau..