Kesan dari virus koronah ni, ramai ibu-ibu update terpaksa kena ceaser. Malas nak cakap lelebih pasal ni, tapi kesian sangat baca luahan ibu-ibu yang tak expect kena ceaser dimusim ni, ramai mental breakdown hasil dari pembedahan mengejut, anak dipisahkan selepas kelahiran. Sedih sangat realiti hari ni, apapun dah sistem dan prosedur sebegitu, kita rakyat marhaen nak tak nak kena hadap juga. Apapun Ika pernah merasa ceaser, memang teruk kesan postpartum lepas ceaser ni, tapi insyaallah kalau kita ada ilmu pasti sedikit sebanyak bantu kita lalui semua tu dengan tenang. So Ika share sedikit tips untuk mommy yang bakal ceaser dan lalui tempoh berpantang dengan ceaser dimusim ni. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan mommy semua. Amin.
Banyaknya luahan mommy yang jalani pembedahan/ceaser untuk kelahiran anak ada yang luka merah, berair, bernanah, terbuka balik. Ika nak share pengalaman dan tips yang cepat sembuhkan luka pembedahan. Actually Ika pun tak pernah terbayang dalam fikiran yang Ika kena lahirkan anak secara pembedahan. Apapun Ika anggap itu pun satu rezeki. Dalam seminggu duduk wad tu sempatlah belek-belek buku dan bacalah juga komplikasi yang kebanyakan ibu-ibu hamil bila bersalin termasuk tengok jugak gambar mommy kena ceaser.
Seriauu nengoknya tak sangka seminggu lepas tu, betul-betul kena toreh. So mommy yang dah lalui siri pembedahan beberapa kali pun, tetap juga kena berjaga-jaga dan sentiasa ambil tahu apa yang bakal ketika alami selepas pembedahan, sebab pengalaman setiap kali bersalin tentu berbeza walaupun dengan cara sama.
Ini antara tips yang Ika amalkan untuk hadapi sebelum dan selepas pembedahan bersalin:-
1. Antara yang Ika teliti, sebelum turun ke hospital untuk ke labor room dan seterusnya masuk ke emergency operate room, Ika makan secukupnya.
Sebab balik je dari Hospital KL sampai rumah mak ayah tengah malam, pagi esok tu kena segera ke HUSM. So, mak sediakan nasi lauk hati lembu goreng, 2 biji telur masak separuh, 7 biji kurma, air zam-zam.
Mak cakap kena standbylah kot kena paksa beranak ke hape, at least ada tenaga nak lalui proses bersalin.
Alhamdulillah, nasib baik ada selera, semua licin ku telan. Maknanya nak beranak ni, mommy kena cukup nutrisi untuk bagi tenaga kat badan. Sebab bila sedar dari pembedahan memang tak boleh makan terus, meloya akibat kesan bius.
2. Biasa hari kedua atau ketiga selepas tiub air kencing dibuang, nak tak nak kena bangunlah. Takkan nak kencing atas katil weii. So masa ni kena belajar struggle lawan rasa sakit.
Cuba naikkan sikit tempat baring, dan tongkatkan lengan dan siku untuk turunkan kaki ke bawah, pijak lantai. Masa ni iols menangis tak berlagu, nak turun duduk atas wheelchair je pun, rasa macam kena jalan 500meter kekdahnya.
So kalau dah berjaya bangun kali pertama tu kira syabaslah, insyaallah kali kedua dan ketiga lebih mudah. Yang penting KENA RAJIN BERGERAK selepas hari ketiga dan seterusnya selepas pembedahan.
3. LAP KERING ATAU ANGINKAN TEMPAT LUKA. Biasa mak-mak ceaser takut nak mandi, takut kena luka. Ika balun je mandi sebab dah tanya doktor boleh mandi tak. Doktor cakap boleh, sebab dia dah sembur dengan something yang waterproof kat luka. So kena air pun takde masalah.
Kena lap biar betul-betul kering dan bila berpeluh ke apa cepat-cepat keringkan balik. Atau biarkan kawasan luka tu dibiar terbuka kena angin. Aishh kalau kat rumah, bilik sendiri bolehlah buat cemni, kalau duduk kat rumah ruang terbuka, rumah mak mertua jangan dibuat, heheh.
4. ELAK BATUK, KETAWA BERLEBIHAN. BERSIN KENA/WAJIB PEGANG TEMPAT LUKA. Ni doktor sendiri pesan, mulanya bunyi cam kelakar, tapi bila kau balik dan kakak kau buat lawak dan kau nak tergelak, haa macam nak terburai isi perut.
Oo, patutlah doktor pesan macam tu. Bersin pun kena sopan santun, kalau tak mahunya terbukak balik tempat jahit, huuu. Seramm.
5. Balik rumah, nak mandi, membuang, menyusu anak satu kesukaran yang lain plak tambah plak kalau mommy sembelit. Alhamdulillah, doktor dah pesan awal-awal kena KERAP MINUM AIR.
Sebab apa? Sebab badan kita memang perlukan air yang cukup untuk lancarkan prngaliran darah, dan cegah sembelit.
6. Masa ni Ika tak tahu sangat kebaikan dan manfaat penuh minyak ikan. Yang Ika tahu minyak ikan ni sangat baik untuk bayi pramatang, untuk naikkan berat badannya.
So lepas kelahiran anak, balik rumah tu memang Ika AMALKAN PENGAMBILAN MINYAK IKAN. Tak sangka rupanya minyak ikan ni memang baik untuk luka, sebab ianya bersifat anti-radang dan dapat cegah pembentukan darah beku.
7. Doktor pesan kat Ika ambil vitamin C dan makan oren sunkist atau buah-buahan yang bersumberkan vitamin C. Masa tu sebab tak kenal Shaklee lagi Ika just beli kat farmasi je sama dengan minyak ikan. Seingatnya brand 21-st Century yang 1000mg tu Ika telan, 2 bijik plak tu ku telan setiap hari. Masyaallah, nasib takde apa-apa jadik overdose ke hape, sebab situ tulis ambil 1-2 dose. Maka kutelan dua terus.
Alhamdulillah memang betullah vitamin C bantu luka luar dalam dengan sekata dan cepat. Within two weeks Ika dah boleh jalan macam biasa sebab hari-hari bergerak berjalan ke NICU. Dalam tak sedar pergerakan yang kerap tu bantu sangat luka cepat sembuh. ELAK AMBIL PATI GAMAT/HARUAN dalam tempoh dua ke tiga bulan pembedahan.
8. MAKAN MENU LENGKAP. Serius, masa Ika berpantang ceaser ni, heaven sangat aihh bab makan, takde pantang-pantang.
Hari kedua balik rumah mak hidang makan daging ayam ikan apa semua, cuma ikan tu mak pilihlah elak yang buat gatal kat luka. So bila sumber protein cukup, sumber sayur pun mak sediakan, Ika memang bertenaga masa berpantang bedah.
Sembelit tu jarang-jarang adalah sekali dua jadi. Lagi heaven tak berbengkung, tak berurut, tungku pun ikut sedap je time rajin ku buat. Tapi mendapatlah lepas tu, ekekek.
9. Redha dan bersyukur. Kadang apa yang kita lalui kita kesal dan asyiklah dok persoal diri kenapa kena bersalin ikut tingkap. Korang takyahlah sesakkan fikiran uols dengan benda berfaedah ni.
Redha dan bersyukur kita selamat melahirkan anak, ibu selamat anak selamat. So fokus kita untuk diri sendiri dan anak je. Jangan sibukkan kepala dengan makcik bawang. Kang tak pasal kita termenung tak habis-habis. Insyaallah bila fikiran dan diri kita gembira, kita hargai diri sendiri.
Enjoy moment pantang ye mommy. So itu jelah pengalaman dan tips ceaser dari Ika. Lain orang lain pengalamannya. Maybe ada yang lebih kurang sama atau berbeza, it's ok, ambil yang bermanfaat saja untuk ikutan.
So, good luck for mommy yang bakal berjuang dilabour room ok. Moga Allah permudahkan semua urusan mommy❤️.
Top Social