Tempat pilihan kami menginap masa pergi ke Pulau Pangkor adalah Nipah Bay Villa. Kenapa kat situ? Entahlah, sebab kami cuba je jalan-jalan sambil mencari bilik tidur, bila lakiku suruh search apa-apa tempat penginapan kat google, ku suruh masuk je mana-mana lorong area Teluk Nipah tu, punya malas otak tangan nak search, kihkih kalau ada tu yelah tu. Lagi pula ni antara tempat tidur yang dekat segalanya, keluar je ada dobi, jalan sikit depan kedai makan belah kiri, belah kanan kedai bebas cukai,nak shopping coklat, perfume kat sini terus pun okay. Lintas jalan terus boleh turun tangga ke pantai. Teluk Nipah tu kalau tak silap dari jalan utama ada dua lorong yang menempatkan banyak pilihan tempat tidur, kiri kanan lorong bersusun aje chalet, homestay, bilik, pilih aje mengikut bajet masing-masing. So nak dijadikan cerita siap makan tengahari tu, sedang elok orang azan Zohor, perut dah kenyang, panas terik pula tu, anak-anak dah bising nak mandi pantai. Eh diorang ni tak tahu penat ka, ku menapak dari kedai makan ke lorong tempat nak tempah bilik tu pun dah mengah, punyalah takdak stamina, hahha. sampai depan recepcionist tanya bilik yang available untuk kami ni, bilik yang paling besar ada, tapi kena menapak naik tangga la pulak, memang idoklerr kami sanggup. Jadi kami decide ambil chalet kat bawah aje, yang ada double queen bed, kira okaylah untuk kami anak beranak. Untung bawa anak-anak jalan-jalan masa depa kecil macamnilah, jimat space, termasuk space tidur. kalau dah besar remaja, confirm dah kena ambil dua bilik chalet sekali pergi bercuti. Banyak juga pilihan bilik-bilik kat sini boleh pilih ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing ye.
Walaupun nak kata takdak orang, tetap jugaklah penuh tempat penginapan. Means memang ramai tapi tak sesak, oh ye nak datang Pulau Pangkor ni kalau boleh elakkan masa cuti umum, weekend still okay, tapi kalau dah double dengan cuti umum, herlok timing orang bergaji, Pulau ni sesak ye. Bukan takat Jeti, Pantai, kedai makan, semua sesaklah. Jadi nak bercuti bertenang-tenang, timing kena cun. Ku suka pilih time tengah bulan dan hujung bulan sebelum gaji, save best for the last gituhh. Bukan takat bab lauk pauk je ku suka buat cemtu, bab berjalan-jalan pun sama. Pandai-pandailah saving. Pilihan masing-masing, ada yang suka pulun awal-awal, ada yang sebaliknya, yang paling best pulun everytime lah tak kira masa, aaa bestt. Moga merasa juga sebegitu suatu masa nanti. Amin.
Jadi lepas deals kami masuk ke area Chalet, tak sangka pula surrounding Nipah Bay Villa ni best, buat ala-ala betul macam tepi Pantai, beach vibes tu ada. Untunglah juga sebab dapat check in awal sebelum pukul 2 petang, kalau ikutkan pukul 3 petang baru boleh masuk, rezeki boleh golek-golek rest dulu, solat dan santai sambil tunggu timing nak pergi mandi pantai. Budak-budak bila tengok air memang excited lebih. Ohh kat sini ada indoor swimming pool, jadi nak mandi kolam dulu pun boleh. Anak-anakku masuk je kolam sini terus terbatuk-batuk, means banyak teruk klorin dalam air kolam, lagi pula tempat tertutup, air tak kena cahaya matahari, not so good lah untuk mandi manda melainkan air kolam kena selalu tukar, tapi tempat sebegini, kena sendiri fahamlah. So tak nak effect lebih teruk ku suruh je depa mandi air pantai, tak menyempat 15minit berendam kolam. Depa memang alah dengan klorin, kalau terover banyak klorin dalam air terus badan depa detect.
Dalam pukul 4.30 ke 5petang kami bersiap untuk mandi air pantai, tak menyabor dah belaka. Orang pun tak ramai lagi sebab panas terik ya ampun. Jadi cari port kat tepi pantai bawah pokok, air laut tengah surut, memang cun lah nak mandi pun. Sepetang layan view Pulau , bau air masin, angin pantai, main Pasir pantai, menyelam dalam air laut, rasa best sangat. Best dan syok betul bercuti kat Pulau cemni, memang bermalasan betul aktiviti. Sambil tengok perati anak-anak mandi, sempat juga lakiku gigih pergi beraturkan diri nak beli lempeng pisang viral, eh eh sanggup pulak, ku memang tak sanggup lah, tapi orang sua kasi makan, kita makan jelah, hahaha.
Betul ke sedap lempeng pisang viral tu? Ermm, nak komen kan, ikut tekak masing-masing dan selera masing-masing, macam daku penggemar kuih tradisional, lempeng pisang yang kat pantai ni masih belum capai kesedapan yang ku imagine, tapi boleh lah layan makan sambil main Pasir pantai. Yelah sinonim, mandi pantai memang akan cepat lapar, benda tak sedap pun jadi sedap, kihkih. Harga sekeping lempeng pun kira okaylah dengan harga barang semasa. Dah bukan selalu datang, ada tu, cubalah. Support pakcik yang gigih siapkan lempeng pisang dengan orang yang beratur boleh tahan panjang, dah seorang beli bukan sekeping dua. Kan beli sekeping tak cukup, beli lebih tak habis pula, entahlah, anak-anak ku cemni lah, sudahnya daku jugak yang mengabiskan, sadis betullah.
Siap mandi terus kami ke chalet, best kat sini sebab ada pancuran air mandi Kat luar chalet, jadi bolehlah bersihkan diri dulu sebelum masuk ke bilik tanpa bawa sebeban pasir pantai sama. Bersihkan diri, salin baju, terus standby untuk keluar makan malam pula. Plan memang nak tengok sunset, jadi kami pilih makan kat kedai makan, deretan betul-betul tepi pantai, harga seafood kat sini nak kata murah tak juga, tapi berpadanan dengan harga kat Pulau, lauk simple untuk kami tapi mengenyangkan. Alhamdulillah. Paling best tang view lah, Subhanallah cantik sangat-sangat, masih teringat-ingat moment sunset. Masakan kat kedai kami pilih pun agak sedap dan cukup rasa.
Untuk pagi esoknya kami dah tak payah fikir nak cari makan pagi kat kedai luar, sebab penginapan yang kami ambil dah include semua sekali dengan buffet breakfast. Varieties makanan pun okay juga sebab ada nasi lemak, bihun goreng, kuewtiow goreng, kuih muih, roti bakar, dan pelbagai jenis minuman. Pun dah puas hati, makan pagi takat mana aje nak makannya, kihkih. So yang nak datang ke Pulau Pangkor, Nipah Bay Villa ni antara chalet recommended rupanya oleh kebanyakan pengunjung Pulau Pangkor, dan kami pun setuju, antara the best choicelah, sebab sangat strategik. Tambah yang jenis malas menapak banyak macam kami ni, hi hi hi. Harga affordable dan fasiliti sekeliling best dan puas hati. Mohler ke Pulau Pangkor wehh, we really need island healing sekali sekala.
Nipah Bay VillaLot 4442 & 4434,Teluk Nipah,32300 Pulau Pangkor,Perak