Alhamdulillah maka selesailah hari ni percutian selama seminggu di kampung, pecah rekod juga untuk kami laki bini stay kat kampung lebih dari 5 hari. Sempena cuti sekolah dan raya haji, balik kampung kali ni lamalah sikit sebab kami ambil peluang buat family day, dan aku agak bukan family aku ja buat cemtu, orang lain pun sama sebab time ni ja anak-anak asrama kita cuti, mak pak pun cuti sama. Kira semua ambil peluang yang sama. Jadi jangan marah-marah semua tempat percutian kat Malaysia jem teruk terutamanya paling disebut-sebut Terengganu dan Cameron Highland, sesak teruk tak boleh nak describe. Apapun chill jelah, dah itu aja masa yang kita semua lapang, dan mampu untuk berkumpul bersama-sama kaum keluarga ye dak?
So ceritanya aku bertolak balik kampung ikut Lojing sebab 21Mei kalau tak silap depa announced jalan Lojing Cameron Highland dah dibuka secara rasmi, siap baiki dah yang runtuh teruk tu. Kami bertolak pagi, nak kata awal sangat tu taklah, dah pukul 7.30 pagi dah bertolak pun, matahari naik dah. Bertolak, bermusafir dihari Arafah, bekal doa pun banyak hari tu, insyallah makbul semua doanya, Amin yra. Jadi kami berhenti kat rnr simpang pulai sebelum bergerak naik ke Lojing. Masa tu highway pun tak banyak sangat keretanya, aku agak semua dah beransur-ansur balik sehari dua awal lagi dari kami tu yang jalan tak sesak. Alhamdulillah smooth perjalanan kami, laki aku sorang aje yang puasa hari tu, aku pepagi lagi taram 1liter air spritzer lupa puasa, dah alang-alang lupa sampai 1 liter aku telan, jadi aku tak teruskan puasa, hihuu. Singgah rnr pun aku breakfast siap-siap, sampai kat gua musang singgah makan ayam goreng buat alas sebelum teruskan perjalanan. Kali ni turn balik raya haji kat belah laki aje,lagipun anakanda yang ambil bahagian tahun ni.
Sampai rumah ma, aku macam biasa melepet macamkan aku yang drive, wakakka. Esoknya aku semua aku angkut solat sunat raya aidiladha, blessed. Nikmatnya ya Allah, aku rasa tahun ni aku first time pergi solat raya sepanjang kahwin dah beranak pinak, anak sudah besar apnjang, baru aku berpeluang hadirkan diri kat masjid, anak bongsu aku pun dah cerdik tak tantrum tak tentu pasal dah, jadi tahun ni Allah kurnia nikmat dapat solat sunat aidiladha berjemaah kat masjid,sobs. Sebak sungguhlah. Pengorbanan mak-mak cemtulah, ikut hati tiap-tiap tahun nak join, tapi gitulah. Tahun ni aku skip menolong orang siang daging, masak, aku tunggu lauk masak,pastu pergi makan aje, ahhh heaven betul, menantu hantu beginilah peelnya, wakakka. Makan pulak yang hujung-hujung, jadi banyak lah dapat makan, termasuk bab perut air asam, tak semua berpeluang merasa,aku dapat rasa, hahaha, ni dikatakan rezeki.
Balik kekenyangan, bantai tidur. Perghh, mana tak tembun aku ni, cemni keje bila balik kampung. Malamnya kami makan apa adanya, saki baki lauk siangnya, lauk daging ni masa raya haji, masa raya pertama tu je boleh pulun makan, hari kedua kau nak jeling tengok pun rasa dah mual ye. Tu aku lah, kihkih. Jadi hari kedua siap makan pagi , kami dah bertolak ke Terengganu sebab family aku buat family day kat sana. Ahhh ye, kamilah antara 8billion manusia yang penuhkan Terengganu tu, hahaha. Takde tempat lain paling dekat sebab mak ayah aku yang berusia sekarang tak boleh lama sangat atas kereta. Jadi Terengganu best place untuk berkumpul. Family day kali ni kami make a time 3 hari dua malam, sebab dok mikir rushing, tak sempat nak menikmati, orang tua pun penat kalau masa pendek sangat.
Balik dari family day aku ambil peluang jumpa tukang urut betulkan urat-urat berselirat kat tubuh badan aku nih, mengurut kali ni sakit teruk masa urut, tapi leganya ya Allah lepas urut Allah ja tahu. Uii best uii dapat mengurut, ingat aku nak repeat lagi sekali sesi esoknya tapi ada plan lain, jadi kita forward di lain masa. Ya Allah moga aku dapat mengurut lagi, Amin. Best me time ever untuk aku. Dia punya lega tu tak payah cakap, esoknya aku dah terlonoat-lompat kat dalam air pantai.
Bila balik kampung ni, memang tak puas ye, tapi itulah jauhnya tempat mencari rezeki, sampai masa kena berpisah juga tinggalkan mak ayah ma dengan anak-anak bongsu masing-masing. Banyaknya pahala adik-adik bongsu aku ni, tolong tengokkan mak ayah, sobs, duit pun tak mampu bayar keringat, tenaga, emosi yang mereka korbankan sepanjang dengan orang tua. Moga Allah lunaskan rezeki dan kurniakan afiyah buat mereka semua. Mana tak sayang anak-anak bongsu ni, anak-anak buah pun sayang xan rapat, sebab paling rajin melayan mereka. Love you semua anak-anak bongsu sedunia. You're the best.
Balik kampung balik ikut Lojing, balik ke sarang pun ikut Lojing juga. Cuma balik kali ni aku dah bertolak hampir malam dah sampai ke simpang nak naik ke Lojing. Nak dijadikan ceritakan, sebelum naik tu tayar kereta macam tak best bunyi, kami berhenti kat masjid check tayar, then decide ke bengkel tayar untuk check sebelum teruskan perjalanan. Mana tak gelabah kami dah nak naik, hari makin gelap, takut apa-apa jadi, jalan kat atas sana jarang orang lalu, Dan biasa orang tak berhenti tolong kalau apa-apa jadi. So better kami cek dulu, sampai kedai tayar, cek tayar semua okay. Staff kat bengkel semua dah berubah muka, bila kami kata nak balik Perak ikut Lojing, depa kata kena hati-hatilah, hari dah nak gelap, tapi tayar tu kami cek semua takde apa. Selamatlah belaka, kata mereka, riak muka depa risau dan hanya mampu doa jelah. Aku plak yang cuak, depa siap bagi kad, kot-kot lah kalau apa-apa tersadai tepi jalan takde sapa nak tolong. Imagine start dari tayar bergerak dari bengkel tu, aku dah start zikir, lepas tu teringat pula mereka kat bengkel tu doakan perjalanan kami selamat, sebak cuak, semua bercampur perjalanan balik kali ni.
Jalan atas lojing tu memang tak sesuai jalan malam-malam sebab banyak yang mendap, jalan beralun, berlubang, aku memang dah tawakkal dah, dah sampai pun sini, teruskan jelah perjalanan. Memang kereta pun tak banyak sangat sepanjang perjalanan until sampai kat jalan baru siap tu, kami lalu jalan dua line yang dijadikan satu line je, ada motor biru kapcai gendong benda putih berikat kat hujung kepala, adeii terkejut aku tengok sebab clean and clear pemandangannya, aku diam je sampai laa aku tak cerita lagi kat laki aku apa aku nampak. Sampai kat masjid lojing, laki tanya nak solat kat sini ka? Aku cakap, ok ja mana-mana, laki aku bagitahu, kita solat kat stesen minyak lepas simpang naik Cameron Highland lah, situ takde sunyi sangat. Ok kan aje, sebab masa tu dah hampir pukul 9 malam. Kami sampai stesen minyak sempat kami pergi tandas, solat, beli minuman, stesen minyak dah off semua eletrik.
Nasib baik juga sempat, kami teruskan perjalanan turun ke simpang pulai, alhamdulillah jalan ni tak sunyi sangat sebab kereta berjujuk je sepanjang perjalanan turun tu. Kami sampai kat Gopeng hampir pukul 10lebih, singgah makan then teruskan perjalanan balik ke rumah. Cuti kali ni, walaupun banyak sangat aktiviti, edisi pergi situ sini, alhamdulillah Allah kurniakan tenaga buat kami untuk menyantuni orang tua sekali sekala. Rasa puas sebab boleh layan kehendak Dan keinginan orang tua, even tak sebaik mereka buat untuk kita sepanjang besarkan kita, moga masa pendek yang terisi dapat ubati hati dan hari-hari mereka mendatang. Insyallah Amin yra.







Top Social