::Mentaliti~perkara yang agak rumit untuk diubah::

12.15.2010

huh!neh kesinambungan dari pak cik tadi..bukan nak cerita pasal pak cik tu, bukan kenal pun nak cerita lebih-lebih...haha=p, neh nak cerita mentaliti zaman orang sekarang atau lebih kepada mentaliti orang kampung zaman sekarang..kadang-kadang memang rasa menyemak jer lam pale hotak kalau nak difikirkan...terima kasih en.azham, terima kasih daun keladi, lain kali nasihat lagi, supaya beringat dilain hari...ceh pantun la plak!haha=)
pic source: silkflowerwedding.com~ suka^_^
Payah, nak buat macam mana kan? hari tu (dah lama dah) saya tak tahu macam mana terkeluarkan isu pasal wang hantaran yang tinggi pada masa kini masa dop lepak-lepak ngan family, masa tu hujung minggu, kebetulan semua ada, so rasanya relevan juga isu itu untuk diutarakan..namun semestinya isinya timbul disebabkan penulisan Zara tentang perkara itu, kecohkan isu tu?!ada yang setuju dan ada yang tidak..suka sangat kan isu yang zara kupas, dia memang sangat berbakat dalam dunia penulisan kan..eh terpuji plak..hehe, suka je meleret-leret!Back to the issue, maka saya keluarkan lebih kurang segala isu yang zara kupaskan depan mak ayah dan adik beradik, pendapat masing-masing mestilah mahu dengar juga..Bukan apa, sengaja juga keluarkan isu sebegitu kepada mak ayah supaya mereka tak terikut-ikut pe'el orang kampung yang suka membanding-banding, (takut jugalah kan, even saya tahu mak ayah saya bukan sebegitu orangnya, alhamdulillah^_^) so saja keluarkan isu tu supaya mak ayah beringat, tika Allah nak uji mana tahukan? hangat jugalah.. hehe=), Alhamdulillah, isu sensitif sebegitu memang patut diutarakan, mak ayah pun ada pendapat mereka sendiri..kita sebagai anak wajib dengarlah^_^
pic source: ourcreations.multiply.com~ barang-barang kat sini cantik-cantik, pegi cuci mata sana
Kesimpulannya, kalau diikutkan mulut orang kampung yang kepochi ambil berat, semua benda akan jadi tak kena, semua mende akan buruk saja, kita saja mahu jaga hati orang lain, sedangkan orang tak pernah kisah kan kita punya perasaan macam mana, so kita berbalik kepada asal niat kita macam mana..bab wang hantaran tinggi tu macam ne saje boleh cakap, buatlah seadanya mengikut kemampuan, mulut orang tak boleh nak tutup, mulut tempayan lainlah! 
pic source: myweddingflowerideas.co.uk ~ cantik^_^
Buat apa mewah masa kahwin bagai kalau berhutang sana-sini, kita kahwin tu nak keberkatan, kalau takat grand masa kahwin tapi lepas kahwin hidup susah hati pikir pasal hutang buat apa kan? Kalau yang jenis hutang kahwin tak setel lagi, tapi dah bercerai-berai, tak tahu nak cakap apa? Kita susah lepas kahwin tu ada orang nak tolong ke? sendiri mahu ingatlah! Lainlah yang berkemampuan tu...jangan diikut sangat mulut orang-orang kampung ne...mereka pun ada pendirian mereka, mentaliti mereka ..kita??maka ikut saja pendirian kita!oraitt?ilmu dah ada, yang praktikal pun ada, pendapat orang tua pun kena amik kira juga, mereka lebih makan garam dari kita..yang penting kita jangan amik port sangat apa yang diorang kata...mulut oranggg(--"), so depends kemampuan masing-masing!

Note: Kebanyakan kata-kata motibasi diatas adalah untuk diri sendiri..thanks en.azham kerana memahami saya, sentiasa ingatkan & nasihati saya(T_T)