Naik Jip Nikmati Ladang Teh Cameron Highlands

3.15.2021

Sebenarnya nak naik jip keliling ladang teh ni dah lama ada dalam bucketlist. Tak Jadi-jadi setiap kali panjat Cameron Highlands either tak cukup masa atau kesesakan yang teruk buat putus angin nak teruskan niat. So disebabkan kali ni peluang teramat lah besar sekali sebab masa masih awal dan memang naik semata-mata nak "we time" untuk kami sekeluarga, makanya kali ni jalan tak sesak, dan smooth saja. Lepas settle membeli dekat Kea Farm kami tuju sini terus, masa matahari dah pacak kepala, tapi apedehal, anak-anak tengah semangat nak berjalan-jalan. Orang pun tak ramai sangat masa tu, sebab bukan timing lunch hour lagi kot. So kami ambil peluang, lepas Park kereta terus tuju tempat beli Tiket untuk naik jip keliling ladang teh. Kalau ikutkan pakej naik Jip kat Tanah Rata lagi best sebab cover banyak tempat termasuk Messy Forest (most wanted place to visit for us) tapi nak naik jip yang tu memang pepagi buta dah kena standby untuk take chance panjat bukit untuk tengok matahari terbit, kita tunggu anak-anak besar sikit lagi, tu pun kalau panjang umur lagilah dan tempat masih wujud. Dah masuk dalam the ring of fire dah Malaysia pun, so anytime lepas ni kena get ready macam Indonesia dah sebab anytime boleh berlaku tsunami or any earthquake, huu sound scary dan tak logik kan, tapi tulah hakikatnya tak semua milik kita selamanya. Kena ingat kita pun dah di pengakhiran zaman dah pun iaitu menghampiri puncak 1500H. Peringatan diri yang masih banyak lalai juga ni.

So gunung ganang yang ada sekarang ni kita nikmati sajalah dengan nikmat penglihatan yang Allah bagi ni, kasi tengok semua kecantikan alam yang Allah ciptakan khas untuk kita supaya sentiasa ingat kehebatan dan keagungan Ilahi. Tanya pasal tiket Jip RM16/dewasa dan RM12/kanak-kanak 12 tahun kebawah, 4tahun kebawah free je. Terus dapat gerak naik jip sebab memang kita orang first yang customer yang datang. Best naik jip keliling ladang teh, pemandangan real terus dekat dengan pokok-pokok teh di lereng gunung ganang, tinggi boleh tahan. Kalau yang bujang boleh naik through ATV dengan kawan-kawan lagi puas hati. Sampai puncak gunung ladang teh berhenti dekat pit stop situ dalam 20-30minit untuk nikmati pemandangan puncak gunung. Berbaloi sungguh dengan kehijauan dan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa, anak bukan main happy dapat panjat puncak dicelahan pokok-pokok teh. Yang pasti panjat yang ni memang tak letih, pasal kita orang duduk saja, takde scene panjat-panjat tangga bagai macam kat Ladang Teh BOH Sungai Palas, wakaka.

30 minit kat atas tu memang jamu mata dan layan perasaan je semua, best! Lepas tu turun singgah pit stop kedua mini farm dalam Ladang teh tu untuk yang amik Tiket Jip ni lah. Masuk memang freelah, tapi nak beli makanan tu tak freelah ye, kena bayar, hahha. So masuk mini farm ni boleh beli makanan arnab, kambing, ayam dan ikan, simple mini zoo tapi anak-anak memang enjoy lah kalau mengadap binatang ni. Kesian betul anak-anak moden cemni, mama dulu kepit-kepit kepala angsa celah ketiak je, anak kambing bawak usung pergi sana sini cemtu je. Sekarang anak-anak jumpa lembu pun bersorak kenmain, huu. Sampai masa balik duduk kat kampung kita bela semua tu ye anak-anak, kikiki. Hampir 40minit duduk dalam mini zoo kasi anak-anak puas melayan binatang dalam tu, sedang elok kami keluar orang azan zohor dah. Disebabkan semua dah mula kelaparan meminta nak makan, so pergi cari makanan untuk alas perut dulu sementara nak isi makan tengahari. Singgah cafe makan-makan then terus selesaikan solat, kami gerak untuk next destinasi. Apapun antara Banyak-banyak ladang teh, ladang teh yang ni paling best for me, sebab senang, tambah lagi tak melibatkan aktiviti panjat-panjat yang peluhkan celah ketiak, wakaka. Dasar pemalas sungguh nak berjalan. Kat sini pun best juga untuk OOTD session, ramai gak tengok kaki Insta dok posing kat sini. Apapun semua ladang teh ada kelebihan masing-masing, dan yang pasti semua pemandangan kat ladang teh really melt our heart dengan kesejukan dan kehijauan gunung ganang. Subhanallah, thank you Allah for this gift for us, moga dengan keindahan dan kecantikan yang Engkau kurniakan buat kami, buat kami sentiasa bersyukur dan teguhkan iman kami kepada-Mu. Tetap kan hati kami kepadaMu wahai Allah, Tuhan yang membolak balik kan hati kami. Amin.



Dulu memang port kitaorang jugaklah ladang teh ni kalau balik ke Kelantan, lalu wajib singgah kalau dari Tapah ke Lojing, memang sengaja balik kelantan ikut Cameron, sebabnya sambil menyelam minum air orang kata. Nak sesaja jalan-jalan kena cari timing best juga, ni dah memang nak lalu kita singgahlah tempat yang best masa takde pengunjung. Either hari khamis balik, nak datang sini hari isnin, so orang tak ramai atas Cameron Highlands, beli sayur pun harga sempoi terlebih murah. Memang lenjan habis kuasa turbo kereta, sepuas hati panjat gunung kikiki. Kesimpulannya minum teh panas atas gunung terasa lebih nikmatnya. Betul dak? Nak datang kat tempat-tempat menarik ni timing kena bebetul cantik, kalau terlampau crowded memang hilang mood nak jalan-jalan, alhamdulillah naik untuk we time kali ni semua smooth, timing kebetulan semua best masa orang tak crowd lagi, sedang elok kitaorang settle naik jip tu, dah bersusun orang beratur naik jip dan ATV, fuhh alhamdulillah.