::Habis sepagi dan sepetang::

12.22.2010

haiihhh, cepat nya masa berlalu, dah habis sepagi macam tu je, keluar breakfast ngan mak n ayah jugak dua budak tu pagi tadi, singgah makan kat area Telipot, hantar budak berdua tu ngaji, then pergi pasar, pastu singgah rumah mak minah borak borak dan borak, pastu g amik adam balik pastu habis sudah sepagi...aikk??macam tu je? huuhu....memang sadis, rasa tak sempat buat apa-apa pun...(T_T), 
pic source: veryfunnycats.info~ 
Balik masak, solat, makan, pastu ngadap belog, haihhh??alih-alih dah pukul 3, habis plak sepetang...nak buat make over pun rasa tak bermood, boleh ke cakap malas je??tak tak!memang takde mood ye.. tadi masa borak borak dekat umah mak minah terkeluar isu pasal....terpaksa dirahsiakan kerana sekiranya diperkatakan hakulah ibu segala segala gosip, terlalu serius dakwaan itu sekiranya benar...terpasang niat nak godek Wikileaks kot ada pasal isu itu...memang kejam lah sekiranya dakwaan itu betul...tapi takkanlah ada maklumat yang dikira sebegitu besar dan dasyat, semestinya maklumat yang terlalu sulit itu tidak akan sesekali diperkatakan, malah hingga kini kejadian yang dasyat itu kita terima sebagai bencana alam, ceh macam nak cakap, tapi tak berani sebab tak tahu benar atau tidak, mungkin spekulasi sahaja, namun jika diikutkan logik akal, mungkin juga...mm, entahlah, hanya Allah yang mengetahui segala perancangan orang kafir laknat...dengan segala kelengkapan serba canggih perkara tersebut serba mungkin...ehehe...yang penting kita sentiasa berdoa semoga Allah melindungi umat Islam yang selalu di fitnah kan sebagai pengganas... amin

 Note: Tak dapat agak ea??takpun memang haku yang ketinggalan...grrr