Terbangun dengan batuk-batuk yang agak kuat, it's feel so real, tak tahu apa mimpi, tapi mimpi yang mengejutkan daku dari tidur lena. “La ilaha illallah wahdahu la syariika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir" dan istighfar. Daku duduk dan tengok jam di phone, pukul 2.32 pagi. Terfikir dan berfikir. Alhamdulillah. Pagi ni lepas selesai semua anak-anak dan suami keluar rumah, kuselesaikan apa yang ada di sinki.
Syahdu pula pemandangan kebun belakang bila hujan turun. Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat. Sambil termenung kat pintu belakang dapur melihat daun pokok betik, pokok serai kayu meliuk lintuk ditiup angin hujan. Masyaallah nikmatnya pemandangan, feeling tu terus tembus ke feeling bahagia di bahagian dapur nenekku ditepi sungai kelantan berpuluh tahun dulu, subhanallah, like a time traveling, those feeling so precious. Korang pernah rasa tak cemtu?Senyum.
Those little feeling, sekejap je tapi sangat membahagiakan. Macam suasana akan hujan, angin kuat bertiup, awan hitam bergerak laju, dan bunyi hujan, like simple thing happen, tapi untuk daku, terus throwback those precious feeling masa dulukala jalan-jalan kat padang(read kawasan bersawah padi) dengan pak saudaraku yang istimewa, berlari anak sambil mendepangkan tangan menikmati angin padang yang susah nak di terangkan. Tertawa kecil dan melompat gembira, bila hujan turun berlari menikmati hujan hinggalah basah lencun dan balik sambung mandi air perigi dalam keadaan hujan. Walaupun semuanya dah berlalu, feeling tu masih terasa-rasa, melekat kuat dalam ingatan. Ada namakah untuk perkara sebegitu? Bukan sekadar kenangan dan ingatan.
Ku selalu ingatkan diri, dalam menikmati hari-hari, "semua ni akan berlalu pergi", perhati, nikmati dan hargai, kerana ada yang lupa melalui hari-hari, waktu, tanpa merasai apa 'rasanya' ketika itu. Ada ketika, kita senang, makan tak bercatu, malah bermewah-mewah, tapi tak lupa diri, dan ada ketika makan beringat-ingat, malah bercatu, tapi tak mengeluh dan tak putus asa ketika susah, kerana ada reminder, "semua ni pasti akan berlalu". Hari dan saat yang kita lalui sekarang, semuanya akan berlalu pergi, nikmati sajalah. Walau excited, walau tak seronok, hanya sementara sahaja menyinggah.
Teringat peristiwa nak makan shawarma sedap, mencari rasa yang sama tak jumpa sampai sudah. Baru ku faham, nikmat sedap ni bukan pada makanan yang kita makan, tapi rasa lapar yang buat kita rasa nak makan tu, makanan yang tak sedap jadi sedap, tak tunggu yang mahal, cukup yang sederhana, tapi mengenyangkan perut ketika lapar. Betullah, memang rasa tu sedap yang diingat-ingat. Sama jugalah apa yang jadi pagi ni, pemandangan biasa-biasa je kat belakang dapur daku ni, tapi bila menatap dengan hati yang aman, rasanya terlalu indah dan bahagia. Lalu ku sedar, hidup ni sememangnya begitu, perkara yang sederhana tapi indahnya luarbiasa hadir pada waktu yang tepat di waktu hati kita senang dan tenang. Betul dak? Teguk air perlahan-lahan dengan secawan kopi yang pekat likat, pahit kelat pun rasa sedap tak tara bila takdak siapa kacau, kihkih.
Xoxo,
Progress........
Top Social