Setelah beberapa kali episod pindah rumah, sesekali fikir memang memenatkan dan leceh sungguh bab pindah rumah ni, tapi bila fikir balik ada bagusnya juga kerap berpindah ni tak stay in one place in long time. Ada keburukan dan kebaikan jugalah, bukankah setiap perkara datangnya secara berpasangan, pastilah juga sama dengan situasi, adakala nampak dan dirasakan buruk, negatif tapi pasti ada baik dan positif. Yang paling leceh bab pindah-randah ni, yang paling Ika tak suka adalah kemas barang-barang rumah, seriously, memang tak suka. Tapi bab paling suka nak kemas balik barang-barang yang dipindahkan. Tahu kenapa? Ika just share pengalaman sendiri sepanjang berpindah randah rumah, antara the best thing boleh buat bila Ika pindah rumah.
Pertama sekali pilih barang-barang rumah sama ada adalah keperluan atau kehendak (hiasan/kenangan). Declutter barang yang dah tak digunakan, kurang digunakan atau yang memang tak pernah sesekali digunakan. Ada sejenis orang yang memang rasa sayang dengan sesetengah barang untuk di buang disebabkan kenangan, mahal atau sukar didapati, namun sikap sebegitu harus di didik supaya tak menjadi habit kerana lama kelamaan ia akan menjadi satu penyakit. Biasanya kalau yang jenis ni, barang-barang tersebut akan berhabuk, terbiar dan terkumpul di suatu ruang sehingga menyempitkan ruang asal. Sebaiknya ketika anda dalam proses mengemas, anda sudah sedia untuk menyisihkan barang yang sudah anda tidak gunakan.
Keduanya elakkan sesekali bawa pindah barangan, perabot yang sudah rosak atau lama kerana anda fikir nanti di rumah baru anda akan perbaikinya. Barangan yang sudah tidak lagi berfungsi dengan sebaiknya, atau rosak seeloknya anda jual pre-loved atau kedai secondhand atau tolak ke tempat recycle. Manfaatkan sebaiknya ruang dan muatan dalam lori supaya tiada penambahan trip yang akan menambah kos bayaran bagi barang yang sudah uzur. Yang ni seriously tepat sangat, Ika menyesal tak sudah bawa pindah barang yang uzur ni sebab memang bila masuk rumah baru, tentu dah barang tersebut memang tak guna sangat pun, dahlah buat semak dan sakit mata je memandang, melainkan anda kaki DIY, barang sebegini memang tak ternilai. So korang yang nak pindah tak payah fikir bab sayang nak tolak barang yang dah uzur ni ke tempat sepatutnya, kalau pre-loved at least dapat juga hasil walaupun suku atau separuh dari harga barang tersebut. Ini untuk yang jenis tak kreatif macam Ika, memang tak reti nak bertukang ni, kalau masa kemahiran hidup dulu buat musik box fail terus, box tak dapat tutup, bunyi pun takdak, lampu tak nyala, sadis!
Ketiga jangan lupa checklist bila nak pindah. Antara checklist bila anda nak pindah rumah adalah
- Pilih tarikh untuk keluar rumah lama dan masuk rumah baru (termasuk inform tuan rumah sewa lama dan baru)
- Survey dan decide untuk lori pindah (melibatkan perbandingan kos untuk trip/berat tan ikut kesesuaian barangan rumah)
- Senaraikan kemaskini alamat baru untuk proses pemasangan water filter/astro/Internet dan sebagainya.
- Selesaikan segala bil yang ada.
- Asingkan barangan yang nak dipreloved/buang/guna/barangan berharga
- Uruskan dan rancang barangan basah dalam peti supaya tak terlebih beli bila hampir dengan hari pindah supaya barang basah tersebut tak terbazir dan terbang begitu saja.
- Rancang bagaimana susunan barang di rumah baru supaya movers boleh turunkan barang dan letak ke tempat yang telah di rancang, jadi taklah anda banyak kerja nanti.
- Rancang supaya hari berpindah segala keperluan air, eletrik sudah dapat digunakan seusai semua barang-barang dah dipindahkan.
Banyak lagilah list lain yang korang kena buat ikut kesesuaian. Biasa Ika kalau nak pindah dah fikir siap-siap barang nak letak kat mana di rumah baru tu, sebulan atau seminggu sebelum pindah dah pergi tengok dah ruang-ruang kat rumah baru supaya boleh plan nak susunatur perabot barang macam mana so takdelah mati kutu bila tengok terlampau banyak barang.
Keempat barang-barang terpilih yang nak dipindahkan anda dah susun dalam beg/kotak/box plastik dan diletak label untuk memudahkan movers angkat dan susun barang-barang nanti. Labelkan setiap kotak letak kat mana macam dapur, ruang tamu, bilik 1, bilik 2 dan sebagainya, memudahkan movers yang akan memunggah barangan tersebut tanpa banyak soal. Takdelah kita pun serabut fikir kat mana kotak-kotak tersebut di letak bila mula nak mengemas di rumah baru nanti sebab barang-barang dah bercampur.
Kelima pemilihan servis Lori pindah. Haa yang ni ramai buat sambil lewa kadang ambil servis lori tak padan dengan barang kat rumah, terlebih-lebih sampai tak muat hingga kena buat trip tambahan, tak pasal kos pun bertambah sama. Lagi pula kalau ada manpower kos, orang yang angkat barang-barang rumah nanti. Yang ni masa deal kena jelas supaya tak keliru, pastikan servis dan kos yang ditawarkan sudah termasuk kos manpower atau tidak. Kat sini ramai yang bising dan rasa tertipu sebabnya ingat kos di bagitahu dah termasuk kos untuk orang yang angkat-angkat barang, rupanya tidak last-last bergaduh pastu pening dah terlebih bajet. So kena banyak Hati-hati kat sini biar jelas lori yang nak kita guna tu berapa tan dan melibatkan berapa orang yang akan mengangkut naik dan turun barang kat rumah lama dan baru nanti.
So pengalaman Ika, memang aim setiap kali pindah semakin kurang barang-barang yang dibawa pindah, Ika memang tak simpan barang-barang lama, barang yang tak digunakan, barang yang jarang digunakan, pakaian yang dah tak muat, perabot yang dah uzur memang declutter terus. Matlamat rumah sekarang minimalist sebaik mungkin, nak rumah lapang dan tak banyak barang hiasan dan perabot sesuai dengan level kerajinan yang ada tak berapa rajin nak mengemas, wakaka. Tu sebab kalau suami tunjuk rumah besar, hilang nafsu tengok, cantik memang cantik, tapi memikirkan banyak benda nak kena jaga rumah besar ni, termasuk bab mengemas dan kos selenggara untuk sebarang kerosakan, memang tak mengidam nak rumah besar.
Rasanya bab rumah ni seiring dengan proses kita lalui kot. Tengok mak ayah kita dululah, masa anak kecil takde rasa keperluan nak rumah besar, bila sampai satu peringkat anak besar remaja, dewasa, rasa perlukan rumah dan bilik seorang satu bagi setiap anak tambah pula kalau anak mula dah bina rumah tangga, so balik rumah parents pasti perlukan bilik privacy setiap orang kalau dah ada pasangan, tapi bila anak dah mula beranak pinak dan cucu membesar rumah sedia ada tak muat menampung semua, ada yang sewa homestay atau hotel untuk tidur disebabkan situasi semasa. Sampai situasi tersebut bila semua anak-anak dah ada kehidupan masing-masing, tinggal berdua laki bini, sedar rumah yang luas besar sunyi sepi, dan ruang yang ada dan hanya digunakan bilik tidur dan dapur sahaja. Ni pemerhatian sendirilah kehidupan orang tua kita dan yang lain bila usia makin menjengah. So instead ada rumah besar, i just dream small house. Tapi kalau anak-anak balik berkumpul semua macam mana? Hehe, yang ni kena kreatif sikit lah masing-masing. Ku dah imagine how the situation kalau panjang umur bergelar nenek atok, macam mana satu family nak berkumpul. Haihh panjang betul berangan, kot-kot dah kat rumah abadi sedalam 7kaki tu sebelum tua, umur kan rahsia Allah. Yang tu kita impikan taman seluas langit kat rumah abadi. Rumah kat dunia bercita-cita nak sederhana je. Apapun tu sajalah tips dari Ika bab pindah rumah, even sekarang duduk rumah sewa, bersyukur sangat dan tak pernah rasa kurang walaupun diumur ni semua kawan-kawan masing-masing dah punya rumah sendiri. We all percaya sampai masa terbaik Allah bagi apa yang kita minta. Bersyukur sangat sekarang punya tempat tinggal yang selesa untuk anak-anak membesar dan didik keluarga. Insyaallah apa yang Allah bagi sekarang ikut kesesuaian, keperluan dan kecukupan kita dalam kehidupan, tak lebih tak kurang, alhamdulillah.
Top Social