Kantoi disitu, haha…memandang kan dari pagi sampai petang tak makan apa-apa, dikira puasalah juga kan…grrr, nape lupa nak niat, rugiiii!!!Hari ni memang sengaja memenatkan diri, hehe, namun satu tempat tak sempat nak singgah…mungkin dilain hari agaknya..nasib baik mak minah dah sedia makan untuk berbuka puasa siap-siap…hehe, untung jadi cucu mak minah…alhamdulillah^_^…
pic source: lifecraftinessandeverythingelse.blogspot.com
Siapa lah tak senonoh g curi kabel telefon ne wehhh!! Nak hupdate blog pun payah…grrr, hari ni baca berita pasal pencuri maut lagi, maut dibelasah, nak dikatakan zalim, siapa yang zalim? Si pencuri atau yang si pembelasah? Kalau si pencuri membunuh dan merogol namun terlepas sebegitu sahaja, zalimkah? Sekiranya si pembelasah membiarkan sahaja si pencuri meneruskan saja aktiviti durjana itu tanpa apa-apa pengajaran, zalim jugakah? Entahlah, tak faham dunia sekarang, kadang-kadang si pencuri pun nak dibela, dan si pembelasah juga dipersalahkan, atas nama kezaliman. Sekiranya dikatakan bahawa itu adalah balasan kepada pencuri akibat perbuatan mencuri namun dipertikaikan atas nama undang-undang, dan akhirnya si pembelasah didakwa dan si pencuri terlepas(mungkin didakwa juga) habis edah penjara buat lagi kerja mencuri…maka siapa yang zalim sebenarnya? (?_?)…
Undang-undang dunia macam tulah, satu pun tak pernah selesai..kita hanya bertawakal supaya hidup kita sentiasa dilindungi Allah sahaja. Perbuatan manusia kadang-kadang tidak logic dek akal apabila terdesak..geleng-geleng kepala, dah tak tahu nak cakap macam mana…(--“)
Note: pantun yang memang sesuai untuk zaman sekarang
Buat baik tak semestinya dibalas baik, Jadi buat baik kenalah berpada-pada, Buat jahat dibalas jahat, Buat jahat jangan sekali-kali..
Top Social