Peti

9.25.2023

Kecoh pasal pempengaruh buka peti sejuk, haukk segala benda dalam peti, macam-macam kena kata, pengotor, tak padan muka cantik tapi bab lain sepah, definisi muka glowing, peti berkerak. Terkedu pasal lepas cari camnelah rupa peti ais yang dikata tu, terus daku sentap sama nohh rokiahh, bukan tahap macam influencer yang dikatakan, tapi tak kemas pasal daku bukan pesen yang ada bekas-bekas kecil-kecil dalam peti, pastu label satu-satu. Nilah natijah post viral, terus cermin diri, bagus jugak ye, hasil tengok peti orang, daku sama yang tersentap pasal peti tak semenggah kemasnya, terus iols kemas peti sejuk sendiri hari tu, kahkahh. 

Adehh, nasib baik bukan pempengaruh, nasiblerr kena kecam sampai kiamat agaknya kalau orang tengok peti daku, wakaka. Peti sejuk ku kecil ja, sebab jenis pemalaskan, pastu stail beli makanan, sayur, buah semua untuk sekali makan je, habis, topup, bukan jenis iols dah stail beli benda tak tahan lama in bulk sebab sepanjang pemerhatian dan pengalaman masa guna peti besar banyak yang jadi rosak, terlebih tarikh luput. Jadinya, selepas kejadian peti rosak selepas 12tahun digunakan, we decide to buy small size indeed. Alhamdulillah, rupanya berhikmah banyak ada peti sejuk kecil ni. We invest more to have a medium size deep freezer, so with small chiller should be okay. 

Bab peti sepah dan tak tersusun ni ku rasa majoriti alami benda ni, sebab benda buka tutup buka tutup 278484929 kali bukan kerana kita je, tambah anak-anak join sama, nak make sure dalam tu maintain macam mula-mula kita kemas memang payahler. Kemas tu sekejap, tu sebab nak guna barang atau bekas untuk organize barang-barang dalam peti sejuk ni kadang tak praktikal malah ambil banyak ruang yang dah tentu terhad lepas tu memang buat semak. Kadang yang tunjuk organize dalam peti tu masa restock barang je, bila dah dalam penggunaan, memang haru biru juga rupanya. Cantik bila restock pasal barang nampak penuh, cantik, tersusun. Tapi memang ketagih tengok reels susun, organize barang dalam peti ka, wardrobe ka, food storage, uii abis masa daku kadang mengadap benda asyik ni, tak lagi part tengok orang cuci lama guna pressure water tu, haihhhla. Cemtulah, puas hati tengok orang bab cleaning, organize ni, sendiri?cukup dengan tengok yang orang buat je lah, ahahaha. 


So be it reality jelah, asalkan dalam peti tu taklerr kita timbun, campak macam tu je, at least takdak ler lemah jantung mak kiter tengok peti sejuk bila datang rumah. Yang penting peti daku takdak makanan tak habis, simpan. Takdak makanan sayang nak buang, simpan. Takde buah tak habis simpan sampai berkulat. Takde sayur tak habis, sampai lembik berair. Alhamdulillah, takde dah jadi macam tu bila tukar peti sejuk saiz kecil ni. Takde pembaziran yang tak sepatutnya. 

Dulu ku kenmain bila bab borong beli barang nak restock dalam peti ni, yalah tengok peti kosong tak best, bila penuh baru best, saiz besar petinya, besar jugak lah belanjanya, dan besar jugaklah pembazirannya. Haish, tulah ingat kalau bab beli membeli barang tapi last buang cemtu je, rasa hmmm. Sekarang beli sayur RM30 ringgit dah tak tahu nak letak mana dah sayur, penuh dah petiku, seronok kenmain aihh feeling tengok peti penuh ni. Yang penting duit banyak boleh jimat sebab dah tak beli barang berlebihan, beli hanya untuk penggunaan semata. Rutin sekarang habiskan apa dalam peti sekosongnya, baru topup. 

Tips nak peti sejuk nampak kemas tak semestinya guna bekas Tupperware je, macam iols 


1 . Semua lauk yang dibeku guna plastik zipper saiz kecil (bahagi portion lauk mentah untuk sekali masak) -yang ni ku susun semua dalam deep freezer. 
2. Bahagian sejuk beku dalam peti ais kecil ku fokus buat ais homemade, jenis tak beli air batu kat luar melainkan ada tetamu nak datang standby satu plastik besar ais terus yang boleh letak kat dalam deep freezer. 
3. Segala daun kari, daun limau purut, daun kunyit, ku bekukan dalam plastik kecil. 
4. Bahagian chiller ada partition khas
Buah-buahan semua letak kat bahagian penutup atas. 
Sayur-sayuran semua letak dalam partition tertutup kat bawah sekali
Open partition 1- letak bahan kering seperti ikan bilis, ikan kering, etc
Open partition 2-letak barang basah seperti butter, etc
Bahagian tepi letak botol-botol dan jus sayur

So yang ada peti ais tu, bab kemas peti sejuk ni at least buat dua kali sebulan, dulu ku bab ni memang bercintalah nak buat, pasal memang akan ambil masa seharian nak kemaskan peti sejuk ni, lagi frust kemas peti banyak barang kena buang pasalnya dah rosak dan habis tarikh luput dah. Biasa sebab sayang lah nak buang, dah tahu makin hampir habis tarikh luput, tetaplah tak terguna atau terbuat lauk yang berkaitan, sudahnya buanglah. So bila berpeti kecil ni, jimat masa, sebab within 30minute dah settle cuci satu peti dan takde sangat barang nak dibuang. Jadi sekarang memang sekali seminggu buat clearance tengok balance sayur buah, habiskan on the spot sebelum topup yang baru 

Tak kisahlah peti jenama apa, nak tampal dan tukar emblem to make it look like branded one pun, apa nak kisah asalkan peti tu function as peti sejuk dan function macam sebuah peti sejuk, ada jek yang buat peti sejuk macam tong sampah, pun suka hati dialah, sebab tu peti dia, dia yang mengadap peti tu hari-hari, tak sabit ke kita. Kita yang tengok ni lah jaga-jaga bab judgement kat orang, benda senang buat dalam hidup ni nampak buruk orang je, buruk sendiri payah nak nampak, kalau nampak pun buat-buat buta, haihh gitulah. Bab peti punya pasal, naik post ni hari ni, hahaha. Pun jadilah.