Trip family gathering kat Genting Highlands kami stay dekat Windmill Upon Hill ni, walaupun dah lewat booking, last minute dah, alhamdulillah dapat juga tempat penginapan. Harga toksah cakaplah, hujung minggu, cuti sekolah pulak tu, dari harga paling minimum, kami dapat harga yang paling maksimum, ahahaha. Nak datang stay sini, cari masa weekdays atau weekend biasa, takde mahal tapi kira murahlah dapat within RM200 tu dihujung minggu biasa.
Windmill Upon Hill premium suites ni ada pilihan untuk 2 bilik, atau 3 bilik apartment lengkap. Bangunan ni satu tempat dengan Swiss Garden Genting Highland, tapi tower yang berbeza.Kami stay apartment 2bilik yang lengkap dengan 2 katil Queen, rugi pulak tak bawak tilam angin masa tu, tak terfikir plak,kihkih. Anak ramai 2 katil Queen memang padat sendat. Ruang tamu lengkap sofa, tv, WiFi, dapur lengkap dengan utensils basic termasuk untuk memasak. Nak basuh dan keringkan kain pun takde hal sebab mesin basuh lengkap dryer pun ada.
Datang tempat macam ni dengan anak-anak bawak terus makanan ready to eat, senang tak payah cari kedai makan, tak perlu turun beli barang dan makanan kat kedai runcit, macam kami memang bawak siap-siap untuk kudap-kudap, standby for supper, simple breakfast ready to eat. Peti ais ada, tempat masak ada, siap basic periuk, kuali, so takde masalah bawak barang basah sekalipun nak bersteamboat bagai. Kotlah kan? Tempat sejuk cemni confirm perut cepat lapar, lagi-lagi anak-anak tahu minta makan ajee. So tak nak banyak tenaga turun naik lif, keluar cari kedai, bawak lerr terus makanan, jimat pun banyak, sebab harga barang kat atas gunung beza banyak juga ye. Jangan expect ada kedai serbanika dalam bangunan apartment macam ni, nak turun beli memang kena jalan kaki ke deretan kedai area bawah apartment dan kena naik keretalah tambah lagi kalau hujan. Macam kami ni biasa, once check in, takde dah nak keluar masuk, turun naik, sebab badan dah setting untuk rehat dah. Melainkan datang by group kena follow the lead lah decide macam mana. Follow the flow gitu.
Kami sampai pun dah hampir isyak dah, badan memang penatlah kalau masuk malam sebab rest time dah, so terus check in, anak-anak bersiap mandi kami turun makan area berdekatan, tu pun turun dah agak lewat sebab acara potong kek dan pulut dulu sempena birthday anak-anak buah. Cuaca hujan,dan ramainya orang boleh tahanlah. Nak cari tempat makan sekitar sini, ada lah beberapa pilihan. Balik makan semua dah tak tunggu lama untuk lena, sebab esok harinya aktiviti penuh untuk naik ke Skyworld Genting.
Agenda mandi kolam kat rooftop kami set hari ketiga je untuk mandi kolam. Swimming pool di tingkat 41 ( rooftop), kena naik ke ting.40 dulu, baru ambik lif ke tingkat 41. Mandi kat tingkat atas tu, dengan angin sejuknya memang tak gigillah anak-anak pasal air mandi air suam, asal keluar kolam lepas mandi je semua biru, menggigil sejuk tambah angin atas gunung. Kat sini Ada 3 pool, dewasa, wading pool & jacuzi. Paling best kat sini bagiku adalah pemandangan yang mahal, dapat tengok Genting Highland Kat puncak gunung dari rooftop ni, cantik sangat view gunung ganang. Masa tu segi tiga pyramid tu depa tak buka, kunci je dari kami start mandi pukul 7pagi sampai 10.30pagi, tetap tak buka. Kesian pulak tengok ramai penginap yang pakai cantik-cantik untuk OOTD kat situ, dah siap anak-anak mandi, ku nak keluar dari area pool dah, guard datang tempek notice tempat tu memang tak buka minggu tu, frust habis yang pakai dress bagai dok menunggu untuk bergambar. Leceh nak datang mandi pool ni, kena tunggu lama lah untuk naik turun lif, memang lama sungguhla haii. Tak lagi bab kami nak turun lepas checkout hampir 20minit depan lif, akhirnya pihak management datang bawak kami satu group besar turun ikut lif bomba pasal jem teruk lif timing orang checkout belaka. Tu jelah part yang agak tak best, nak checkout kena elak timing peak orang pakat-pakat checkout, kalau dak, berlemuihh tunggu pintu lif buka, even buka, dah penuh lif dengan orang.
Overall, menginap Kat Windmill Premium Suites ni selesalah, view cantik sangat, berbaloi dan sangat puashati lah. Bilik pun kemas, bersih dan sangat lengkap. Pandai cari date menginap, korang boleh dapat harga bawah RM150. Pergi jangan tak pergi, sekadar nak menginap tempat tinggi, cuaca sejuk, this is a place selain Cameron Highland, tapi still tak boleh challenge keindahan Cameron Highland, hihihi.
📍Windmill Premier Suites, Genting Highlands
*anak-anak ku cakap, main mini themepark (sebelah hotel Nova) kat Cameron Highland lagi best kan mama? Walaupun game sikit tapi boleh main lama sekali bayar, dahlerr murah, sini semua mainan best, banyak, hebat tapi tak sampai berapa minit je dapat main, dahlah mahal sampai beratus-ratus, pasal depa tak puas hati main, tak sampai 15 minit banding hampir sejam depa beratur. Urghhh, they know the value, ahahaha. Ok mama setuju yang ni.
Top Social