Pages

Pages

6.25.2020

Cameron Highland 2020

Alhamdulillah sebelum balik kampung cuti sekolah hari tu, kami sekeluarga sempat naik ke Cameron Highlands, Walaupun Cameron Highland tu tepi rumah je, tapi peristiwa kereta rosak gearbox dipuncak bukit Lojing memang buat kami trauma tambah-tambah Ika la, hahaha. Rasa gerun sebab kereta hampir terundur turun gunung kat selekoh pulak, tak boleh fikir apa jadi masa tu kalau dibuatnya break plak rosak. Allahu, tapi berkat mak ayah jugak datang hantar balik lepas pantangkan Haniy masa tu, sampai jugakla kami kat rumah Alhamdulillah panjang umur. Dengan bawa anak keciknya, hadoillah mana ku tak trauma. Sampai kan suami ajak jalan tempat berbukit-bukit terus hilang excited, laju-laju tak nak. Tapi disebabkan every year pasti naik Cameron Highlands rasa tak lengkap pulak kalau tak naik, pulak tu dah dekat sangat rumahnya, satu kerugian tak nikmati hadiah dari Allah ni. 



So bila suami ajak naik Cameron Highland kali ni, buat hati kering sajalah, rindu view kat sana punya pasal sanggup buang saja fikiran bukan-bukan part kereta meragam. Bila dah naik sana, memang satu lagi perangai suami, stail walk in saja cari hotel, jenis tak nak booking online. Kira nasib lah dapat hotel macam mana, biasa last minit punya version memang Allah permudahkan. Bila suami ajak "Jom kita naik Cameron, Haa macam halilintar bini kemas beg". Petang jugakla kami start panjat bukit ikut Tapah, singgah solat asar dulu kat kaki bukit, then teruskan perjalanan. Ubat sepanjang perjalanan hanya lah borak-borak dengan suami lah sebagai penahan mata mengantuk. Masa sampai kat tanah rata dah hampir maghrib pun, cuba cari Hotel via online kebanyakan dah full book, nak naik sampai Brinchang confirm sampai malam dah nak mencari Hotel pun satu hal lain plak, terus decide cari sekitar Tanah Rata je. Pushing dan singgah tanya 2, 3 hotel penuh. Terus bagitahu suami try tanya kat belakang stesen bas Tanah Rata tu, macam ada Hotel. Nak dikatakan nasib baik memang adalah bilik kosong untuk kami, tinggal satu tu je, family room.



Apalagi, terus check in, anak-anak punya excited mandi terus. Settle semua mandi keluar cari makan, ingat nak cari jauh sikit dari hotel, tapi mikirkan anak lewat tidur nanti decide cari yang tepi hotel sajalah. Restoren Taman Apple Cameron Steamboat Grill tu kat tepi hotel je, ingat nak je makan kat situ tapi punya ramai dok tunggu turn meja kitaorang decide makan kat tempat lain je, so terus pergi sebelah restoren yang ada pasar malam dan gerai makan sup, apalagi tak ramai orang. Fuhh, bila dah anak ramai ni tempat crowded memang kitaorang selagi boleh takkan masuk dalam list sebab utamanya masa menunggu yang lama boleh sebabkan anak terlalu boring menunggu dan akan buat perangai, so nak elakkan macam tu kenalah cari tempat yang order dan servis cepat, yang penting anak kenyang, kalau dah start lapar jangankan kata sabar, memang takkan makan saman dah so sebaiknya carilah yang win-win situation, giteww. Dah jadi parent ni kenalah fleksibel tengok situasi anak, jangan asyik nak jaga perut, hawa nafsu sendiri dah, nak window shopping ke memang dah tak macam bebujang dulu dah. Anak adalah faktor utama untuk dipertimbangkan bila keluar jalan-jalan macam ni. orang lain iols tak tahulah, version iols cemtulah. Dua perkara penting bila jalan-jalan bab TIDUR dan MAKAN anak kena jaga bebetul kalau nak jadi parent bertenang-tenang,wakaka.

So malam tu boleh lah pusing-pusing cuci mata kat pasar malam bawa anak sekali, beli baju panas stoking sarung tangan tu macam dah satu kewajiban plak bila naik Cameron Highlands. Siap beli apa patut terus je singgah gerai makan kat pasar malam, dapatlah hirup sup panas-panas dikala sejuk sambil melayan anak-anak. Siap makan teruslah jalan ke hotel masuk bilik, anak-anak sambung main sesama diorang tunggu masa untuk tidur. Kami laki bini plak sibuk dok bincang esok nak pergi mana, makan kat mana, lepas tu nak jalan kat mana. Memandangkan ramai juga waktu minggu tu memang nak elakkan jam dan kesesakanlah atas bukit. Next morning, kami semua excitedlah nak berjalan, konon nak keluar pepagilah nak elak bersesak, so pagi tu makan breakfast dekat kedai area hotel je, siap makan terus masuk bilik kemas-kemas barang dan checkout. Ingat terus nak Kampung Sedia makan scorn kat sana, sekali nak keluar dari jalan hotel,anak nampak taman permainan, apalagi memang memintalah singgah sana. konon sekejap je nak singgah, hapee dari pukul 9 pagi sampai pukul 11 lebih dok bertugu kat situ tunggu depa main basikal, buai, gelongsor. Budak apa diorang tahu, main jelah. 

Musnah angan-angan mamanya nak melayan scorn dan jem strawberi, dahlah nak naik jip ronda ladang teh dah termusnah akibat lambat booking, apa boleh buat, chill sajalah next time pasti ada peluang. So dari taman permainan dalam dua nak pergi ke tak Taman sedia sebab nampak kereta dah mula beratur kat jalan ke Brincang. Terus patah balik, tak sanggup nak beratur, terus dok mikir nak singgah mana, so terlintas nak pergi Ladang Teh, memandangkan tempat biasa tepi jalan tu dah ramai orang, penuh sesak singgah beli sayur-mayur on the way turun dan singgah ladang Teh yang kaki bukit je tempat Kilang Teh tapi kereta kena memanjatlah sikit sana nanti. Apapun demi menggembirakan hati bini, laki ku panjatlah jugak, alang-alang dah sampai kan. Kali pertama juga pergi situ selama ni dok lalu je kat ladang lebah tu, perasan ada kilang teh tapi tak pernah terfikir nak singgah, kat situ takdelah securam dekat sungai palas, mendatar sikit gunungnya, so takdelah gerun sangat bila memanjat. Sampai kat sana, alhamdulillah orang tak ramai sangat, so sambil pusing ingatkan boleh masuk kilang teh, rupanya tutup untuk servis maintanance dan ketiadaan pucuk teh untuk diproses sebab baru habis menuai. Tengok sajalah. So masuk cafe dan kedai teh berhampiran. 








Beli teh dan singgah makan terus sebab anak-anak dah mula lapar dah naik mencanak matahari tapi sejuk. Sambil menikmati panorama indah kehijaun daun teh di bukit nan tinggi. Tak puas menatap keindahan dan kecantikan alam ciptaanNYA, subhanallah. Siap lepak-lepak, terus turun dari cafe dan cari area untuk snap the moment kat sana dengan anak 5, hehe. Siap bergambar semua, turun dari bukit singgah ladang lebah sekejap alang-alang lalu kan, pusing-pusing tengok sekitar. Dah puas hati suami ajak balik sebab nak menyinggah satu tempat lagi untuk beli sayur-sayuran. So hampir petang jugaklah turun ke Tapah, singgah solat kat masjid kaki bukit sebelum susur keluar tol tapah. Puas hatilah dapat naik Cameron highlands tahun ni. Doa-doa adalah kesempatan lagi naik bersteamboat kat sana, tak pernah lagi tidur 2malam kat sana, memang ada keinginan nak stay lebih dari satu malam, sebab nak bersiar-siar kat banyak tempat yang belum sempat explore lagi. Insyaallah ada rezeki kita go lagilah, hehe,amin.

Oo satu je, sebanyak-banyak kali naik cameron highlands ada satu benda je je lagi yang tak pernah ku beli kecuali pertama kali naik Cameron Highlands masa tingkatan 2 dulukala iaitu BUNGA. Laki ku cakap membazir, tak boleh makan boleh cuci mata je kalau beli. Ada betulnya, tapi puas hatilah kan kalau dapat beli, hehe, bab menunaikan hawa nafsu tak pernah terkalah. Bunga kan cantik, jamu mata pun dah bahagia. 


Kenangan kat Lojing❤️

Catatan 13 June 2020
1.48 pm