Semalam terbaca cara mudah nak kurangkan keguguran rambut, so daku tanpa fikir panjang, terus bingkas bangun tuju ke kotak storage makanan, tengok-tengok santan kotak last and the only one yang tinggal dalam box, haihh rezeki rambut dakulah merasa the power of santan, dia memang cemtulah ekk, time nak guna dan dan takde, dan dan tak jumpa dan sewaktu dengannya, cari plastik cap untuk rambut, huhh, ada guna dan berfaedah juga peel kutip segala benda sabun, dan tools yang depa bagi bila check in hotel, wakaka, inilah dia timenya nak berguna segala benda. Tanpa buang masa, ku berdiri depan sink, dan picit santan atas rambut, gaul-gaul sebati, dan pakai plastik cap dan perap rambut selama 30minit. Bau, toksah cakap, bau santan, ada orang cakap tak best, tapi bagi daku best, teringat plak kari ayam. Anak-anak dah bising, mama buat apa? Mama pakai apa? Kenapa buat cemtu? Kenapa mama? So selama 30minit kurasa berejam sambil nak menjawab soalan anak-anak. Gitulah ek, tak layan soalan, tak habis, dah layan tak putus-putus pulak persoalannya. Layan jelah selagi boleh layan ni, kihkihhh.
Settle 30 minit, ku bilas, rasa berminyak, dan totally bau santan, udah namanya memang santan. Ambil seketul sabun pure Greek olive soap, ku basuh rambut dengan sabun tu dua tiga kali bilasan sabun, wangi, licin, dan hilang dah bau santan. Tak tahulah jadi ke tidak buat tips yang satu ni, kita cuba jelah ye. Rambut dah kering, baru berani ku sikat, dari dapat segumpal rambut setiap kali sikat, alhamdulillah ada beberapa helai yang terlekat, takpelah tunggu esoknya. Jadi hari ni bila sikat, still the same effect hanya beberapa helai terlekat. Takkanlah secepat ni kesannya.
Next time boleh beli santan kotak yang Kara bentuk tiga segi kecil tu nampak gayanya, dua kotak sekali penggunaan dah cukup. Kira mewah betul, orang lain guna santan buat masak, daku letak kat rambut, Allah ampuni daku. Sedihla plak, ni mai teringat benda lainlah ni, next entry ku karang.
So mulai hari ni ku dah tick dalam rutin mingguan, nampak gaya kena tambah rutin perap rambut dengan santan kotak. Alhamdulillah petua ni jadi untuk daku. Ada sekali tu, ku balik kampung, pokok limau purut rumah ma berbuah lebat, mintak dengan ma nak kutip buat balik rumah nanti, dapatlah satu plastik penuh sederhana. Mewah betul daku dua minggu tu mandi dengan perahan air limau purut, shampoo rambut dengan air limau purut, wangi tak payah cakap, bukan anak-anak je mengendeng duduk dekat, anak mak mertua pun sama naik, rimas tapi best, hahahaha, korang ada pokok limau purut tu buat, rugi tau. Effect air limau kasturi memang silky terus rambut.
Daku ni umur cemni baru nak fokus diri, dulu kat rambut sendiri memang tak sempat ambil cara, asal rasa rimas, berpeluh ku ambil gunting, potong, asal nampak terlebih panjang dari skala biasa, potong, asal penuh lantai rambut bertaburan ambil gunting potong, jadi bila berjalan tepi anak lelaki dalam rumah pun, dah bertukar-tukar, terlebih jantan gayanya. Ni baru bertukar mode jadi feminin balik, bukan laki tak ambil cara, tapi diri sendiri yang memang pemalas dan tak nak banyak fikir dan stress. Sama juga bab self care bukan takde barang, asal beli, setahun dua kemudian buang, expired tak terguna. Memang sendiri punya peel, hahahah. Jenis pemalas macam daku ni payah sikit, malas tepek-tepek, malas bersiap, tapi hasil betullah menyakitkan hati dan menyakitkan mata sendiri, alhamdulillah tahun ni ku dah terbiasa dengan rutin baru. Rasa, ohhh takdelah payah dan ambil masa sangat, tapi part NAK buat tu, memula mode paksa, last-last ehh, dah buat hari-hari je pun.
Kita ni memang cemtulah sebagai manusia kadang ada benda yang kita tak boleh buat, mula nak cari salah orang dulu, tak kata orang lainlah, dakulerr tu, anaklah, lakilah, takde masalah, padahal diri sendiri aje yang banyak alasan, kihkih. Bila dah cemni, baru perasan daku ni memang kaya sejak lahir lagi rupanya, ada jari jemari lengkap, ada telinga masih dengar elok, ada mata tak pakai cermin mata lagi setakat ni, ada kaki boleh berjalan pi mai situ sini even dalam rumah pun, ada rambut even tak macam Intan Najwa still cantik, eh! Ada tangan elok dok pegang, buat kerja tiap-tiap hari, alhamdulillah kaya betul rasanya. Dapat masuk tandas membuang yang kecil besar lawas, tak perlu ubat, telan itu ini kasi keluar. Nak cerita pasal rambut gugur je sebenarnya, punya panjang daku taip ye, wakakkaa, yelah mak-mak ni bila dah fasa ada anak kecil dah berlalu, memang mahkota yang satu ni paling obvious bila dia buat hal. Betul dak?
So part rambut gugur dah dikira settle cara yang serasi, nak buat part lebatkan rambut pula. Daku punya pokok inai <baca sini> dah tumbuh tinggi dan lebat sangat daunnya. Rasa macam tak percaya boleh sesubur tu pokoknya, yelah daku ni bab tanam menanam tak pandai lagi, banyak lagi ilmu berkebun tak sempat khatam, tapi buat je, alhamdulillah sampai dah senget ketepi satu batang pokok dari banyak-banyak tu, sebab daun dah terlebih berat bercampur dengan kena ribut, dah senget benget, ku masih dok sayang nak cantas sebab ingat nya nak berinai rambut, agak-agak okay ke tak ye inai rambut ni? Benda-benda cemni kalau tak pernah buat memang takut, takut jadi rambut rosak, takut jadi makin huduh, takut-takut yang macam tu lah, tapi memang sudah lama ku teringin nak inai rambut, tak terbuat lagi sepanjang hidup ni, buat homemade jelah, jimat, daun fresh dah ada, tunggu rajin nak buat ke tidak aje nya.
Bab rambut ni bukan orang perempuan je bermasalah, orang laki pun bermasalah, makin teruk kerja makin nipis rambut, yang beruban dah satu hal lain, yang dah mula botak gugur rambut ni, nak kesian pun, diri kita sendiri pun kesian jugak eh, tulah selagi ada rambut ni, marilah menikmati kepala berambut ni. Rasa kaya betul hari ni, dapat tengok rambut sendiri terbuai-buai, tanpa luruh gugur macam daun kering jatuh. Nikmat apa yang lagi yang didustakan?
Xoxo,
Rutin ditambah baik
Top Social