::Gagak dikaitkan dengan kematian?::

12.21.2010

Takziah buat keluarga mangsa-mangsa disimpang Pulai Ipoh akibat kemalangan ngeri yang meragut 27nyawa... Dah godek-godek pasal berita tu sebab tengok news mandarin tadi, baru terasa nak buat macam tu...huhu(--") Tak menyangka rupanya pihak hotel tempat mangsa menginap menceritakan peristiwa ratusan burung gagak yang bertenggek dikawasan hotel semasa mangsa-mangsa menginap dihotel itu merupakan petanda perkara buruk yang akan berlaku...kenapa ye gagak dikaitkan dengan perkara buruk dan kematian? Adakah disebabkan warna bulu gagak yang hitam dan pemakan benda kotor? ataupun memang sinonim dengan gagak? Entahlah.. nak kata ada kaitan, tak tahulah..
pic source: allabout.myself.web.id~  nasib baik ada gambar gagak yang cumel sikit, nak letak yang real-real seram plak...huhu
Namun, mungkin ada benarnya...saya tak suka bunyi burung gagak..bunyi yang dihasilkan diorang semacam kan?kawan sekuliah kerap juga menceritakan peristiwa-peristiwa buruk yang berlaku bila dia mendengar burung gagak, yang mana rakan dan datuknya meninggal after dia dihantui bunyian burung gagak yang entah dari mana secara tiba-tiba sehari sebelumnya...saya? emm, tak pernah lagi, masa bekerja dengan pak cik dulu kerap jugalah tengok si gagak dop terbang bawak bangkai tikus...eiiiyuuu!!tu yang tak suka...(--")

Dan juga bila dikaitkan dengan cerita seram or devil-evil tu, confirm Gagak ada kan?apapun kematian itu memang dah ditetukan olehNYA, mungkin segala perkaitan yang ada wujud secara kebetulan atau boleh dibuat sabit orang kata...kan?

Note: seramm...sejukk

Post a Comment