Sejak jadi orang Perak lagi kukenal Kelamai ni, masa mengandungkan si Hajjar mengidam nak Kelamai, makanan klasik dan tradisi ni memang payahlah nak cari dulu, kena tunggu musim baru jumpa, so nak makan kena tunggu musim Ramadhan, Raya baru timbul. Sekarang alhamdulillah dah tak perlu tunggu musim boleh hadap makan bila-bila masa kalau teringin. Tak ingat dah tengok kat mana orang share dia makan kelamai, tapi tengokkan rupa makanan kelamai ni buat tertelan air liur, memang rupanya pun dah mengundang. Sekali tengok macam dodol, dua kali tengok memang bukan. Teksturnya sangat berbeza, dan rasanya sangat sedap, for me lah ye, memang a taste to die for betul Kelamai ni, anak-anak iols pun suka, sekali beli sebatang tu sekali hadap je kami anak beranak. Masing-masing punya seleralahkan, walaupun pertama kali cuba dulu memang jatuh cinta habis, so setiap kali ada memang repeat beli lah. Rasanya kenyal-kenyal, manis sedap sedang elok je. Tengok macam lemang tapi bukan, kalau datang Gopeng, boleh jumpa orang jual kelamai ni berdekatan Tol Gopeng menuju ke Kampar. Dari tol Gopeng tu memang adalah 2,3 tempat juga yang jual Kelamai kalau musim puasa dan raya. Tapi kalau bukan musim tengok rezeki masing-masinglah yang nak merasa tu.
Dibakar seperti lemang dan isi yang sudah dikupas kelihatan 'hitam-hitam manis' seakan dodol, namun itu keistimewaan makanan unik berkenaan yang kini sukar didapati dan hanya dimasak masyarakat Rao. Salah satu kelebihan kelamai ialah boleh bertahan sehingga lebih sebulan sekiranya disimpan di tempat yang elok dan tidak lembap. Bahan yang diperlukan untuk memasak kelamai adalah tepung pulut, gula merah, santan dimasak sehingga menjadi 'tahi minyak' dan kelapa parut yang digoreng. Siapa yang pernah tengok Majalah 3 pasti perasan ada yang tunjuk cara Kelamai yang dibuat kat Gopeng, resepi turun temurun dari Kelamai Acu Gopeng yang terkenal dengan Kelamai.
Memang kalau tengok penyediaannya sangat rumit, tapi padanlah dengan hasil makanan yang dihasilkan sangat berbaloi dan sedap. Satu batang buluh kelamai tu harganya dalam RM25-RM35. Kalau dah buka buluh kelamai tu memang isi dalamnya lembut dan kenyal. Kalau di biarkan dalam keadaan terbuka dengan lama isinya akan keras, so kalau nak lebih sedap bila di makan if dah keras, Ika stimkan balik, so rasa basah-basah lembap memang umphh sangat. Aishh kalau ibu mengandung baca ni memang mengundang kempunan betullah. Sorry ye mengkome.
Kalau kat Gopeng tu biasa Kelamai ni sama naik popular dengan kawasan jual durian, biasa musim durian ada bila bulan puasa, raya dan lepas raya. So kalau teringin bolehlah bajet timing datang merasa kelamai juga durian. Pelik-pelik punya citarasalah, asyik merepek je lakiku membebel. Ni kes nak makan beronok Langkawi tak dapat-dapat lagi, hope dapatlah merasa. I'm just curious the taste of eksotik food, beronok either belangkas, dua-dua takleh brain lagi camne rasa dia. Kelamai? Of course dah Jadi one of my favourite food dah, hehe.
Top Social