Kebun Orkid dan Ros Tercantik di Cameron Highlands

3.12.2021

The best place ever kita orang sampai kat Cameron Highlands ni adalah Kebun Bunga terbesar kat sana, tak ramai pun tahu tempat ni, tak pun sebab tak sepopular tempat lain sedangkan kebun ni adalah kebun yang terawal kat Cameron Highlands. Sayangnya sebab scene kat sini paling best dan sangat cantik dan untung juga sebab memang tak ramai tahu tempat ni, sebab agak tersorok dari jalan utama. Disebabkan tak ramai yang datang sini, so kami datang lah sini untuk menikmati kecantikan dan kesegaran alam semulajadi.


Dari Kea Farm selepas membeli belah selepas checkout dari Corptone Hotel, sempatlah membeli belah dekat Kea Farm. Dari situ kami directly ke sini ke Bharat Tea dulu nak tengok ladang teh, dari sana nak turun balik rumah kami singgah dulu sini sebelum bertolak balik. Actually plan nak datang sini masa bawa mak mertua datang sekali, tapi tak menarik minat, so tempat ni diskip, datang kali ni pula kami singgah. Kira unplanned version pun, segala tempat yang kami plan nak singgah dulu kami singgah kecuali Lake Hotel Cameron Highlands atas bukit nun, tak menyempat lagi nak layan scone atas puncak bukit, kihkih. Sampai kat kebun ni memang kami semata-matalah, ada kereta lain yang singgah tapi tengok macam tempat sunyi dan terbiar, terus pergi je dari situ. So harapannya tempat kami pilih kali ni tak salah harapnyalah. Kot lah membazir je bayar duit Tiket nanti dalam RM6 perkepala, wakaka.

Masuk tu ambil gambar dulu kat traktor penuh dengan bunga-bunga an, lupa plak nak snap dengan camera sendiri, bangla tu ambil gambar kami sekeluarga dengan harapan keluar nanti kami claim gambar tu dengan RM15 dan keatas, tengok size gambar. Anak-anak dah tak sabar-sabar nak masuk sebab tahu kat dalam tu ada kebun binatang, kat tempat beli Tiket tu depa dah siap-siap beli makanan ikan, kambing, arnab, ayam itik, amboii semua ada. Kebun orkid ni sangatlah besar dan luas, banyak part dan kebun-kebun yang dah dibahagikan macam area Farm, kebun bunga orkid, ros, Taman bunga, kebun sayur and so on. The best thing rupanya kat sini ada pemandangan gunung ganang dari view yang sangat cantik. Haa, memang tak rugi sangatlah kami datang sini, hampir sejam lebih daok lepak dalam kebun tu, puas hati tak ada orang langsung, kami anak beranak je conquer satu ladang. Kat dalam tu siap ada tempat duduk untuk rehat setelah penat berjalan-jalan. Take five sambil minum air dan nikmati pemandangan kebun yang cantik dan segar. Kesimpulannya memang berbaloi sangat datang kebun orkid ni, sebab amazing view dan banyak sangat kebun nak diterokai, tambah lagi bab bunga-bunga memang rambang mata. Gambar kat sini memang beratus amik snap, sebab semua cun. Anak-anak pun puas hati sebab dapat masuk farm berkali-kali, sebelum keluar sempatlah bagi ikan makan.


Dapat naik Cameroon nanti bolehlah singgah sini berbaloi sangat dengan harga Tiket dengan value yang dapat sekitar ladang orkid ni. Lagipun tempat ni memang confirm tak ramai orang so tak perlulah bersesak-sesak nanti. Alangkan dalam mall uols boleh bersesak dan berhimpit, takkan lah tempat terbuka lagi menghijau ni rasa tak selamat dengan virus plak, hehe. Confirm dah ramai rasa tak tahan dah kena kurung kan? Yang suka kena kurung memang tak boleh apa dah, yang masih suka menikmati kebebasan seadanya moga Allah bebaskan kita semua dari plandemik ni. Apapun ada yang lebih besar menanti kita, keharmonian dan keamanan ni tak selamanya milik kita, jika akibat kesombongan, banyaknya kita berpaling dari Allah ketika diuji virus koronah ni, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi saat-saat perang. Takut nak fikir, tapi realiti sekarang bab perang semakin menghampiri kita semua. tingkat Iman, amal semoga kita semua kembali dengan keredhaan Allah. Daku pun tak terlepas dari cinta dunia, penyakit Al-wahn, kalau dak takdelah cerita semua ni dalam blog ni, moga Allah ampunkan daku. Huhu. Selagi boleh menulis, moga ada sedikit sebanyak manfaat. Insyaallah.