Chalet Dusun Pos Kuala Mu

7.31.2025

Hujung minggu baru-baru ni, kami plan nak keluar dari rumah setelah non stop setiap kali hujung minggu kami padat dengan jadual Hari sukan anak-anak, fuhh rasa lega sangat semua aktiviti sukan anak-anak dah selesai untuk dua bahagian, final belum lagi, letihh mak mengurus bila laki kerja hujung minggu. Sepadat-padat aktiviti, sepadat tu jugalah rasa tepu otak mengejar rutin yang sama dua minggu berturut non stop, jadi kebetulan anakanda sulung pun balik betmalam, jadi kami plan nak pergi berkelah, nak pergi berkelah tak tahu kat mana lagi, tapi plannya memang nak pergi berkelah. 


Dihari kejadian, lepas selesai Hari interaksi Ibu Bapa pelajar dan guru, terus balik, siapkan bagasi, kemaskan part makanan, barang untuk memasak, basuh dan jemur baju, kemas rumah, sambil tunggu depa balik solat jumaat, letihh ek jadi mak ni oiii, layan juga buat, nak merungut pun banyak dah jugak nikmat tak terbatas Allah kasi, maka kita buat jelah dengan senang hati sebab sikit lagi kita nak habiskan duit dan berjimba, that's we call reward, akakaka. Kurang kurang keluar juga peluh sambil workout version housework. So dah siap semua ready untuk bergolek tayar, pukul 3.30 petang juga baru kami bergerak, konon nak bertolak awal, macam ni sudahnya juga jadi, macam biasalah, yang penting gerak juga. 


Alhamdulillah cuaca baik, cantik sangat even ada juga sikit-sikit jerebu tu. Dalam pada dah on the way tu, anak-anak tanya kita nak pergi mana ni mama? Daku cakap, tak tahu, tanya laki, so kita nak pergi mana ni ekk? Pos Kuala Mu? Lenggong? Grik? Then decide lah dengan first place call tanya ada bilik kosong tak? Yang kami call first tu Chalet Dusun, then kata takde dah bilik kosong, call Chalet Kg. Gepeh Hulu, pun takde kosong, call chalet Kg Bersah, pun takde, wakaka. Ok takpe try pula call chalet area Lenggong, alhamdulillah memang takde, yelah minggu orang dapat gaji, merambu semua keluar, kita plak buat kerja last minit, baru nak gerak, baru nak cari. Last choice call area Grik, Hua Hua, confirmlah lagi takde. So macam mana kita ni, nak terjah juga ka camne. Takdan borak panjang, ada call dari nombor Chalet Dusun Pos Kuala Mu, bagitahu ada bilik kosong, tapi bilik yang paling besarlah, tapi untuk satu malam ajelah. Haa, apa lagi, ni dah kira rezekilah, satu malam pun satu malamlah, even bekal makan kami standby untuk dua malam. Alhamdulillah sampai juga kami nanti kat Pos Kuala Mu. Sebenarnya, tiga tahun lepas lakiku dah ajak pi sini, tapi daku tak nak, kata jauhlah, payahlah, macam-macamlah alasan daku, tu tak tersampai lagi, hinggalah tengok ramai yang share pergi bercuti kat sini, rasa baru tergerak hati nak pergi. 


Pergi time benda tengah trending ni sajalah cari pasal orang kata, yelah tempat asyik full book ajenya. Macam kamilah kekdahnya, wakaka. Dah confirm dapat bilik, kami decide singgah solat dulu, beli makanan goreng panas siap-siap, sebab sampai nanti entah pukul berapa dah. Jadi, kami stop kat Petron solat asar, sambil tunggu order bungkus makanan kat kedai berdekatan, beli, barang yang tak complete lagi. Sambung bertolak dah pukul 5.30 petang. Imagine kami sampai kat stesen minyak last kat area Felda Lasah kalau tak silap, penuhkan tank minyak, pergi tandas dan mula gerak naik ke Pos Kuala Mu. Pos Kuala Mu ni area paling last sekali nak sampai. Perghhh mencabar ye jalan nak naik ke sini, tak pernah-pernah guna gear L, naik sini, baru test power gear, tinggi dan curam uiii. Alhamdulillah kebanyakan jalan okey, adalah certain tempat jalan tar rosak dan berlubang, ikutkan timing dua jam ye nak sampai ke Pos Kuala Mu. 




Ni bilik kami, ada 5 tilam, plug point, simple yet comfortable. RM120/night.




Dah lewat petang, memang tak banyak kereta lah yang panjat naik turun, berselisih satu dua kereta aje, yang belakang kami pun ada dua tiga kereta, last-last depa potong tinggal kami sebuah aje. Seram juga ekk, roadtrip solo, tapi agak best juga, vice versa gitu feelingnya. Lepas je puncak bukit yang paling curam, si Haniy cakap, "tak nak tidur kat situ, nak balik", asbab daku cakap, tempat kita pergi ni tak sama kat rumah tau, takde kipas lampu macam kat rumah, pergi rehat je nanti, no phone juga. Aaa terus nangis budak tu, pujuk cakap, tengok dan rasa dulu, jangan mudah tolak cakap tak nak, then she okay, alhamdulillah sampai kat Chalet Dusun sedang elok orang azan maghrib, masa tu masih cerah even dah maghrib, kami parking dekat pintu gerbang dan angkut barang ke Chalet yang hampir hujung sekali. Nasib tak baik, electric kat Chalet Dusun masa tu rosak, jadi memang gelap gelita takde lampu, yang ada kat chalet tu guna inisiatif lampu sendiri, nasib baik kami, kami dah tapau siap-siap makanan, jadi takde aktiviti masak untuk makan malam. 


Masa sampai tu, jauh jugalah kami menapak angkut barang-barang, 'mencari susah' yang best beginilah gayanya. Yang penting semua happy. Orang kata takde kerja boleh tidur elok-elok selesa kat rumah, keluar cari tempat tidur tak selesa cemni, memang pelik kan? Ku tak tahu nak bagitahu macam mana, tapi memang saja nak anak rasa discomfort situation ni, sebab kita semua tak selamanya berada dalam keadaan selesa, dengan situasi perang kiri kanan, bencana situ sini, kurang-kurang tak shock bilamana datang ujian yang kita tak pernah jangka. Ku selalu ingat pesan ayah, dalam makan sedap setiap hari, ajar dan didik juga anak-anak makan benda tak sedap, ikan masin, ulam-ulam, ubi ubi, supaya anak tak terkejut dan tak boleh accept bilamana keadaan memaksa. Dalam keadaan terlalu selesa ajar dan didik juga anak dalam keadaan tak selesa. Contohnya cemnilah, wakaka, elok dok kat rumah lengkap elok, datang mai tidur dalam rumah buluh, comell. 


Tak jauh situasi contoh dah berlaku dekat kami, blackout kat satu pekan, tak sampai dua jam blackout tapi semua dah panik, stress, anak-anak dah bising, semua update duduk dalam kereta sebab tak tahan takde aircond, tu baru berapa jam, kalau sehari dua blackkout, takkan dua hari nak stay dalam kereta cemtu. Contoh lagi, masa takde air ritu, panik teruk belaka, yang dah biasa hadap air sungai relax je, kita yang dah dalam mode selesa air turun dari tangki, mati kutu, nak kutip tadah air hujan ramai yang blurr nak buat macam mana, nampak simple, once jadi, kita yang tak tahan, nak marah orang tak tentu hala. Skills survivor ni dah ramai hilang termasuk dakulah, tak kata orang lain, kihkih, dedulukala selamba je hidupkan api, siap boleh buat tempat teduhan guna daun pokok aje, sekarang yilleks, lupa terus dah belaka, skill memancing, tangkap ayam hutan, gone cemtu je. So mencari 'susah' sekali sekala ni perlu buat kami, kihkih. 


Dah check in, bilik kami, betul-betul tepi jeram, even lewat petang cantik sangat scenery kat sini, bunyian air jeram yang masih terpelihara, memang vibes dia sangat fresh, anak-anak cakap macam bunyi hujan lebat. Settle angkut semua barang, anak-anak salin baju malam, solat dan standby nak makan aje. Best sangat stay sini, bunyi air jeram ni memang menenangkan. Memandangkan kami ni bukan geng camper, jadi lampu apa ka semua takde, yang ada lampu suluh aje, lakiku pergi depan Chalet beli lilin, sementara nak tunggu lampu ada. Sementara lepak-lepak depan beranda, malam tu antara the best moment kami anak-beranak sebab dapat tengok taburan bintang memenuhi langit, Subhanallah, my core memory at Pulau Bidong repeatedly that night tapi dengan anak-anak, semua macam terkagum, happy, teruja tengok bintang-bintang malam, daku tak snap gambar, sebab tak nampak apa dalam kamera, telefon cikai cemtulah, takleh lawan power of eyeing. Masyaallah Tabarakallah for beautiful moment, tambah bila blackout, the stars memang in brightest mode. Cantik tak terkata dan tak mampu digambarkan. 



Ku cakap kat anak-anak, mama tengok bintang macam ni langit masa kat jendela bilik rumah tokayah umi dulu Zaman sekolah rendah pakej tahi bintang, lepas tu masa kat universiti, tak sangka boleh tengok bintang-bintang cemni dengan anak-anak mama, sobss. Bestnya mama banyak kali tengok, even only three time pun depa cakap dah banyak kali mama tengok, huhuu, bestnya yang boleh mengadap taburan bintang ni banyak-banyak kali, how I wish. Ku ketawa je dengar depa borak sesama depa. Malam tu, lepas siap kami makan, kami keluar jalan-jalan sampai kat depan area jambatan Kg. Gepeh menikmati malam berbumbungkan taburan bintang. 


So, malam tu, kami tidur awal jugalah, nak tengok phone, bateri semua dah kong. Tanya Haniy yang sedang main sesama adik kakak, so macam mana Haniy "okay ke tidur sini? Sambil tersengih-sengih, okay, Haniy suka. Lucu betullah. Tidur malam tu semua lena, daku je tak sebab tersedar pukul 3 pagi, then 4 pagi, lepas tu 5pagi direct ke subuh dah tak boleh tidur. Masa tu electric dah ada dah, dalam pukul 12tengah malam lampu nyala, sekitar chalet semua cerah dah, bukan apa, sejuk uuiii, takdak aircond, kipas pun sejuk ke tulang sum-sum daku rasa, daku ni memang jenis penyejuk, aircond suhu 28 pun sejuk dah bagiku, jadi selimut nipis tak membantu daku mengatasi rasa sejuk even dah pakai baju sejuk. Memang sejuk lain macam. Pagi tu, anak-anak dan ayahnya pergi solat kat surau, oohh kelengkapan kat sini memang cukup ye, surau, bilik air, bilik mandi. Alhamdulillah takde bunyi pelik-pelik, hanya bunyi unggas dan bunyi suara-suara hutan. Memang real bunyi dok dalam hutan tebal kekdahnya. 











Bangun pagi tu, terus lakiku bakar ayam perapan yang dibawa semalam, nasib baik tu sentiasa ada, ayam masih on chiller suhu, even ais dah cair, kalau dah berbau, nak telan makan pun tak selera, kira masih ada rezekilah nak makan ayam bakar pagi-pagi tu, siap masak spageti, apa semua kami pergi morning walk sekitar Chalet Dusun dan Chalet Kg Gepeh, tengok air jeram di waktu pagi. Balik dari morning walk terus kami turun mandi air jeram, sejuk macam ais, memang biru terus bibir anak-anak, punyalah sejuk. Tapi sedap sangat air sejuknya, tak sampai sejam berendam depa dah tak tahan, daku memang tak puas lagi berendam, tapi dapat menyelam berkali-kali dalam tempoh sejam tu rasa puas hati betul, pasir dalam jeram tu, daku amik sental buat scrub dekat muka. Perghh, best treatment betul. Benda wajib buat bila pergi pantai atau jeram, kihkihhh. 




Siap mandi apa semua sedang elok dah pukul 10pagi, jadi makan-makan, memang kami cadangnya nak checkout sebelum pukul 12 tengahari. Kononnya morning walk tu sambil-sambil nak tanya kotlah ada yang cancel bilik, boleh stay lagi satu malam, takde ye. Berangan jelah. Tuan rumah cakap, next time datang weekdays lah tak ramai orang, weekend biasa memang full, sobs. Makanya kena check outlah kami hari sabtu tu, tak mengapalah, kurang-kurang dapat juga merasa semalaman. Moga next time ada rezeki tiga hari dua malam kat sini, tak puas uiii, memang brain healing terus datang tidur sini. Reset mode terus. 



Dah berangkut semua barang, checkout, kami nak gerak dah ada yang mula sampai, ramai sungguh ye yang datang sini, day trip pun ada. Tapi memang berbaloi sangat datang Pos Kuala Mu, memang satu tempat yang terpelihara dari arus kemodenan, dan ku doa it'll just stay with that "Zaman 80an" vibes. No modern facilities, just remain originally, classic and best ever vibes. We feel so content, happy dan penuh dengan memori. Sambil tayar bergolek, ku tanya so, kita nak balik ke camne ni? Tak ye, gigih pulak daku kena google tanya sana sini, nak sambung lagi cuti hujung minggu, yang pasti kawasan Lenggong semua dah full book, so kemana kita? 


Oh ye, for info kat Pos Kuala Mu ni ada tiga Chalet, Chalet yang mula-mula jumpa Chalet Kg. Bersah, Chalet Kedua kena lalu jambatan Chalet Kg. Gepeh, dan Chalet hujung sekali Chalet Dusun. Semua Chalet Kg. Gepeh dan Chalet Dusun ni, bersebelahan sungai aje, cuma kalau nak mandi air best dan tenang, arus air tak kuat dan kurang batu-batuan, Chalet Dusun is the best, sesuai untuk anak-anak kecil. Kalau air jeram depan Chalet Kg. Gepeh ni banyak batu dan arus air pun laju, tapi view cantik. Seriously three days two night pun tak cukup apatah lagi kalau two day one night kat sini memang berdouble tak cukup ye, huahuaa. Nak pergi kat air terjun pun tak sempat. Next time pula, insyaallah. 


Chalet Kampung Bersah 
Hubungi: +6 019 411 7281 (Encik Saidin)

Chalet dusun kg kuala mu 
Hubungi: Emma 60 17-403 8506

Kawasan Perkhemahan Kg. Gapeh
Hubungi 3: + 6 011 15117527 (Encik Johari)

Koordinat GPS: 4.847101, 101.326469