It's so scary today kalau baca insttagram suami instagram public figure atau instafamous yang suka buat sharing anything about their relationship husband wifey, anak-anak and I do that too. Tapi dalam perkongsian yang terlalu terbuka juga sangat membimbangkan like no such a secret dah about husband and wife. For inspired other that's good tapi perkongsian sebegitu dalam maya sangat membuka ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja untuk mengambil kesempatan. I'm not judging them, just reminding myself too sebab dalam berkongsi pun pasti kena ada limitasinya. I know kebanyakan yang buat sharing most of business purpose untuk personal branding tapi kadang dalam tak sedar dah melangkaui batasan rahsia suami isteri. Tak percaya perhatikan, seolah-olah satu trend juga di masa kini.
Kadang-kadang rasa malu juga membacanya sebagai seorang wanita dan isteri. Ingat kalau zaman-zaman dulu tengok rumah orang besar-besar, nampak hebat, mewah, nak tahu juga macam manalah keadaan dalam rumah pasti lebih hebat. Zaman sekarang tak perlu minta, tak perlu tanya everyone berkongsi tanpa limitasi dari ruang dapur, bilik tidur dan segenap ruang. Everyday life pun kita dah boleh tahu rutin dan bagaimana rupa dalaman rumah orang lain dengan details sekali. Tapi gambar yang ditunjukkan pun tak menggambarkan situasi sebenarnya yang berlaku melainkan tuan badan explained details in status.
Bab ni serius Ika kena tegur dek orang-orang tersayang, tu sebab dalam blog pun Ika tak share semua perkara, cukuplah orang tahu kita surirumah jaga anak-anak je, more than that selain part jalan-jalan dan makan, wellness thing Ika share sebab Ika suka kalau orang dapat value dari tempat-tempat yang Ika pergi juga manfaat info kesihatan dari pembacaan buku. Bab anak-anak in details memang takdelah Ika nak share cukuplah yang nak hadap hari-hari ni. Samalah jugak part instagram private for family je melainkan yang general Ika share on other instagram for business purposes. Facebook pun ingat nak delete permanently dah kot, nak settle ambil content dulu sebelum permanently delete. Thank you jugak kat orang-orang tersayang yang sentiasa mengingatkan diri yang banyak alpa ni. Salute sangat kawan-kawan yang takde medsos langsung ni. Ku ni dah terjebak payah juga nak tinggalkan ye, dunia-dunia! Dunia tipu-tipu cemnilah ekk. Innalillahiwainnailaihirojiun.
Apapun ingat, dalam media sosial ada limit perkongsian, terutama apa yang kita miliki terutamanya harta, kebaikan yang kita buat kerana boleh menimbulkan perasaan yang tak perlu, kisah cinta kita sekarang dengan suami atau di masa lalu dengan orang lain, bimbang ianya melukakan banyak pihak, masalah pekerjaan kita, lagi-lagi masalah rumah tangga. Media sosial sesungguhnya bukan tempat terbaik untuk bercerita dengan teliti apa yang kita alami. Somepart ada yang beri impak baik, in some part ada keburukannya. Yang memilih media sosial untuk segalanya, moga ada kebaikan untuk diri sendiri dan orang lain, jika tidak elakkannya sebaik mungkin. Apapun if tak suka someone in medsos tak perlu share, just unfollow them, jika tiada perkataan yang baik-baik untuk di komen just shut your fingers dari tambah saham dosa. Komen kita selagi wujud akaun sosial tu, selagi tu dosa berantai dok jalan. Just ingatkan diri jua, bagus jugaklah suami tegur pasal Facebook, at least dah berlepas diri dah in some part dosa on media sosial.
Pepatah lihat dengan mata lalat atau mata lebah memang tepat, tapi hakikat pastinya segala yang di media sosial pasti ada yang mengambil kesempatan atas kenaifan dan kejujuran kita. Zaman sebegini, hanya beringat-ingatlah tambah lagi orang dah tak kisah tentang hukum agama. Asal boleh puas hati kan masing-masing, yang syirik, khianat pun dah makin terbuka di tayang tanpa sebarang takut dengan Allah. Nauzibillahiminzalik. Bab hati manusia ni Allah je yang tahu, so bewaspadalah sentiasa. Moga-moga apa yang kita kongsi dilihat dengan mata hati yang tulus. Amin.
Catatan pendosa jua,
Ù„َØ¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َÙ†ْتَ سُبْØَانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ
Top Social