Sejak tiga bulan lepas kuku daku rosak, since now tak okay lagi, makin tua umur, jiwa muda ni (perahsan betul) benci betul tengok kuku jadi kementot. Dek kerana kulat kuku, kuku macam dah kena makan, even buang still ibu fungus still ada, dah bermacam ubat try tak jalan, satu je tak cuba lagi, pakai inai daun tumbuk manual. Tak terbuat lagi sebab tak jumpa daun inai in real. Ku nak petik daun dan tumbuk sendiri, takkanlah pokok inai pun dah pupus.
Moments balik kebun mok kecik zaman 90an (nenek, belah ayah), satu aktiviti kesukaan buang tanah hitam yang melekat kat tepi kiri kanan ibu jari kaki nenda, kadang tu tolong ketipkan kuku nenda yang dah rosak, reput hujung, tak jari tangan, jari kaki yang rosak sebab nendaku pekebun tegar, paling syok korek guna jarum keluarkan daki hitam celah kuku, eh alih-alih tengok kuku sendiri dah semacam kuku nenda dulu. Nak kata buat kerja kebun, haukk daku takde kebun, yang pasti kuku daku ni kerap basah sebab banyak duduk kat dapur. Oh, selit cerita kat dapur yang buat ku trauma, tertengok Instagram sorang pempengaruh yang suka masak, bukan orang Malaysia yang suka masak, tengah live buat masakan, meninggal. Since then ku takut betullah nak tengok orang buat live, sebab tu tak pernah terjebak dengan orang yang buat live even untuk shopping baju, tudung, whatever product, memang ku skip. Tulah bab mati ni, sebut je takut, mikir pun takut, tapi persediaannya, hmm sedih. Tak kata oranglah, kata kat diri sendiri ja cukup.
Cerita kuku rosak ni bermula ku ketip kuku anak-anak, terperasan kuku Hawaa ada yang rosak satu, ku cakap dalam hati "apesal huduh sangat kuku yang ni, hishh", haa sekali kuku anak dah okay, daku plak merasa kuku huduh kena makan kulat, see sekejap ja Allah kasi rasa apa yang terlintas kat hati, sesal pun tak guna, tak mudah ye nak hilangkan kulat kuku ni. Tu baru bab kuku, tak lagi bab lemak kat badan ni, haihh.
Mm, cerita kuku rosak pun berlapis punya cerita. Nak buat medicine pedicure, haremmlah memang tak. Kuku rosak pun boleh buat rosak mood ye, masa tertengok jelah. Apapun syukur alhamdulillah masih berkuku lengkap lagi semua jari jemari, nikmat apa yang didustakan? Orang kata nak tahu tahap kesihatan diri pun boleh tengok kuku, kuku pun boleh bagi signal tahap kesihatan diri macam mana.
Biasa bila umur makin meningkat ni banyak lah mineral badan makin berkurang, bukan sekadar kolagen tubuh je makin berkurang, yang lain pun sama-sama berkuranglah. Bila umur bertambah ni takde lah kerja nak tunjuk terpaling awet muda, cukuplah aging gracefully gitu, yang penting hati, perasaan kita nak tenang-tenang je masa ni, takde dah masa nak compare situ sini, cukup dapat upgrade be better person day by day pun alhamdulillah.
Ni nak pakai inai daun pun empat puluh kali fikir, maklumlah dalam hidup, hanya beberapa kali je pakai inai, masa budak-budak, masa akad nikah kahwin, ni macam buang tebiat plak nak pakai inai kes nak ubatkan si kuku tersayang ni. Penyakit berkaitan kuku ni, inai daun herba terbaik, ku tak tahu tara mana hasilnya, nak kena cuba dululah ye berkesan ke tidak, yang pasti tangan berinai ni buat ku seram plak pasal julung kali pakai, ahahaha.
Xoxo
Mencari inai daun