Tak sangka ku buat post khas tentang benda lagho ni, first time dengar karyanya masa dok kat Nogori, sekali sekala anakku pasang macam lagu ikan kekek, pebenda lagu ni, sekali dengar best, dua kali dengar masih best, next lagu, buai eh ehh..jiwa muda sama naik dengar, okay. Terus google cari tuan penyanyi, how this talented and amazing vocal and music tak popular, tak dengar pun lagu ni kat radio. Tak puas hati ku korek semua lagu si Bunga ni nyanyi. So underrated song and she sing so well.
New song Memahami tu best sangat, semua best, beat, MV, kena betul. Lirik semua lagu bunga mendalam, and the best thing she dress appropriate as Malay, berbaju kurung, sopan, cantik, klasik dalam kebanyakan MV. Ku rasa anak-anak muda sekarang memang suka lagu yang ke arah ketuhanan, keagamaan, tapi tersirat, ala2 lagu ekamatra tapi ni version bbnu punya, catchy, tapi tak over, ada beat song yang kena dengan halwa telinga.
Biasa daku ni, memang lagu sep-sep bbnu tak masuk list, sebab lirik entah apa-apa, nothing, takde makna. Tapi yang ni, terus onz kat Spotify, kihkih.
The one another yang ku suka Aftermath band, semua lagunya in list daku terutamanya fitrah dan arba, suara Aniq Muhai sedap juga. Ku dah lama betul tak layan local song, sebab takde yang boleh tangkap halwa telinga, tapi bbnu punya vocal, lirik ni boleh layan ek sambil cuci pinggan mangkuk, mesin jus, mop lantai, cuci baju. Selain Bunga daku perasan another Malaysian Singer yang underground Luqman Podolski, Layla Sania layan juga, haahh tak sangka mak-mak Millenium layan lagu cemni.
Bab lagu ni kalau lagha sangat memang tak best, asyik cinta rindu aje. Ku suka sangat kalau lagu lirik yang awareness pasal kesihatan mental, fitrah diri sebagai hamba Allah, sebab jiwa kita semua harini terutama anak-anak muda kini sangat rapuh, kosong. Entahlah risau zaman anak-anak sendiri ni, bila ada yang ada pendidik share, ku tak ingat sekolah kat mana dia buat data dari 6000+ jumlah murid, hanya 20 persen sahaja yang tahu mengucap dua kalimah syahadah, lepas tu ada sorang cikgu dia masuk kelas dalam 40 orang murid, hanya 4 orang sahaja yang tahu baca Al-Fatihah. Scary sangat, dan sedihnya ye, agak-agak kalau depa ni Al-Fatihah tak lepas, solat ke dak?dan mereka ni bukan budak sekolah rendah,semua data dari pelajar sekolah menengah tahap dua, soalan cikgu tu terkesima jap, nak judge kan, kita tak tahu.
Dengan pace kehidupan yang sangat laju hari ni, semua orang seperti berkejar-kejaran, ramai orang termasuk anak-anak kecil pun dah stress di awal usia. Ditambah pula dengan ilmu agama yang tak ditekankan langsung. Ni bukan isu ringan. Bab agama, dengan kehidupan sangat related tapi kalau takde ilmu, bagaimana mungkin nak diamalkan bab agama ni? Bila hanyut tanpa pegangan yang kukuh, memang sedih, nak tak nak kena akui 'islam way of life'. The guidance complete Allah kurnia, tapi untuk siapa yang mencari.
Yang penting mereka yang kita tengok 'jahat', tak elok peel perangai,tabiat, way of their life miserable, sebenarnya mereka pun berasal dari orang-orang yang baik tetapi menjadi mangsa kejahatan berulangkali, penderaan fizikal, penderaan mental, surrounding mereka membesar, cara kehidupan orang sekeliling, membentuk karakter diri mereka. Ya, hidup memang ada pilihan, tapi kalau dah itu je circle yang mereka pernah jumpa bergaul, sepanjang mereka membesar, mendewasa, memang tak mudah nak cut off their lifestyles, their way of life yang dah terpesong. Tapi kita je yang dok cakap macam tu, sedangkan Allah kurnia seribu satu cara nak dekatkan mereka-mereka ni dekat denganNYA. Boleh jadi dengan memerhati, detikan dan lintasan hati dan bermacam cara lagi Allah kurnia untuk ke pangkal jalan.
Tapi kalau bab lagu ramai yang cari dan ambil tahu kan terutama anak-anak muda zaman sekarang? Jadi ku harap bab lagu ni memang patut banyakkan ke arah pencarian tujuan hidup yang sebenar sebagai hamba Allah, melalui lagu boleh tarik anak-anak muda nak kenal agama, nak kenal Allah. Tak semua orang yang dilahirkan islam bertuah untuk menjalani kehidupan sebagai pengamal agama islam, islam hanya di kad pengenalan, sebab banyak sangat faktor, yang lalui jelah tahu.
Ada satu lagu tu kan, yang tengah trending kat instagram, ku dengar sekali pun dah sedih gila, tapi tak paham apa bahasanya, tapi lagu memang menyedihkan siapa yang dengar, mendayu-dayu, sedih teruk, terus ku google, lagu Rusia rupanya, patut bahasa tak pernah dengar, korek lagi, oohh rupanya pasal pengkhianatan dari dua orang yang dia sayang, kawan baik dia sendiri, dan kekasih hati, patut pun sedih. Double stabbing, tapi dia tak boleh shot dua-dua bila terbongkar plot twist, sebab depa berdua rupanya dah ada anak bersama, dia tak gamak, dia sanggup ubati hati sendiri je luka kena tikam berganda. Sekali dua dengar okay, lama-lama dengar, seram juga.
Satu lagi lagu yang female middle East singer, orang pergi umrah dok post guna lagu ni, ku terus godek, oohh rupanya tentang lelaki yang comfort and compatible for her life, tak sama macam typical orang dok cakap 'lelaki semua sama je'. Macam tak match betul dengan situasi pergi buat ibadah, tapi udah namanya trending, orang ikut buat jelah tanpa amik tahu. Tapi tulah nak kata macam tu pun interpretation kita kat lagu, lirik tu semua berbeza bagi setiap orang, kita faham cemtu, orang lain faham cemni, ahh tapi tak kisahlah ku layan juga, sebab best.
Emm, lagu-lagu ni memang banyak bawa mesej dari kehidupan kita yang realiti, berdasarkan pengalaman hidup, tapi musik suara yang mendayu kadang buat emosi, jiwa kita terbuai-buai, kalau ikut empat mazhab pun haram sebenarnya, tapi tulah entah bila nak pisahkan yang satu ni dengan diri. Payah benau, kadang nak berjalan keluarkan peluh pun kena pasang lagu, sebab habit tu ada. Susah betul, moga Allah kurnia bakat buat penyanyi-penyanyi sebegini, boleh buat dakwah sekali. Kang tak pasal orang cakap "niat tak menghalalkan cara". Huu, entahlah labu. Yang penting ku dah tahu underrated singer Malaysia siapa. Korang macam daku tak? Bukan simply main dengar je lagu, tak paham lirik pun balun, daku tak, ku pi siasat dulu, lagu Hindustan ke, omputeh ke, gigih amik tahu cerita apa liriknya, kalau kena dengan daku baru layan. Ahh kalaulah segigih tu korek pahamkan terjemahan surah. Of course yang tu sama jua usahanya, insyaallah, ye dak? Lagu ni kadang melekat lagi banyak dari ayat al-quran kat otak, tak kata orang lainlah, kata kat diri sendiri, tu yang payah nak hafal ayat panjang, banyak lagho, huhuhu. Moga suatu hari kita diberi kekuatan tinggalkan apa yang dilarang, belajar kurang-kurangkan dari sekarang, insyaallah, Amin. Rasa tak okay jangan buka layan lagu banyak dan lama sangat, scary impact, buka kitab yang satu, dah confirm direct dari DIA yang Maha Satu insyaallah, hati tenang, dan banyak jalan keluar untuk ujian dan masalah, sekadar ingat mengingatkan.
Top Social