Korang follow tak kes gajah tu, Allah sedihlah wehh aku tengok. Bila baca dan scroll tengok camne gajah punya in their real life menangis wehh, gajah ni memang salah satu spesis binatang yang bijak sangat. Masa pergi Thailand dua ke tiga tahun lepas sempat naik gajah sebab tourist guide tu cakap salah satu bentuk support untuk bagi makanan kat gajah sebab gajah kat Thailand ramai yang bela secara persendirian jadi nak support supaya gajah the best treatment dan makanan yang cukup dan bagus melalui industri pelancongan, lepas aku baca another version story, wehh kami pun kena kelentong, kalaulah tahu, takde kami pi naik, sadis betullah. Ni macam kes telur penyulah, kes nak halalkan matlamat pusing situ sini fakta, kobis betullah manusia ni, eee geramlah aku. Apapun mohlerr kita sama-sama doa diwaktu mustajab setiap lapis, setiap orang yang terlibat dengan kezaliman yang DAK lalui Allah balas satu persatu, Allah 'rasakan' kezaliman yang DAK lalui kat mereka-mereka semua yang hina dan khianat kat DAK ni. Nangis aku tengok binatang menangis, depa pun ada naluri. Betullah manusia ni sezalim-zalim makhluk juga. Tapi itulah ada satu keyakinan, orang zalim kat binatang ni kan, pasti Allah balas details macam binatang tu lalui, aku banyak dah in reality tengok depan mata, buat kat kucing ja, terus Allah balas on the spot, ini kan pula binatang secute gajah depa gamak ekk, takpe doa guys , senjata paling powerful aniaya depa buat kat DAK ni pasti terbalas.
Alang-alang cerita pasal gajah aku cerita first time kami pergi tengok gajah, tapi dalam bentuk edukasi. Sekarang kalau sambut birthday anak-anak ada rezeki lebih kami bawa anak-anak birthday trip, depa lagi suka dari kami beli benda-benda sebab memang terbukti depa layan benda tu sekejap aje lepas tu tak layan dah, geram makk. Jadi birthday Hajjar kami buat unplanned trip ke Janda Baik, konon nak tidur sana, sekali semua bilik tak available aku lupa dah cuti bersambung apa masa tu, yang pasti semua bilik, homestay takde yang kosong, tinggal yang satu dua bilik untuk two adults dengan harga mahal nak mati, gilos betul depa ni kalau cuti bersambung cemtu, demand plak tinggi, kalau munasabah dengan keadaan bilik, tempat penginapan tu okaylah juga. Jadi sampai kat Janda Baik pun dah petang, kami decide je makan malam awal, sambil fikir nak pergi tidur kat mana nanti. Sambil makan, sambil google area Bentong, sekali tempat tidur yang last sekali tinggal sesuai untuk kami dengan anak-anak ramai ni masih available, apalagi book terus harga tak sampai 200++ dapat 3 katil queen, kalau kat janda Baik hampir 1k dengan katil 1 queen, hangin aku kejap kalau tempat famous banyak bintang still considerate, ini tak. Sabor jelah aku.
Jadi bila dah booking, makan boleh bertenang-tenang sikit sebab dah confirm ada tempat tidur, yelah kejap lagi dah malam. Yang penting dah alang-alang dok kat Janda Baik lagi makanya kami settlekan makan malam terus, jadi takdelah kalut cari tempat makan on the way ke hotel nanti. Kami singgah makan kat Figgy's restaurant berdekatan Bidaisari Resort, kat situ Ladang buah Tin pun ada, dah lewat petang memang tak boleh masuk, apedehal kat situ buah Tin fresh dari ladang pun ada kat restaurant tu jual packet siap-siap dah. Aku suka buah Tin fresh, first time makan yang besar gabak kat Perlis terus kitaorang jatuh cinta. So kalau jumpa ladang buah Tin memang kami akan singgah beli yang fresh, besar pun besar,puas hati makan, manis rangup. Makanan kat Figgy's ni okaylah untuk kenyangkan perut, banyak pilihan menu. Siap makan kami terus gerak ke Bentong semata untuk tidur.
Sampai kat Hotel Bentong pun dah masuk waktu isyak, kami check in lepas beli kopi, actually ni kali kedua kami tidur area Bandar Bentong, hotel kat sini memang tempat tidur persinggahan untuk kebanyakan musafir, yelah berbelas tahun dulu nak balik Pantai Timur jem teruk lagi, lani pun jem lagi tapi masih boleh accept. Sebelum tidur kami bincang esok nak buat apa? Takkan nak balik terus. Aku cakap, alang-alang kita dah kat sini ni gi makan ikan patin nak? Tak sah kalau tak sabit bab makan kan? kihkih. Onz sajalah driver pun, pastu alang-alang nak pergi sana kita singgah tengok gajah dululah nak? Pun onzz, bahagia tidur oii apa saja pun onzz, wakaka.
Jadi awal-awal pagi kami dah bangun cadangnya breakfast kat Lemang Tokki kat Bentong. Alhamdulillah puas hati sokmo kalau makan kat sini tambah bab lemang cicah kuah. Siap makan pagi, terus kami bertolak ke Kuala Gandah, sedang elok dengan timing kami expect sampai sana sama dengan timing tempat dibuka untuk orang awam. Alhamdulillah memang sampai tu kami sempat tunggu dalam 15minit juga. Aku ingatkan tak ramai sebab macam, ye macam takde nampak banyak kereta, sekali dekat timing 10.30pagi tu 3 bas foreigner sampai kau. Fuhh! Rasa bertuahnya jadi rakyat Malaysia. Nak masuk tak payah bayar apa, tapi banyak input dapat. Orang kita sanggup ke Thailand semata nak perabis duit nak masuk tengok Gajah, antaranya akulah yang terkono tu, sini dahlah masuk free, tak pasal dengan aku jadi cerdik pasal Gajah. Tapi pun takde masalah, sebab bila kita pergi luar dari tempat kita, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada, betul tak?
Jadi bila tengok ramainya foreigner datang tempat cemni, terfikir plak mana orang-orang kita ni, tak seramai foreigner yang datang. Maybe bukan cuti sekolah kot masa tu. Masuk je kat centre kami semua yang datang tulis kedatangan/info dari mana dan berapa orang sekali masuk. Dekat kaunter dalam pula kami ambil itinerary aktiviti gajah kat sini apa dia dan masa yang terlibat, excited betul. Anak-anak lagilah happy sebab boleh tengok dari dekat, biasa kalau balik lalu ikut jalan Gerik adalah sekali dua terjumpa, tu pun tengok sekelip mata aje sebab depa walaupun besar gabak, tapi kalau dok tepi jalan senyap gitu, memang tak perasan ye. Biasa dah terlepas, eh! Eh! Bukan ke tadi gajah ke? Cemtulah. Sebab tu amazingkan, orang cerita gajah ni kalau dalam hutan kedatangan dia takde siapa boleh dengar sebab takde derapan bunyi dari kaki mereka, hebat tak? How could tuan badan sebesar tu takde buat bunyi bila berjalan, itulah kebesaran Allah. Allahuakbar.
Jadi masuk tu kami kena berjalan dalam satu kilometers lebih jugaklah ke dalam tapi tak rasa apa, sebab berjalan kat tempat teduh bawah pokok-pokok, scenery pun cantik kat sini, memang original nature's yang disediakan khas untuk pemulihan gajah-gajah liar yang dijumpai dengan pelbagai masalah. Ada yang kena pulau kat group, ada yang hilang maknya(anak gajah ni kadang terlebih happy bila main, tak tengok kiri kann dah kalau jumpa apa depa suka, tu yang kadang banyak terpisah dari group), ada yang terperangkap, luka then ditinggalkan, macam-macam masalah juga binatang ni, tapi yang paling sadisnya banyak tempat tinggal depa dinusnahkan lah. Oleh siapa? Yang tu semua boleh tahukan siapa? Manusia, hihuuu. Kami sempat layan show dari gajah-gajah yang terlatih, dan show tu pun bukan depa buat pertunjukan macam kat sarkis kita tengok dalam tv tu. Tak! Semua pelatih tunjuk peel gajah, macam mana mereka cari dan cara mereka makan,macam mana depa bergerak dalam kumpulan, macam mana gajah ni dilatih supaya memujuk gajah liar lain yang menghadapi masalah, pujuk untuk dipulihkan. Besar peranan juga gajah-gajah kat centre ni.
Kami tak tunggu sampai habis( tengok gajah mandi) sebab nak pergi zoo rusa punya pasal. Masa akami on the way ke Kuala Gandah Sanctuary Conservation Centre ni, ternampak zoo, jadi anak-anak aku aim dah jadi lain, dari nak tengok gajah, depa kalut nak pergi zoo, tu yang rushing aje depa tengok gajah takut takdan masuk zoo (Deer Park Land). Sabor jelah aku. Tak jauh dari tempat gajah Deer park Land ni, dalam 15minit gitu. Nak masuk ni berbayar ye, tak mahal, affordable sangat dan berbaloi bagi aku sebab walaupun tempatnya tak berapa besar sangat tapi banyak spesis binatang anak-anak boleh tengok. Siap ada part berjenis serangga lagi anak-anak boleh tengok. Depa ingatkan capybara ada kat dalam tu, punya gigih masing-masing mencari, rupanya nan hado. Entah kenapa yang obses dengan Capybara, masuk MRDIY pun cari Capybara. Habis pusing satu deerland Park, kami cari tempat solat, jamak then cari makan. Kat area sepanjang sungai Temerloh tu kan, banyak sangat kedai Patin Tempoyak, sebab tu best pergi Temerloh, part cari makan ikan patin segar memang A+. Bagi aku kalau nak makan masakan patin memang kena datang Temerloh Pahang. Pekan kecil tapi making best memories here. Simple activities dengan anak-anak tapi depa ingat. Alhamdulillah. Next time kita repeat lagi, insyallah. Cuti sekolah nanti boleh pakat serbu, kasi meriah.
Harga Tiket Deerland Park TemerlohKategori HargaDewasa Tempatan RM15Kanak-kanak Tempatan (bawah 12 tahun) RM10Dewasa Pelancong Asing RM25Kanak-kanak Pelancong Asing RM15Catatan: Harga di atas adalah tiket masuk sahaja. Makanan rusa (pelet) dijual secara berasingan di mesin vending dalam taman (kira-kira RM2 setiap poket). Makanan haiwan kecil biasanya termasuk dalam tiket masuk atau tersedia di stesen pemberian.Jam Operasi & Cara MasukJam Beroperasi: 9:00 pagi – 6:00 petang, setiap hari (termasuk hari cuti umum)Cara Masuk: Tiket boleh dibeli terus di pintu masuk taman. Tiada penempahan awal diperlukan — pelawat boleh datang pada bila-bila masa operasi taman.
Xoxo
Temerloh the best food hunting













































Top Social