Orang yg pejam mata terus tidur tu, you're having a good life. Betul tu. Aku masih ingat, cerita dari tuan badan sendiri, bagaimana hidupnya berubah dari dok puncak, jatuh bedebuk, lepas tu naik kat puncak balik in different ways. Aku pun tak tahu kenapa dalam banyak-banyak orang datang tempat tu dia pilih untuk bercerita kat kami suami isteri. Kerjanya dulu terlibat dengan saham, connection pula bukan kaleng-kaleng, semua title best, dan connect dengan different professional. Memang kalau cerita bab dapat duit tu sekali masuk lebih dari puluh ribu. Komisyen juling biji mata. Gituhh. Tapi asbab PKP, semua gone, banyak saham drop, komisyen dia yang sebanyak-banyak jadi takde apa tinggal dah. Hutang tak settle lagi, dia kata sifir duit ni biasa lagi tinggi hasil dapat lagi besar keraknya, begitulah dia pun.
Balik ke tempat tinggal asal, tak tahu nak buat apa, minta jadi cleaner tandas awam dekat rumah. Ada satu hari tu anaknya nak main basikal tapi basikal dah rosak, dia baru perasan punya lama tak ambil cakna, tak sesuai dah dengan saiz anaknya, basikal baru pun tak terganti-ganti, nak buang sayang, jadi dia baiki sikit letak basikal anaknya yang rosak tu dekat depan tandas awam. Sekali basikal yang dia letak depan tandas awam, orang datang dekat taman awam, minta nak sewa untuk main. Mula-mula memang dia tak nak ambil duit tapi orang yang nak guna tu paksa ambil, jadi dia ambillah, Rm3. Bertitik tolak dari situ orang sekeliling perasan, mereka ada basikal lama yang tak nak guna, depa hantar kat dia dan letak kat depan Tandas awam kat Taman Awam. Dari 3 buah basikal jadi berpuluh basikal.
Kebetulan majlis cari kontrak baru untuk handle urusan kebersihan tandas awam, jadi dia try apply, sekali dapat. Pendapatan dari orang awam yang datang sewa basikal tu dia buat modal untuk beli scooter/motor & so on. Dia pun macam tak percaya dari modal free(basikal terbuang) dia dapat buat bisnes lain. Lani dia kata dia rasa dia orang paling bertuah sebab pejam mata boleh tidur terus. Sebab apa? Takdak hutang. Hari-hari fikir untuk penuhi keperluan harian je, masuk waktu pergi solat. Dia kata lagi, orang tenang ni orang takde hutang, boleh tidur tak fikir apa.
Dulu, masa ada hutang letak tangan atas dahi, tak lelap-lelap. Lani, balik solat isyak, tutup lampu terus tidur. Tidur pun senang hati, bangun pun senang hati. Perghh, goosebumps betullah dengar cerita cemni. Dia pesan kat laki aku, umur cemni tak payah dah tambah hutang, tak berbaloi. Lepas tu banyak lagi lah pesanannya. Insyallah begitulah pun yang kami tengah buat ni. Tak mudah tapi itulah bila tak ikut standard kehidupan majoriti orang buat ni banyak mulut bunyi. Jadi pekakkan telinga bisukan mulut ajelah. Tahan hati.
Tak semewah, sesenang macam standard orang pandang tapi dah cukup mewah aku rasa untuk kami marhaen ni. Betullah bab kekayaan ni sebenarnya datang dari hati kita sendiri. Fitrah kita manusia suka nak fokus, pandang apa yang kita takde, betul tak?Tu yang terlupa dengan apa yang kita ada, dalam masa yang sama kita tak sedar orang lain pun dok tenung, idamkan apa yang kita ada.
Terus mai teringat ada satu video pendek 2 orang budak duduk satu bangku, yang sorang ni maybe orang susah sebab baju comot, kasut koyak, tapak dah nak tercabut. Dia tenung je budak lelaki sebayanya yang duduk hujung bangku yang sama, pakaian smart, baju bergaya, kasut pun boleh tahan, dan mereka mereka bertemu pandangan. Budak yang kasut koyak berdoa supaya dia dapat apa yang budak lelaki tu ada, dan 'tink' betul-betul berkelip sekali tu dia dah jadi budak yang dia impikan, sekali dia tenung dirinya yang 'dah bertukar' bangun dengan penuh happy berjalan dan berlari mengelilingi pokok, dia nak bangun join sekali tak dapat bergerak. Sekali plot twist, 'maknya' datang dengan wheelchair datang ambilnya kat bangku. Rupanya budak yang diidamkan tu, tak boleh berjalan kaki. Kaki tak function. Menangis tak berlagu.
Begitulah plot twist kehidupan. Kita kadang asyik pandang keindahan orang dalam tak sedar kesusahan kita pun jadi impian orang lain untuk dirasai. Sebab kita manusia pandang surface aje, behind the scene kita tak tahu apa ceritanya. Jadi begitulah, purpose of life kita sebenarnya dah kita nikmati pun, tapi fokus, distraction banyak sangat sampai lupa berpijak kat bumi nyata. Aku suka keep repeat cerita macam supaya kita banyak peringatkan diri, mudah lupa, terbuai dengan apa yang kita pandang kan, setiap hari, setiap masa pula tu, kan? Kita lupa kita ni dah 'kaya'.
Semalam aku keluar satu family, perati sekeliling, rupanya memang rumah aku dah dikelilingi gunung ganang, pergilah belah mana pun nampak gunung pelbagai sudut. Yang aku dok puji gunung situ sini cantik, rupanya gunung ganang keliling rumah aku pun dah cukup cantik, terpegun dah bila tengok, tapi itulah, tak tenung lama-lama, sekarang asal balik ambil anak balik sekolah, turun simpang rumah aku nampak view gunung perati teliti, Subhanallah lucky me. Alhamdulillah lani Allah kasi pejam mata terus tidur sebab takde anak kecil dah nak berjaga-jaga, itu pun mungkin doa yang pernah aku langitkan ketika aku lelah. Lebih dari 10 tahun kebiasaan rutin tidur aku chaos, sekarang dalam fasa adjust timing tidur lebih teratur, tak mudah tapi itulah. Sebagaimana dapat tidur lebih elok, kena membiasakan diri dua orang anak berkurang kat rumah. Hidup begitulah datangnya berpasang-pasangan dan bertumbuh last-last kita sorang sorang dengan amalan je.

Top Social